Bab 26

Uploaded 2 new chapters for today. Happy weekend and jumpa again next week! 

______________

NAADIA semakin lama, semakin clingy. Kerap kali menelefon dan menghantar Whassap tak kira masa dan keadaan, kerap meminta Egann menghabiskan masa bersama-sama terutama selepas habis waktu bekerja, malah mudah benar cemburu bila ada perempuan lain yang mendekati lelaki itu.

Tugas masing-masing membuatkan masa mereka banyak dihabiskan samada di pejabat atau di luar kerana meeting dengan klien mahupun syarikat subsidiary mereka. Tetapi dalam tempoh masa yang sedikit untuk diri sendiri, Naadia cukup tahu nak mencuri masa dan menghantar bermacam-macam mesej mahupun call pada si lelaki.

Egann mulanya rimas. Tetapi semakin lama, dia semakin terbiasa.

1753. Naadia: Baby bump dah timbul sikit :D

Diselangi gambar Naadia bersama perut yang baru membuncit sedikit. Memandangkan tubuh wanita itu fit dan solid, jadi sedikit buncit memang nampak jika memakai pakaian ketat yang menampakkan tubuh badan.

Egann tersenyum pada buncit itu. Kembang hatinya.

"Amboi. Senyum-senyum. Tengok apa?" tegur Ayen, tiba-tiba memuncul di belakang.

Egann terperanjat. Lekas dipadat iPhone ke dalam poket. "Takda apa."

Ayen sekadar menjungkit sebelah kening. Dia turun ke dapur kerana terhidu bau sedap. Rupanya Egann sedang memasak. Wah, untung. Bila dikepala dipanjangkan ke dalam periuk, itu ialah tomyam putih.

"Hm. First time kau masak tomyam putih."

"Really."

"Ye... kau tak pernah buat sejak aku cakap aku cuma suka tomyam merah."

"Oohh... aku pun saja-saja nak masak. Teringin. Haha..."

Ayen mengangguk. Punggung disandarkan pada dapur sambil berpeluk tubuh. Wajah suaminya direnung.

"Untuk Nadia, isn't it?"

"Sebutan dia Naadia."

"I don't care!"

Nafas dihembus. Ya itu benar, tetapi enggan dikongsi pada Ayen. Tak mahu diberi kerut marah oleh isterinya itu. "Kenapa pulak kau nak tuduh macam tu. Aku masak sebab aku nak masak..."

"Sebab aku pernah mengandung... boleh jadi dia tengah mengidam sekarang. And you're a total sucker untuk perempuan mengandung." Kepala dipaling pada tomyam yang mendidih. "So erm... sejak bila korang dah start dating?"

"What the. Kami tak dating. Satu lagi, aku dah cakap aku taknak cakap pasal Naadia kalau ended up buat kau marah dan cemburu. Yang jadi mangsa ialah aku."

"Sure, kau yang start buat masalah, lepas tu kau yang jadi mangsa." Bau semakin mewangi hingga menusuk ke hidung. Gila, sedap benar baunya. Dah la perutnya sangat terbiasa dengan masakan Egann. Tetapi hatinya kini pahit. "Aku ingat nak sembang pasal Husna... tapi maybe lain hari."

Egann memandang isterinya berjalan pergi. "Naadia balik dari Itali malam ni. Aku nak sambut dia kat KLIA. Kau habiskan tomyam ni okay?"

Ayen tidak membalas.

Sehingga pagi esoknya, tomyam putih langsung tidak bersentuh.

"SO korang decide untuk takkan sembang apa-apa pasal Naadia sebab taknak terus saling bergaduh?"

"Ya."

"And Ayen agree on this?"

"Yes."

"Are you guys stupid?"

Lalu Saif diberi jeling maut. Si adik buat muka tak bersalah.

"Habis macammana dengan future onward? Bila Naadia semakin sarat mengandung dan perlukan perhatian penuh dari abang? Dia sepatutnya tak kahwin lagi, jadi macammana dia handle apa orang cakap? Sekarang mungkin tak nampak perut dia, tapi macammana kalau nanti-nanti? Abang nak tipu yang dia ada sakit sampai terpaksa buat kerja dari rumah?"

"Naadia cakap itu dia akan handle."

"Abang pula macammana. Obviously abang nakkan fair amount of time untuk dihabiskan dengan baby yang belum lahir tu."

"Abang memang tengokkan dia sekali sekala..."

"Ayen tau?"

"Ye."

"Dia cakap apa?"

"Dia masih taknak mengaku itu anak dia... jadi dia taknak terlibat langsung."

Suara si abang sedikit bergetar. Mungkin bersedih. Mungkin marah. Atau kecewa juga. Saif mendiam lalu. Berfikir seketika mengenai sifat kakak iparnya. Agak pelik bila pihak perempuan pula yang enggan mengaku anak sedangkan perempuan sepatutnya memiliki hati yang penuh dengan emosi dan perasaan.

"Kenapa dia nak reject sangat?"

Keluh dalam dihembus akhirnya, membuat beban yang sarat di dada sejak sesi soal jawab Saif dari tadi. "Abang tak tahu... kau pula datang redah pejabat abang hari ni memang nak update pasal sengsara abang ke?" soalnya akhirnya.

Hari ini hari Rabu. Malah baru pukul 10 pagi. Tiba-tiba adiknya datang mengetuk pintu tanpa appointment. Apa benda yang dia nak bincang sangat sampai tak boleh nak tunggu lepas waktu pejabat atau bercakap dalam telefon?

"Semalam Saif terima emel dari member Saif yang kerja kat London.... Ermm... katanya kita ada family member dekat sana..."

"Ookay... abang tak tau macammana member kau tau, tapi itu betul. Abang rasa kau pun sepatutnya tahu. Dulu masa mula-mula abang terbang ke Edinburgh sebab dibantu mereka la. Aunt Amy, specifically. Tapi dia dah meninggal 10 tahun lepas. Sedara mara ayah yang lain buat tak tau je dekat kita kat sini..."

"Saif maksudkan family kita. Our own bloodline. Our sibling. K-kita ada adik..."

Tiba-tiba Egann lupa macammana nak bernafas. "What?"

Saif menelan liur. Iphone kemudian ditarik dari poket slacknya. "Kita ada adik... long-lost sister... if you wanna call it..." Satu video dicari, lalu dimainkan depan abangnya. "My friend yang kerja kat firm di London, client dia ialah—her... and he gave this to me."

Video rakaman dimainkan. Di dalamnya ialah seorang gadis muda Barat, berambut hitam lebat ke dada. Matanya biru dan terang, sama macam mereka.

"Hello, hai... I don't know if you know me–of course you don't. I mean, I don't even know you guys exist. I found your picture in one of mom's boxes... in it, there's an envelope... and pictures of you guys..." Gambar seorang kanak-kanak lelaki bermata biru serta bayi yang juga bermata biru, didekatkan pada kamera video. "In the back, its written... Egann and Dour, my lovelies, 19xx – 19xx. Well, mom thought you guys are dead... I don't know why dad did what he did, hiding you guys from her... and us... but aunt Sophie told me that you guys are still alive and currently living somewhere in Malaysia. If... if you found this footage... my name is Evie Ian, and I am your sis—long lost sister... I guess, hahah.... Please contact me. I wanna meet you guys."

Muka Egann padat sekali dengan darah. Kedua belah tangan diangkat ke kepala, lalu rambut dicengkam sekuatnya. Cuba meredakan tekanan yang menyesakkan otaknya ketika ini.

"Oh my God..." Dia masih ada adik? Mata dipejam kelip pada wajah Evie yang tersenyum janggal pada video yang dah berhenti. Itu ialah adik perempuan dia? dia ada adik perempuan sebesar itu?!! "OH MY GODD!!" Memekik lalu. Malah terbangun terus hingga kerusi tertolak ke belakang dan terlanggar dinding.

Saif mengangguk. "Yep... oh my God..."

Egann berjalan ke tingkap. Sebelah tangan dicekak pada pinggang manakala sebelah lagi mengusap rahang. Wajah ayahnya merajai otak ketika ini.

"Lepas abang jumpa ayah kat Edinburgh... dia terus terbangkan abang ke US... lepas tu tak pernah balik ke kampung halaman dia. So so so she is there the whole time?!!" Rambut dicengkam lagi. Terlalu terkejut!! Ian Seymour, kau celaka!!

Saif mendiam, membiarkan Egann mengambil masa untuk menghadam. Dia sendiri dapat footage ini tiga hari lepas. Hingga kini, maklumat baru ini masih menyesakkan dadanya.

Batuk terlepas sedikit. Egann menepuk dadanya, cuba mengawal debaran jantung yang terlalu kencang. Nafas ditarik dalam dua tiga kali. Meminta tenang. Meraih kepanjangan akal untuk befikir.

"Evie... Evie... abang pernah dengar nama itu..."

"Nama yang ayah pernah salah sebut dekat Saif."

Mata Egann terbuntang lagi.

Saif pula memuram. "Ayah yang tengah nazak boleh sebut nama anak perempuan dia. Rindu sangat agaknya. Mungkin takdir nak suruh Saif bawakan Evie dekat ayah..."

Bibir terasa kering tiba-tiba. Lalu dibasahkan dengan liur. "Lets meet her first. Fly her out here."

"Way ahead of you. Flight dia akan sampai 16 jam dari sekarang..."

"G-good..." Punggung disandarkan pada dinding. Lantai direnung kosong. Hati terlalu numb untuk merasa apa-apa ketika ini.

Saif merenung abangnya. "You okay?"

"I don't know... you?"

"Nervous?"

Egann tergelak. "So we're not the only one left... rasa nak menangis rasanya."

"Hahaha... yea..."

"Damn I hope dad rot in hell." Nafas dihempas keras, lalu dia kembali duduk.

SAMPAI di restoran tempat pertemuan mereka, Egann meluru masuk dalam keadaan terburu-buru.

"Penat nampak? Abang dari mana?"

"Rumah Naadia." Wanita bermata biru berambut hitam lebat yang duduk di hadapan Saif, dipandang. Aestatik yang sama dengan mereka. Cuma wanita ni mungkin tidak mengaku Melayu. "And, this is..."

"Evie Ian..." Gadis itu bangkit. Tidak pasti samada nak membuka peluk atau menghulur salam. Dia punya debar cukup ketara, sama dengan perasaan abang-abangnya. "Ermm... have a seat."

"Hahaha... are you gabra?"

"What?"

"Are you nervous?" Dibetulkan terma.

"Oh haha... practically dying here." Dada ditepuk-tepuk.

Egann gelak lagi. Jantung yang dari tadi nak keluar dari dada dah rasa sinonim sikit dengan debar Evie.

"H-how was your flight?"

"Great. Can't complain." Sengih.

"How old are you?" soal Saif.

"17."

"Bapak bawah umur!" Terperanjat Egann dibuatnya. Jauh benar beza usia mereka.

Mata Evie bercahaya. "You can speak the language?"

Egann mengangguk bersama senyum. "Kejap." Egann mengira-ngira tahun mereka pada jari. "I met dad when I was seventeen, so, you're conceived around then... but why didn't he introduce me to you back then?"

"Maybe because he's a selfish prick," cemik Saif.

Egann menepuk belakang kepala adiknya.

"The one who told me about you guys is someone named Auclair... he said he knows my dad and Egann, and so he introduce me to the investigator, who happen to be Dour's friend..." Wajah kacak kedua-duanya dipandang silih berganti sebelum berhenti pada Saif yang nampak lebih tegang riaknya berbanding Egann yang cukup santai.

"Auclair... German guy, big green eyes.... Red skin... Smug face?" soal Egann. Mata turut dipicing, mengingati wajah seseorang.

"Yes!"

Saif menoleh pada senyuman yang mula mengeras itu. "Abang kenal?"

Masih tersenyum. "Hold on." iPhone dikeluarkan dari poket seluar. Sambil mendail satu nombor, dia bergerak ke pintu keluar. Belum sempat pintu bertutup, suara kasarnya memekakkan ruang restoran tersebut. "AUCLAIR, YOU FUc—"

Pintu tertutup.

Evie dan Saif berpandangan.

"S-so... how long have you guys living here? Why does mom think you guys are dead?" soal Evie, mula masuk ke topik serius.

Saif menghela nafas pendek. "Honestly, I've been searching for the same answer... but maybe abang akan ada jawapan lepas ni..." Egann yang masih menjerit-jerit dalam phone di luar restoran, dipandang.

"I'm sorry Dour. I don't understand. You somehow went a different track there..."

"Hahha. Sorry sorry. So, tell me about your life." Evie lalu dipandang dengan mata bersinar. Mereka berbual selayaknya dua beradik yang tak pernah bertemu tetapi akhirnya berjumpa semula.


PADA masa yang sama, Ayen dan Husna berjalan beriringan di tepi jalan yang berdekatan dengan restoran tersebut.

"Ada ustaz lamar aku jadi isteri kedua dia..."

"Serius la..."

"Dia dah pursue lama dah bila dia dapat tahu aku ibu tunggal. Dia dengan wife dia nak tolong permudahkan aku katanya. Aku ragu-ragu... sebab tu aku cuba meluah dekat Doug..."

"Kau memang ada feeling kat Doug la ni?"

"I want the best for my kids, Ayen. Doug mungkin kes rumit, but... he really tries his best to change. Aku dah nampak dah tu sekarang. Dia rupa-rupanya dah start belajar mengaji balik, belajar agama... aku tak tahu what drives him to do that, tapi aku boleh simpulkan sebab dia nak jadi yang terbaik untuk Ilyas dengan Yunus...."

"Untuk anak-anak dia saja, eh."

"Ye... sebab dia reject aku, Yen... dia reject aku..." Air mata menitis tanpa dapat ditahan. 

Ayen hanya mampu memujuk dengan merangkul tubuh rakannya. Lengan Husna turut digosok-gosok. Tanpa berhenti melangkah, perbualan diteruskan.

"Saif pula macammana?"

"Hm? Saif kenapa?"

"Dia tak datang jumpa kau?"

"Dia hilang lepas aku bagitau aku kena reject Doug. Sampai hari ni. Aku tak tau dia kat mana..."

Ayen gamam. Gaya kelam kabut Saif pada malam karaoke itu masih segar di ingatan. Jadi Saif masih tak ambil tindakan sampai hari ini? Apa benda yang budak tu buat?

Terpandang Egann di hujung jalan, baru keluar dari sebuah restoran mewah dan tengah memekak pada iPhone di tangan sehingga menarik perhatian orang awam. Mukanya marah benar. Mungkin menyedari dia mengganggu kesejahteraan awam, lelaki Barat yang mengaku Melayu itu beralih ke lokasi yang lebih tersembunyi.

Keliru dengan tingkah laku lelaki itu, Husna berjalan laju ke restoran tersebut. Ayen pula mengeluh berat. Tidak gemar mengambil tahu lebih-lebih tentang Egann kerana berpotensi membuatkan mereka bergaduh lebih teruk. Tetapi bila melihat Husna berdiri keras di luar tingkap restoran, wanita itu melangkah dekat.

"Kenapa?"

Husna tidak menjawab. Melainkan matanya tidak berkelip memandang Saif sedang berbual mesra dengan seorang gadis muda cantik di dalam restoran. Kedua-duanya nampak ngam sekali. Sama padan sama cantik sama kaum keturunan. 

Ayen gamam. Jadi sebab itukah Saif tidak mengambil tindakan ke atas Husna... sebab dah ada teman wanita secantik itu?

"Ayen," panggil Husna dengan suara berat di anak tekak.

"Em."

"Boleh tak kau teman aku tidur malam ni?" pintanya bersama suara yang kian sendat.

Dengan helaan nafasdalam, Ayen memeluk bahu rakannya. "Mestilah boleh. Jom, jangan tengok lama-lama bahagiaorang lain kalau hati kau sendiri tak boleh terima..." Lalu Husna ditolak supayaterus melangkah.


AYEN sedang menyelesaikan kertas kerja di meja makan, ditemani Nescafe dan cucur udang. Lagu Good Riddance – Greenday dipasangkan dalam Lenovonya, menemani ruang rumah yang kosong.

Egann kerap menghilang sejak beberapa minggu ini. Dia faham nature kerja Egann yang kadang kala memaksa lelaki itu outstation atau balik pada lewat pagi, tetapi tak pernah tak balik rumah. Dia maklum sangat, kerana setiap kali dia balik, Egann sentiasa ada.

Pintu tiba-tiba terbuka. Ayen menoleh, melihat lelaki itu melutut di muka pintu sebelum meniarap terus. Lah. Pengsan ke? Atau dah mati?

"Ereeerggghhh..." deram si lelaki, melepas deraman penat.

Helaan nafas pendek terhembus. "Kau kenapa?" tegurnya.

Egann terperanjat, lalu kepala dipaling ke dapur. Baru perasan isterinya ada kat sana. "Aku penat..."

"Kau dari mana?"

"Layan pe'el she-mort.... I swear, kau mengandung tiga kali pun tak teruk macam ni..."

Ketikan pada keyboard terhenti. Dari konteks ayat, dia faham ayat itu memaknakan pada Naadia, tapi... "She-mort?" soal Ayen keliru.

"Kau tak suka dengar nama dia... dia dah macam she-who-should-not-be-name... basically female Voldemort... in short, she-mort."

Nak tergelak Ayen mendengar. "Atau... shmort."

Egann berpusing menelentang. Daun pintu ditolak dengan kaki hingga tertutup, kemudian kasut ditanggalkan dan dilontar ke rak kasut. Stoking dibaling sama. Kemudian dia bergolek-golek macam penguin hingga ke meja makan bahana terlalu malas berjalan.

Ayen pula merenung batang tubuh panjang itu terus bergolek sampai terlanggar kaki meja. Kan dah sakit. Ya Allah... kesian benar. "Apa benda yang dia buat kat kau sampai penat sangat?" Sampai tak balik malam!

"Dia tak peduli aku punya penat..." Egann memaksa diri untuk bangun duduk di sebelah kerusi isterinya. Kaki dilipat melutut ke belakang, lalu kepala direhatkan ke paha Ayen. Ah, syurga dunia. "Ayah aku baru meninggal lima hari lepas, lepas kami bawak Evie jumpa dia. Dia flatline... right after dia mintak maaf dekat Evie dengan aku... Saif termangu kat sebelah katil, dia boleh ignore je. Kau imagine je la feeling adik aku macammana. Sampai ke nafas terakhir, kewujudan dia ditolak ayah."

Ayen terkedu. Lah... yeke... teringat pula luahan hati Husna yang memaklumkan Saif langsung hilang sampai sekarang. Percuma kena ghosting. Mungkin sebab melayan awek baru macam yang ditemui mereka hari tu. Mulanya dia nak marah, tapi rupanya sebab Saif ada benda lain yang mengganggu dia rupanya.

Egann masih bercakap. "And then aku selesaikan urusan pengebumian ayah. Kemudian aku hantar Evie balik ke Edinburgh sekali dengan abu ayah... Evie ajak aku balik, tapi aku terpaksa tolak sebab Saif is too depressed to handle shit... dan satu lagi sebab Naadia – sorry – Shmort, marah aku sebab ambik cuti emergency dan tak layan dia sampai berhari... aku taknak dia stress sebab boleh risikokan anak kita... dan aku terpaksa entertain dia sampai boleh balik rumah hari ni..."

Kesian benar. Rambut Egann diusap. "Habis sepanjang lima hari ni kau tidur mana?"

"Mula-mula hotel... lepas tu rumah Naadia..."

Usapan di kepala Egann terhenti. Ayen menunduk pada kepala di pahanya. "Kau tidur rumah Nadia?" Nada mula mengeras.

Si lelaki terkedu. "Damn, aku sepatutnya rahsiakan..."

"Kau masa penat dan mengantuk, kau tak boleh rahsiakan apa-apa! Semua benda keluar dari mulut kau macam sistem perparitan parit yang lancar!"

Dia menderam bila dimarahi.

"Aku mintak kau nikahi dia supaya kau tak berterusan buat benda-benda yang clearly salah, macam ni! Dah kira bersyukur aku mintak kau kahwin baru. Kenapa taknak dengar?!"

Dia nak membebel pulak.... Egann menutup kedua belah telinga, lalu bergolek ke sofa di ruang tamu pula. Nak tidur di situ.

Ayen mendesis panjang melihat perangai si lelaki.

EGANN terbangun bila kedengaran bacaan Yasin di sebelah kepala. Kepala diangkat, melihat dia diselimuti kain putih. Dengan muka berkerut, kepala dipaling kiri dan kanan. Itu Ayen, tengah memasak di dapur. Sambil menggosok mata, Egann bangun. Terpandang beberapa pasang sejadah dihampar bertentangan dengannya, macam baru selesai solat jenazah. Kaki dan lututnya pula dah diikat.

Bangun-bangun je dah jadi jenazah.

"Kau gurau kasar, Yen..." deramnya dengan suara berat basah. Kantuk hilang terus.

"Eh, dah bangun? Apa khabar trip ke alam barzah? Seronok?"

"Sudah la kau..."

"Hahha. Sempat lagi nak Zohor ni. Pergi mandi. Solat. Lepas tu makan."

Egann menurut.

Tak lama kemudian, dia muncul semula hanya dengan boxer. Ayen masih dengan kerjanya di meja makan, tetapi kali ini ditemani Egann yang duduk di hadapan. Ayen sediakan nasi putih, ayam masak merah dan jantung pisang masak lemak. Bergendang terus perutnya.

"Kau dah makan?"

"Dah."

"Kenapa tak tunggu aku?"

"Kau tengah kena soal mungkar dengan nakir. Aku tak berani nak kacau."

Egann menggelengkan kepala. "Its like four years ago... masa kau openly derhaka dengan aku dan sakitkan hati aku sebagai hobi kau."

Ayen sekadar meleretkan bibir. Malas nak bersoal jawab lebih-lebih. Permainan saling menyakitkan hati masing-masing dah jadi satu rutin. Kalau enggan benda berlanjutan, lebih baik senyap.

Si lelaki merenung isterinya lagi. "Anything new?"

"I don't think you care."

"You're my wife. I care everything about you. Just tell me. I miss our conversation."

"Well ermm... Husna terima lamaran sebagai isteri kedua seorang ustaz."

Pandangan mereka bertaut.

"You're right. I don't care." Ayam kembali dikunyah.

Ayen tersenyum terus. Lelaki ini selalunya memaksa diri bertanya tentang Husna kerana itulah topik kegemaran Ayen. Tetapi bila dia terang-terang dah tunjuk malas, dah give up sangat la tu. Kelakar pula rasa. Tetapi Ayen pun malas nak menyembang tentang orang lain sedangkan di antara mereka ada hal yang lebih serius yang sedang menggoncangkan damai di rumah.

Untuk seketika, mereka dirangkul diam. Tangan Ayen berdiri di atas keyboard manakala matanya membaca baris perkataan pada skrin Lenovo, tetapi fokus kosong. Eh, apa ni? Dia sepatutnya tulis apa? Anak mata dikerling pada artikel, tetapi fokus masih kelaut. Kepalanya sekarang ini hanya memikirkan Egann tidur di rumah Naadia!!

Allahu.... 

Nafas ditarik dalam-dalam. Dengan tenang palsu, Ayen membuka mulut. Sempat berdoa agar mereka tidak sambung bergaduh. 

"Kau buat apa je dengan Nadia kat rumah dia..." soalnya perlahan. Anak mata pula lari-lari antara barisan jargon perubatan pada skrin Word dengan si kacak yang duduk di hadapannya.

Mulut yang baru nak melahap rezeki, termuncung kosong. Anak mata biru si lelaki spontan menjuling pada isterinya. "Kita dah janji supaya tak cakap pasal dia, remember?"

"Kau yang bangkitkan isu pasal tidur kat rumah dia..."

"Aku terlepas cakap..."

"But you did tidur kat rumah dia..." Wajah suaminya dikerling. "Korang buat apa?"

Kedengaran getar pada suara itu tetapi ditekan dan dikawal. Nasi kembali diturunkan ke pinggan. Egann menelan nafas sebelum melangut ke siling. Berfikir. Mahu menapis apa-apa yang tak perlu diceritakan pada isterinya demi menjaga sekeping hati yang rapuh itu.

"Dia mintak durian pukul tiga pagi..." Ayen terkedu. "I mean, there's no way aku boleh cari durian pukul tiga pagi. So aku beri dia aiskrim."

Ternganga. Tak mungkin Naadia akan terima ais krim itu. "So she screamed?"

"She screamed." Kepala digeleng dan nasi dimasukkan lagi ke dalam mulut. "Dia punya tantrum jauh lebih teruk dari kau. Damn, mujur aku tak kahwin dengan dia."

"But at least she's pretty..."

"Aku jumpa pretty woman on a daily basis. Muka macam dia macam tengok TV hari-hari. Nothing to enjoy."

Ayen menguntum senyum, merenung mata yang langsung tidak memandangnya itu. Dia baru berjaya menangkap habit Egann bila menipu sejak kemunculan Naadia. Lelaki itu akan melarikan pandang, dan rahangnya juga bergerak-gerak. Sama seperti sekarang.

"You lied, didn't you."

"Huh?"

Muka terasa pedih. "You lied. Kau cakap semua ni sebab kau cuma nak sejukkan hati aku. Dammit Egann, kebaikan kau boleh bunuh aku!!" marahnya, seraya bangun.

Lelaki itu terperanjat. Lekas laptop itu dirampas sebelum sempat Ayen mengemas habis barang-barangnya. "Then what else am I supposed to say?! That we're having a great time tengok TV sama-sama dan main chess? Aku tak boleh cakap kat kau yang aku enjoy dengan dia! Aku taknak kau cemburu!"

"Jadi kau rasa lebih baik menipu?!"

"Of course not! Aku taknak cerita, tapi kau yang demand apa yang aku buat kat sana! Kau letakkan aku dalam perangkap yang aku tak boleh nak keluar, Yen!"

"Maybe kalau kau tak buat surrogation dari awal—"

"Dammit woman, move on...! Benda tu dah 3 bulan... almost 4 bulan lepas! Lagi lima bulan anak kita akan lahir! Work with me on this, will you?! Aku taknak bergaduh dengan kau macam ni sentiasa. Aku nakkan life kita sebelum ni, life sebelum—!" Liur tertelan spontan, mematikan kata-katanya sendiri. Ayen menggigit bibir. Egann pula menarik nafas. "I love you. With all my heart. Kita dah lalui discussion pasal Naadia berkali-kali, but never reaching solution. I know its hard, but aku mintak kau terus stay dengan aku... kalau boleh, support life aku like you used to. Please?"

Diam. Bergetar bibirnya.

"Babe... Naadia harmless. Maybe kalau kau setuju jumpa dia..."

"Mungkin lebih baik kalau kau gantikan aku dengan dia."

"No, Ayen..." Terkedu dia, memandang isterinya terus melarikan diri ke tangga. Bahunya jatuh bila keluh terhembus. Egann mendongak ke langit, meminta tolong yang Berkuasa untuk mengendalikan kesulitan yang tengah dilalui.

Dia cuma perlu bertahan sampai Erik lahir... tapi ah, Ayen pula taknak mengaku itu anaknya.

Penat.


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh