Bab 7

15 Mac – Sambutan Hari Ibu

Egann memberi kejutan pada Ayen seawal si isteri itu bangun. Sambutan hari ibu bukan sekadar ibu semata, tapi pada ibu-ibu yang tak boleh dapat anak, ibu-ibu yang masih berusaha nak ada anak, atau ibu-ibu yang baru kehilangan anak. Tapi bukan pondan yang pakai kata ganti nama diri ‘mak’.

Ayen tergelak. Nak menangis rasanya bila teringat Erik lagi.

Egann yang perasan muka yang mula memerah itu, menyambung kata. “Peraturan hari ni, kau tak boleh menangis.”

“Kalau nak menangis jugak macammana?”

“Kau kena cium aku sebagai bahan penenang.”

“Then you’re gonna get a lot of kisses today…” Air mata terus pecah. Tangan Egann ditarik supaya menunduk padanya, lalu ciuman dijatuhkan pada kelopak mata suaminya. Lama sekali. Tangan disatukan di belakang leher itu. Bau Egann dihidu dalam-dalam, sekaligus menenangkan rawan yang nak mengamuk.

“Wow. Kau betul. Aku boleh bertenang…”

Tawa Egann terlepas nipis. Telinga Ayen dikucup kemudian.

“Be strong, darling…” bisiknya.

...

“YOU too…” gumamnya pada cebisan memori yang datang kembali dalam bentuk mimpi. Ayen membuka mata, terasa bantalnya basah. Mata dipejam kelip, melihat dinding bilik tidur yang telah didiami sejak dua bulan lepas.

Sambil mengelap air mata, Ayen mencapai handset. Nak melihat jam. Tetapi notification WhatsApp yang terpapar di skrin Vivo membuat darahnya berderau turun. Spontan Vivo dibuang ke tepi. Jantungnya berdebar kuat. Lekas dada ditekan.

Itu WhatsApp dari Egann. Hampir sebulan, pagi ini baru lelaki itu menunjukkan diri? Bersama debar yang masih tak berhenti, notification dilihat lagi.

1305. EGANN: <I’m coming to get you>

Pukul satu pagi? Kerja sampai mampus lagi la tu. Tapi kenapa statement macam Batman nak balas dendam dekat The Joker? Dia marah sebab Ayen tinggalkan rumah ke? Bayangan keganasan Egann terbayang di kepala membuatkan bulu romanya meremang.

Atau malaikat dah memberi khabar dan Egann dah berubah dan sekarang dia datang nak mengambilnya balik? Ah. Taknak taknak taknak. Sakit kena pukul, kena tampar dan kena baling dengan mug di kepala masih segar bersisa. Tempoh sebulan masih terlalu pendek nak maafkan suaminya.

Lalu notification itu dipadam. Enggan memberi bluetick sekalipun sebagai tanda dia taknak peduli. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Dia tidur second round selepas subuh tadi. Apalah nasib mimpikan suaminya itu pula.

Tetapi… kenangan dengan Egann sekali sekala memang benar-benar merasuk minda.

Bersama keluh, Ayen bangun dari katil. Untung menumpang rumah Husna yang didiami dua budak kecil bawah umur, dia bebas berpakaian macam di rumahnya dahulu. Sekadar mengenakan T-shirt XXL yang dikenakan seluar pendek atau tight pendek. Kadang-kadang tanpa seluar kalau panas.

Rambut panjang paras pinggangnya dibiar lepas bebas. Sambil memeluk bantal, Ayen melangkah ke dapur. Husna ada di meja makan, tengah menyuap Yunus. Ilyas pula duduk di sebelah si emak.

“Bau sedap. Masak apa?”

“Nasi lemak sambal kerang.”

“Bapak ah. Ada occasion apa-apa ke?” soalnya, turut melabuh duduk. Perut dah mula berbunyi. Nasi lemak, sambal sotong, telur rebus lengkap di atas meja.

“Tak sabar nak makan sampai tak perasan aku?” tegur Egann yang tengah memotong timun.

Ayen menoleh lipat maut ke singki. Dia tak nampak lelaki tinggi itu sebab dilindungi kabinet di depan dapur! Tetapi apa yang dilihat itu memang benar. Itu ialah Egann!

Sekelip mata Ayen berlari semula ke bilik tidur. Pintu ditutup deras. Tiada hai. Tiada jerit. Tiada apa. Cuma nak lari sejauh yang boleh.

Husna dan Egann sama-sama tergamam sebelum berpandangan.

“Macam jumpa pembunuh,” komen Husna. Nasi lemak disuap lagi kepada Yunus.

Keluh dihembus. “How much did I hurt her?”

“Kau tak ingat?”

“Samar-samar…”

Senyum. “Right… Kau dyslexic bila kau stress.” Baru teringat.

Egann menjuling mata ke langit. Mula tergerak nak menerima komen itu. Mula-mula teguran itu diberi oleh Doktor Hafiz sebab nak mengutuk dia. Tapi mungkin itu sebenarnya diagnosis dari doktor tersebut terhadap sikap dia sendiri yang dia tak nampak?

“Apa-apalah. Aku nak bawa Ayen balik rumah.”

“Kalau kau boleh pujuk dia, aku tak kisah. Lagipun aku dapat hourly income dari kau asalkan aku teman dia, so kalau dia tak balik rumah kau pun aku tak kisah.”

Egann mencerun.


AYEN sedang berbaring di katil dan bermain handset bila pintu bilik tiba-tiba terbuka dari luar. Terpekik dia, lekas mencapai anak patung Totoro bagi menutup dada yang tak berbaju. Mata dicerlangkan pada Egann dan Husna di muka pintu.

“Husna! Kenapa kau bagi dia masuk!”

“Dia bagi upah.”

“Aku mintak support dari kau, susah sangat ke?”

“Aku rasa aku lebih support the idea kau berdua berbaik lekas. Sebagai orang luar, apatah lagi sahabat, tak sedap tengok laki bini bergaduh pahtu rumah aku jadi rumah tumpangan. Mujur Ilyas dengan Yunus tengah sekolah.”

Ayen mendengus. Wajah dipaling ke dinding bila bertembung dengan pandangan mata biru itu. Rasa menyampah menyapa hati. “Keluar la kejap. Aku nak pakai baju…”

“Kenapa kau tak berbaju ne’way,” tegur si rakan pelik.

“Panas.”

“Oh.”

“Takpe. Aku tak kisah kalau kau tak berbaju. But we need to talk.” Punggung dilabuh di hujung katil isterinya.

Bulat mata Ayen dibuatnya. “GET OUT!”

Lelaki itu tidak bereaksi, sebaliknya direnung muka Ayen dalam-dalam. Dinilai. Apa yang Husna cakap tentang hati Ayen terluka benar-benar tertera di depan mata. Isterinya tidak melihatnya dengan penuh cinta atau melayan kerenannya dengan sabar seperti sebelum ini, tetapi seolah-olah bertemu dengan orang terakhir yang dia nak lihat ketika ini. Bukan musuh. Bukan orang yang dibenci. Tetapi invidu yang dia enggan lihat atau dengar atau ambil tahu.

Apa benda yang kau dah buat kat Ayen, Egann… desis hatinya. Dah kenapalah dia lupa sepanjang tempoh dia diserang mental depression. Fokus sangat dengan tekanan kerja masa tu agaknya.

“Ayen, we need to talk…”

“Aku suruh kau keluar!”

“No.” Bantal Panda itu ditarik. “Kalau kau taknak bercakap dengan aku, aku tarik panda ni.”

Husna lekas menjauhkan diri. Biarlah suami isteri itu berdrama.

Ayen berusaha menahan bantal bagi menutup dadanya, tetapi kekuatan Egann kuasa sepuluh berbanding dia. Bila hampir terlepas, wanita itu memekik nyaring. Sekuat hati. Sekuat suara.

“Husna!! Tolong!! Domestic violence!!”

Mencerlang mata si lelaki! Sekali rentap, Panda ditarik terus dari pelukan Ayen. Selajur dia meloncat dari katil dan menendang daun pintu supaya tertutup. Hingga bergegar dinding rumah. Seterusnya lelaki itu berdiri tegak di belakang pintu sambil merenung tajam ke arah isterinya yang mengambil bantal lain bagi menutup tubuh. Nafas Ayen nampak kencang. Mukanya juga memerah tegang. Jarang dilihat Ayen yang bertukar jadi raksasa merah bertanduk dua begini.

Wanita itu tengah berapi. Malah marak sekali. Silapnya kerana cuba melawan dengan api.

Panda dilempar ke tepi. “Aku minta maaf.”

Ayen membalas dengan hembusan nafas panas.

“I wanna make amend for my mistakes. So I wanna talk it out.”

“Get out,” deram si wanita.

Nafas terasa tertahan di rengkung. “Ayen…” Langkah dibina.

“GET OOUUTTT!!” jeritnya sekuat hati sekuat suara hingga menimbul urat leher.

“Okay okay okay.” Mengalah. Kedua belah tangan diangkat ke paras telinga. Tanda harmless. Lebih baik berundur sebelum api benar-benar keluar dari hidung itu. “Aku datang balik esok.”

“Jangan datang sampai bila-bila!!”

Lelaki itu terus keluar, dimana Husna dah menunggu di luar bilik tidur rakannya.

“Kau pukul Ayen lagi?” soalnya keras.

“What? No. Aku nak tengok dada dia tapi dia tak bagi. Dalam kes ni, yang derhaka ialah dia,” balasnya selamba lalu bergerak ke ruang tamu.

“Habis kenapa dia menjerit macam nak kena bunuh?”

“Sebab dia masih marah… dia sangat-sangat marah atas silap aku…” Punggung dilabuh pada sofa. TV dipasang. “Kau ada Netflix tak?”

Wanita berambut pendek paras bahu itu mengeluh panjang. “Kau nak stay sini je? Tak pergi kerja?”

“Aku nak tunggu marah dia reda, lepas tu bawak bincang semula.”

“Fine… aku nak hantar Ilyas dengan Yunus ke tadika. Kau dengan Ayen… jangan porak peranda rumah aku ni pulak.”

“Okay.” Siaran terus dicari-cari, mencari sesuatu yang nak ditonton. Akhirnya berhenti pada TV Al-hijrah.


RUMAH Husna ialah rumah lot tiga bilik. Ruang tamu diisi satu kerusi panjang, satu kerusi double, satu meja kopi diantara kerusi panjang dan TV. Kerusi panjang bertentangan dengan TV yang bersandar pada dinding, serta membelakangi jalan ke bilik tidur. Dapur dan meja makan pula di sebelah ruang tamu dan dipisahkan kabinet yang memanjang ke siling.

Bila Ayen memasuki ruang tamu, perkara pertama yang dilihat ialah TV yang terpasang, kemudian kaki panjang Egann yang tergantung di lengan sofa.

“Kuajaq dia masih kat sini…”

Nak memarahi, tapi muncul pula rasa hairan. Tak kerja, kah?

Bila dirapati, Egann dilihatnya tidur. Tenang sekali. Ayen Junior si kucing ada sama, tengah tidur di dada suaminya. Kepala dibengkokkan, mengamati wajah suaminya. Kerut kusut sudah tiada. Penat tidak tidur juga tiada. Wajahnya bersih. Jambangnya kemas. Semasa marah tadi dia tak perasan, tapi Egann dah bukan lelaki mental yang tertekan atas kematian Erik.

Siku lalu ditongkat pada belakang sofa, menyelesakan dia merenung wajah kacak itu. Jauh di sudut hati, dia rindu suaminya yang penyayang. Tetapi yang membaling mug ke kepalanya bukan Egann yang dikenali. Yang membalikkan meja makan selepas balik bekerja. Menjerit bila dia mengajak bercakap tentang rasa sengsara kematian Erik. Yang habiskan masa di rumah dengan bekerja sepanjang malam serta hujung minggu dengan alasan kerja ialah benda yang boleh membantunya lupakan tentang Erik. Yang memaksa dia meninggalkan Egann di belakang untuk menguruskan sengsara sendiri walaupun ketara sekali gagal.

“Aku pun jahat jugak sebenarnya …” desisnya pada diri sendiri. Muka itu diusap. Rasa sayang terasa mengisi hati yang masih berdarah, sekaligus menutup luka tersebut. Lekas tangan ditarik. Dia taknak terpujuk dahulu. Dia masih nak marahkan si suami.

Tetapi, muka terkejut Egann bila dia menjerit tadi masih buat dia rasa bersalah. Egann datang sebab nak berbincang, kan? Tak mati pun kalau menuruti permintaannya.

Ayen Junior ditarik hingga menutup hidung suaminya.

“Gack!” Tersedak si lelaki bila bulu masuk ke hidung mancung. Egann meronta hingga Ayen Junior meloncat turun ke lantai. Bila dia membuka mata, Ayen ada di atas kepalanya.

“Tadi nak diskus kan? Jom. Sambil makan.”

“Kau dah tak marah?” soal Egann pula sambil bangkit.

“Of course aku masih marah. Aku cuma dah bukak hati nak berbincang macam yang kau mintak.”

“Taknak mintak maaf sebab kau jerit depan muka aku?”

Langkah ke meja makan terhenti. Ayen menoleh dengan muka tegang. “Excuse me?” Panas lagi hatinya.

“Kau jerit depan muka kau. Aku demand apology.” Datar meminta.

“Kau baling mug kat muka aku.”

“Kau tinggalkan aku masa aku tengah diserang anxiety and grief.”

Kalah. “Why are you even here?!” marahnya akhirnya. Silap dia sebab ingat mereka boleh berbincang dengan tenang. Rasa sayang tadi dibuang ke sungai macam lori sampah menolak sampah. Egann yang datang duduk di sebelahnya enggan dipandang. “Maybe kau patut balik je.”

“No. Tujuan hidup aku hari ini ialah capai mutual agreement pasal where our relationship move lepas ni. Aku takkan balik selagi kita tak bincang baik-baik benda ni, sebab kalau kau tak ingat, when I’m invested on something, I can get very serious. And that include your position in my life in which aku tak plan nak lontar kau keluar.” Anak mata hitam itu direnung tajam. “Now, hidang untuk aku sekali. Marah-marah ni buat aku lapar pulak.”

Ayen mencemik, namun menurut.

Mereka makan dalam senyap hinggalah Egann membuka mulut.

“Maaf aku mana?”

“Takda maaf bagimu.”

Mata biru itu menjuling dari nasi lemak. “Jangan jadi bini derhaka boleh tak?”

Dibalas dengan meniup lidah hingga terpercik liurnya.

Makin menyirap darah si suami. “You’re so not cute.”

Lidah ditiup lagi, tetapi kali ini angin dibuang dengan lebih panjang.

Egann bangun. “Nak kena helicopter eh?” Bersedia nak angkat badan Ayen di bahu dan dipusing-pusing macam helicopter.

Ayen turut bangkit, siap mengangkat kedua belah tangan macam nak bersilat. Bulat matanya bila Egann terus mendekat tanpa gentar. Harammm… dah la badan dia besar macam gergasi!

“Okay okay okay okay!! Aku mintak maaf!!” jeritnya, lekas nak lari. Tapi si lelaki lebih tangkap menangkap tangannya.

“Takda maaf bagimu!”

Terus batang tubuh kecil itu dilambung. Perasan pintu terbuka dari luar, Egann berhenti bergerak. Dia dan Ayen sama-sama mengeras bila melihat Husna berdiri di depan mereka bersama plastic di tangan.

Kelam. Dia keluar tadi, laki bini ini bergaduh. Duduk lama sikit di luar dengan harapan mereka berbaik bila berseroangan. Tapi bila balik, dah kenapa Ayen dibuat macam angkut balak?

“Korang… dah berbaik? Aku ada belikan aiskrim.”

Ayen diturunkan dari bahu. “Eloklah kau datang Husna. Aku perlukan orang ketiga sebagai mediator antara aku dengan Ayen. The both of us tak boleh nak bercakap sebab sama-sama nak menjerit.”

Akuperluorangketigajadimediatornyenyenye…” ejek si bini dengan suara chipmunk. Bila Egann menoleh padanya dengan renung maut, dia beralih ke sofa lekas.

Husna pula mengeluh. “Aku patut balik lewat sikit tadi…” dengusnya.


MEREKA berkumpul di ruang tamu.

“Korang nak start berbincang macammana?”

“Buat gentleman agreement je la,” ujar Egann.

“Aku tahu kau ada sejarah songsang, tapi aku ialah perempuan, Egann.”

“Yen, gentleman agreement ialah perjanjian tak rasmi antara dua pihak atau lebih yang selalunya dibuat secara lisan walaupun tetapi kadang-kadang akan dibuat dalam bentuk hitam putih sebagai suatu bentuk pemahaman bagi as part of unspoken agreement convention or through mutually-beneficial etiquette. It relies upon the honor of both parties, dalam kes ni kau berdua, tak kisahlah dilaksanakan dalam apa-apa cara sekalipun.”

Lancar sekali kata-kata itu disebut, masuk ke dalam telinga kanan dan kelaur telinga kiri. Ayen merenung Husna tanpa kelip, kemudian pada Egann yang memasang muka berlagak.

“No wonder kau suruh Husna jadi mediator.” Baru teringat rakannya ada ijazah undang-undang walaupun tak bekerja sebagai peguam.

“Masih pros dekat kau sebab dia ladies, jadi dia ada tendency bias dekat perempuan macam kau berbanding aku.”

“Hey, aku boleh berlaku adil la!”

“Kau akan dengar alasan aku kenapa aku baling mug ke muka Ayen dan justify keadilan untuk aku, if any?”

Husna terdiam terus. Nampaknya Egann lebih pandai dari yang dijangka. “Maybe kau patut dapatkan lawyer kau sendiri…” Mengakui akhirnya. Ayen mengangkat high-five. Disambut si peguam.

“Aku ada, tapi dia tengah kerja.”

“Kau masih nak buat benda ni walaupun satu lawan dua?”

“Aku tak datang sebab nak menang. Aku datang sebab nak pujuk Ayen…” Isterinya dipandang. “Aku nak minta maaf… dan aku nak minta dia balik rumah…”

“Taknak,” potong si perempuan tanpa sempat suaminya menghabiskan kata.

Egann menghembus nafas. “—tapi aku mengagak yang dia mungkin akan melawan, in which dia baru je confirmkan, hence aku propose gentleman agreement supaya kami sama-sama puas hati macammana nak proceed dari konflik rumah tangga kami.”

Husna mengangguk, menerima premis yang dibentangkan pihak lelaki. Ayen pula dipandang.

“Kau pula macammana?”

“Aku okay. Dalam kepala aku dah ada senarai syarat-syarat untuk Egann kalau dia nak aku balik ke rumah atau nak aku terima maaf dia.”

“Shoot,” pinta si lelaki.

Bagi memudahkan proses perjanjian damai dibuat, Husna menyediakan kertas kosong beserta pen. Ayen mencemar duli menulis dahulu syarat-syaratnya atas kebenaran Egann, kemudian dibacakan oleh Husna.

SYARAT-SYARAT AYEN

1. Egann tak dibenarkan buat muka bangang.

2. Egann tak dibenarkan jadi manusia bangang.

3. Egann tak dibenarkan bernafas sebab bunyi nafas dia annoying.

4. Egann tak dibenarkan berada dalam jarak 1 meter sebab annoying.

Egann mengurut kepala. Makin penat melayan kerenah si bini. “Husna… buat kerja kau, please…”

Orang tengah itu hanya mampu melepas ketawa hambar. Pipi digaru, kemudian rakannya yang berambut panjang itu dipandang. “Ayen… aku nak support kau, tapi request kau terlalu bangang dan annoying untuk aku sendiri layan…”

“Cis…”

SYARAT-SYARAT AYEN

1. Egann tak dibenarkan buat muka bangang

2. Egann tak dibenarkan jadi manusia bangang,

3. Egann tak dibenarkan bernafas sebab bunyi nafas dia annoying

4. Egann tak dibenarkan berada dalam jarak 3 meter dengan dia sebab annoying

5. Egann tak dibenarkan call atau wasap. Kecuali emergency.

6. Kalau betul respect feeling dia, Egann hanya boleh datang melawat petang Jumaat lepas solat Jumaat. Hari-hari lain tak boleh. Kecuali emergency.

7. Egann kena senaraikan semua silap dia dalam buku nota yang diberikan.

Buku nota sebesar tapak tangan Ayen itu direnung kosong. “This is stupid.” Dan dia lebih bodoh kerana mencadangkan gentleman agreement dari awal lagi. Kepala Ayen bukan boleh bawak main. Dia punya pandai buat plot twist lain macam.

Si isteri memasang riak kosong. “Silap pertama. Calling me stupid.”

“I don’t call you stupid. I call your idea is stupid.”

“Silap kedua. Menjawab.”

Egann mencerun. “Kalau macam tu dengar syarat aku pulak.” Pen dicapai.

Ayen menjungkit sebelah kening. Pen di tangan Egann dirampas, dan kertas tersebut ditarik balik ke arahnya.

SYARAT-SYARAT AYEN

8. Egann hanya boleh bagi satu syarat untuk counter syarat-syarat Ayen

“Fikir baik-baik,” arah si perempuan sambil menghulur pen.

Bersama nafas tertahan, Egann menekan pangkal hidungnya dengan jari telunjuk dan ibu jari. Bibir siap dikemam, menahan pening dan geram. Husna yang memerhati dari tadi kini menahan ketawa. Susu aiskrim sekadar dikulum dalam mulut, manakala TV yang menyiarkan drama melayu di RTM dah tak dipandang.

Nafas berat dilepaskan sehabisnya hingga dada menjadi nipis. “Kau kena hantar gambar kau dekat aku setiap hari untuk aku lepaskan rindu. Video pun aku tak kisah.”

“Reject.”

Melopong dia. “How dare you! Kalau macam tu aku pun reject!”

“Kau tak boleh reject syarat-syarat aku sebab dah establish.”

“Aku tak reject syarat -syarat kau, tapi aku reject your rejection.”

Bibir dicemik. “Kalau macam tu aku reject your rejection dekat my rejection.”

“Aku reject your rejection dekat my rejection dekat your rejection!” Laju dan padat. Sampai pening kepala Ayen dibuatnya. Dia tahu suaminya jauh lebih bijak dari dia, tapi nak gunakan akal dia atas benda remeh macam ni, childish benar!

“Husna?” Bantuan orang tengah dipinta.

“Overrule untuk rejection Egann,” jawab si peguam sambil menunjukkan ibu jari ke bawah.

Egann naik geram, lagi-lagi bila Ayen melakar sengih luas. Suka la tu boleh buli dia. Lalu Husna dipandang lagi.

“Formal protest.”

“Denied.”

Cis! Dia tak peduli!! “Takkan satu request tu pun nak overrule. Kemon Husna. Aku tak kisah kau support Ayen, tapi aku mintak satu je. Hantar gambar dia kat aku je. Ayen punya la berderet nak aku terima.”

Tak sempat Husna membalas, Ayen dah membuka mulut dulu. “Of course aku boleh reject syarat kau. Aku ialah wife kau dan kau sendiri kena abide the rule, wives always win. Kalau kau tak ingat statement kau sendiri masa mula-mula kau lamar aku kahwin sedangkan masa tu aku taknak kahwini gay macam kau, aku boleh ingatkan. Masa tu kau cakap kat aku yang kau akan pastikan aku bahagia sebab kebahagian isteri ialah benda yang memastikan rumah tangga bahagia. Dalam kes kali ni, aku bahagia kalau reject syarat kau, jadi kau kena reject your rejection rejecting my rejection.”

Egann ternganga luas. “You’re unbelievable.”

Husna melepas tawa lagi. “Silap ketiga – jadikan Ayen sebagai wife.”

Geram benar bila dibuli teruk begini. “Ah, aku tak puas hati. Dah sampai masa aku panggil peguam aku sendiri.” iPhone dikeluarkan.

Air muka Husna berubah mendadak. Ayen pula mengerut dahi. “Peguam kau siapa?”

“Saif,” cemik Egann, terus memasang speaker.

Sambil menunggu talian bersambung, Husna membetulkan duduk. Dia ada pengalaman pahit bilamana berlawan dengan Saif dalam konteks pertelingkahan di mahkamah. Kenangan itu dah berlalu tujuh tahun lalu… tapi penangan kekalahan di tangan lelaki itu masih bersisa sehingga kini.

Talian bersambung. “Assalamualaikum?”

“Saif. Abang perlukan attorney. Kau tengah on speaker.” Dan terus dicertakan pertelingkahannya dengan Ayen dan dibantu Husna. Dipendekkan dan diringkaskan sehabisnya bagi memendekkan tempoh pergaduhan itu.

Si adik memulakan kata dengan dengusan kasar. “Saif tengah busy dengan kerja and then you call me hanya sebab benda bodoh macam ni?”

“Ni bukan benda bodoh. Abang nak pujuk Ayen balik rumah.”

“So, you can’t win you own battle dan hanya mampu terperangkap dalam genggaman jari tertulang Ayen?”

“Erk… dia dibantu Husna gaduh dengan abang.”

“Saif ulang. You still can’t win your own battle?” Sarkastik.

“Kemon lil’ bro. Abang desperate ni.”

Keluh kedengaran lagi di hujung talian. “Pakai je la kuasa veto abang sebagai suami. Islam dah ajar isteri kena taat cakap suami. Basic pendidikan islam sekolah rendah, kot. And common sense masyarakat Timur, even. Abang dah buat silap, abang dah minta maaf. Tapi Ayen taknak dengar maaf abang sebab dia selfish dan buat keputusan ikut suka kepala lutut dia… and I’m not one to judge kalau dia nak jadi bini derhaka sedangkan she should know first hand how much you’ve suffer handling your grief lepak Erik mati. You guys have had three deaths—three frickin baby deaths! Victim bukan dia seorang. Tell her, berhenti selfish and jadi bini yang betul macam ajaran Nabi.”

“Ayen tak selfish. Dia memang betul-betul suffered psychologically. Kau sendiri tahu how suicidal dia sebelum ni…”

Pandangan Ayen automatik jatuh pada Egann. Dalam marah si suami itu pun, walau dah teruk kena buli pun, masih sudi pertahankan dia? Ah, tewas pula dia dengan kebaikan itu.

Peguam sivil di hujung talian itu menyambung kata. “Saif takkan question kesan keguguran dekat psikologi seorang ibu, but there’s no denying that Erik’s death took a toll on the both of you. Itu takdir Allah. Jadi tak adil kalau nak salahkan sorang-sorang, much less dia nak salahkan abang saje. Sure, abang salah sebab buat keganasan rumah tangga, tapi Saif ingatkan abang dan Ayen dah cover subject how to compromise in a marriage sejak awal lagi. Sebab tu your mixed-oriented marriage ended up a success walaupun semua orang mengagak abang dengan Ayen cerai 3 bulan pertama. Ayen sekarang ni sekadar throwing tantrum… sebab kalau betul dia serius marahkan abang… dia dah pun sumbat abang kat penjara lama dah. FYI, Saif ialah orang terakhir yang abang patut cari untuk selesaikan masalah perempuan meroyan merajuk. The best you can do nak handle masalah ini either satu, terapi rumah tangga, atau dua, cari divorce attorney but I’m not one.”

Satu persatu disebut dan menyentak kesedaran mereka semua.

“Damn… patutlah dia menang masa lawan kau dekat court dulu…” bisik Ayen pada Husna. Kagum dengan analisis adik iparnya. Baru lima minit terlibat dalam pergaduhan, Saif dah pun leraikan semuanya hingga pucuk pangkal.

Egann mengeluh berat. “Abang harap ada pilihan ketiga yang jauh lebih friendly?”

Keluh. “Admit the both of you make mistake, amend the mistake, engrave the mistake in your history logbook untuk jadi pengajaran pada masa kelak, dan lepas tu have fun bercinta dan buat baby semula bila rasa dah ready. Lastly, why am I talking about this? Korang semua dah dewasa dan sepatutnya boleh berfikir sendiri! Bende macam ni pun nak kena ajar ke?! I’m out!” Terus panggilan dimatikan.

Kening Ayen terjungkit sebelah bila dimarahi di penghujung kata. “He’s good at analysing and breaking down problems, but bad at human touch.” Baru nampak sikap adik iparnya yang satu ini.

“Yea… semua orang perasan…” cemik Husna.

Egann menipiskan bibir. “Yea… he’s always the sane one antara kami beradik. Tukang cover setiap kali aku buat masalah tak kira dekat sekolah atau kat rumah…” Kedua-dua mereka dipandang. “Kita berhenti kat mana tadi?”

“Kau mintak Ayen hantar gambar dia setiap hari tapi dia taknak,” jawab Husna.

“Ohya…” Rahang yang terasa gatal, digaru. Isterinya direnung. “Compromise?”

Wanita berambut ikat siput itu mengeluh pendek. “Fine. Memang tak adil kalau satu request kau pun aku taknak tunaikan…”

“Jadi, korang akan kekal buat LDR?” Soalan klarifikasi.

Ayen mendiam. Dia mahu menjawab, tetapi kata-kata Saif mengenai isteri derhaka tadi benar-benar menyentak perasaan. Dia dah taknak melebih-lebih mengusik emosi dan mental suaminya. Lalu mata biru Egann dipandang, meminta lelaki itu membuat keputusan.

“Ya, kita kekalkan buat LDR,” balas Egann akhirnya.

Terkedu si isteri. Terasa hati pula dia. Tadi nak sangat suruh balik, kenapa tiba-tiba dah taknak? “Kenapa…?”

“Saif mention something tentang have fun buat baby bila dah ready… to be honest, aku tak rasa kau dan aku sama-sama ready untuk balik ke rumah yang berisi kenangan pahit tu sekalipun, apatah lagi nak sembang baby. You’re hurting. I’m also hurting. Kita sebenarnya masih belum pulih dari luka kematian Erik… dan aku taknak tengok kau terluka. Kalau kau lebih happy bila menumpang rumah Husna… then, so be it.”

Ayen menganggukkan kepala. Bibir dijuih ke kanan. Suaminya kemudian dipandang antara nak taknak. “Satu lagi. Aku nak minta maaf pasal aku memekik depan-depan muka kau tadi…”

Terkedu si lelaki, lalu tersenyum. Punggung diseret mendekati isterinya, lalu tangan halus itu digenggam. “Aku minta maaf sebab tak jadi suami terbaik yang kau harapkan masa kau dealing with grief…”

“Aku minta maaf sebab aku masih tak lupa muka kau masa kau mengamuk pukul tiga pagi tu… so maybe aku susah sikit nak deal dengan kau macam biasa lepas ni…”

Sebal. “Okay…”

Kening itu berkerut sedih, malah bibirnya juga tercemik sedikit. Dah macam budak yang merajuk sebab tak dibenarkan masuk rumah lepas bermain sepanjang hari. Muka lendut si lelaki membuatkan hati Ayen melembut nak memujuk. Lalu kerut pada kening suaminya diusap, didatarkan semula.

“We’ll be okay… buang la kerut ni… kita cuma perlukan sedikit masa nak jahit balik apa yang dah koyak…” tuturnya lembut. Bila mata biru itu menjeling dengan riak rajuk meminta dipujuk, senyuman Ayen merekah luas. Geram pula nak melayan bayi dewasa ini.

Tapi lain pula bagi Husna yang masih memerhati di tepi. Pasangan suami isteri yang dah macam marshmallow cair yang nak bercantum itu dipandang dengan rasa gembira. Tetapi tak dinafikan ada sedikit rasa cemburu yang mengigit ulu hati.

“Since mood antara korang makin heavy… and it is making me extremely uncomfortable… aku rasa aku patut keluar,” ujarnya sambil bangun.

“Kau yang keluar? Ini rumah kau.”

“Of course. Tapi what’s a best friend for kalau tak bagi support dekat member dia dengan husband dia kan.” Sambil mendapatkan kunci kereta yang tergantung di dinding, suami isteri itu dipandang kembali. “Jangan… kotorkan sofa aku dengan peluh korang. Kalau nak hot-hot, pergi cari hotel or whatever.”

Egann mengangkat thumbs up manakala Ayen merendahkan duduk hingga bersandar. Malu pula dia.

“Boleh tak aku nak tanya?” sambung Ayen setelah Husna menghilang ditelan pintu.

“Eh, sopannya. Tanyalah.”

“Macammana kau boleh sedar sedangkan the last time aku tengok kau, kau dah macam orang gila tak tentu arah… sampai kau tengok aku macam lalat hijau. Kau pergi jumpa grief councellor sendiri ke?”

Tersenyum si lelaki. “Aku tersedar bila aku kena pecat.”

“What?”

“Yea… and then, for some reason, otak aku jadi waras balik. Everything comes back to me. Masa tu lah aku baru perasan kau dah takda, dan selama ini aku duduk serumah dengan bayangan kau. Rumah pula dah jadi kilang sampah. Aku busuk tak mandi. Everything just… snap.” Jari dipetik.

“Just like that?”

“Just like that…” Muka risau itu dipandang. “Aku taknak balik tangan kosong. Boleh tak aku nak bawak Junior balik teman aku? At least berbanding kau, dia masih sudi tidur dengan aku.”

Senyum Ayen merebak seperti letupan confetti. Ketawa turut terlepas, menjadi ubat di hati si suami. Ah, itu dia. Jurang antara mereka merapat dengan sendiri. Hanya dengan berkompromi walaupun masih perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh