"HUSNA. Aku hantar budak-budak ni kat kau balik, ye," ujar Doug setelah memasuki pintu rumah. Tetapi tiada orang di ruang tamu. Pelik seketika bila melihat keadaan rumah yang macam ditinggalkan lama - macam nak balik Raya. Semua tingkap ditutup dan langsir juga diturunkan, menjadikan rumah itu gelap gelita di siang hari. Dan mana pula jandanya? Kasutnya ada. Keretanya pun ada. Jalan-jalan dengan Ayen ke?
Suis lampu ditekan, menjadikan rumah terang benderang.
Ilyas dan Yunus dah pun berlari-lari di ruang rumah, memekik kegembiraan siap menjerit-jerit memanggil emak mereka. Dibiarkan ulah anak-anaknya, Doug menarik handset. Baru saja nak menelefon Husna, wanita itu dilihatnya keluar dari bilik tidurnya.
Lah. Tidur rupanya.
"Hey..."
Suara itu serak basah. Ilyas dan Yunus disambut ke pelukan. Doug pula meletakkan beg pakaian ke sofa.
"Sorry kacau kau tidur tapi budak-budak ni tak habis-habis menjerit nak balik," ujarnya, dan hanya disambut dengan senyuman segaris oleh Husna. Muka itu nampak lesu malah matanya sembap. Terlebih tidur atau putus cinta? Malas nak peduli, dia berpusing, "Aku balik dulu."
"Eh, Doug! Kejap!" jerit Husna. Anak-anaknya dilepaskan, lalu duda itu didekati. Ada sinar takut pada matanya. Malah eye-bag ketara di bawah mata tanda insomnia. "Kenapa suruh dorang balik awal sangat. Aku dah cakap rumah aku tengah kena intai sekarang kan?"
"Aku dah cakap mereka terjerit-jerit nak balik.... Dah lima hari kut. Kau biar betul masih mengelamun ingat orang nak intai kau apa jadah."
"Aku cakap betul la!!" marah Husna lalu. Naik angin kerana keraguannya diragui. Tak sedar suara yang meletup itu mengejutkan Iilyas dan Yunus di belakang.
Doug menghela nafas. "Kau buat musuh dekat siapa sampai ada yang nak stalk kau? Ke kau ingat secret admirer?" Sardonic.
Wanita itu mencerun. "Musuh macam takda... tapi aku serius... ada orang stalk aku! Setiap malam dia intai kat tingkap!" Telunjuk dituding pada tingkap.
"Lepas tu dia buat apa?"
Nada off-handed dudanya menjentik rasa kecil hati Husna. "Aku tak tipu... dia ada..." Nak menangis rasanya. Dia nakkan sokongan. Tapi kenapa Doug sampai hati abaikan perasaan dan kerisauannya, malah boleh buat lawak pula.
"Atau kau kesunyian sebab masih menjanda sampai sekarang?"
Makin pahit rasa liurnya. "K-kau tak percaya aku pun... at least bawakan Ilyas dengan Yunus balik rumah kau. Aku taknak risikokan keselamatan mereka.... Biar aku tangkap sendiri stalker tu lepas tu tunjuk kat kau..."
Doug merenung datar. Nak tangkap sendiri pula? Pintu yang masih terbuka dipandang, kemudian pada Husna yang masih skeptikal. "Aku akan entertain, tapi bukan malam ni. Malam ni aku ada date. Boyfriend aku nak datang rumah."
"K-kau ada boyfriend?" Spontan terundur. Jadi geli.
"Of course. Takkan aku nak single lama-lama. Aku mintak malam ni je, kau simpan insecurity kau dalam-dalam. Esok aku datang balik ambik mereka." Dahi Husna ditunjal. "Aku pun taknak anak-anak aku dijaga kau yang gila semacam ni..." Baru saja nak keluar, teringat nak memberi pesan. "Tingkap tu bukak! Disebabkan kau terperuk dalam rumah macam ni la kau jadi mental, tau tak! Or maybe bawa Ayen lepak sekejap sebab kau clearly in a dire need of a companion!!"
Husna menghantar si sado itu pergi bersama deraman tak puas hati. Nak terus meminta Doug bawakan Ilyas dan Yunus sekali, tapi terasa berat pula rasa hati nak serahkan anak-anaknya di tangan gay itu. Muka comel kedua-duanya lalu dipandang. Tanpa perlu dipaksa-paksa, Husna terasa suatu kekuatan asing mengalir dalam diri. Rasa selesa turut hadir kerana akhirnya berteman dalam rumah kosong itu.
Lekas pintu ditutup. Kemudian dia mendapatkan Ilyas dan Yunus yang tengah bermain sesama sendiri. Senyum memutik umpama bunga yang keluar dari rekahan konkrit. Stress yang menyesakkan kepala selama lima hari bahana berkurung dalam rumah berlalu pergi seperti mendung yang hilang selepas hujan.
Ah, mungkin benar kata mereka. Mungkin dia skeptik. Mungkin dia kesunyian sebab menjanda terlalu lama. Dia, bak kata Doug, in a dire need of a companion. Nafas dibuang sehabisnya, cuba membuang habis galau yang berbaki. Mungkin apa yang dilihatnya setiap malam, dan hati yang menjerit-jerit meraung bahaya, sebenarnya false alarm.
Bawah sedar, semasa dia leka bergurau senda dengan anak-anaknya di ruang tamu, pintu terbuka sendiri dari luar. Seorang lelaki asing memasuki rumah dan merapati sang wanita dari belakang.
AYEN datang melawat petang sedikit selepas bertemu dengan Naadia buat pertama kali di bilik pejabat suaminya. Dalam kepala dah meletup-letup dengan kata-kata amarah serta rungutan berkenaan keputusan Egann nak merahsiakan kehadiran janda keduanya dalam hidup mereka. Satu lagi. Perempuan bernama Naadia itu... kurang ajar!!
Tapi cantik, hatinya menyambung. Dia sangat sesuai dengan Egann kalau berdiri sebelah menyebelah kalau dibandingkan dengan dia.
"Ah, benci!!" dengus Ayen sambil memarkir kereta di tepi jalan. Tak sabar nak mengadu pada Husna tentang apa yang berlaku hari ini.
Pintu diketuk. Tiada balasan. Eh, dia keluarkah? Kasut Husna ada di rak. Kasut Ilyas dengan Yunus pun ada. Keretanya juga diparkir di dalam laman. Dia keluar dengan Doug, kut?
Pintu diketuk lagi sebagai klarifikasi terakhir.
"Husna!! Weh!! Aku ada gossip nak sembang dengan kau ni!"
Masih senyap.
Betullah dia dah keluar, bisik hati Ayen. Baru saja nak bergerak pergi, terdengar jerit dari rumah.
"Akak Ayen!!"
Itu suara Ilyas. Ayen menoleh kembali ke pintu. Hairan kini bertamu, berat sekali. Dia tidak berangankan suara itu tadi, kan? Suara Ilyas betul-betul bergema dari dalam rumah.
Tiba-tiba terasa dirinya diperhati. Spontan Ayen menoleh ke tingkap yang tertutup. Pada langsir yang diturunkan itu. Pada siapa entah yang bersandar di tepi tingkap dan memerhati gerak langkahnya.
Di sebalik langsir itu, Ayen perasan ruang rumah cerah tanda lampu terbuka. Darahnya berderau tanpa dipinta. Husna betul-betul ada dalam rumah. Jadi kenapa tak sahut?
Makin tak sedap hati dibuatnya. Skeptikal Husna tentang stalker diingati kembali. Kunci pendua rumah dikeluarkan dari dalam beg tangan, kunci yang tak pernah dipulangkan selepas dia dihalau keluar, dan hanya digunakan pada waktu-waktu kecemasan.
Dengan langkah berhati-hati, dia menapak masuk. Isi rumah kosong dan teratur. Husna, Ilyas dan Yunus langsung tak nampak di mana-mana. Dadanya berdebar. Seluruh sel tubuh Ayen berada pada tahap awas yang amat - terasa macam memasuki sangkar harimau.
Pintu tiba-tiba tertutup sendiri. Kasar sekali hingga membuat Ayen terloncat terperanjat. Di belakangnya berdiri seorang lelaki yang tak dikenali.
Seorang lelaki melayu dalam ketinggian 170cm. Agak sasa walaupun tidak buff macam Doug yang bina badan hanya sebab nak menggoda kaum sendiri. Rambutnya pendek dan kemas, malah muka bersih dari misai dan jambang. Lelaki ini bukan perompak memandangkan keadaan rumah cukup kemas. Malah di bibir itu sedang dengan menguntum senyum penuh suka. Seperti individu yang sengaja melakukan jenayah kerana suka suki. Keadaan lelaki itu yang tidak berbaju dan hanya berseluar tanpa membetulkan tali pinggang membuat hati Ayen menjerit-jerit satu pertuduhan yang dia enggan fikirkan tengah berlaku pada Husna sekarang.
Di tangan lelaki itu memegang butterfly knife. "Jangan jerit. Kalau tak aku lukakan muka kau," ugutnya.
Ayen berundur dia tiga tapak ke belakang. Dia yang tadinya dalam mode awas kini bersedia dengan kekuda. "Muka aku dah sedia berparut, kau nak buat parut lagi? Banyak cantik..."
"Amboi melawan. Aku suka. Janda rumah ni tak habis-habis menangis dari tadi... tapi aku suka.... Perempuan yang melawan pun aku suka... aku suka aku suka." Lalu dia mengekek.
Gila seks mamat ni... bisik hati Ayen. Semakin lama semakin risau dengan keadaan Husna.
"Aku sebenarnya tak puas stalk dia... tapi aku diberi arahan yang aku salah stalk orang. No no no. Aku sukakan janda rumah ni. Aku dengar dia dah lama tak dapat. Jadi aku nak memberi. Salahkah?!"
Ayen mengerut dahi. "Siapa yang arahkan kau stalk Husna?" Dia tak tahu rakannya ada musuh.
"Kalau kau bukak seluar kau, aku bagitau, okay sayang?"
Geli geliman kena panggil sayang oleh mulut itu!
Saiz tubuh Ayen yang kecil dirasakan satu peluang baginya ketika ini. Perempuan ialah kaum yang lemah. Sekali tampar, mereka akan jatuh ke tanah. Lekas dia menerpa, tetapi Ayen dah pun mengeluarkan pepper spray dari beg tangan lalu disembur ke muka lelaki itu.
Lalu jerit pekik kesakitan bergema di seluruh rumah. Lelaki itu meronta pedih di lantai. Udara yang kini padat dengan lada turut sampai ke mata dan hidung Ayen hingga wanita itu pun turut meleleh air mata dan hingus cair. Sekali sekala dia terbersin. Dan lagi. Dan lagi.
"Perempuan tak guna!" jerit lelaki itu. Dalam pedih dan mata yang pedas, dia cuba menyerang lagi.
Ayen menyembur buat kali kedua, melahirkan raung yang sama. Sambil melepaskan bersin, beg tangan dan pepper spray dibuang ke tepi. Ayen lekas menangkap lengan kanan lelaki itu, lalu dengan sekuat suara dan kekuatan yang ada, tubuh lelaki itu diangkat dari lantai kemudian dihempas ke lantai.
Seni mempertahankan diri yang Ayen aplikasikan ialah sejenis teknik Judo – nage-waza, iaitu sejenis teknik disebut sebagai grappling technique yang melibatkan mengimbangi atau mengangkat lawan kemudian melemparnya ke tanah. Nama melayunya ialah Teknik Lemparan.
Tulang belakang yang menerima impak hentakan itu yang melumpuhkan pergerakan penyerang tersebut. Ayen terbersin lagi sambil memeriksa keadaan mangsanya. Masih tidak pengsan. Sekadar tidak boleh bergerak. Polis kemudian dihubungi.
SEMASA Husna ditemui, keadaan rakannya cukup memalukan. Terbaring di katilnya dalam keadaan bogel serta kedua belah tangan diikat di kepala katil. Terdapat beberapa luka kecil di bahagian tubuhnya, seolah-olah sengaja ditoreh oleh lelaki gila seks itu. Malah, doktor memaklumkan ada kesan forced entry pada kemaluan wanita itu, membuktikan Husna telah dirogol. Juga bermakna Ayen lambat sampai, serta Doug kini dihambat rasa bersalah yang melampau-lampau.
Di luar wad, Doug memerhati Ayen berbual dengan Husna dari hujung katil. Jandanya sedang merengkok di dalam selimut, manakala Ayen membaca carta yang tersedia. Ilyas denganYunus bersama dengan ayah mereka, langsung tidak berenggang dengannya walau sesaat. Kedua-dua anaknya ditemui oleh Ayen keadaan diikat dengan seluar sendiri, serta mulut juga diletakkan pelekat.
Setelah Ayen keluar dari wad Husna, Doug menegur terus.
"Dia macammana?"
"Dia masih taknak terima pelawat... kecuali Ilyas dengan Yunus." Kedua-dua budak yang berdiri di sebelah kaki Doug, dipandang.
Lelaki itu menunduk. Kepala Ilyas disentuh bersama senyum. "Pergi jumpa mak."
"Ayah?"
"Ayah tunggu luar..."
Ilyas merenung bersama tangis. "Sebab ayah pergi keluar la mak kena serang orang jahat!" luahnya, berisi marah. Doug terdiam. Kemudian Ilyas menarik tangan Yunus untuk sama-sama masuk untuk bertemu Husna. Di dalamnya, wanita itu terus menarik kedua-dua anaknya ke pelukan bersama tangis.
Ayen merenung Doug yang kini hampir-hampir pecah air mata. Namun ditahan sesungguhnya. Kasihan.
"Thanks. Kalau takda kau... aku tak tahu apa yang jadi kat dia..." luah si lelaki tanpa melepas renung pada emak kepada anak-anaknya.
"Maybe kau patut berterima kasih kat Egann... sebab dia buatkan aku marahkan dia, aku nak cari Husna nak mengadu. Sebab tu aku datang ke rumah dia."
Doug mengangguk. Tanpa dapat ditahan, keluh dihembus berat. Lalu dia beralih dan duduk di kerusi yang tersedia di luar wad.
"Aku tak percayakan dia, tau... dia cuba mintak tolong aku... dia bagitau ada orang stalk dia... aku tuduh dia berhalusinasi..." Muka diraup berkali-kali hingga merah. "Dia serahkan Ilyas dengan Yunus sampai lima hari. Aku sendiri tak pernah jaga budak berdua tu sampai lama macam tu, jadi aku nak serah balik kat dia. Aku marah bila dia masih nak cakap ada orang stalk dia... kemudian aku tipu dia aku ada boyfriend nak datang rumah..."
"Kenapa kau tipu ada boyfriend datang rumah?"
"Aku nakkan some time alone lepas kena ganggu Ilyas Yunus sepanjang masa..." Mengeluh lagi. "Macammana dia boleh bertahan jaga dua budak tu selama ni, aku langsung tak boleh fikir..."
Ayen mengangguk. "Kau ada boyfriend?" soalnya perlahan, masih ingin tahu.
"Takda, Yen..."
Angguk lagi. Mengharap kata-kata itu benar. Lagipun sekarang bukan masanya nak persoal benda lain sedangkan tragedi baru segar berlaku dalam hidup mereka.
"Kalaulah Husna berani melawan si gila tu macam kau... mungkin dia takkan kena serang seteruk itu..." luah Doug pada lantai.
Ayen menjeling lelaki itu kembali. "Kau salah faham tentang janda kau, Doug. Kau kena fikir kedudukan dia... tentang nature jantina dia, terutama status dia sebagai emak. Sebab masa tu Husna bukan berseorangan, tapi ada Ilyas dengan Yunus sekali."
"Bukan ke bila ada benda yang kena dilindungi, seseorang akan jadi lebih berani?"
"Lelaki tend to think in term of fight or flight. Lawan, atau lari. Aku tak salahkan korang though sebab benda tu memang ada dalam DNA korang – something yang internet label sebagai dad's reflex. Tapi among mothers, benda tu takda. Mungkin ada, tapi sedikit. Tetapi masa situasi cemas tu berlaku, ada satu lagi faktor yang kau kena fikir bagi pihak Husna – fear – how scared is she. Penyerang ada pisau. Penyerang berniat ancam. Husna nak jaga nyawa dia, lagi-lagi nyawa anak-anak dia. Kalau dia melawan, Ilyas dengan Yunus macammana? Dan dia tak boleh lari juga. Jalan terakhir ialah serahkan apa yang penyerang itu nak... dalam kes ni, badan dia. Demi keselamatan anak-anak kau dan dia...."
Perasan tangan Doug menggigil. Lelaki itu masih bersandar sambil melangut ke langit. Dadanya tak nampak turun naik. Tengah sendat nafas, kah? Kerana dihambat rasa bersalah, mungkin. Muka itu makin lama makin merah pekat.
"Aku rasa kau perlukan masa berseorangan." Lalu Ayen bangkit. Memberi ruang pada Doug untuk menangis.
KIRA-kira sejam selepas itu, Egann pula muncul. Dia dipimpin Ayen untuk bergerak terus ke wad Husna. Melihat Doug monyok di kerusi, lalu rakannya dihampiri.
"Hey, kau okay?" soalnya, terus mengambil tempat duduk di sebelah. Ayen pula memberi isyarat pada Egann yang dia nak memasuki wad Husna. Si suami hanya mengangguk.
Doug meraup muka lagi hingga ke rambut dan membiarkan tangannya terus berpaut di situ. "Tak... hahh... aku sangat-sangat tak okay. Mujur anak lelaki aku berani menjerit panggil Ayen, dan mujur bini kau tau martial arts."
"Aku takkan panggil itu martial arts, tapi lebih kepada mempertahankan diri. Aku kerap tinggalkan dia sengsorang, so aku kena ajar dia benda tu semua."
"Kau yang ajarkan —?" Terperanjat sedikit.
"Aku pernah outstation sampai 6 bulan berturut-turut, remember? Sekadar precautionary step untuk kami sama-sama kurangkan risau dengan keselamatan dia."
Doug mengeluh berat. "Aku sepatutnya ajar Husna juga... why am I so incompetent..."
"Hey, kau cuma tak jangka benda macam ni terjadi. Even masa Ayen cerita kat aku yang Husna skeptikal pun aku skeptikal dengan skeptikal dia. Kebetulan kau takda kat rumah je masa tu..."
"Masalahnya, aku tak boleh ada kat rumah dia all the time..."
"Just get married, then." Mudah.
Doug menoleh dengan muka berkerut. "Jangan cakap senang sangat. Aku takda feeling kat dia."
"Habis, kau risau separuh mati siap menangis macam ni... mata kau masih bengkak for goodness sake." Keadaan rakannya ditunjuk. "Yang kau rasa sekarang ialah feeling apa?"
"Rasa tanggungjawab. Rasa bersalah. Tapi bukan cinta."
"The cinta will develop itself, la..." Masih menangkap mudah.
Doug geram sedikit. "No, it won't."
"Yes, it will."
"No, it wont! Aku dah kenal dia for years, and the cinta is never there! You know how hard it is bila kau beranakkan anak perempuan orang dan tengok dia bersusah payah lahirkan anak kau sedangkan dalam kepala kau... dalam kepala kau cuma terbayang muka lelaki mata biru yang kau jumpa dekat pub—" Nafas ditelan terus bila tersedar terlepas cakap.
Egann terkedu. Doug pula menekan pangkal hidung, semakin kusut dengan perasaan yang memberat di hati. Dengan mata dipejam erat, dia memutuskan untuk meluah.
"—Masa bini kau susukan anak pertama kau, kau hanya boleh fikir tak sabar nak keluar rumah dan flirt dengan lelaki bermata biru tu.... Bila bini kau nak peluk kau sebab takut guruh, kepala kau masih fikir... the same blue-eyed man... and how much you wanna meet him and hug—" Keluh spontan terhembus berat.
Tanpa kedua-duanya sedari, Ayen berdiri di pintu wad, turut menumpang mendengar. Bahu disandarkan di sisi pintu sambil merenung kasutnya, sekaligus meneliti perasaan Doug pada setiap kata-katanya.
"Kau tak tahu betapa bersalahnya aku rasa masa tu... betapa sengsaranya simpan perempuan sedangkan hati dekat orang lain... betapa aku nak lupakan lelaki itu dari kepala aku tapi aku tak boleh... perasaan yang aku simpan dekat dia... sesuatu yang hebat... overwhelming... merasuk hati aku... yang aku tak pernah rasai dekat orang lain." Sendat rasa dadanya, lalu ditekan. Cinta haram itu pedih.
"Kalau kau tau apa yang aku rasa... ya Tuhan..." Kedua belah siku disokong pada lutut. Kepala dijatuhkan, membiarkan graviti menarik serabut dalam otaknya. "Tambah-tambah dia dah bahagia dengan wife dia... dia sangat-sangat bahagia dengan hidup dia... dan aku-aku-aku gembira sama.... Tapi..." Liur ditelan lagi bersama takungan air mata. "Aku helpless, weh.... Kau tak tahu how much I wanna fall in love dengan Husna as much as you guys want me to. Aku dah cuba paksa... aku dah cuba... aku dah cuba... tapi hati aku masih dekat orang lain... aku tak tahu nak tahan macammana lagi dah..." Air matanya jatuh lagi, tertekan dengan nalurinya, pada hatinya, dan waras yang merasa bersalah dan berdosa sekaligus. Pada masa ini Doug merasa bunuh diri jauh lebih mudah supaya dia tak perlu lalui semua kekecewaan ini lagi.
Ruang koridor itu bertukar senyap. Yang kedengaran cumalah suara jururawat yang berbual, bunyi kuakan pintu atau bunyi detikan mesin EKG yang terlepas keluar dari kuakan pintu itu. Namun sedikit pun bunyi luaran itu tidak mampu mengusik heningnya mood berat yang tengah membelenggu tiga individu itu ketika ini.
Doug menarik nafas sedalam-dalamnya hingga kembang dadanya. Setelah merasa sakit, dan dibiarkan dia merasa sakit dada lama sedikit, barulah nafas dihela panjang. Lega. Doug bersandar kembali. Si mata biru yang dah bertukar bisu itu dikerling.
"Disney cakap love heals, tapi kalau salah digunakan, dialah racun yang paling teruk. Datang tak dijemput. Dihalau, tak pergi-pergi. It stays, and it eat your soul inside."
Bersama keluh, Egann menyandar. Mengingati memori semasa mula-mula dia jatuh cinta pada Ayen tapi isterinya tidak kongsi perasaan yang sama. Mujur tuah berada di pihaknya kerana mereka akhirnya bersama hingga kini.
"Doug, I'm sorry..."
Lalu pemuda itu menoleh bersama senyum perit. "Tolong jangan minta maaf hanya sebab aku simpan perasaan aku dekat kau. Satu lagi, aku tak boleh kahwini perempuan hanya sebab nak tipu orang. Aku bukan kau."
Ayen lalu menghembus nafas berupa tawa. Egann pula mencerun.
"Kau tengah sendu pun sempat nak menyindir. Walaupun perkahwinan kami bermula dengan penipuan, aku ended up tangkap feeling dekat dia... and I feel hard, tau tak? I love Ayen with all my heart!"
"Tak payahlah ulang banyak kali..."
"I generally hate women but I love my wife! And I'm proud to scream it to the world kalau ada yang tak percaya!" Masih.
Doug menggelengkan ketawa bersama hembusan nafas kelakar. "Ayen ialah kes berkecuali. Takkan kau taknak mengaku sebelum kau jumpa Ayen, kau dah lukakan berapa puluh hati orang lain."
Egann terkedu. "Takde la sampai berpuluh kut..." Defensif.
"The heart is a soft muscle, Egann. Kau pula dah permainkan hati berapa ramai orang tanpa kau sedar. Dah sampai masa kau belajar kawal tingkah laku kau dan jangan beri harapan dekat orang... beringat sikit sebelum kau jumpa orang dan buat mereka jatuh cinta dekat kau. Kau dah la effortlessly adorable."
"Huh... aku datang nak jenguk khabar kau, tapi tak pasal-pasal dapat lecture free..." desis Egann pada papan notis di hadapannya.
Doug tertawa nipis. "Eloklah kau datang dan boleh beri aku ruang nak meluah. Rileks sikit stress aku."
Egann tersenyum. "Glad I helped... walaupun bukan macam yang aku fikir..." Kepala dipaling pada rakannya, dan barulah dia perasan Ayen yang masih bersandar bahu di muka pintu. Terkedu seketika. "Ayen, kau dengar?" soalnya, berisi cuak.
"Every words."
Kedua-dua lelaki itu terkedu. Ayen masih tenang. Fokus pandangannya pada Doug yang memasang muka bersalah lagi. Lelaki itu kini dipandang dari satu perspektif baru. Doug cuma ialah seorang insan biasa dengan naluri salah wiring yang cuba untuk hidup dengan normal. Sama macam Egann semasa mula-muka lelaki itu dikenali, tetapi Egann bernasib baik kerana suaminya masih mampu menyimpan perasaan pada perempuan. Doug pula kosong.
Pahitnya realiti.
"Husna masih taknak jumpa kau. Dia nak tidur dulu katanya. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin tulat. Mungkin sampai kiamat. Tapi bila dia ready, baru dia panggil."
Egann mengerut dahi tanda tak puas hati, namun Doug lebih taat.
"Ohh... okay. Aku tunggu."
Dan senyum lagi.