Bab 30

SEMASA Saif bangun awal pagi untuk subuh, lampu diluar dilihatnya dah terbuka. Ayen ada di meja makan, sudah lengkap berbaju kurung. Kot putih digantung pada kerusi, manakala stetoskop terkeluar dari poket kot. Berbanding makan, wanita itu tengah mengasingkan M&M di atas tray.

"Kau buat apa?" tegur si adik ipar.

"Asingkan M&M merah. Egann suka makan yang merah."

"Sweet. Aku ingatkan korang masih gaduh." Dia melabuh duduk di hadapan kakak iparnya.

"Ye masih. Sebab tu aku asingkan yang merah lepas tu aku boleh makan depan dia nanti."

Keji.

Saif merenung datar. Sambil menggaru belakang kepala yang tak gatal, wanita di hadapannya direnung kembali. "Hari ni hari special Husna... harus ke kau pergi kerja?" soalnya pula.

"Aku dah minta cuti, tapi tak kena approve. Kami ada dean baru... and she's hella annoying. Kau tau la apa yang jadi bila ada perubahan management. Aku dah cakap dekat Husna dah." Muka malas itu dipandang. "Kau buat la live. Aku tengok dekat situ."

"Macam la kau ada masa nak tengok handset bila dah masuk hospital."

"Hahaha. Aku lari masuk toilet." Sengih. "Aku masih terkejut kau cuba tak ubah fikiran Husna untuk batalkan perkahwinan ni... afterall, dia terima lamaran ustaz tu sebab dia ingat kau ada girlfriend..."

"That's the thing. Aku taknak jadi macam tu."

"Apa maksud kau?"

"Husna... desperate. Lepas dia kena... you know... sexually assaulted... dia rasa dia perlukan lelaki sebagai pelindung ekstra untuk dia, especially untuk anak-anaknya. Calon pertama Doug. Calon kedua, anyone..."

"Jadi apa masalahnya. Kau tak ambik peluang, jadi kau terlepas."

"Aku taknak hubungan yang berasaskan desperation, Yen. Aku taknak jadi anyone. Aku nak dia nakkan aku sebab... dia betul-betul nakkan aku..." Tubuh disandarkan. "Aku old-fashioned maybe, tapi aku masih nakkan chemistry macam yang kau dengan abang share."

"I thought you guys ada chemistry."

"We fight a lot."

"Aku dengan Egann pun fight a lot."

"But you guys grow closer. Aku dengan Husna grow apart."

Lalu sama-sama mendiam, kerana benar. Masing-masing berteleku merenung permukaan meja, memikirkan macammana perbezaan itu boleh terjadi walaupun basisnya sama. 

M&M merah dicapai satu. "Kau ada cakap dekat dia pasal ni?" soal Ayen lagi sambil memasukkan M&M ke dalam mulut. 

"What the? Takkan tiba-tiba aku nak datang dekat dia dan cakap, Husna, jom kahwin dan bahagia macam abang dengan Ayen. I mean, kau sendiri tak pernah share tips kau bahagia dengan abang."

"Kah! Kami bergaduh berbulan-bulan tapi kau boleh cakap kami bahagia?"

Saif meleretkan bibir. "Kau tak bahagia dengan abang ke?"

Percuma kena balik ke muka sendiri. Ayen spontan menggaru dagu. "Just because kami nampak macam bahagia, that doesn't mean I know how we did it. I can't stress this enough, but we fight a lot now too... to the point kami dah tak tahu macammana untuk tak bergaduh..." keluhnya lagi. "Trigger sikit je and then, boom." Tangan dibuat gaya meletup.

"Itu sebab korang masih belum settle apa nak buat dekat Naadia. I'm sure the fight will end soon. Its you guys afterall."

Nafas Ayen tertahan hingga sesak di dada. Tidak menjangka respon yang jauh lebih positif dari orang di sekeliling mereka berbanding dia dan Egann sendiri. Mungkin sebenarnya mereka benar-benar sekadar overdramatik?

Lengan digaru, mengingati kehangatan pelukan suaminya malam tadi. Itu, walaupun tiba-tiba dan berpunca dari cemburu yang entah muncul dari mana pada Doug, masih menunjukkan rasa hati suaminya padanya. Ayen melangut ke tangga teratas. Entah Egann dah bangun ke belum....

Dia mahu berbaik. Dia benar-benar mahu berbaik semula dan balik ke dinamik mereka sebelum ini.... M&M dicapai lagi bersama keluh berat.

"Fikir pasal abang?" tegur Saif senada.

Ayen menjuih. Suka hati dia je nak baca hati orang. "Takdelah. Fikir pasal Husna..." Sengaja mengelat. Tapi alang-alang dah balik ke topik cinta Saif... "Malam tadi kau ada jumpa dia, kan?" sambung Ayen lagi. 

"Kau tau?"

"Dia cerita."

"Of course... takda benda yang dia tak cerita dekat kau."

"Hahaha... we ladies have to support each other. Dia sebenarnya confuse nak proceed dengan marriage ni... lepas tu dia cakap kau datang jumpa dia, dan support decision dia... katanya."

Saif mengangguk. "Aku basically letakkan noktah antara kami. Dengan Husna, there's nothing much to celebrate, tapi rasa hati yang tak kesampaian. Kami develop dari classmate, kepada rival, kepada heated rival, kepada mutual friend, kepada skandal, and nothing more. The bet yang abang suruh kami buat... to see siapa yang akan kahwin dulu, dan yang kalah kena mengaku the other person is better than them... aku gunakan peluang tu untuk minta maaf apa yang aku buat dekat dia dengan judge dulu. Aku cuma fikir nak selamatkan abang masa tu, tapi mungkin benar aku dah rosakkan karier dia. So... antara kami dah kosong dah sekarang..." tuturnya, berat dan perlahan. Anak mata birunya ditala redup pada udara nipis. Pandangan yang kosong, sekosong harapan yang dirasai kepada perempuan yang diminati dalam diam. "Betul-betul zero telur busuk..."

Ayen menahan haru. Cinta tidak kesampaian sememangnya menyedihkan. Apatah lagi bila sebenarnya dua-dua suka sama suka. "Kau ada cakap yang kau suka dia, at least?"

"Aku pernah try, tapi apa yang keluar kat mulut aku bertukar jadi ayat yang buat dia sakit hati."

Ayen spontan tergelak. "Hhahaha... aku pernah nampak kau buat macam tu..." Si mata biru dipandang lagi dengan sengih meleret. "But you know, alang-alang antara korang dah zero telur busuk, you can use that to your advantage. Sama macam yang kau buat dekat rumah kau yang kau tengah renovate semula sekarang ni."

"Maksud?"

"Kau dengan dia boleh start dari zero semula. Reset and restart. And move forward from there."

Saif terkedu.

Tak sempat mengejar masa untuk asingkan M&M dan berbual, Ayen bangkit. "Aku kena pergi. Kirim salam dekat Husna eh. Pastikan kau buat live!" Bekas berisi M&M, kot putih serta beg tangan dicapai sekaligus dan dia berlari anak ke pintu.

Saif menghantar bersama lambaian dan ucapan hati-hati memandu.

Dia kembali ke bilik tidur. Tubuh dibaringkan sambil memikirkan wajah cantik si wanita yang akan bertukar status pada hari ini. Selepas hari ini, mereka mungkin boleh move forward dan membentuk persahabatan yang jauh lebih sihat. Saif juga berazam untuk menjaga lidah dari terus menyakiti hati Husna suka suki. 

Merasa rindu pada si perempuan, tangan dipanjangkan mencapai iPhone. Akal berkira-kira, mencari ayat terakhir yang terbaik yang dirasakan boleh memberi closure hubungan love-hate antara mereka selama ini.

0634. Saif: <Big day today. Congrates in advance sebab akhirnya jadi wife someone. Aku jealous sikit tapi aku tumpang happy untuk kau.>

Send.

Terus dia keluar ke Menu. Enggan menunggu balasan. Hati yang pedih, disimpan sendiri. Dipujuk dengan tidur. Semoga acara hari ini berjalan dengan lancar untuk Husna dan doanya agar wanita itu bahagia dengan suaminya sampai akhir hayat. 


MURPHY's Law ada menyebut, 'whatever that can go wrong will go wrong'. Ahli filosofi barat bernama Jagger juga pernah menyebut, 'You can't always get what you want.' Islam pula menambah komen 'qada dan qadar itu ketentuan Allah'. Tetapi sungguhlah, setiap tindakan manusia itu masih di bawah kawalan akal fikiran masing-masing kerana apa yang berlaku pada tengah hari itu langsung tak terfikir oleh yang lain.

Kerana pengantin perempuan itu menghilangkan diri hingga majlis akad nikah terpaksa dibatalkan. Kemana Husna pergi, seorang pun tidak tahu. Malah, ahli keluarganya memaklumkan mereka tidak sedar bila masa wanita itu keluar dari rumah. Mereka hanya sedar bila menyedari kereta pengantin dah hilang, dan bilik pengantin juga dah kosong.

Pengantin perempuan melarikan diri 20 minit sebelum akad nikah.

"Saif! Apa kau dah buat kat Husna?!" tuduh Doug terus.

Membulat terus matanya. Dah kenapa dia pula yang dipersalahkan? "Aku tak buat apa-apa!"

"This is messed up. Aku takkan salahkan family pengantin lelaki kalau dia nak saman malu. Baik kau bagitau kau bawak Husna lari ke mana, Saif," lanjut Egann pula dengan kerut serius.

"Saif dah cakap, Saif tak buat apa-apa...!"

Telefonnya berdering. Itu panggilan dari Ayen.

"Saif—"

"Aku tak buat apa-apa!!" pekiknya pada iPhone. Semakin sendat dadanya dengan fitnah membuta.

Pengantin lelaki tiba-tiba menerjah dekat. Baju melayu hitam yang dipakai Saif digenggam dengan kedua belah tangan hingga ditarik supaya menunduk.

"Kau hasut pengantin aku supaya lari??" soalnya dengan mata terbakar.

"Ya Allah... berhenti salahkan aku for God sake!" Pegangan itu ditepis sekasarnya. "Aku tak buat apa-apa, I don't know shit! Antara kami is nothing!" marahnya akhirnya. Biar tembus masuk ke telinga yang penuh berlilin itu!

Pengantin lelaki mendengus, lalu berkumpul sesama mereka. Keluarga pengantin perempuan turut berbisik-bisik sesama mereka, malah ada yang pergi meminta maaf dengan tok kadi.

Egann dan Doug merapati Saif yang tengah mendapatkan udara segar di luar masjid. Si abang menepuk belakang adiknya.

"Kau okay?"

"Dipersalah sebab pengantin melarikan diri. Abang rasa macammana?"

"Tapi kenapa dia lari?" soal Doug pada pokok bunga di hadapan masjid. Masih tidak memahami logik itu. Husna mahu berkahwin. Husna mahu ada suami semula. Jadi kenapa tiba-tiba ubah keputusan saat-saat terakhir?

"Benda first kena buat ialah track dia ada kat mana..."

"Itu yang aku cuba nak cakap dari tadi," sampuk suara Ayen dari dalam poket baju melayu.

Ketiga-tiga mereka terperanjat. Saif menarik keluar iPhonenya. Lah. Talian belum bertutup rupanya.

"Aku nak cakap aku dah track Husna ada mana. Dia dah keluar dari KL. Dia dekat highway sekarang, tengah naik ke utara. Aku tak sure dia ke mana, tapi gaya macam nak tembus sempadan Malaysia."

"Laju." Egann kagum. "Kau track macammana?"

"Kami ada track your friends app. Aku hantar screenshot ke Saif, tapi aku tak boleh update continuously. Korang proceed la macammana nak kejar dia. Satu lagi Saif. Lepas korang berjaya track dia pakai GPS atau credit card trail or anything yang korang boleh fikir... tolong pergi pujuk kawan aku tu."

"Pulak. Kenapa aku?"

"Kau orang terakhir yang bercakap dengan dia. Obviously kau dah sebut sesuatu yang buat hati dia berubah. Tahap drastik sampai lari dari everything. Okay, I'm out."

Talian mati.

Saif menghela keluh. Kemudian Egann dan Doug ditoleh. Kedua-duanya memasang muka meminta dia bertanggungjawab.

"I didn't—"

"Pergi je la pujuk dia!!" Marah Doug, akhirnya mampu membuat Saif mengalah.


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh