Bab 23

JAM di dinding hampir menunjukkan pukul 3 pagi bila Egann baru sampai ke rumah. Tetapi keadaan rumah terang benderang, membuatnya terkedu. Ayen dilihatnya tengah berdiri di ruang tamu dengan sleeveless putih paras paha di tubuhnya. Rambut panjang itu pula dibiarkan lepas bebas. Ruang udara hening sekali. Mata bulat itu juga tidak berkelip memandangnya. 

Egann seram sejuk. Detik pada jam di dinding umpama degupan jantung yang berdenyut kencang. 

"Hasbi rabbi jalallah..."

"Hey! Ingat aku jin ke apa!" Menyalak terus.

Lah!! Spontan keluh lega terhembus. "Fuh. Kau rupanya... aku punya la berdebar... Allahurabbi..." Dada ditepuk berkali-kali. "Kenapa berdiri tegak macam tu! Aku ingat Kak Ponti!" marahnya pula.

"Sedap je samakan aku dengan Ponti..."

"Baju putih. Rambut panjang. Pukul 3 pagi. Rumah kosong." Satu persatu ditunjuk.

"Still..." Masih nak melawan.

"Kau ingat aku tak pernah jumpa engkau sepanjang masa kau duduk rumah Husna?" 

Giliran Ayen kecut perut. Lekas dia mencicit ke arah suaminya. "Kau serius la?"

Egann membalas dengan mata mencerlang. Lalu ruang rumahnya dipandang. "Rumah ni banyak sangat jin dengan Syaitan menumpang.... Kita kena panggil ustaz nak pagarkan rumah."

Ayen pucat lesi. Kedua-duanya menoleh-noleh, tidak pasti nak memantau apa. Tiba-tiba mangkuk besi jatuh dari kabinet. Gedegang bertemu lantai. Secara kasarnya, bunyi itu tidaklah terlalu kuat. Tetapi memandangkan mood seram dah mencengkam, malah kedua-duanya juga meneliti pendengaran macam telinga anjing, bunyi jatuh tersebut cukup lantang menusuk telinga hingga mampu memutuskan urat jantung.

Ayen terpekik nyaring, spontan melarikan diri ke tingkat atas. Separuh jalan di anak tangga, dia teringat Egann. Dilihatnya si lelaki tengah memanjangkan leher ke dapur.

"Egann?! Jangan sampai aku tinggalkan kau!"

Si lelaki pula tengah mengekek. "Ayen Junior tengah cari makan. Hahaha. Kau naik dulu. Kejap lagi aku naik." Lalu si kucing dilayan terlebih dahulu.

Ayen pula tergagau. Jantung yang nak terloncat keluar tadi lalu ditenangkan. Gilo. Dia terduduk di anak tangga, melihat suaminya melayan kelima-lima kucing yang memecut ke dapur bila dengar bunyi plastik Whiskers dikoyakkan. Senyuman Egann direnung dari jauh. Ayen menopang dagu, mempersoal apa yang dilihatnya pada Egann setiap hari. Macammana pula dengan perangai suaminya di luar rumah, atau bila dia tidak melihat? Cerita Naadia membuatkan dadanya panas terbakar lagi dalam diri. Lagi-lagi baru tahu nak balik rumah pukul 3 pagi!!

"Eh? Kenapa tak naik?" soal Egann pelik bila dia menghampiri tangga.

Bibir dicemik. "Aku tunggu kau."

"Kenapa clingy semacam ni." Kelakar pula rasanya. Egann menghulur tangan, dan disambut Ayen. Mereka sama-sama berjalan naik ke bilik sambil berpegangan tangan.

"Kau pernah jadi mortician tapi takut hantu eh?" tegur lelaki itu lagi. Empat tahun perkahwinan, bermakna baru empat tahun dia mengenali seorang Ayen, dan hari ini baru dia tahu hal ini.

"Mayat aku tak takut. Tapi benda yang aku tak nampak... aku masih takut..." Belakang kepala suaminya direnung. "Sebab tak tau apa yang dia boleh buat... kalau dia boleh bunuh aku ke tidak..."

"Your imagination is wayyy too wild, sayang... hahaha..." Tampan menyapa telinga.

Ayen mengemam bibir.

Setelah pintu bilik tertutup, tangan suaminya ditarik kasar. Dada itu ditolak hingga tersandar ke pintu. Egann terperanjat lagi. Lebih terkejut bila Ayen memerangkap dirinya di antara lengan. Amboi, tak padan dengan badan kecil dan lengan nipis! Lagi-lagi perangkap lengan isterinya hanya di paras dada.

"Kau kenapa sebenarnya?"

"Kenapa kau baru balik?" soal Ayen dengan muka garang.

Egann menahan senyum. Sukar nak mengekalkan serius bila si bini buat perangai yang menggigit-gigit naluri. Aku bawak naik katil karang baru tau.

"Saif frust lepas jumpa ayah sebab ayah masih tak ingat nama dia, siap panggil dia dengan nama perempuan – Evie. So aku teman dia karaoke sampai dia pecah suara. Seriously, kau pula nak apa ni sebenarnya... emm?" Rambut panjang kesukaannya itu ditolak ke sisi.

Ayen menepis tangan Egann. "Aku tengah marah ni!"

"Oh really? Kalau betul marah, kenapa aku rasa macam kena goda cupcake strawberry yang berisi marshmallow dengan sprinkler."

"What the—" Kaki dijungkit dan kening dikerutkan. Bawah sedar, dadanya menghimpit tubuh si lelaki. "Aku tak nampak menggerunkan ke? Kau tak takut? Lebih baik aku jadi jin?"

Apa yang Egann tengah rasa, hanya Tuhan yang tahu. Wanita ini mungkin tak perasan, tapi dari sudut pandangan Egann, Ayen sangat seksi di matanya kini. Mata dipejam perlahan, membuang sedikit nafas yang terasa memadatkan kepala. Enggan nafsu menyesakkan akal. Ayen mungkin ada benda yang dia nak bincangkan, sebab tu buat perangai ganjil begini.

Pinggang Ayen dirangkul. Sekelip mata, kedudukan mereka berubah. Ayen tersandar dalam keadaan terperanjat, manakala Egann merendahkan tubuhnya hingga kepala mereka berada pada paras yang sama. Siku kanan ditongkat di sebelah telinga si isteri. Cukuplah dengan bahu yang bidang, kini Ayen pula berada dalam perangkap si suami.

"I am... very tired right now... sebab layan tension Saif. Dude literally ditolak kewujudannya sebagai seorang anak oleh ayah kami sendiri. He's acting all tough outside, but inside, he's still the same kid yang haus kasih sayang. So babe... jangan main tarik tali and tell me directly. Apa benda yang kau nak sebenarnya?"

Anak mata biru yang galak itu turut menerkam mindanya ketika ini. Perasaan Ayen bercampur aduk. Dia mahu marah kerana Egann masih enggan berterus terang. Dia juga kecewa kerana masih gagal memberi anak kepada suaminya. Juga dengan perangai Naadia yang suaminya kena hadap di pejabat setiap hari.

Pandangannya dilarikan ke lantai, tak mahu Egann menjenguk hati. Mata spontan terpejam bila bibirnya dikucup. Lalu mata mereka bersatu semula. Renungan mata suaminya redup, memintanya meluahkan apa yang berbuku di hati. Perbualan tanpa lisan.

Sambil mengemam bibir, Ayen menanggalkan butang atas kemeja putih yang dipakai suaminya. "Aku baru dapat tahu hukum surrogation haram..."

Mata Egann membulat. Lalu sangkar dilepaskan. "Lah, kau baru tau?"

"Kau dah lama tahu?!" Melopong!

"Well... mula-mula aku memang aku memang tak tahu. Tapi aku buat homework la pasal surrogation dekat Malaysia. Sebab... you know, practise dekat Malaysia tak sama dengan western. Aku nak prepare myself... especially tentang prosedur, how much money aku kena prepare untuk medical fee, legal fee, dan nak jaga financial and emotional well being Naadia nanti. Nak beli baju mengandung dia ke hapa bagai. Proses mengandung is not an easy feat. Aku dah tengok susah senang kau, aku nak prepare seratus peratus dekat Naadia pula. Masa duk belek-belek, aku jumpa Fatwa Mesir dengan Putrajaya dah establish hukum dia haram dekat Muslim, so practise dekat Malaysia majorly private establishment. Lucky us sebab hospital kau bekerja memang hospital private."

"And you didn't tell me anything on this!?" Dada suaminya ditampar geram.

"I thought you knew...!" Lekas mengelak. Kemejanya ditanggalkan dan dilontar ke bakul.

"Kau dah tau haram, tapi kau masih nak buat?!" Menyalak lagi si perempuan, seperti naga yang menyembur api.

Garangnya suara itu membuat Egann sedikit kecut. Malah soalannya benar-benar menampar roh yang masih sedar dosa pahala. Belakang kepala yang tak gatal, digaru. "I have my own fair of conflict of interest... tapi... since kau tak cakap apa-apa... aku ingatkan kau pun nak butakan mata..."

Ayen spontan mengeluh. Muka diraup dengan sebelah tangan. "Egann... itu bukan alasan nak buat bayi haram..." keluhnya. Terasa penat, lalu tempat duduk dicari. Hujung katil menjadi pilih. Rambutnya ditolak lagi ke belakang, membuang rimas.

"Kita bukannya cari perempuan lain dan ajak berzina! Its our own genital—wait, aku salah term. Our own genes, bercampur dan bentukkan baby kita, Yen!" Dia melutut di hadapan isterinya. Kedua belah tangan Ayen dicapai dan digenggam erat. Mata coklat itu direnung dengan pandangan meminta. Sepenuh hati. "Kita cuma nak tumpangkan telur persenyawaan tu dekat rahim perempuan lain. We'll pay her, no worries. Kita ada legal contract yang akan pastikan perempuan tu tak dapat anak kita. Sure, dia mungkin akan sedih sebab dia yang penat-penat... well, kita dah pun bayar, kan? Dan kontrak masa tu dah pun sign. We should be fine!"

Setiap patah perkataan yang memasuki telinganya, Ayen nampak sendiri macammana keadaannya semasa cuba melawan teguran dan logik Husna di hospital sebelum ini.

Desperate. Hingga hukum Allah cuba diperkotak katik.

"No... its wrong..." tuturnya perlahan.

Egann tergamam. Dia terduduk pada lipatan kaki. Bibirnya nampak bergetar, ketara di mata si isteri. "Aku nakkan keturunan aku sendiri.... Four years, babe. Aku almost desperate."

Retak pada suara suaminya hingga ke hati Ayen. Lalu wanita itu menangis terlebih dahulu. Muka suaminya diusap. "I know... I'm sorry... but what's wrong still wrong... aku tak boleh biarkan kau buat macam ni. Aku minta maaf, tapi aku kena bertegas. Seorang isteri kena sentiasa taat pada suaminya... kecuali jika suaminya nak melanggar syarak agama. This is one of those moment." Rambut yang jatuh di dahi itu ditolak ke belakang. "Babe, I'm sorry. Aku tak boleh bersetuju," ujarnya. Tegas pada mata biru yang kian berkaca.

Egann mengemam bibir. "Apa kata kita buat macam ni. Aku jadi Firaun dan langgar je... dan dan dan... proceed with the surrogation. Tapi kau masih jadi Asiah yang setia kat sebelah Firaun?"

Datang dah idea-idea bodoh dia.... Ayen melepas ketawa yang bercampur pilu. "Aku takkan samakan laki aku dengan Firaun, you idiot..." Wajah suaminya dipegang dengan kedua belah tangan lalu dahi itu dicium selembutnya. Kemudian mata biru yang berkaca itu dipandang penuh cinta. "Kita masih ada alternatif lain, tau..." tuturnya pada jiwa yang masih sudi mendengar itu.

"But..."

"Siti Nurhaliza tunggu 11 tahun, sayang. Kita masih ada 7 good years behind her success sampai dia dapat Aafiyah dia. Kita cuba selagi boleh dulu, okay? Kita buat the normal way..." Jemari dilarikan ke dada suaminya. "...and we try IVF concurrently..." tambahnya. 

"But you..."

"It's a risk I'm willing to take." Kening suaminya pula dicium, sekaligus cuba membuang gundah dan takut atas kemungkinan kegagalan kali keempat. Dia enggan merasa pesimis itu lagi. Dia akan memastikan dia mengandungkan bayi suaminya dan melahirkan bayi mereka ke muka bumi dengan sempurna. Itu langkah pertama, kerana yang kedua ialah menjaganya sampai ke tua.

Ah, indahnya berangan. 

Egann pula akhirnya menguntum senyum walau kecil sekali. "Okay..."

Ayen spontan melepas nafas lega. "Tapi aku forbid kau mengamuk macam sebelum ni kalau aku keguguran lagi."

Egann terdiam. Perut Ayen disentuh kemudian. "Aku tak tahu... instinct aku cakap lagi sekali aku pressure rahim sampai keguguran, it won't end well..."

Ya, Ayen juga tahu. Ayen sangat tahu. "Babe. Aku kuat kut. Baru hari tu aku lempar lelaki 70kg ke tanah," guraunya pula, mengharap gurauannya memudarkan kusut di muka suaminya. Dan seperti yang diharap, si kacak itu tertawa. Ayen tersenyum dengan rawan yang ditahan. 

"Hahahaha... haduhhh... aku belum bagi ucapan tahniah lagi." Dia beralih ke sebelah isterinya, lalu tubuh Ayen dirangkul. Geram yang berlebihan dilepaskan dengan bertalu-talu ciuman di kepalanya. Betapa dia mencintai wanita ini. Janganlah mereka dipisahkan, ya Tuhan...

Si wanita melarikan tangannya di dada bidang itu. Bulu dada Egann ditarik-tarik ringan. "Sebenarnya, ada satu lagi alternatif yang lebih selamat. Paling selamat, sebenarnya. And you get twice the fun bak kata Saif..."

"Aku takkan nikahi perempuan lain just because nak dapatkan anak. Little Erik mesti lahir hasil campuran kau dan aku. No kompromi."

Ayen melangut. Sedikit terkejut dengan ketegasan itu. "Kau taknak kahwin dua? Seriously? Bukan ke lelaki selalunya nak kahwin dua?"

"Hahaha kalau kau tak perasan, baby, aku sebenarnya tak sukakan perempuan. They're loud... and noisy... and raging hormone yang tak pernah terkawal. Especially bila period. Semua benda salah. Orang bernafas, salah. Orang berak tak tutup pintu pun salah. Pantang dapat chocolate. Perangai macam budak." Terkedu bila tubuhnya ditolak. Kerut dan muka masam Ayen dipandang kaku. "Kecuali kau," sengihnya kemudian. Dagu Ayen siap dicuit.

Nice save.

Tubuh sasa itu ditolak lagi. Bila terlalu payah, ditolak pula dengan kakinya. "Pergi mandi la. Busuk!"

Si lelaki mengekek. "Dia yang duk flirt dengan kita dari tadi, baru sekarang nak suruh mandi? Pandai la nak mengelak." Pergelangan kaki isterinya digenggam, lalu tubuh itu dipanjat hingga dia berada di atas badan isterinya. "Kita duk sembang pasal alternatif, tapi kita lupa the best way yang jauh lebih seronok dan halal berbanding semakkan kepala pasal kahwin dua..." Tubuh diturunkan.

Lekas Ayen menolak muka suaminya. "Aku tengah period, filled with raging hormone, pantang dapat coklat dan tengah menyampah dengan nafas kau."

Egann merenung datar. "Baru sekarang kau nak bagitau?"

"Takde la. Aku menyampah lama dah."

Tanpa dapat ditahan, ketawa terhembus. Tubuhnya perlahan-lahan dijatuhkan, memindahkan beratnya pada badan si isteri. Wangi tubuh Ayen memberi rawatan aromaterapi seperti biasa. Dengan mudah kantuknya hadir tanpa dipaksa-paksa, lagi-lagi selepas ke hulu ke hilir sepanjang hari kerana komitmen sebagai abang sulung. Sebelum benar-benar terlelap, telinga wanita yang tercinta itu diciumi lembut.

"I love you, babe... so so much..."

Kelopak mata Ayen pula terbuka. Tanpa dipinta, bayangan Egann memasuki kelab, mencium lelaki, kemudian meniduri Naadia terbayang di ruang mata. Ah, celaka. Dia dah cuba membuang semua bayangan itu, tetapi masih gagal! Kepala dipaling, pada kelopak mata yang tertutup itu.

"Kalau betul sayang... why'd you lie?" soalnya pada siling.

"I didn't lie..." bisik Egann separa sedar.

"But I caught one of your lies."

"Which one..."

Mata Ayen mencerlang. Egann turut membuka matanya, tersedar terlepas cakap. Renungan mata Ayen kali ini membakar marak.

"Erk... I hasn't lied... but if you caught any... you shouldn't... because I don't..." Tergagap-gagap!

Tubuh berat itu ditolak si perempuan, nak melepaskan diri. Egann bangkit duduk, melihat isterinya memasuki selimut. Mata digosok dengan belakang tangan.

"Ayen, come on. Work with me! Penipuan yang mana yang kau tau tu?!"

"Ah sudah la! Sebelum ni kemain cakap tak pernah menipu! Aku sekadar saja nak test kau! Sekali memang kaki penipu!!"

"Ahah! Jadi kau sendiri tak tau kalau aku pernah menipu ke tidak!"

Ayen memusing pinggang supaya boleh menentang suaminya itu. Eii, rasa nak baling dengan bantal je rasanya! "Kau baru je kantoi teruk, you jerk!!"

Terkebil lagi. Egann menggosok belakang kepala, menyedari otaknya tak boleh berfikir waras. Leher yang terasa sengal, diurut kemudian. Dia terlalu penat. Dia perlu berehat. Tapi seeloknya dia taknak tidur dalam keadaan bergaduh.

"Ayen... just tell me... kita diskus baik-baik ye? Aku taknak gaduh dengan kau..."

"Kalau kau nak diskus dari awal lagi, kau takkan senang-senang nak menipu," cemik Ayen.

"Well... Its always easier to lie than having difficult discussion." Licin sekali keluar dari mulut macam diberi minyak pelincir.

Mata Ayen mencerlang.

Egann gamam. Terlepas cakap lagi! "Except with you..."

"Ergh!!" Sekali lagi dia merebahkan tubuhnya. Malah dipusing membelakangkan Egann.

Lelaki itu pula menghela nafas pendek. Matanya terlalu berat kini. "I'm too sleepy... kita berbaik esok eh." Terus berbaring meniarap. Tangan dipanjangkan, menggenggam rambut Ayen yang mengurai. Bersama senyum, dia menjemput lena.


KEESOKAN malamnya, Egann menjemput Naadia untuk makan malam bagi memaklumkan  rancangan ibu tumpang itu dibatalkan.

Naadia yang baru nak memasukkan salmon ke dalam mulut, terkedu. "Wow. So you jenis follow cakap wife you, eh?" Dagu ditopang, merenung muka kacak itu.

"Happy wife create a happy marriage. What I wouldn't give to have a happy marriage..." Cukuplah pengalaman hidupnya dengan Saif yang ditinggalkan si ayah yang mementingkan diri itu. Chicken fillet dimasukkan ke mulut. "Tapi kenapa tiba-tiba cakap macam tu?"

Wanita itu tersenyum lagi. "Sebab wife you dah jumpa I dulu dan cancel the whole thing."

"Ooh..."

"We had a little spat hari tu."

"Why?"

"Sebab I terus terang I nakkan you." Barulah dia sambung mengunyah.

Egann mengerut dahi. Pelayan dijeling, mengingati Ayen yang tiba-tiba kerap marah baru-baru ini, malah gemar menuduhnya menipu. Memang dia kantoi dia pernah menipu, tetapi penipuan tentang apa, Ayen tak berterus terang pula. Boleh pula dia nak main tarik tali dan memanjangkan pergaduhan mereka berbanding berterus terang. Perempuan, pelik benar perangai mereka.

Bukan.... Punca sebenarnya ialah Ayen dah mula tidak percayakannya seratus peratus....

Naadia direnung. "You takda cakap apa-apa yang bukan-bukan dekat dia, kan?" soalnya pula, bersifat klarifikasi.

"Apa yang I nak cakap dekat dia? Yang I semakin lama I semakin nakkan you?" Senyum lagi. "Seriously, I jarang jumpa lelaki yang macam you yang sanggup biarkan wife you genggam you dalam jari hotdog dia. Seolah-olah you tak boleh buat keputusan sendiri." Mula menghasut.

"Itu keputusan bersama. Plus, she's very right on the haram thingy. Benda tak betul, kenapa tak buat."

"Damn, my Head of Investment rupanya sangat berintegriti." Dagu ditopang lagi. "Tapi you sure kalau you dengan Ayen..." Selama ini Naadia sekadar menggunakan gelaran 'wife' untuk Ayen, tetapi kali ini nama Ayen supaya lebih mudah mempengaruhi kepala si lelaki. "...takda kemungkinan dia takkan keguguran lagi? She's obviously the problem dalam rumah tangga you dengan dia. I sure you sihat... tapi rahim dia mungkin inhospitable for fetus to grow."

Egann menggeleng. "First time ialah sebab overwork. Second time, drug abuse. Third time, jatuh tangga. Bukan sebab Ayen inhospitable."

Terkaku si wanita cantik, lalu dia melepaskan tawa kecil. Kedengaran sinis nadanya bila teringat perempuan ini mahu merampsanya dan tidak menyukai Ayen. Egann mula terasa bahang di hati. 

"Kenapa gelak?"

"Sebab you look stupid..." Mulut ditutup dengan tangan sambil memandang si lelaki dengan mata yang tersenyum kelakar. "I teka je rahim wife you inhospitalble... little that I thought it's her tiny brain that is inhospitable with the idea to bore your son. Because darling, all those mistakes seem intentional."

Telinga Egann terpicing. "Kami dah cek doktor even. She's fine. Cuma belum ada rezeki..." 

Kepala Naadia terlentok. Lelaki ini menjawab untuk pertuduhan rahim Ayen tak subur, tetapi tidak menafi bagi mental isterinya? Bayang kemenangan serta peluang memisahkan mereka kini terang benderang.

"Then, you're absolutely sure... hundred percent sure... that she will deliver you the baby lepas ni? Without sabotaging herself?"

Makin perit hatinya mendengar hasutan itu. Secara jujurnya, dia dah tak yakin. Namun dikukuhkan hati walau dengan paksaan. "Even if its not... masih boleh cuba lagi dan lagi..." Terdiam bila jemari halus Naadia menyentuh tangannya. Malah diusap-usap wanita itu.

"Atau... you boleh kandungkan I..." ujarnya bersama renungan bermakna.

Terkedu. "I don't plan on marrying you."

Air muka wanita itu berubah mendadak. Spontan tangan ditarik semula. "You masih taknak I? Even after I ready hulurkan badan I untuk you lahirkan baby you?"

"I berterima kasih, Naadia. That's why I settle for surrogation, but not marriage. I takkan duakan Ayen. Sure, kami tengah bergaduh sekarang, tapi selalunya kami akan berbaik semula."

Kening yang dicukur cantik itu terjungkit semula. Ada sinar harapan lagi pada kata-kata si lelaki. "You guys bergaduh... kenapa?"

"I don't know. He called me a liar, all of a sudden." Tubuh disandarkan. "Aku tak sempat nak defend even, sebab dia attack sebelum tidur. I was caught off caught."

Wanita bertudung itu mengusap pipi hingga ke dagu. Mata dikerling ke tepi, memikirkan provokasi pada Ayen mengenai dia dan Egann tidur bersama di PD. Walau tindak balas Ayen nampak kukuh, tapi boleh jadi provokasinya berhasil memberi kesan di hati doktor itu. Ah, kememngan rupanya masih dalam genggaman.

"I'm sure you guys akan okay semula..." tuturnya perlahan. Salmon kembali dimakan.

"I sure hope so. I hate it setiap kali bergaduh dia."

"Of course. Sebab you cintakan dia..." Bersama benci, kata-kata itu ditutur. Muka kacak Egann dipandang lagi. Pada mata biru yang tak pernah melihatnya dengan penuh keinginan, seperti mana mata-mata lelaki lain pernah memandangnya bila dia sengaja melontar diri ke tubuh mereka. Egann ialah target yang sukar, dan lelaki itu memiliki Permaisuri yang sama tahap sukar untuk Naadia kalahkan.

Pasangan suami isteri itu kini dah menjadi suatu permainan yang menarik unuk Naadia cuba takluki dan tumpaskan. Memiliki Egann ialah bonus.

Garfu dimainkan di udara semula. "I ada proposal... on how to help you with your wife. Dan, you guys akan dapat anak you'all tanpa perlu kotorkan tangan. But ermm... you kena kotorkan tangan you la."

Senyuman yang tak lekang pada bibir merah itu menjentik rasa ingin tahu. Damn, Naadia pandai memancing.

"Nanti bila you guys buat IVF, you seludup beberapa sampel dari makmal. Kemudian you buat appointment untuk I pula, dan masukkan telur persenyawaan you guys dekat rahim I pula."

"Masih surrogation."

"Yes. Tapi Ayen takkan tahu. You kena pegang risiko tu on your own."

"Naadia, I dah cakap. Ayen taknak..."

"Tapi you nak. You sanggup tutup mata dari fatwa apa entah tu dan berusaha dapatkan anak seperti yang teknologi dah buka. Yang menjadi masalah ialah bila ibu tumpangan develop perasaan dekat baby tu dan tak mahu berikan anak tu pada pasangan asal, bukan?"

Egann mengangguk.

"But I won't. I will give your baby back to you and Ayen, Egann. You boleh lihat I... macam contingency plan. Kalau wife you tak boleh nak deliver, I ialah plan B... but with higher chance of success." Mata dikenyit.

Sememangnya tawaran yang lumayan dan boleh memuaskan kehendaknya. Tetapi ragu-ragu masih memakan diri. "How do I know you takkan jatuh cinta dekat bayi tu pula?"

"I'm not interested in kids, baby."

Berdesing telinga Egann bila dipanggil baby oleh perempuan lain. Gelaran itu sepatutnya hanya diberi oleh Ayen pada dia.

"I komited dengan karier je. I'm a career woman. I won't fall into social normative that marriage and child-centric ideas are the sources of happiness."

"Kata perempuan yang kerap kali ajak I kahwin, nak rampas I dari isteri I, dan mintak I buatkan dia mengandung not less than 5 minutes ago." Senada.

Naadia spontan tergelak. "Hahahaha... yeaaaa... the irony is there." Dagu ditopang. "You buat I fikir semula apa sebenarnya yang I nak... that's why I tak pernah berhenti berfikir pasal you. Normally I always know what I want. Tapi sejak you muncul..." Suaranya merendah. Muka kacak yang dihiasi jambang yang dicukur kemas itu direnung dengan sebuah rasa asing yang cukup hangat merangkul jiwanya ketika ini. Naadia menyukainya. "I notice I tend to defer my own selfish request."

Egann hanya membalas dengan kening terjungkit, tidak pedulikan pandangan cinta si perempuan. Benar-benar kalis. "Tell me... are you really happy? With what you have right now?"

Jantung terasa jatuh ke perut mendengar soalan itu. Peritnya, hanya Tuhan yang tahu. Lalu senyum dilakar pada wajah. "Of course. Kenapa soalan tanya macam tu?"

"Sebab... you seem to be on an endless journey to get the satisfying need... I don't know if it's for closure or anything. That's why it's odd. Naadia, you have everything. Fame. Money. Family. Follower. Beautiful face. Family.... Every little thing that everyone ever wanted, you have it all. Even... men, if you want one, you can have us lining up to the end of the earth. So, you don't peg me as someone who's desperate."

"But there's no you in it."

"Why must it be me?" soal Egann bersama hembusan nafas kelakar. Masih tak faham kegilaan Naadia mengejarnya.

Antara mereka senyap lagi. Hanya mata yang berkata-kata. Naadia kembali menikmati salmonnya, gagal mengekalkan bicara senyap itu.

"Maybe its true, its an endless conquest. What I want sekarang ni ialah you. Kalau I tak boleh dapatkan you cara biasa... I boleh kandungkan anak you pun I puas hati."

Lalu senyum memutik di bibir Egann. "I desperate nak anak, tapi your desperation... is something that I boleh concur, hahaha." Ayam turut dimasukkan ke dalam mulut.

"So... you setuju?"

"The surrogation?"

Angguk.

"No. But I'll think about it." Senyum. Sekadar jawapan protokol untuk tidak menyakitkan hati si wanita. 


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh