EGANN dan Naadia berjalan beriringan di sepanjang gerai berderet di tepi pantai, membeli beberapa makanan ringan bagi mengisi sesi perbualan walaupun perut dah pun diisi penuh di dewan tadi.
Lelaki kacak itu cuba digoda dengan sentuhan tangan, kadang-kadang dia sengaja jatuh supaya tubuh mereka berlaga, atau dia cuba menarik Egann ke lokasi yang lebih terasing dan gelap supaya lebih senang nak bertindak lebih drastik.
Tanpa diduga, lengan sasa itu merangkul pinggangnya dan ditarik hingga bertemu tubuh. OMG ini baru betul drastik! Jeritnya di hati. Darah Naadia menyirap naik ke kepala. Kegagahan tubuh yang terasa pada badannya sama seperti apa yang dibayang-bayangkan!
"Shh... jangan menjerit. Kita dah terlalu jauh dari orang ramai. Kita perlu patah balik lekas..." ujar Egann lalu berpusing.
"Eh... tapi kalau lepak kat jeti sana lagi romantik..."
"Girl, you bole ajak I romantik-romantik anytime, but there's no way I akan risikokan keselamatan you sekarang ni." Langkahnya melaju.
Naadia terkedu. Keselamatan apa pulak yang disebutnya sedangkan sekarang ni dia memberi peluang besar kepada Egann untuk menikmati rezeki yang dia hulur. Langkah dihentikan mendadak dan dada itu turut ditolaknya supaya berhenti berjalan.
"You sebenarnya taknak berdua dengan I kan sebenarnya?" Mula nak marah.
Kening dijungkit sebelah. "You tak perasan jumlah anjing lapar kat pokok sana, don't you?"
Anjing? Kepala dipanjangkan ke belakang, di sebalik pokok-pokok seperti yang Egann maksudkan. Dalam gelap malam seperti, pandangannya tak berapa nak nampak, tapi api rokok itu ada.... Bila mata dah mula terbiasa dengan gelap, barulah nampak batang tubuh manusia di situ.
"There're at least 6 or 7 guys there," ujar Egann, menarik tangan Naadia supaya kembali berjalan.
"Ala, you lawan je la."
"Amboi senangnya dia cakap. I boleh lawan untuk diri I sendiri, tapi I tak boleh nak lawan and protect you sekaligus."
"You lawan tu kira you protect I sekali la kan?" bidas si wanita kembali, kini terbayang pula Egann bergaduh dengan 7 orang lelaki yang berebut nakkan dia. Mak aih, hatinya terasa berada di awang-awangan kini. Macam impian jadi kenyataan.
Egann tidak bercakap banyak. Memandangkan dia berjalan dengan Naadia, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai lelaki untuk menjaga wanita itu. Setelah mereka berada di tepi jalan semula dan dia berpuas hati yang mereka benar-benar selamat, barulah tangan wanita itu dilepaskan. Tetapi Egann dikejutkan lagi dengan kenakalan mat rempit yang kebetulan melalui mereka. Mereka ialah kumpulan lelaki yang tak tahu bezakan layanan pada seorang wanita atau seekor anjing kerana cuba nak menarik perhatian dengan memberi siul serta beberapa perkataan kurang bertamadun.
Sedikit kurang ajar bagi mereka yang bermaruah tinggi.
"Must be hard jadi perempuan cantik..." desis Egann tanpa mengalihkan renung dari mat rempit yang semakin jauh memandu pergi. Adakah Ayen juga melalui layanan yang menyusahkan seperti Naadia? Risau pula dia.
"I takde la cantik sangat..."
Egann menoleh pelik. "Have you seen you? Semua orang toleh dua kali bila tengok you, tau. I pula yang takut sebab kena jaga high quality woman macam you..." desisnya. Jari Naadia disentuh bagi memberi isyarat untuk meneruskan langkah. Niat kini nak balik ke hotel mereka dan tidur supaya esok boleh bangun awal bagi meneruskan hari terakhir Team Building itu.
"Ye... ye... semua orang pandang I kecuali you," cemik si perempuan sambil mengekori di sebelah Egann.
Terkedu lagi si lelaki. "I kena jaga pandangan. I ada wife, heheh."
"Orang lain yang ada wife pun tak taat macam you..." desis Naadia lagi. Tetapi dia mengerti logik tingkah laku Egann adalah kerana sisi biseksual lelaki itu khusus untuk minat yang mendalam pada perempuan yang digelar isteri itu sahaja, manakala baki selebihnya berjumlah kosong untuk perempuan yang lain.
Tapi dia masih berazam untuk membuatkan lelaki ini memandang dirinya sebagai bukan sebagai ketua organisasi, tetapi sebagai seorang wanita yang mampu dicintai. Lelaki yang pernah dilepaskan ini ialah satu kesilapan kerana dilepaskan suatu masa dulu, kerana Egann rupanya sebenarnya ialah permata. Kali ini, dia mahukan permata ini menjadi miliknya.
Tangan lelaki itu dicapai lagi. Egann menoleh. Naadia memberinya senyum.
"Masih terlalu awal nak balik... I masih tak puas berjalan dengan you."
Pulak dah. Orang nak tidur... bisik kepala yang penat itu. Tetapi dia menurut jua. Mereka kini melabuh duduk di kerusi di tepi pantai, menghala ke laut. Kerana penat, dibiarkan senyap menyelubungi mereka. Masing-masing leka dengan fikiran sendiri.
"The darkness is actually pretty..." tutur Naadia tiba-tiba tanpa melepas renung dari kegelapan yang menelan horizon. Tidak nampak laut atau langit. Hanya kekosongan.
Egann menjeling. Wanita itu dilihatnya dah menanggalkan hiasan di kepalanya dan membiarkan rambutnya jatuh ke bahu. Jadi Naadia ialah dalam kalangan perempuan yang pakai tudung di pejabat tapi tanggalkan tudung di luar? Hatinya bertanya. Cantik rambut yang rebonding itu, tapi cantik lagi rambut ikal mayang Ayen.
Bersama senyum, kegelapan itu turut dipandang. "The dark tak pernah tinggalkan kita walau sekejap. Its always there... cuba nak telan whenever possible. But sometimes, bila terlalu lama tenggelam dalam perut dia... you'll grow sick and tryna go out but you find its hard to do so..."
Naadia menoleh dengan muka berkerut. "Sentiment apa you cakap ni?" Gelak lalu. "I cakap laut gelap tu cantik, tapi you redah jadi Edgar Allan Poe dah kenapa?"
"Hahahaha. I cuma teringat masa I susah payah nak keluar dari life lama I sampailah I sampai ke fasa hidup I sekarang..." Baik semasa dia mencari tenang di bawah botor beer sebelum bertemu Ayen, atau menghadap kegelapan itu lagi selepas Erik mati berturut-turut. Sendat di hati hanya dikongsi dengan Tuhan. Kepala digeleng, menyedari dia sebenarnya masih belum move on sepenuhnya. Trauma itu sentiasa ada, dan akan menggigit bilamana dia vulnerable.
Sama seperti fotografer yang sentiasa mencari sudut terbaik untuk mendapatkan hasil terbaik dari objek fokus di lensa kamera, dia lalu berusaha mencari perspektif lain untuk melawan hiba di jiwa. Laut dipandang lagi.
"But you're right. The dark actually is pretty... especially bintang yang macam segan silu nak muncul..." Macam nak hujan, bisik hatinya. Lagi-lagi angin juga cukup terasa hembusannya. Tiba-tiba teringat sesuatu bila perasan langit malam yang memberi tanda perubahan cuaca itu. Lalu air muka Egann berubah dari penulis buku emo kepada muka lelaki yang bahagia berumah tangga.
"You nak tahu siapa yang lagi cantik dari bintang-bintang kat langit tu?"
Naadia blush. "Siapa?"
"My wife," sengihnya sambil terus merenung langit.
Perubahan muka Naadia bertukar dari senyum simpul kepada muka membunuh. Tertekan kerana tak habis-habis dibidas dengan my wife. Dah macam sejenis penghinaan. Dengki mula menyelit di hati yang semakin dimamah cemburu itu.
Egann pula masih tak perasan apa yang dah dibuatnya. Kenangan mengadakan star-gazing bersama Ayen bermain di kepalanya kini macam disiar LCD. Ketika itu dia masih belum dapat job offer, dan Ayen pula redeem star-gazing melalui Egann Coupon bagi mengisi off-day bersama Egann tanpa perlu balik ke rumah. Maka dia menyewa Hilux dan membeli futon serta beberapa selimut untuk diletakkan di belakang Hilux. Sampai di atas bukit, mereka berbaring di belakang Hilux sambil memandang langit. Selimut dan futon menambah selesa mereka kuasa sepuluh.
Seterusnya mereka menghabiskan masa bersama dengan berbual mengenai masa depan mereka, drama tiga segi Husna-Saif-Doug, masa depan Ilyas dan Yunus, ekonomi dan politik semasa, dan sebagainya. Masing-masing leka bergurau dan ketawa hingga tak perasan keadaan langit dan kelajuan angin yang dah berubah. Kemudian, hujan turun.
Romantik yang amat.
Walau pada mulanya terkejut dan kelam kabut, tetapi kemudian star-gazing ditukar menjadi dancing under the rain. Kreativiti Ayen mengubah situasi yang tidak dijangka sememangnya mencuit jiwanya sejak mula berkenalan.
Magikalnya kejadian itu hingga membuatkan ketawa nipis terlepas di pinggir bibir. Hatinya kini memberat dengan perasaan rindu pada isteri sendiri.
"I miss her so much..." bisiknya.
Buat kesekian kalinya, tingkah laku si lelaki menjemput sakit di hati Naadia. "Boleh tak bila dengan I, you jangan sembang pasal perempuan lain?"
"Perempuan lain tu bini I jugak..."
Gagal menahan panas hati, lalu jari Egann digenggam dan ditarik kuat. "Egann, dengar sini!"
Lelaki bermata biru itu menoleh.
"I dah jatuh cinta dekat you," luah wanita itu akhirnya. Tegas. Mahu isi hatinya sampai dekat kepala itu dan menembusi otak tebalnya.
Dan terkedu. Angin dari pantai membelai tubuh mereka, sekaligus mengisi saat hening dalam tempoh memproses maklumat itu. Egann tak berkelip memandang wajah wanita di hadapannya. Kata-kata Isam mengenai Naadia menyimpan perasaan padanya rupa-rupanya bukan tekaan kosong? Dia tak pasti jika lampu jalan menipu pandangan, tetapi muka Naadia semakin lama semakin merah. Dia salah dengar, kah?
"You what?"
"Argh!" Rasa kecewa dilepaskan ke langit. Geramnya! Lengan sasa itu dipukulnya sekuat hati, benar-benar sakit hati! "You made me fall in love with you, dammit! Take responsibility!"
"Wha...?" Melopong dibuatnya. Lengan yang terasa bergetar, digosok. "H-how did you? Macammana boleh jatuh hati?"
"Mana la I tahu! Sebab you being adorable la kut!"
Egann menjilat gigi. "Haha... I am adorable..." Kepala diangguk, mengiakan.
"Eeii!" Nak dipukul lagi, tapi lekas lelaki itu mengelak. Tertawa lalu. Tangan Naadia dicapai dan digenggam supaya tidak bertukar jadi tukul lagi.
"Would you take no for an answer?" soal Egann lembut, mahu menghormati perasaan wanita itu padanya tetapi keutamaannya ialah perasaan Ayen di KL sana.
Naadia memuncung. Nak menangis rasanya.
Melihat kerut muka itu, si lelaki nak tertawa lagi. Naadia yang selalunya menunjukkan gaya tegas, gaya kuat, gaya boleh menakluki dunia, mampu pula nak tunjuk air mata depan dia. Kepala digeleng, lalu Naadia ditarik bangun dari kerusi.
"Let's continue walking. Harap-harap boleh buat you lupa apa yang berlaku malam ni..."
Namun apa yang diharapkan Egann lebih banyak ditumpukan padanya berbanding Naadia sendiri, lebih-lebih lagi bila malam melanjut.
ATAS permintaan perempuan yang baru dipatahkan hatinya itu, Egann kini berada di dalam kelab malam yang agak jauh dari hotel mereka bagi memastikan mereka tidak kantoi dari staf lain. Egann duduk berseorangan di kerusi bar sambil memantau Naadia yang tengah terloncat-loncat di dada disko sana. Stress sangat ke kena reject sampai melayan syaitan begitu? Dia sepatutnya tahu dari awal lagi dia akan kena reject, kan?
"Hey. Can I buy you a drink?"
Egann menoleh, melihat seorang lelaki berdiri rapat dengannya. Lelaki itu mengenakan sleeveless ketat yang mendedahkan bentuk tubuh sasanya. Cukup menggiurkan pada pandangan perempuan, termasuklah naluri seorang gay. Egann menelan liur.
Melihat mata biru itu dah terpaut padanya, lelaki asing tadi menguntum senyum. "Two shots," pintanya pada bartender.
"No, sorry. I don't drink."
"Don't or won't?" soalnya bersama lirikan senyum.
"Hahaha." Terpaut lalu.
Segelas arak dihulur. "Maybe just a drink?" usulnya lagi, menekankan perkataan 'satu' itu.
Egann menyambut bersama terima kasih, tapi diletakkan semula di atas kaunter. "I'm here for a company. But she's... somewhere else..." Naadia dah tak ternampak di lantai disko. Nafas terhembus lagi, membayangkan apalah yang akan jadi pada acara team building esok hari jika CEO mereka buat perangai begini. Dia kena bawa Naadia balik hotel lekas untuk berehat.
Niat terbantut bila tangan lelaki itu menyentuh pahanya. Egann menjeling lagi. Menghangat pula hatinya bila diberi perhatian sebegitu. Lalu dibiarkan dirinya diraba bagi mengisi sedikit haus yang dirasai.
Handset bergetar di dalam poket.
1133. Ayen: <Babe, gnight>
1133. Ayen: <Jangan curang tau>
Egann menjilat gigi. Cilakak kuasa mistik Ayen langsung tak berkurang. Pantang benar sistem alarm itu menyala setiap kali dia didekati lelaki di luar rumah. Lalu tubuh lelaki yang digesel-gesel padanya, ditolak.
"Sorry, sebenarnya I dah kahwin."
"Oh? I'm sorry." Spontan dia menjarakkan diri. "You dengan partner you kahwin kat negara mana?"
Difahami makna di sebalik soalan itu, lekas dia menjawab. "Maksud I, I kahwin dengan perempuan. I tak buat gay marriage dekat mana-mana..."
"Oh! Oh, I see... oh, I thought... we're vibing... sorry."
"Hahah..." Belakang tengkuk digosok. "Yes... the vibe still doesn't wear off..." luahnya perlahan sambil menghantar lelaki kacak itu pergi dengan pandangan mata. Apa yang terkesan di hati sekadar dipagar dengan iman yang berbaki. Nak disesalkan nalurinya begini pun dah tak guna. Untung masih ada Ayen untuk menegur setiap kali dia tersasar.
Melihat Naadia memuncul dari kerumunan, menjentik rasa sesal di hati Egann, kali ini untuk sebab yang berbeza. Wanita itu kini... sedih benar keadaannya. Rambut yang lepas bebas dan dibiarkan serabai. Paplom polkadot dah hilang dari badan. Hanya kemeja hitam berkain jarang yang berbaki di tubuh langsing, manakala butang atas kemeja dibiark an tertanggal bagi mendedahkan pangkal dada. Rambutnya kini serabai selepas dihayun-hayun mengikut rentak muzik.
Imej korporat berprofil tinggi dah hilang dari wanita itu, mahupun di mata Egann. Yang berbaki ialah imej perempuan yang tak dapat melawan dugaan dunia. Ironinya, itu ialah imej Naadia semasa mula-mula mereka berkenalan suatu masa dahulu, semasa mereka sama-sama berenang dalam mabuk arak dan tenggelam dalam khayal dunia.
Dia bersama Doug ketika itu, berbual di kaunter bar dan menggatal sekali sekala. Hingga tiba-tiba si perempuan muncul di depan dia sambil menanggalkan butang kemejanya, dan tiba-tiba naik ke riba sebelum menjatuhkan ciuman di bibir.
Ya, betul-betul sama seperti sekarang. Tetapi kali ini Egann lebih tahu perangai mabuk si perempuan maka dia sempat melarikan mukanya. Pinggang ramping itu dipegang dua belah dan diturunkan dari ribanya.
"Naadia. Wake up!" Nak marah pula rasanya.
Wanita separuh bogel itu memuncung tak puas hati. "You reject a kiss from a pretty woman like me? You're still gay, are you not?" soalnya Naadia sambil berdiri di sebelah lelaki itu. "I saw you with the other guy before. You blatantly kiss him like you've never been kissed before... with all the hand action too..."
Anak setan mana yang dia tengok tu pula?! "I haven't kissed anyone tonight! Not a man, nor a woman!"
"Sure. You liar..." Empat batang jari ditunjuk pada bartender. Egann dipandang lagi. "What do you think of me?" soalnya lalu menimbulkan dada di depan muka Egann.
Si lelaki mengeluh. "Naadia, you're drunk."
"I haven't drink, you do-tard. But I'm planning to." Tergelak dia. Lalu dua gelas arak ditolak pada lelaki itu.
Egann menolak, malah ditutup gelas di tangan wanita itu dengan tangannya. "Naadia. You tak sepatutnya jadi macam ni... you perempuan bermaruah..."
"You... jangan nak tentukan siapa I. I yang tentukan macammana I nak lalui hidup I. Sekarang ni hati I sakit... sangat-sangat-sangat-sangat sakit... sebab I tak boleh nak dapatkan lelaki yang I nak." Dada Egann ditunjal. "You sebagai lelaki tak guna, yang reject cinta perempuan cantik macam I... lebih baik diam. Air ni satu-satunya ubat yang boleh padamkan sakit hati I sekarang ni."
Lelaki itu mendiam. Melihat keadaan Naadia, dia semakin merindui Ayen yang lebih tahu berfikir waras.
"Let's bet. Siapa yang mabuk paling cepat," ajak CEO itu lagi bersama senyum luas di muka.
Egann mengeluh, lalu menyambut gelas itu. Sengih pada wajah Naadia direnung.
"Ready? 1... 2... 3..."
PINTU bilik hotel dibuka. Wanita yang dah lunyai dibaham alkohol, dipangku dengan lembut di dalam kendongan. Selajur tubuh lembik itu dibaringkan baik-baik di atas katil. Egann di kepala katil, merenung muka merah itu. Diumpannya wanita itu minum seberapa banyak air setan yang boleh hingga Naadia pengsan. Dia pula berpura-pura minum dengan membuang air tersebut ke bawah kerusi setiap kali Naadia tidak melihat.
Pinggang dicekak sebelah. "Kesian mak bapak kau, Naadia..." luahnya. Batang tubuh feminin yang terdedah di depan mata, direnung redup. Terbakar jua niat di hati nak merasa badan itu.
Belakang telinga lalu disapu-sapu, seolah-olah menghalau syaitan yang bertenggek di situ dan membisikkan niat yang jahat dalam hatinya. Bersama hembusan nafas penat, Egann melabuh duduk di hujung katil.
Iphone menjadi penyelamat lagi. Ayen cuba dihubungi, tetapi langsung tak angkat call. Tidur mati perempuan ini. Kemudian tuan rumah pula dihubungi.
"Kau buat kerja gila apa call aku pukul 1 pagi macam ni..." deram Husna di hujung talian. Suara itu masih kedengaran segar. Tak tidur lagi agaknya. Mujur.
"Sorry. Ayen ada?"
"Tengah tidur. Kenapa?"
"Ooh... is it okay kalau aku nak cakap dengan dia?"
"Aku rasa aku baru bagitau yang dia tengah tidur."
"Bangunkanlah dia."
"Aku baru cakap..."
"I know! Dia tidur! Tapi urgent! Aku ada perempuan mabuk tengah telanjang depan aku ni sebab dia tengah frust teruk sebab aku reject cinta dia so aku nak mintak sangat-sangat bagitau Ayen, kalau dia sayang aku, angkat call aku sekarang!"
"Drama melayu mana kau cedok buat alasan ni?"
"You—!"
"Just leave that whore there dan datang ambik Ayen kat rumah aku. Dia tunggu kau lama gila sampai aku yang menyampah."
"Of course dia tunggu aku ambik dia. Dia nak menang!"
"I DON'T CARE ABOUT YOUR STUPID BET! ITS NO LONGER FUN! EVERYONE GOT INVOLVED AND WE ARE GROWING TIRED TO THE POINT SAIF PUN––" Talian dimatikan.
Egann mengerut dahi pada iPhone. Tiba-tiba notifikasi Whatsapp dari Husna sampai – gambar Ayen sedang tidur sambil memeluk Little Egan. Sebelum ini, bantal itu cuma dipakaikan bajunya, tapi sekarang dah dilekatkan gambar wajahnya.
Rindu teruk.
Egann ternganga. Aduhlah biniku... lalu ketawa terlepas nipis. Nafsu yang membara untuk Naadia terpadam sendiri, berganti rasa sayang berganda pada si isteri.
0120. Husna: <Both of you are major idiots. You guys love each other too much sampai cari benda nak buat gaduh sebab tak tahu macammana nak gaduh like a normal couple>
Hati Egann mengembang seluasnya. Tanpa membazir masa sesaat, dia terus bangun. Bawah sedar, Naadia terbangun semasa beratnya beralih dari katil.
Baru saja membuka pintu bilik, Egann bertembung dengan Isam yang tengah berdiri di luar.
"Oh shit!" Pucat terus mukanya. Seribu satu drama melayu kini bermain dalam kepala. Dah sudah, apa aku nak jawab!
Isam menjugkit sebelah kening. Tangan kemudian dilipat, berpeluk tubuh. "Betullah kau yang aku nampak kendong Naadia kat lobi tadi. Kau buat apa kat dia? Aku ingatkan kau lelaki baik!" Nak marah.
"Erk... kau jangan salah faham. Aku sebenarnya..." Kata-kata terhenti bila tiba-tiba Naadia menyelit di bawah lengan. Dia dan Isam sama-sama terperanjat. Lebih terperanjat bila Naadia menjungkit setingginya, kedua belah tangan merangkul tengkuk Egann dan akhirnya berjaya mendaratkan cumbuan pada bibir yang ditarget sepanjang malam ini.
Bulat mata keduanya. Isam baru nak menjerkah, tetapi lebih terperanjat bila Egann mencengkam bajunya lalu sama-sama ditarik ke dalam bilik itu. Mengelakkan drama tercetus di koridor hotel.
Egann menolak tubuh Naadia hingga terbaring semula di katil. Wanita itu dah bukan dirinya, tetapi seorang individu yang hanya digerakkan minda separa sedar yang dipandu alkohol. Lelaki bermata biru itu meraup muka, manakala Isam memandang keadaan Naadia dengan muka berkerut.
"Dia tengah mabuk ke?" Sedar akhirnya. Lagi-lagi sebab bau arak memang terhidu dari tubuh ramping itu.
"Dia confess tadi, kemudian aku reject, and then dia lepaskan stress kat club, and then here we are. Serius, aku tak buat apa-apa kat dia. Mostly, dia yang... menggatal." Bibir dikesat dengan jari, membuang sisa lipstick serta saki baki arak yang melekat sama.
Isam menoleh lagi. "Dia confess? Wow, lucky you. Kau reject kenapa?"
"Aku dah ada wife!" Berapa kali dia nak ulang?
"Right..." Si perempuan yang bergolek menggoda di atas katil direnung. Nalurinya pula terjentik melihat lenggok tubuh itu. Lagi-lagi Naadia kerap kali membuat posing menggoda, benar-benar meminta direjam dengan batu. Isam mengerling lagi pada Egann memandangkan semua aksi panas itu ditujukan pada rakannya.
"Kau betul-betul taknak kat dia?" Kucing jenis apa yang menolak ikan depan mata?
"Of course aku nak. Aku duk perhati je dari tadi..." Belakang tengkuk digosok lagi, masih mengawal nafsu. Bila Isam menoleh padanya dengan kening terjungkit, Egann menghela keluh. "Tapi aku tak boleh. Badan dia bukan untuk aku. Aku ada perempuan aku sendiri kat rumah."
"Kira takut bini la ni... hahahah."
"Thank God because that saves me a lot." Bahu si rakan kemudian ditepuk. "By the way, aku nak balik KL. Kena balun Naadia malam ni buat aku rindu benar wife aku.... Aku nak tidur dalam pelukan dia yang penuh keselesaan keberkatan dan kehangatan cinta dia. Aku mintak kau cover untuk aku untuk acara besok, boleh?"
"Ye..."
Jawapan itu ala-ala hangat-hangat tahi ayam. Isam dilihatnya tidak berkelip merenung hidangan di depan mata mereka. Belakang kepala si kawan lalu ditepuk kuat, mengejutkan Isam dari lamunan nafsu.
"Kau dah kenapa?!" jerkah Isam.
"Kau pun dah kahwin! Anak dua!" marah Egann pula. "Control yourself. Naadia tengah mabuk! She's not in her right mind! Respect sikit perempuan, boleh? Kalau bukan dekat dia pun takpe, tapi ingat sikit hati orang yang kau kena jaga kat rumah kau sana!"
"Kau boleh cakap benda baik all you want, tapi dia yang buat diri sendiri mabuk for the sake of getting some action..." Kata-kata itu ditutur bersama senyuman simpul. Halkumya bergerak-gerak, menahan nafsu yang semakin lama semakin marak membakar. Entah berapa bulan atau tahun dia menunggu saat-saat ini. Naadia dah lama menyapa pandangannya, dan menemani malamnya walaupun ditemani isteri di sebelah.
Egann mengeluh. Tak nampak macam dia boleh buatkan Isam memejam mata dan berjalan pergi dengan sendiri. Kemudian rakannya ditolak ke pintu.
"Hey! Hey!!" Menjerit lelaki itu dibuatnya.
"Aku nak selamatkan kau dari sesal masa depan!"
"Masa depan aku ialah masa depan aku! Kau nak kisah dah kenapa!" Lekas dia berpusing dari tolakan Egann. Pintu ditarik buka, dan Egann ditendang keluar hingga lelaki itu terjungkit-jungkit cuba stabilkan diri. "Kau tolak rezeki, itu engkau. Tapi aku dah lama nakkan dia." Pintu ditutup.
Pinggang dicekak sebelah, menahan geram pada rakannya. Rambut yang jatuh ke dahi ditolak ke belakang, berfikir apa yang perlu dibuat. Report pada pihak hotel? Report polis? Nanti tak rosakkan imej mereka ke? Lagipun memang Naadia sendiri yang cari masalah....
"Ah, nasiblah." Malas nak fikir dan prihatin lebih-lebih pada orang lain. Pandailah Isam nak selesaikan apa-apa masalah yang mendatang. Lalu dia berjalan pergi.
"KAU betul-betul datang..." desis Husna. Egann di depan pintu rumahnya dipandang dengan mata separuh mamai. Pukul berapa sekarang ni?
"Aku nak jumpa Ayen," pintanya.
"Dia masih... ah, pergi la tengok sendiri." Pintu dibuka luas, membenarkan lelaki tinggi itu masuk. Egann terus berdesup ke bilik tidur Ayen, manakala Husna mengekori lambat-lambat di belakang. "Nanti jangan lupa kunci pintu lepas kau keluar..." ujarnya sambil menguap luas. Selajur dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya sendiri. Sambung tidur.
Egann melabuh duduk di hujung katil Ayen. Isterinya tengah nyenyak tidur bersama Little Egan di rangkulan. Tidak pasti macammana nak membangunkan Ayen, mahupun nak ceritakan tentang ancaman dari Naadia. Mungkin tak payah dulu. Melihat muka isterinya, Egann akhirnya terasa penat yang mencengkam tubuh, terutama selepas memecut dari PD ke KL.
Tubuh dibaringkan di sebelah Ayen, berkongsi bantal isterinya. Haruman tubuh dan rambut itu dihidu, meresap ke jiwa.
"We should trust each other to avoid unnecessary conflict... kan? But can I trust you to trust me?" soal si lelaki pada tengkuk isterinya.
Yang dibalas Ayen cuma hembusan nafas halus. Mendamaikan telinga suami yang mendengar. Egann merapatkan tubuh. Haruman rambut si isteri menjadi aromaterapi dan membuang gundah yang bersisa. Gundah kerana godaan Naadia mahupun godaan lelaki asing di dalam kelab. Pinggang ramping itu dipeluk. Diganggu pula oleh Little Egan yang masih dalam pelukan Ayen, lalu bantal itu ditarik dan dibuang ke lantai. Kemudian digantikan dengan tangannya sendiri. Ayen pula macam tahu-tahu. Jemarinya disulam pada tangan si suami dan ditarik hingga ke bawah dagu.
Lengkap.
Egann memejamkan mata bersama senyum. Inilah berkat. Sesuatu yang dia tak mungkin dapat jika mengikut jejak Isam.