Bab 2

KELAHIRAN pra-matang.

Egann berdiri di luar wad bayi, merenung bayinya yang baru segar keluar selepas tidur dalam perut si ibu selama enam bulan lima belas hari. Anak lelaki yang diberi nama Erik itu sedang diberi life support kerana ada masalah pernafasan.

Di telinga, terngiang-ngiang suara doktor yang menjelaskan kenapa kelahiran pra-matang tersebut boleh berlaku. Kerana si ibu tersebut, secara sembunyi-sembunyi, telah menelan dadah berupa opioid. Dalam blood result, mereka menemui amphetamine dan codeine. Malah, semasa ditemui pengsan di tandas rumah Husna dan dihantar ke hospital, codeine patches melekat sebanyak tiga keping di tubuhnya.

Sejak bila Ayen ketagih pain-killer? Kenapa tak memberitahunya? Rasa percaya pada wanita itu terasa cukup rapuh ketika ini. Marahnya melambung-lambung ke langit.

Di depan matanya sendiri, jantung Erik berhenti berdenyut. Kumpulan medikal di NICU itu serta merta cuba menghidupkan si bayi, tetapi gagal. Muhammad Erik bin Syafik Egann meninggal dunia kira-kira 6 jam selepas dilahirkan.

Air mata bergenang. Gigi diketap sekuatnya, menahan hiba di hati.

Ini kali ketiga dia kehilangan anak kerana salah isteri. Kematian pertama, anak lelaki yang memiliki nama yang sama, ditemui ungu dan kembung di dalam besen air di bilik mandi bila dia balik dari outstation. Dah mati berendam selama tiga hari selepas ditinggalkan oleh ibunya – Fatiha Sofe – isteri Egann yang mengalami post-partum depression atau dalam Bahasa melayunya, meroyan selepas melahir.

Kematian kedua pula ialah usaha pertamanya bersama Ayen. Punca kematian ialah kerana si ibu itu overwork di hospital. Gila bekerja demi membantu pesakit-pesakitnya dengan perut memboyot, hingga tiba-tiba, Muhammad Erik berhenti bergerak di dalam perut. Itulah satu-satunya kejadian yang membuatkan mereka sama-sama menangis sehingga tidur. Tetapi dia dan Ayen sama-sama pasrah, dan sama-sama mengambil iktibar.

Sepatutnya.

Tetapi kenapa sekarang baru dia tahu yang isterinya ketagih pain killer. Adakah kematian pertama sebenarnya berkait dengan gian si isteri tanpa diketahui dari belakang?

Ya Allah. Dia mahu marah. Dia benar-benar mahu marah. Dia mahu menyalahkan Ayen!!

Pada masa yang sama, Ayen di dalam wad sedang dilawati oleh teman sekerjanya. Doktor Hafiz ialah doktor sakit puan tetapi dia sedang off-call. Bila dia membuka pintu, wanita itu dilihatnya sedang merengkok menyelimuti diri dalam selimut. Tubuh itu nampak bergegar, dan bunyi sendu tangis kedengaran walau halus sekali.

"Hey. Orang yang post-op jangan menangis teruk sangat."

Tubuh itu terloncat. Di bawah selimut, dia nampak bergerak-gerak, berpusing dari kepala katil hingga ke hujung katil. Kemudian selimut di hujung katil dibuka sedikit, mendedahkan muka yang merah bengkak itu. Seperti seekor kura-kura yang menjengul muka dari cengkerangnya tetapi masih tidak memanjangkan leher.

"Kau rupanya," tegur Ayen sambil menarik hingus.

Hafiz tersneyum hambar. Kerusi ditarik rapat ke katil dan dia melabuh duduk di hadapan rakannya. "Why'd you do it, Ayen..."

Bibir dikemam. Ini berkenaan dengan penemuan dadah dalam blood result dia, kah? "Mana kau tau?" soalnya dengan suara yang berat dan basah.

"People talk. Bila sorang nurse tahu, seluruh bangunan tahu. Sampai aku yang tengah makan sushi dengan awek aku 10km dari hospital pun boleh tau." Muka sembap itu direnung lama, masih cuba memahami motif si kawan menelan dadah. "Kau akan kena disciplinary action sebab kes ni, tau? Maybe kena gantung, even."

Muka dibenam pada katil, melepaskan tangis lagi.

Hafiz mengeluh. "'Honestly, aku tak terkejut sangat. Aku pernah tengok kau telan Vicodin sampai dua pil sekaligus depan mata aku sendiri. Masa tu Datuk Roslan bambu kau dengan fail cases sampai patient kau tiga orang mati dalam masa sehari. Lepas tu bapak kau mati dibunuh, and then... well, kau ingat laki kau akan mati tapi lepas tu adik ipar kau bunuh diri depan mata kau sendiri sebab nak bagi jantung dia kat laki kau... that's a lot of deaths in two days."

Sebal lagi bila diberi flashback. Ayen memalingkan semula mukanya pada Hafiz, berniat nak membalas tetapi terejut bila melihat Egann dah pun berada di belakang rakannya. Darah berderau tanpa dipinta. Takut. Muka suaminya kosong. Malah, lelaki itu tengah mengendong bayi yang berbalut penuh. Itu ialah Erik?

Hafiz masih tak berhenti membebel. "Aku ada dengan kau sepanjang dua hari tu, kau tak ingat? Kalau diikutkan gaya kerja kita, aku lagi banyak habiskan masa dengan kau berbanding laki kau sendiri. Cuma aku tak sangka kau addicted dengan pain-killer sampai sekarang..."

"Doktor Rafi," tegur Egann bila menyedari siapa pelawat isterinya malam-malam begini.

Hafiz menoleh terperanjat. Spontan tersenyum bila bertentangan dengan sepasang mata biru galak yang dah lama tak dilihat itu. "Ah, Encik Egann! Masih tak boleh nak ingat nama saya walaupun kita dah berkenalan lebih setahun. My real name is rather simple. Tapi maybe susah untuk encik ingat memandangkan apparently you're dyslexic bila jealous your wife ada co-worker yang handsome macam saya."

Mencemik terus si lelaki. "Don't sass me, you swine. Aku ingat nama kau. Aku sengaja pakai nama orang lain sebab aku taknak ingat nama kau... sedangkan nama kau sebenarnya ialah..." Mata dikerling ke kanan, berfikir. Dia terlalu gemar menukar nama doktor ini dalam ingatannya sampai nama sebenarnya pun dia lupa. "—Rashid?" tekanya.

"Egann, nama dia Hafiz."

Ayen dipandang terkejut. Kemudian Hafiz dipandang lagi. Doktor sakit puan itu siap membuka dompet dan menunjukkan kad pengenalannya. Betullah, Hafiz. "Jadi siapa Doktor Rashid?" Kelam.

"Takda orang bernama Rashid kat hospital ni... at least takda kenalan saya atau kenalan Ayen yang saya aware of." Keluh dihembus. Dia bangkit bila menyedari kendongan di tangan Egann. "So, this is your baby?" soalnya sambil memanjangkan kepala pada bayi yang masih merah itu. "Sure, dia maybe premature, tapi kalau diberi penjagaan rapi, anak korang akan boleh membesar..." Kata-katanya termati bila menyedari bayi itu dah keras beku. Hafiz ternganga, kemudian mata biru yang merenung tajam padanya dipandang. "Aku rasa aku patut pergi... supaya korang boleh bercakap in private..."

"Yeah, you should."

Hafiz keluar terus. Pintu wad turut ditutup rapat.

Barulah Ayen keluar dari cengkerang selimutnya. Dengan mata bersinar, bayi di kendongan suaminya dipinta. Egann tidak memberi, leka merenung mata bengkak isterinya. Malah, kulit muka itu masih sembap tanda segar menangis. Kenapa menangis teruk benar? Sebab sakit lepas pembedahan, kah?

"Perut kau okay?"

"Em? Ya..." Parut pembedahan c-Section disentuh dari luar baju.

"Kau tak sakit sebab kau dah telan pain-killer or anything?"

Sentap. "No... dorang bagi morphine..." Ibu jari dituding pada mesin di sebelah katil. "K-kau marah?"

"How'd you tell?"

Ayen menelan liur.

Namun Egann tak tahu nak mulakan macammana. Dia duduk di kerusi yang diduduki Hafiz tadi. Barulah mayat bayi mereka dihulur pada Ayen. Si isteri menyambut bersama mata berair. Dengan tangan kiri, Erik dikendong manakala tangan kanannya mengelus kulit merah itu. Senyum masih menampal di bibir pecah walau air mata kian melebat membasahi pipi. Tiada riak terkejut pada muka itu, melainkan tangis semata.

Egann menahan sebak. "Kau dah tahu dari awal yang Erik akan meninggal..." ujarnya. Bukan soalan, tapi sejenis kenyataan. Ayen perempuan bijak, jadi mungkin dia dah boleh mengagak. Itu boleh jelaskan kenapa mata Ayen dah pun bengkak serta bersisa dengan tangis sebelum dia sampai tadi. Tapi kenapa tak cukup bijak sampai sanggup menelan dadah? Sebab tekanan perasaan macam yang Hazif baru bagitau tadi? Tapi cukupkah dengan alasan itu semata?

Ah, Egann tak puas hati!

Ayen memejamkan mata. Satu persatu air matanya menitis ke dagu, pecah ke kain Erik dan meresap ke situ. Lalu Erik dicium dengan bibir yang bergetar. Sedu mula berbunyi. Kerut kian terbentuk di muka cantik. Hibanya terlalu hebat.

"Mak mintak maaf... mak mintak maaf... mak mintak maaf... mak mintak maaf..." Berulang-ulang tanpa henti. Erik dirapatkan pada dada dan tubuh dirukukkan ke katil kembali. Melepas hiba di situ bersama kata-kata maaf yang tak berhenti.

Egann hanya mampu merenung bersama mata berkaca. Tiada kata yang boleh diluahkan ketika ini. Hanya sendu Ayen yang mengisi ruang yang hening itu. Kejadian pada malam ini dilakar dalam ingatan masing-masing, yang akan terus dikenang dan menghantui keduanya tanpa gagal.


TUGASNYA sebagai doktor di Kings Hospital digantung. Sepanjang tempoh tersebut, Egann menghantar Ayen mendapatkan rawatan terapi bagi merawat ketagihan pada pain-killer serta sebarang masalah mental yang isterinya mungkin hadapi. Ayen nampak kuat di matanya kerana gaya tak berperasaannya, tapi mungkin wanita itu sebenarnya lebih lemah dan sensitif dari yang dijangka.

Walaupun secara dasarnya sukar, tetapi Egann memutuskan untuk melupakan apa yang berlaku. Hanya kerana gagal dua kali, tak semesti gagal selamanya.

"Kau disturbingly positive," komen Ayen senada.

Egann menjeling geram. Hari ini, dia dan Ayen masing-masing ada masa free dan tengah bersenang lenang di ruang tamu. Ini jarang berlaku kerana komitmen kerjaya mereka masing-masing yang lebih banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding bersama masing-masing.

Dia bersandar di sofa dengan ibu jari yang laju sekali berketak-ketak menekan butang pada konsol PS4. NBA sedang dimainkan di skrin TV. Ayen pula bersandar di lengan sofa sambil melayan media sosial, manakala kaki yang berbogel itu direhatkan di atas ribanya. Relaks sekali. Masing-masing membuang masa dengan cara tersendiri.

"Aku nakkan anak sejak mula aku kenal cinta. Jadi mestilah aku takkan give up. Tapi kali ni, aku perlukan komitmen yang sama dari kau. Kalau kau rasa nak telan dadah atau nak tampal patches kat badan kau, bagitau aku. Aku telan kau dulu."

Ayen meleret senyum kelakar tanpa mengalih perhatian dari Twitter di skrin Vivo.

"Rasa macam peranan kita bertukar. Dulu kau yang bermasalah dan aku yang waras. Sekarang dah bertukar."

Egann melepas tawa tanpa bunyi. "I guess that's how marriage works. Sorang jatuh, sorang kena tarik untuk pastikan roda tu terus berjalan. Dan vice versa. Giving up hanya akan berakhir dengan penceraian..."

"A 26 year-old me takkan percaya yang aku tengah lalui a healthy marriage with a gay man..." Ayen bermonolog. Husna pun menikahi lelaki gay walaupun tak disedari, tetapi perkahwinan rakannya gagal – dan secara kasarnya, Husna ingat dia menikahi lelaki normal – pun masih gagal. Tetapi antara dia dengan Egann... keberjayaan itu tetap ada.

Akhirnya, yang berbalik ialah rasa cinta dan rasa percaya di hati, komitmen pada hubungan, dan sejauh mana pasangan boleh bertoleransi, bukan?

Lalu suaminya direnung. Wujud rasa syukur dan bertuah di hati kerana bertemu dengan lelaki ini, serta sedikit perasa tambahan yang membuat darahnya panas. Ayen mengalihkan kakinya dari riba Egann.

"Although, aku sendiri sebenarnya masih tengah pujuk diri lepas apa yang jadi sebab heck, aku betul-betul kecewa yang kau—" Kepala dipaling bila perasan pergerakan yang merapati pipi. Tergamam seketika bila melihat muka Ayen yang kini hanya jarak seinci dari mukanya. Nafas panas Ayen menampar kulit, sekaligus menjemput keinginan di jiwa. Wanita itu statik, malah merenungnya tepat ke dasar mata. Kemudian anak mata Ayen jatuh ke bibirnya, kemudian naik semula ke matanya.

Dia meleret sengih. Itu ialah jemputan. Konsol dilontar ke lantai dan lalu Ayen ditolak hingga terbaring di sofa.

Hari ini mereka sama-sama ada masa free, jadi eloklah diluangkan dengan aktiviti bermanfaat.


AYEN merehatkan pipi pada dada Egann. Bulu dada yang menggeletek kulit mukanya dibiarkan. Bau peluh si suami menjadi aroma cinta yang mengetatkan rasa hati pada lelaki miliknya. Sebuah bau yang mampu memberi ketenangan pada hari ini dan hari kelak.

"Aku lapar..." ujarnya sambil merenung skrin TV yang masih hidup. Perkataan game over pada game yang dimain Egann tadi direnung kosong.

Si lelaki melepaskan tawa nipis. "Kau boleh fikir nak makan sekarang?" Tangan dilarikan pada belakang badan isterinya.

"Aku belum makan dari pagi..."

"Aku pun... selalunya makan sarapan kat opis je... dah tak ingat nak masak kat rumah..." Sebelah tangan dijadikan bantal, manakala sebelah lagi membelai rambut Ayen. Siling direnung, mengoyak masa silam. "Kau ingat tak dulu kau hutang aku dua penalti."

Ayen mengerut dahi, lalu kepala didirikan. "Penalti apa?"

"Masa tu kau ajak aku buat LEGO Death Star... lepas tu kita main game Saif... and then kau hutang aku dua penalti..."

"Damn, your brain ingat benda yang pelik-pelik. Jadi kenapa?"

Tersenyum. Sisi rambut panjang itu ditolak ke belakang telinga dan parut bergaris di pipi kanan isterinya diusap-usap dengan ibu jari. "Aku nak pakai satu penalti tu..."

"M'kay..." Masih menunggu.

"Go on a date with me." Sengih. "Maybe weekend getaway..."

Ayen ternganga, lalu tertawa dia. Hingga bergegar badannya. Bunyi ketawa riang itu bergema di seluruh ruang rumah. Sekali lagi, sesuatu yang dah jarang berlaku dalam rumahnya. Ada hikmahnya Ayen kantoi mengambil dadah hingga digantung kerja rupanya. Egann tersenyum, sabar menunggu ketawa itu habis.

"Kau cute gila..." Kedua belah pipi si suami dipicit geram. Hidung mancung itu turut dicium. "Kau tak perlu pakai penalti sekadar nak ajak aku date. Penalti macam tu sepatutnya dipakai masa aku taknak buat benda yang kau suruh... hence, time tu la kau guna kuasa mutlak macam penalti game Saif tu."

Egann menjungkitkan kening setingginya. "Kau unexpectedly lebih serius dengan benda macam ni berbanding aku."

"Husband aku ingat benda pelik macam ni, tak salah aku entertain..." Anak rambut yang jatuh di dahi suaminya, dimain-main.

Tertawa lagi. Wajah Ayen diciumi. "I love you, honey bun..."

"Love you too, sugar pop..."


SELESAI berkemas, mereka sama-sama bergerak ke tempat letak kereta. Dari jauh, Ayen nampak seekor kucing hitam berekor pendek sedang lepak berehat di atas atap kereta suaminya, macamlah itu kerusi dan dia raja.

"Eh baby baby..." sengih Ayen lalu. Cair hati melihat si kucing yang tengah memejamkan mata tetapi tidak tidur itu. Menikmati alam, mungkin.

Egann menoleh pelik. "Kau panggil aku?"

"Tak... ada kucing atas kereta kau."

Bulat matanya, lalu mata difokuskan ke arah Scirocco. Betullah! "Hey! Shush!" jeritnya. Kucing itu ditolak kasar hingga mendarat ke jalan.

"Egann! Asal jahat sangat?!" jerit Ayen, lekas mendapatkan si kucing.

"Asal aku yang jahat... kucing tu main sedap-sedap duduk atas kereta aku. Tak pasal-pasal kotor..." Atap keretanya disapu-sapu.

"Kotor boleh cuci. Tapi buat baiklah dengan haiwan. Dia hamba Allah juga..."

"Aku takda kasih sayang ekstra nak bagi kat haiwan, apatah lagi kucing jalanan sebab dah habis bagi kat kau tadi." Saki baki bulu kucing yang melekat di atas atap Scirocco masih disapu-sapu hingga dipastikan bersih. Kasih sayang dia ialah pada keretanya, bukan pada kucing jalanan yang kotor itu.

Ayen mencemik. "Aku cakap bagi kasih sayang... bukan buat beastiality..." Kepala si kucing diusap. Alahai comelnya muka yang tersenyum itu. Setiap kali dia pergi kerja sekitar Subuh, si kucing juga dah bangun dan meminta makanan. Selalunya Ayen menyimpan makanan kucing dalam keretanya, tapi kali ini takda sebab dia naik kereta Egann. Si kucing pun dah mengenali dia.

Tiba-tiba muncul idea dalam kepala.

"Egann sayang..."

"Dah kenapa pulak ni..." Lain macam nada manja yang terlalu manis itu. Si suami yang tengah memanaskan enjin, memanjangkan leher ke arahnya.

Dengan senyum manja pada wajah, kucing hitam itu lalu dikendong ke dada. "Boleh tak..."

"Tak boleh." Lekas menyahut.

"Ala! Kau tak dengar lagi!"

"Kau nak bela kucing tu dan bawak masuk rumah kita. Aku tak benarkan."

"Tapi—"

"No discussion. Masuk lekas." Pintu ditutup.

Ayen mencemik. "Jerk." Kucing hitam dipindahkan semula ke jalan, diusap kepalanya sekali dua, dibalas mengiau bila si kucing mengiau, dan Ayen memasuki kereta dengan hati yang berat. Lalu kereta dipandu keluar dari pekarangan apartment mereka.

Sepanjang perjalanan ke Fraser Hill, Ayen memasang muka comel. Bahu kanan disandarkan pada sandaran kerusi manakala mata bulatnya dibuat ala-ala bersinar bercahaya berbintang-bintang seperti mata Puss in Boots dalam cerita Shrek. Sekali sekala dikerlip macam mata bini Popeye. Menghantar S.O.S.

Abang sayang... nak kucing... dengar la sini... nak bela kucing... awak handsome... kite nak kucing...

Egann cuba buat tak perasan, mengekalkan fokus pada pemanduan. Lidah lalu dicucuk pada dinding pipi bila Ayen melarikan jari di belakang tangannya. Digaru sekali sekala. Halus cuma.

Time-time tengah memandu ni la dia nak menggatal... rungut hati si lelaki. Menggatal sebab nak meminta sesuatu pulak tu.

Lalu tangan Ayen ditangkap dan digenggam terus. Diletakkan di atas pahanya. Waima sedikit tak dibenarkan lepas. Selamba memandu dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi mengawal nakal si isteri.

Ayen menghempas nafas pendek. Mengalah dengan ketegasan Egann yang taknak melayan panggilan mesej tanpa lisan itu. Duduknya dibetulkan semula, lalu dia memandang jalan. Setelah genggaman bertukar relaks, tangannya disulam pada jari si suami.

Suasana dalam kereta menjadi senyap. Kosong tanpa interaksi.

Egann akhirnya menyeringai. Benar-benar kalah dengan senyap itu. Terasa ditampar ego lelaki kalau tak melayan kehendak isterinya. "Pasal kucing tadi?" soalnya terus.

Mata si isteri bercahaya kembali. S.O.S.nya sampai! "Boleh tak?"

"Kucing annoying la Yen. Dia pancut kencing dia sana sini. Dia berak sana sini. Dia cakar sofa, cakar lengan kita... dahlah sakit! Bulu dia lagi... melekat kat baju macam kat baju tudung kau tu ha."

"Berak kencing dia boleh dilatih... aku ada 6 bulan tempoh digantung. Kau sibuk kerja. Outstation sana sini meeting sana sini. Kalau kau kerja kat home office kau, takpe jugak. Tapi sejak dapat kerja lain kat luar... I'm gonna need a partner la, baby..."

Cair sedikit hati dipanggil baby. "Tapi kenapa kucing? Taknak bela haiwan lain ke? Iguana ke?"

"Apa best Iguana... cute dia dekat mata yang mampu menghargai... tapi bukan aku."

"Fine. Arnab then. Lagi cute."

"Nak kucing..."

"Ikan ke, boleh buat akuarium. Hamster, maybe? Atau nak eksotik sikit macam hedgehog... atau rakun."

"Rakun macam best..." Ayen mengerling ke tepi.

"Good. Then let's get a raccoon."

"Taknak! Aku nak kucing tadi jugak!"

"Kenapa mesti kucing tadi?"

"Kami dah bonded..." muncungnya. "Dia tunggu aku setiap kali aku pergi kerja... setiap kali aku balik... aku siap dah bagi nama dekat dia..."

"Siap bagi nama... dah kronik sangat ni. Apa nama yang kau bagi?"

"Egan Junior."

Lelaki itu menoleh terus. "Why my name..." Dah la dekat kucing.

"Sebab aku suka," balasnya mudah. Offhanded. "I like the cat. I like you. So, there."

Egann menarik nafas dalam. Ditahan lama-lama hingga kembang dadanya, lalu dilepaskan panjang berupa desisan bila melepasi gigi. "Fine... kau boleh jaga."

"Hahha!" Kedua belah tangan diangkat ke langit.

"Tapi semua barang keperluan dia, kau yang sediakan."

"Okay babe." Dengan senyum puas hati, tubuh disandarkan.

"Jangan bagi dia masuk bilik tidur."

"Okay..."

"Kalau aku hidu bau kencing dia kat mana-mana, kau yang kena."

Ayen menoleh.

"Kalau aku tengok ada bulu dia kat baju aku atau sofa aku atau meja aku atau—"

"I'm regretting this already..." keluh dihela pada langit.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh