Bab 25

PENTHOUSE Egann ialah rumah dua tingkat yang berisi lima bilik tidur dan tujuh bilik air. Satu bilik tidur utama, yang disambungkan dengan home-officenya. Kemudian bilik tidur Erik. Di tingkat bawah pula ialah bilik yang ditukar menjadi mini-library serta ruang solat serta bilik tetamu.

Rumah yang pernah berisi penuh dengan taman bunga yang mewangi serta bunga-bunga cinta itu kini dah macam tempat tinggal penguin dan beruang kutub. Dingin berais. Superman boleh datang untuk bina Fortress of Solitudenya dengan menggunakan aura perang dingin suami isteri itu semata.

Seperti housemate yang sama-sama sibuk dengan kerja, sama-sama workaholic, sama paras degil dan sama juga tahap marah. Sepanjang berperang dingin, Egann antara tidur di bilik tetamu, di mini-library atau di ruang tamu. Mana-mana lokasi yang dilihat selesa dan bersesuaian serta matanya terpejam terus. Disebabkan itu jugalah selama hampir sebulan, Egann dan Ayen langsung tak pernah bertemu.

Pada hari biasa, Ayen menghabiskan masa di hospital, kadang-kadang tidur di hotel. Egann menghabiskan masa dengan Naadia, hingga dilayan wanita itu seperti seorang kekasih. Malah di syarikatnya, mereka kini dikenali sebagai boyfriend dan girlfriend kerana rapatnya mereka.

Walau sekuat mana Egann cuba menafi, Naadia membalas sebaliknya hingga membuat si lelaki mula curiga.

"Bini I cuba tuduh yang you cuba rampas I dari dia, you know."

"Oh, really?"

"Boy, I hope she's wrong. Because I'm starting to have some doubt..."

Naadia membalas dengan senyum.

Egann semakin keliru. "She's wrong... is she?"

"She's not wrong... but she's not right either. It depends on you, my love." Pipi Egann dicubit ringan bersama tawa nipis.

Jawapan yang benar-benar menduga.

Tapi walau marah macammana pun Egann, dia sentiasa ialah orang pertama yang balik ke rumah dan merindui si isteri, berbanding Ayen yang jauh lebih keras hatinya macam disadur besi. Sebab itulah wanita kerap disamakan dengan span. Bila diberi benih, mereka melahirkan bunga. Bila diberi rumah, mereka membentuk tempat tinggal yang selesa. Bila diberi cinta, mereka membalas lipat ganda. Tetapi bila diberi tahi... pandai-pandai fikir sendiri.

Selalunya bila Ayen balik dari hospital dalam keadaan stress atau tertekan – contohnya jika ada pesakitnya yang meninggal, Ayen gemar mencari selesa di bawah ketiak Egann. Jika Egann tiada, Ayen akan memeluk Little Egan sampai dia tertidur. Tetapi Little Egan dah pun dirampas lelaki itu dari awal lagi. Siap ditanggalkan baju-bajunya dan dikoyakkan bantal tersebut di depan Ayen hingga foam mengotori lantai bilik.

"You don't deserve comfort in this house until you apologize."

Kemudian dia keluar dari bilik itu dengan gaya The Dark Lord, manakala puteri yang diculik itu  pula melepaskan tangis macam hujan. 

Sesungguhnya Egann lupa abiliti Ayen untuk menyerap, menghadam, dan menukar situasi yang tak dikehendaki kepada keselesaannya sendiri. Hingga akhirnya, Egann terpaksa menyelesakan diri dalam rumahnya dengan memeluk Little Ayen yang dipakaikan bra dan seluar dalam Ayen, yang senyap-senyap dicuri semasa wanita itu tiada di rumah.


HARI ini, Saif datang melawatnya di rumah. Akhirnya, selepas lebih sebulan menyendiri, hidup Egann terasa berwarna sedikit di dalam Fortress of Solitude itu.

"Boleh tak Saif nak tanya?" soal Saif pada Fortnite di skrin.

Egann yang tengah menyediakan kopi, menoleh ke ruang tamu. "Apa dia?"

"Abang dengan Ayen okay ke?"

Berkerut dahinya. "Kenapa tanya? Ayen ada datang mengadu dekat kau ke?"

"Dia bukannya jenis kuat mengadu macam abang. Dia kalau sakit hati, dia simpan. Tapi ada beberapa irregularity dalam behaviour dia yang boleh nampak kalau dia tengah pendam perasaan."

Keropok dan kopi dibawa ke meja kopi di hadapan TV. Egann melabuh duduk di sebelah Saif. "Irregularity yang macammana?"

"Husna cakap Ayen ialah jenis cakap 'you're an idiot' sebagai bahasa kedua 'I love you'. Its like dia punya love language or something." Egann mengerut dahi. Tak pernah perasan trivia seperti itu. "Since you're the most idiotic person yang wujud dalam life dia, so its only natural dia attracted dengan abang."

"How is this an irregularity?"

"Saif tak masuk part tu lagi. Abang mungkin tak perasan, but a lot of your idiotic behaviour dilihat sebagai charming kat mata dia, enough for her to share to the world whom she trusts." Si abang yang masih berkerut dahi di sofa sebelah, dikerling. "Ayen dah lama tak post pasal abang kat Instagram dia. Pattern ni sama macam masa abang dengan dia duduk asing dulu. Hence, the question. Abang dengan Ayen tengah gaduh, ke?"

Egann terkebil. Ya, dia tahu Instagram Ayen. Dulu Ayen kerap post benda-benda yang dilihatnya boleh mencalarkan ego lelakinya, jadi ditegur Ayen supaya jangan buat lagi.

"Abang tak pernah tengok apa-apa pasal abang yang dia post.... Semuanya pasal medical issue semata. Knowledge sharing and everything..."

Lalu Saif melepaskan ketawa nipis. "Abang dengan dia bercinta macam nak rak tapi masih sembunyikan benda dari masing-masing... bila jadi macam ni, gaduh teruk. Adoi..." Dahi digaru. "Tak faham aku."

"Abang pun tak faham poin kau, Saif. Cakap terus terang. Jangan sindir macam tu!"

Nafas pendek dihela. "Bini abang tu ada private account la. Abang takda dalam tu. And heck, almost all of the content ialah pasal private life dia, dan 70% pasal abang."

Terpicing terus mata si lelaki. "Kau friend dengan dia dalam tu?"

"The first friend she approved of." Instagram dibuka. Private account Ayen yang bernama Makcik Kiah ditunjukkan pada Egann. Dan sesungguhnya, apa yang ada di dalam itu benar-benar membuat Egann membeku keras.

Gambar dia tengah tidur dengan muka diconteng dengan misai hitler. Gambar dia di hospital menonton Toy Story dengan kanak-kanak bawah 5 tahun yang lain. Kemudian video Ayen dibungkus selimut bersama caption, - 'Waking up to my man serenading me from the shower'. Bila video dipasang, kedengaran gemaan suara dia dari background, tengah menyanyi lagu Aladin versi sendiri 'I can show you my pen!$' dengan penuh lantang.

"Oh my God..." Malu celaka!!

Tetapi semua post itu berisi caption love dan muka nakal. Rakannya pula hanya tiga. Saif, Husna dan Hafiz. Melihat nama Hafiz, marah Egann bertamu. Tetapi itu juga bermakna Hafiz ialah salah seorang individu yang isterinya perakui sebagai sahabat susah senang.

Jari ditolak ke atas, kemudian terlihat gambar lukisannya yang melukiskan impian mereka sekeluarga. Coupon Ayen pada hari jadinya yang ke-32. Caption di bawahnya tertera doa supaya hubungan mereka berkekalan, agar diberi rezeki dalam bentuk anak dan keluarga bahagia, supaya Ayen tidak menjadi isteri yang gagal selepas tiga kali.

Hati Egann kini terasa dicarik-carik. Ah. Kenapa dia tak pernah nampak sebelum ini? Dia menggunakan Naadia sebagai penyelesaian, umpama dia menganggap Ayen sebagai perempuan yang gagal tunaikan apa yang dia kehendaki. Mungkin itu bukan apa yang dia niatkan, tapi caranya benar-benar meletakkan isterinya macam sampah yang dah tak digunakan.

Air muka Egann meredup. Iphone Saif diletakkan ke tepi, dan dompet dikeluarkan. Kertas yang dilipat empat dibuka, pada lukisan keluarga impiannya bersama Ayen di dalamnya. 

Saif menoleh sekilas. "Itu gambar keluarga abang tu?"

"Emm." Sayu. "Its suppose to be perfect. Its suppose to be a dream between us.... Tapi abang sendiri dah musnahkan impian abang sendiri..."

Fortnite dihentikan. Si adik berkaca mata menoleh. "Care to share?"

Egann menarik dalam dalam, kemudian dihembus panjang. "I'm a villain in this story. Abang taknak kau bencikan abang macam Ayen tengah benci abang sekarang..." Kertas dilipat dan dimasukkan semula ke dalam dompet. "Cukuplah abang hilang dia seorang. I can't afford losing you too..."

Saif mendiam seketika. Pasangan yang hangat bercinta sampai mampu buat dia muntah setiap kali melihat... tengah alami dugaan yang cukup teruk sampai dilabel 'hilang'?

"What did you do?"

"Nothing."

"Then kenapa abang cakap Ayen hilangkan diri? Selama ni, she puts up so much to your shenanigan. Abang kantoi apa pula kali ni sampai dia give up?"

Egann diam.

"I swear abang. Abang tak patut biar perempuan give up in a relationship. If she think you didn't deserve her time, you will lose her for real. Perempuan bukan macam kita yang boleh datang pergi suka suki bila bosan atau tidak. They're investing in a relationship even more so than us. And right now, you're on a risk of losing a real diamond..."

Muka marah Ayen terbayang di ruang fikiran. Nafas dalam ditarik hingga penuh dadanya sebelum dihembs sekaligus. Membuang kusut di kepala. Kemudian diceritakan pada Saif tentang usahanya mendapatkan bayi melalui cara ibu tumpangan pada Naadia, dan pergaduhan berlanjutan kerana Ayen enggan menerima bayi itu sebagai anaknya sendiri, sebaliknya menolak tanggungjawab ibu kepada Naadia.

"Abang masih tak faham kenapa dia cakap macam tu. The inseminated cell ialah masih cell dia dengan cell abang."

"Kalau dilihat dekat sikap Ayen yang mengangkat polisi women empowerment, maybe dia sekadar harap abang terima Naadia sebagai isteri halal berbanding dilayan macam barang yang disewa."

Egann terkedu. "That's harsh bro."

"Saif sekadar cakap tapi abang dah pun buat dia macam tu." Tenang membentang fakta. Fortnite kembali dimain. "By removing herself from the equation, kira permudahkan kisah cinta antara abang dengan Naadia la."

"Great. Lepas tu dia sendiri marah merajuk dan tak reti nak balik rumah," cemik Egann.

Saif tersenyum hambar. "Abang ada plan nak nikahi Naadia?"

"Not in a million years." Senada. Namun kukuh memaknakan niatnya.

Bibir dicemik.

Lalu ruang rumah itu diam seketika.

"Saif."

"Hm."

"Wanna do something fun? Benda yang kau dengan abang dah lama tak buat... yang mungkin akan gunakan otot yang dalam tak digunakan..."

Si adik menoleh bersama minat yang terpancing.


KETIKA Ayen balik ke rumah pada malam itu, rumah dah macam studio muzik. Hingga terloncat dia di muka pintu bila dihentam gemaan yang terlampau kuat seperti serangan gelombang. Bunyi petikan gitar serta nyanyian lagu inggeris yang dia tak kenal terus menerus mengisi rumah. Di hadapannya, dua beradik lelaki itu tengah menghentam gitar masing-masing yang disambung terus ke amplifier sambil melayan karaoke pada skrin TV.

Ya Tuhan. Bila masa pula dia beli barang-barang untuk jam siap dengan karaoke set dekat rumah?

Sofa dan meja kopi diletak ke tepi bagi menambah ruang. Kedua-dua penyanyi rock itu tidak berbaju. Badan masing-masing berkilat dengan peluh hingga bila kepala dihentak-hentak mengikut rentak lagu, peluh turut bertebaran ke udara.

Ayen terlopong rendah. Bahu kemudian disandarkan pada dinding sambil berpeluk tubuh di belakang, memerhati dalam senyap.

Narcisstic Canibal – Korn, selesai dinyanyikan disambung dengan raung kepuasan ke udara, menambah gegar yang dirasai. Egann melepas ketawa sepuasnya, dan disambut oleh Saif.

"Hahhaha!! Yes!! Ini first time lepas kakak kau cari gaduh dengan abang, I feel so alive...!!" jeritnya pada mikrofon. Kemudian udara ditendang tumbuk sepuasnya. Melepas geram!!

"Hahah mengucap dia tengok abang macam ni."

"Kalau dia nak mengucap, dia mengucap. Abang praktis balik main gitar untuk dia, dia sendiri nak merajuk and went all 'you're on your own'." Dibuat mimik suara perempuan siap dengan badan tergedik-gedik. "This is why woman sucks!" Dia mencangkung di hadapan mesin karaoke.

"Hey! Tak semua perempuan sucks." Ayen menyahut.

"Ye la tu. Kau nak lagu apa lepas ni?"

Saif tidak menjawab bahana terkejut bila menyedari Ayen ada di belakang mereka. Egann pula baru tersedar suara yang menjawab tadi bukan suara jantan adiknya. Bila kepala dipaling, sememangnya wanita itu ada di belakangnya. Berderau darahnya seketika. Kaki hampir meloncat nak memeluk tubuh itu, namun lekas dipagarkan hati. Dia rindukan Ayen, tetapi isu yang melibatkan Erik bukan sejenis konflik yang dia sudi mengangkat bendera putih. Ayen perlu turunkan ego dan terima tanggungjawabnya sebagai emak Erik. Wajib. Noktah! 

Untuk seketika, mereka bertentangan. Lama sekali hingga Saif hilang selesa.

"Yen, baru balik?" tegur si adik ipar. Sekadar nak memecahkan tugu ais yang terbentuk bahana pergaduhan kakak dan abangnya.

Ayen hanya melepaskan dengus. Baru saja nak berkalih, suara Egann kedengaran menegur. 

"Kau masih hidup rupanya?" tegur si suami itu, tegang sekali. "Dah selesai conquest cari lelaki yang boleh buat kau mengandung?"

Amboi, ayat! Bibir bawah digigit, mula marah. "Aku request lagu Highway to Hell, khusus untuk laki aku," balas Ayen, sama tegang.

"Lagu Bubbly, Saif nak lagu Bubbly," sampuk Saif pula, namun Egann dah tak dengar.

Highway to Hell – AD/DC dipasang. Bila gitar soto bermain di speaker, lelaki itu bangkit bersama petikan pick pada string gitar. Setiap getaran lagu, dia melangkah selangkah demi selangkah ke arah isterinya. Mencabar.

Ayen sekadar berdiri tegak bersama renungan membunuh. Turut tercabar.

Baru saja penyanyi nak menyanyikan lagu heavy metal itu, alunan bertukar mendadak kepada muzik lembut. Bubbly – Colbie Caillat. Serentak laki bini itu menoleh pada Saif yang mencangkung di depan karaoke machine.

"Saif! Jangan spoil mood! Abang baru nak perang kut! This!! Is!! Sparta!!" Laksana Leon yang gagah, dia meraung ngauman perang.

"Abang perang dengan musuh Syiah kafir abang tu hari lain! Saif tetamu! Respect sikit!"

Ayen mendengus. Tak pasal-pasal dilabel Syiah kafir. "Now that I'm completely insulted, I'm gonna go..."

Tangan Egann memanjang selekasnya, menangkap pergelangan tangan Ayen. Wanita itu terperanjat. Bila dia menoleh, Egann langsung tidak memandangnya, malah fokus pada Saif yang memetik alunan lagu balada di sana.

"Egann..." Tangan cuba ditarik balik, tetapi genggaman Egann cukup kukuh seperti cengkaman besi.

Kemudian lelaki tinggi itu melangkah kembali ke ruang tamu sambil menarik dia sekali. Sekali tolak, Ayen terduduk di sofa. Wanita itu mendesis lagi, geram diperlaku sedemikian rupa. Baru saja dia nak bangkit, telunjuk Egann menolak dahinya. Pandangan mereka bertemu lagi.

"Stay."

Seperti dipanah sumpahan Medusa, Ayen membatu.

I've been awake for a while now,

You've got me feelin' like a child now

'Cause everytime I see your bubbly face

I get the tingles in a silly place

It starts in my toes, and I crinkle my nose

Where ever it goes, I always know

That you make me smile, please stay for a while now,

Just take your time wherever you go...

"Bapak cringey. Kau jatuh cinta dengan siapa ni?" tegur Egann bersama gelak. Duduk turut dilabuh pada lengan sofa yang diduduki isterinya.

Saif menoleh malas. Dia yang bercinta bergaduh sampai bergegar dunia, lepas tu pandai nak mengusik orang lain. "Saif nyanyikan untuk abang dengan Ayen la. For you guys to remember how cringey you guys are sebelum ni..."

"Atau nyanyikan untuk Husna?" sengih Ayen pula, membuat Saif menjuling mata ke langit. Egann turut tertoleh dibuatnya. Tak habis lagi mengusik rupanya?

"Aku cakap—"

"Ha'ah. Abang dah lama tak dengar berita dia. Apa progress dia dengan Doug? Dia masih marah Doug pasal kes tu?"

Lalu wajah si abang ditenung lama macam pembaca berita membaca skrip yang diberi depan mata. Biar betul abangnya nak ambil peduli hal orang lain? Bila dikerling pada muka teruja Ayen, barulah ditangkap relevan motif soalan itu keluar dari abangnya. Sekadar soalan kosong untuk mengisi minat Ayen dan memastikan wanita itu kekal bersama mereka.

Keluh berat terhembus. "Husna... ada dinner dengan Doug malam ni. Dia nak confess feeling dia, dan kalau boleh... nak ajak bersama semula."

Ayen melopong luas. Egann pula mengerutkan dari.

"Sejak bila pula minah tu ada feeling kat Doug? I thought she hated him."

"Sejak awal lagi la!" marah Ayen sambil menepuk paha suaminya hingga membuatkan Egann terkejut. "Kau sendiri jugak yang cerita Husna tersasul panggil Doug abang!"

"Aku sekadar anggap itu saki baki memori... macam Husna duk teringat-ingat memori perkahwinan dengan Doug masa bercinta sampai honeymoon phase mereka. You know, sebelum real life start dan rumah tangga mula porak peranda macam kita sekarang..."

Sempat pula si gay ni nak menyindir.... "Maybe kalau kau benar-benar jadi hamba Allah yang takut dengan hukum Allah dan buat keputusan yang betul in life, real life tragedy takkan berlaku kat kita," ujarnya tanpa melepas renung pada Saif.

"Maybe kalau kau boleh terima yang benda dah pun jadi dan terima tanggungjawab kau sebagai emak sebab kau penyumbang half of the DNA dekat budak tu, you'll realize how stupid you act right now."

"Kau masih taknak mengaku salah?" soal Ayen geram.

Si lelaki buat muka menyampah. "Hey look. It's like that stupid bet all over again... lets bet siapa yang kalah, dia kena jilat kaki pemenang." Mata dicerlangkan.

"This is not a game la!!" Suara Ayen mula meninggi.

"Hey! Hey! Budak sekolah!" panggil Saif menggunakan mikrofon hingga berdesing. Boleh pecah gegendang telinga. "Boleh tak jangan gaduh setiap kali korang bukak mulut macam budak sekolah baru nak belajar dekat dengan crush? Jadi dewasa sikit la!"

"Abang memang dah dewasa. Kau ingat siapa yang bayar bil rumah bil api bayar cukai duit minyak kat rumah ni selama ni?"

"Ohohoho? You wanna split the bill, then?" getus Ayen, tercabar lagi.

Egann kelu seketika. Bukan itu pengakhiran yang dia nak.

Saif pula meraup muka. Setiap kali buka mulut, keadaan jadi makin parah. Macammana sebenarnya nak bantu pulihkan hubungan mereka berdua agaknya....

Bunyi dering macam telefon gagang zaman P.Ramlee tiba-tiba memekak, mengejutkan mereka semua. Kuatnya bunyi dering itu hingga menelan minus one Bubbly yang masih bermain di TV. Bunyi itu datang dari iPhone Saif yang tengah bergetar di atas meja kopi.

"Siapa call?" soal Saif pada Ayen yang paling dekat dengan meja kopi.

"Girlfriend kau."

"Sally?" Spontan dia melangkah.

"What? Who? Kau ada girlfriend bernama Sally? Kenapa tak cakap?!"

Muka terkejut Ayen dipandang sengal. Baru saja nak mencapai iPhone-nya, nama Husna yang tertera pada skrin membuat pergerakannya tersekat. Untuk seketika, Saif membatu. iPhone berdering hingga enam kali panggilan, lalu termati sendiri.

"Kenapa tak angkat?" tegur Egann, memerhati gerak tubuh adiknya.

"Maybe its nothing..."

"Kau cakap Husna dinner dengan Doug malam ni sebab nak confess, kan? Kau takut nak dengar outcome ke?" teka si abang lagi.

Ayen terpancing lagi. Air muka Saif pula kian mengeruh.

"No..."

Egann menjungkit sebelah kening. "You see... that's the face of a man in grief, there." Telunjuk dituding pada muka adiknya sambil menoleh pada Ayen. "Phase one of grief, denial. Menderita sebab perempuan yang dia cintai dalam diam selama ni akhirnya ambik langkah sendiri untuk cari bahagia sendiri, tak tunggu dia."

"Shut up! Lebih baik abang sambung gaduh dengan Ayen daripada menyibuk pasal Saif sekarang!"

Tetapi Egann dan Ayen sama-sama tersenyum sumbing melihat letupan marah itu. "Cool. What's stage two?" soal Ayen, sengaja bertanya.

"Anger."

"Hahaha."

"Macam abang dengan Ayen sekarang?" cemik Saif lagi.

"Jangan shif dekat situasi orang lain just because kau nak lari, Saif. And then, there bargaining phase, depression and finally acceptance. One day, kau akan terima yang kau ialah mamat penakut yang tak berani nak ambik action dan biarkan love life dia pergi dekat pangkuan lelaki lain."

Spontan Ayen menepuk paha Egann. "That's too harsh..."

"No, its true. The possibility is there. He just needs to hear it from someone else..." balas Egann tanpa sekali pun melepaskan renung pada adiknya.

"I said shut up. Kenapa abang nak peduli ne'way."

"Kau nak tahu kenapa abang selama ni tak pedulikan kau dengan Husna, Saif? Sebab antara korang takda chemistry. Takda mutual respect. You don't understand each other's feeling. Abang admit, attraction itu ada between you too... tapi deep down, you know apa masalah  antara kau dengan Husna. Tapi kau langsung tak tahu macammana nak perbaiki... sebab kau malas nak buat groundwork. Why? Because you don't think you guys are destined to be together. Awal-awal lagi kau dah give up nak kejar dia. So, mindset takda, effort takda, benda jadi telur kosong busuk." Equation yang mudah.

Saif mencemik. "Since when are you specialist in relationship."

"Abang ialah playboy yang gunakan perempuan untuk tipu kau yang abang tak gay sebelum ni, remember? As much as how messy that history is, it teaches a lot."

"Ohoho really?" tegur Ayen sinis.

"Just take the word, darling. No snap back." Kepala isterinya diusap.

Saif mendengus. Punggung dilabuh pada sofa. "Saif tak take action sebab... Husna dah ada Doug. Gila kenamanya nak ganggu development dorang. Ilyas dengan Yunus... Saif tak boleh nak rampas mereka hanya sebab 'feelings'! They deserve their father! And the father, he... he's a good dad..." keluh berat dihembus. Hal akan jadi jauh lebih senang jika Doug merupakan lelaki yang tidak bertanggungjawab, tetapi tidak. Malah dia sendiri mengakui kebaikan hati lelaki songsang itu.

Egann dan Ayen sama-sama mendiam.

Saif menghela nafas dalam. "Lagipun... Husna tak pernah pandang Saif sebagai potensi pasangan hidup. She never stops hating me since I blew her off dekat court dulu..."

"Mungkin sebab kenapa dia tunjuk sikap dia sekarang ialah sebab kau sendiri duk pendam perasaan dan overthinking everything," celah Ayen pula. "I should know. I'm a woman. Kami pakar bab-bab overthinking."

Egann menjeling sekilas. "I second her."

Geram Saif dibuatnya. "Tak habis-habis nak attack orang. Kenapa korang defend dia sangat ne'way?"

"Sebab nobody is perfect," balas Ayen mudah.

"Some are almost perfect. Macam Beyonce."

"Non muslim," celah Egann.

"Fatimah Az-Zahra?"

"Dah meninggal."

"Emma Maembong."

"Takda medical degree. On second thought, takda SPM even..." Mata dijuling ke langit, mengingati wajah cantik selebriti itu.

"Ayen?"

"Pendek." Spontan menjawab. Dan spontan jua Ayen menolak Egann supaya jatuh dari lengan sofa.

Saif tertawa nipis.

Egann memusing sofa, bagi mencapai iPhone Saif di atas meja kopi. Kemudian dilontar pada adiknya. "Call her."

"Huh?"

"Call her," ulang Egann. "Dinner mereka sepatutnya dah selesai sekarang. Husna call kau sebab nak sampaikan berita. Mungkin nak mintak comfort, mungkin nak share berita happy, abang tak pasti, tapi jangan kecut telur dan lari bila perempuan nak share emotion. Be a man and call her."

Akur. Gibson hitam yang masih bergantung di tubuh, dipindahkan supaya berdiri di dinding. Lalu Saif beransur ke dapur, mencari sedikit privasi. Kedua-dua Ayen dan Egann sama-sama memandang adik mereka tanpa kelip.

"Jangan lari bila perempuan nak share emotion... eh? Aku ingatkan lelaki benci bila perempuan beremosi. You guys prefer menipu than having complicated conversation," ujar Ayen sambil menjeling sekilas.

Egann melepas tawa nipis. Sempat nak menyindir! "No kidding. Korang ialah kaum yang sangat messy yang penuh dengan emosi. I won't deny its very annoying. But... if you really care for someone, you should be there and listen to whatever is boggling her mind... just to help her get it off her chest. Tak kira kalau patient lonely sebab takda family nak datang, atau... lab assistant dah beratur sebab nak balik on time sedangkan doctors masih nak buat some tests... atau pasal terjumpa anjing tempang tepi jalan...."

"Tapi memang sedih tengok..." luahnya bersama kerut kesian.

Tersenyum lalu. "But it's a problem when she won't share a thing, since men are not mind reader."

Bibir dijuih. "Maybe sebab her listener is the one who broke her heart sampai dah tak selesa nak share whatever."

Si lelaki menoleh dibuatnya. "Babe. We're having a moment. Don't spoil it." Bibir bawah Ayen dicuit. "By the way, kau dah makan? Setiap kali kita gaduh, badan kau tak pernah tak susut."

"Are you calling me fat?" getus Ayen tegang.

"Celah mana dalam ayat aku kau dengar ayat 'fat'?!" Mata dicerlang.

"Cihh... belum..."

"Napa tak makan lagi?"

"Stall burger favourite aku tak bukak hari ni. Tapi aku dah beli yogurt."

"Sejak bila suka yogurt?"

"Sejak Naadia ialah rival aku. Aku pun nak cantik macam dia. Yogurt ialah makanan mudah hadam. Sekadar nak improve my digestion." Perut yang timbul sedikit itu ditepuk-tepuk.

Egann menjuling mata ke dinding. "Naadia is not your rival... berapa kali aku nak cakap..."

"FYI, she is. You just can't see it. It's a war between women. Kau back off."

"Guys, I gotta go," sampuk Saif tiba-tiba, mematahkan perbualan antara keduanya. Pemuda itu mencapai baju yang tergantung di sandaran sofa, serta kunci kereta dan dompet di meja kopi. Sambil menyauk baju ke tubuh, dia meluru keluar macam mengejar emergency.

Ayen dan Egann memandang tanpa kata.

"So erm..."

"No."

"Aku tak cakap apa-apa pun lagi..." getus Egann, sedikit sayu. Melihat Ayen bangun dari duduk, lekas dia mengajak. "Yen, nak karok?"

"Aku nak mandi. Nak tidur," ujarnya tanpa mematikan langkah ke tangga.

"Aku boleh berhenti probing you pasal baby... atau atau atau kita boleh berhenti cakap pasal Naadia bermula dari sekarang."

Ayen spontan berkalih dengan muka berkerut. "Kau ingat kalau kita ignore the core problem, benda akan selesai dengan sendiri?"

"Aku prefer biarkan masa depan yang tentukan benda tu. Kalau aku boleh dapatkan balik wife aku, then yes, aku ignore."

Wanita itu mendiam. Keras di tempatnya. Ya dia juga nakkan suaminya kembali, tapi atas risiko apa? Kepuasan sementara? Dalam tempoh tujuh bulan, Naadia akan tetap melahirkan Erik.

"Please? For the sake of our harmony."

"So kau suggest kita lupakan je?"

"Bukan lupa, tapi KIV. Macam letak tepi dan akan tengokkan kemudian."

"And then what?"

"And then we'll let future decide... and we go from there."

"That doesn't seem like a good plan."

"It's the best plan buat masa ni. I don't wanna lose you anymore than I already have... boleh jadi kalau aku biarkan kau on your own... kau akan terus lupakan aku dalam hati kau."

Ayen mengemam bibir. Terusik jiwanya mendengar nada takut pada kata-kata suaminya. "Perasaan aku dekat kau tak serapuh itu..." ujarnya perlahan. Namun, langkahnya kembali pada Egann hingga membuat si lelaki melepas keluh lega.

"Ignorance is bliss..." sengihnya, lalu mencangkung depan karaoke machine.

Ayen tersenyum. "For now... tapi kau masih salah sebab buat surrogation!"

"I know. I know. Tapi Erik dah pun terbentuk dalam perut... she-who-should-not-be-named..." Ayen tergelak lagi, lebih kuat kali ini. Egann memandang isterinya bersama senyum. "—my next step ialah pujuk my wife untuk terima peranan sebagai emak budak tu, and then everything akan jadi baik semula. Kau nak lagu apa?"

Ayen merukuk dengan menyokong tangan kiri pada lutut manakala tangan kanan menekan touch screen itu. "I've told you. That baby is not mine. Its yours and hers."

"We'll work on that later."

Ayen menoleh. Egann turut menoleh. Lalu mereka berbahasa melalui renungan.

"Degil," desis Ayen, kali ini bersama nada yang lebih ringan dan hati yang lebih relaks. Sebetulnya dia sangat gembira dia dah boleh berbual macam biasa dengan lelaki kesayangannya. "Greenday. Good Riddance."

"Pilih la lagu romantik sikit. Nak duet!"

"Kau yang pilih ke aku yang pilih? Aku nak Good Riddance. I like the guitar solo." Mikrofon yang ditinggalkan Saif dicapai.

So make the best of this test and don't ask why

Its not a question but a lesson learned in time

Its something unpredictable, but in the end its right

I hope you had the time of your life

"Pandai kau pilih lagu..." tutur Egann perlahan. Lirik yang sangat kena dengan situasi mereka ketika ini.

"Haha... instinct je pilih lagu ni. Maybe sekadar a way for the universe to slap us on our face."

"Slap you, maybe. Aku cool je dari awal lagi."

"Cis." Ayen menjeling geram. Egann membalas dengan mengenyit mata. Tanpa dapat ditahan, wanita itu melepas ketawa ringan. "Idiot... hahaha..." lalu kembali menyanyi.

Egann pula terkedu seketika. Love language Ayen yang Saif pernah maksudkan dulu, teringat kembali. Lalu dia meleretkan senyum.


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh