AWAL pagi itu, Ayen bangun seperti kebiasaannya untuk bersiap ke kerja. Dengan kantuk yang bersisa, dia mengheret kaki ke bilik air dalam keadaan berkemban. Terkejut beruk bila terlanggar tubuh seseorang. Tinggi dan gagah. Seorang lelaki. Hampir saja dia memekik, tapi ditelan terus nafasnya bila sedar lelaki itu ialah Egann.
Segar terus matanya. "Kau buat apa kat sini? Bila masa kau masuk?" Dah la lelaki ini tak pakai baju!
Egann membetulkan zip seluar, baru selesai kencing.
Ayen terkebil lagi. "D-did we...??"
"No. Kita tidur je." Pipi si isteri dicubit ringan.
Kedua-duanya menoleh bila terdengar lontaran suara lain. Husna sedang berdiri di depan biliknya, terlopong melihat mereka.
"Korang tidur bersama dalam rumah aku?!"
Mereka berpandangan. Melihat keadaan masing-masing, baru sedar salah faham sedang berlaku.
"What, no! Malam tadi aku pakai kostum yang—"
"KORANG BERANI TIDUR KAT RUMAH AKU MACAMLAH RUMAH AKU HOTEL!! DAH LA ANAK-ANAK AKU MASIH KECIK MACAM BABY ADA SEKALI KAT SINI!!"
"Husna, relaks. Kitorang tak buat apa-apa. Pun aku baru nak mandi..."
Mata dicerlangkan. "Kau nak mandi dengan laki kau, kau baliklah ke rumah!"
Mata Ayen turut mencerlang dibuatnya. "Bukan!! Maksud aku--" Tak sempat dihabiskan bila Husna terus memotong. Benar-benar mengamuk kawannya ini!
"Kau candle light dinner dengan bantal kau... lepas tu kau boleh tarik laki kau tidur kat rumah aku..." Setiap kata-kata itu ditutur, dia menapak satu persatu bersama mata berapi serta hembusan asap di hidung.
Ayen spontan terundur, manakala Egann hanya merenung datar.
"A-Aku tak bawak dia masuk. Aku tak tau macammana dia boleh –" ujar wanita berkemban itu lagi, masih berusaha memujuk.
"OUT!!" Mengamuk.
Percuma kena halau on-the-spot. Pintu turut tertutup rapat di belakang mereka. Ayen sekadar dibalut selimut, manakala Egann sempat mencapai baju pendekar Mustarnya yang dipakai malam semalam.
"Well, that defeat our bet," desis Egann sambil berjalan ke kereta.
"I win la sebab kau yang datang rumah lepas tu peluk aku masa tidur," cemik Ayen. Mujur ada pakaian di rumah mereka sana. Nanti kena patah balik untuk mengambil barang-barangnya yang tertinggal.
"Aku peluk kau sebab ada benda lain yang jadi," ujarnya sambil menghidupkan enjin.
"Macam kau rindu aku?"
"Macam..." Ayen direnung, tidak pasti nak ceritakan tentang Naadia. "Nevermind."
Ayen menguap. "Yea... let's just forget about the bet dan hidup normal macam biasa."
Sepanjang perjalanan balik, kantuknya berganti sedar. Suasana jalan di luar masih gelap dan masih kekuningan disimbah lampu jalan, tetapi arah jalan ini cukup dikenali. Malah dirindui. Muka Ayen menghangat, terasa dirangkul sayu bila akhirnya boleh balik ke rumah. Selepas ini setiap pagi, dia akan bangun dan melihat muka tidur Egann di sisi. Kemudian mereka akan bersarapan bersama, menghabiskan hujung minggu bersama sekiranya dia tiada shif di hujung minggu, dan kalau balik dalam keadaan penat, boleh cas tenaganya dengan memeluk batang tubuh itu. Tak perlu menghantar WhatsApp minta jumpa di mana-mana. Tak perlu memeluk Little Egan si bantal peluk yang disumbat baju suaminya.
Kelopak Ayen memberat bersama senyuman haru bercampur suka, gagal menahan gembira di hati. Tubuh dipusing, lalu tangan suaminya dicapai. Dicium terlebih dahulu bagi mendapatkan rasa berkat dan melepaskan rindu sekaligus sebelum direhatkan ke ribanya. Tangan yang besar itu turut digenggam erat dengan kedua belah tangannya. Rasa macam taknak dilepaskan lagi dah. Si lelaki yang menoleh padanya buat-buat tak nampak, malah dia menyembunyikan senyumnya dengan berpaling ke tingkap.
Dia ingat kita tak nampak muka bahagia dia? Egann menahan sengih melihat lekuk bibir yang ternampak di pinggir pipi itu. Lalu pegangan isterinya dibalas.
"I'm glad the bet off too, sayang..."
Ayen menoleh terus. "Too?"
Si mata biru kilat menjeling dengan senyum. "Aren't you?"
Cih. Meleret sengih Ayen lalu. Dah tak dapat nak menangkan ego kerana rasa gembira dan syukur yang melimpah-limpah ketika ini. "Kenapa kita tak terfikir nak buat Husna marah dan halau aku keluar dari awal lagi?"
"I don't know. Anggaplah kita sama-sama ego sampai ingat nak menangkan diri sendiri je."
"Hahaha." Langit yang menghampiri Subuh, direnung redup. Mengucap syukur lagi pada langit kerana Egann tiba-tiba muncul pada pagi ini. Oh ya. "Kau sepatutnya masih outstation. Kenapa balik awal sangat?"
"Ermm... aku dapat kelepasan awal."
"Ohh..."
MEMANDANGKAN kereta Ayen masih berada di rumah Husna, menjadi tugas Egann untuk menghantar isteri pergi dan balik dari hospital.
Semasa dia duduk di lobi hospital sambil menunggu Ayen menyelesaikan tugasnya untuk hari ini, Isam menghantar WhatsApp kepadanya. Satu gambar yang akan dikesali lelaki itu hingga dekad akan datang. Itu ialah gambar Isam di atas katil bersama Naadia yang tertidur di sebelah.
Egann mengucap panjang. "Kenapalah aku berkawan dengan orang macam ni..." dengusnya.
1130. Isam: <Bro, malam tadi heaven gila sial>
1130. Isam: <Aku teringat ingat sampai sekarang hahahahahha :D >
1130. Isam: <Tapi dia duk sebut-sebut nama kau. So I officially hate you so much right now>
Sambil menahan marah serta sesal yang bercampur aduk, ibu jari mengetik keypad, meminta Isam memadamkan gambar tersebut dan jangan dikongsi padanya mengenai kejadian pada malam itu pada hari-hari nanti.
Naadia pula macammana? Seriau sedikit rasanya nak pergi kerja esok hari.
Di ekor mata, dia terpandang Doktor Hafiz menolak kerusi roda seorang pesakit perempuan bersama seorang bayi. Kemudian dibawa ke sebuah kereta yang dah menunggu, dimana beberapa orang wanita lain menyambut kehadiran pesakit itu bersama gembira dan tangis. Kenapa semuanya perempuan? Mana lelaki yang sepatutnya bersama ibu yang baru melahir itu?
Hafiz melambai kereta itu pergi bersama senyum. Bila dia berpatah balik, terpandang renungan tajam si mata biru itu padanya.
"Hai." Ditegur ceria.
Egann mencemik. "You're repulsive as ever."
Eh? Dibenci hanya sebab cakap hai? Sambil menghembus nafas panjang, suami Ayen itu didekati.
"Patient kau tadi kenapa?" soal Egann terus, melayan rasa ingin tahunya.
"Ohh... mangsa rogol..." ujar Hafiz perlahan sambil menoleh ke luar lobi semula.
Mata lelaki itu membulat. Wajah mabuk Naadia melayang terus ke ruang fikiran, termasuklah renungan bernafsu Isam. Tak guna. Makin berat rasa bersalah di hatinya kerana membiarkan mereka.
"She has no friends, no family. Aku sendiri tak dapat nak bantu sampai habis sebab masih ramai patient yang perlukan perhatian aku, so I called SWD untuk dia." Senyum.
Dan diam.
"Egann, jangan buli Hafiz..."
Serentak mereka menoleh. Entah sejak bila Ayen ada di belakang Egann. Wanita itu dah bersedia nak balik, malah sedang menutup kepala termos.
Egann mencerun. "Bila masa aku buli dia."
"Aku boleh nampak aura negatif kau dari jauh. Telinga kau merah. Urat kat leher kau timbul. Bahu kau tegang. You hated him so much, you find him repulsive everytime you see him... walaupun aku masih tak faham logik kenapa."
"You and I both, sister," sahut Hafiz sambil mencekak pinggang. Termos di tangan rakannya mencuit perhatian. "Untuk Husna ke tu?"
"Tau-tau je kau hahaha."
"Dia selalu kirim hot lemon tea kat vending machine tu lepas tu hantar ke dia. Dah berhenti kerja pun masih obses dengan air favourite dia."
Lalu Ayen tergelak.
Egann pula mendiam, kini memerhati interaksi dua doktor tersebut. Hafiz ialah kawan baik isterinya di hospital ini, dan lelaki itu memiliki hati yang sangat baik, selayaknya seorang doktor yang menggunakan ilmunya khusus untuk membantu orang, berbanding kumpulan professional seperti dia yang bersungguh nak menyedut duit dari orang dan melipat ganda untung tersebut melalui pelbagai teknik.
Ayen sentiasa dikelilingi orang-orang baik.
Dia pula dikelilingi orang macam Isam, Naadia dan Doug.
Dia sedar itu. Oleh sebab itulah, bila melihat Hafiz rapat dengan Ayen, malah nampaknya jauh lebih sesuai dengan isterinya berbanding dia sendiri... hatinya membuak dengan rasa cemburu. Seolah-olah Hafiz mampu merampas Ayen darinya jika dia nak. Tambah-tambah dengan waktu bekerja Ayen yang lebih banyak dihabiskan di hospital berbanding di rumah, samalah juga dengan dia yang jauh lebih banyak habiskan masa di pejabat berbanding di rumah, masa Ayen untuk Hafiz sebenarnya lebih banyak berbanding dia sendiri.
"Okay la, jom balik," ujar Ayen, namun suaminya masih tercegat di situ. Tidak berkutik merenung Hafiz. "Egann? Melamun apa ni?" panggilnya lagi.
"Aku tengah refresh kebencian aku dekat kawan kau ni."
Mulut Hafiz terbuka. Belakang tubuh Egann yang beransur meninggalkannya dipandang, kemudian pada Ayen yang tersenyum haru di sebelah. Belakang Hafiz ditepuk lembut bagi memujuk sebelum mengekori langkah si suami itu.
SAMPAI ke sudah, Egann masih dihantui rasa bersalahnya atas pilihan melarikan diri pada malam tersebut. Tetapi tidak dikongsi pada sesiapa, baik pada Ayen sekalipun. Isam buat selamba di pejabat. Naadia pula tak pernah ditemui sejak kejadian itu. Hanya arahan yang berterusan melalui personal assistantnya, mengenai perkembangan kerja dan macammana nak meningkat untung dengan lebih tinggi.
Jika mereka memilih melupakan dan buat bodoh, Egann sangat berbesar hati menerima pelawaan itu. Yang penting, hidup perlu diteruskan macam biasa. Dia dan Ayen juga dah berbaik, jadi dia dah sangat bersyukur dengan perkembangan itu.
Selepas ini... apa?
Pada malam ini, dia sedang berehat di rumah sambil membaca Game of Thrones. Di ekor mata, Ayen dilihatnya berjalan keluar dari bilik mandi dalam keadaan berkemban. Badannya masih basah dengan air. Oh, hari ini rambut itu dicuci. Maksudnya esok Ayen off-day. Akal mula berkira-kira.
Selepas ini, mereka mungkin dah bersedia untuk terus mencuba mengembangkan keluarga mereka. Lets go!
"Ayen..."
Si wanita yang berdiri di depan almari, menyahut dengan deheman.
"Jom."
"Jom?"
"Jom."
Berkerut dahinya, lalu si suami yang tengah santai membaca novel di katil, dipandang. Difahami ajakan itu.
"Macam tu je? Romantik la sikit."
"Jom buat baby bawah hujan?" soalnya pada Targaryen di dada buku.
Ternganga. "Buku kau masuk part blue ke apa sampai tiba-tiba boleh terfikir pasal tu?" Ikatan tuala pada rambut, dilepaskan.
Egann tersenyum nipis. "Aku cuma terfikir... nak dekat setahun since the last time Erik... well, since the last disaster strike." Nafas dalam dihembus, membuang galau yang menjenguk. "So, I thought, maybe we should try..." Lidah bertukar kelu bila melihat Ayen mengelap tubuhnya. Leka sekali matanya merenung tuala itu mengeringkan lekuk tubuh licin berkulit halus tanpa sebarang otot ekstra itu. Dan darah jantan terus berderau bila tuala itu dibiarkan terjatuh ke lantai, malah si bini menunduk nak memakai seluar.
Free show.
"Aku sekadar mengajak hit or miss, tapi kau benar-benar mintak hit..." deramnya bersama nafsu yang meluap-luap.
Ayen menjelir lidah. Padan muka. Sendiri fikir, sendiri la sengsara. Baju tidur dicari. Kebanyakan baju tidur kegemaran yang semuanya bersaiz XL tertinggal di rumah Husna. Lalu baby tee dicapai dan dipakaikan terus ke tubuh. Rambut panjang ke pinggang itu dilap kembali dengan tuala, dan dia bergerak ke meja solek. Langsung tak perasan mata Egann langsung tidak lepas memandangnya.
"Aku tak sure kalau aku ready nak mengandung lagi..." luahnya rendah. Losyen Enchanteur dipicit ke tangan lalu disapu ke seluruh lengan. Em, wangi. Kemudian disapu pula pada kaki licin itu.
"Kalau tak mengandung, macammana nak ada baby," balas lelaki itu sambil bangun dari katil. Isterinya didekati.
"Egann... kalau kau lupa, aku tua enam tahun dari kau." Suaminya dipandang. Amboi. Mata itu tak berkelip langsung! Mata hitam yang dikelilingi iris biru itu pula besar sekali mengembang. Dia dah panas la tu. Dipedulikan keadaan Egann, Ayen mencapai pula pemanas rambut. Dia masih tak selesai mempersiapkan diri untuk tidur.
"Let me." Pemanas rambut itu dirampas dari tangan Ayen.
"Oh." Terperanjat sedikit. Egann tak pernah lepaskan peluang untuk bermain dengan rambutnya. Baik mengeringkan rambut, mengikat tocang, atau menjadikan rambutnya sebagai rambut palsu dia sendiri. Sebab itu tak pernah digunting hingga sekarang. Dibiarkan jemari itu membelai rambutnya dan dimanjakan sehelai demi sehelai, dia menyambut kata.
"I'm hitting forty dua tiga tahun lagi. Having a baby masa umur ni dah mula ada risiko tinggi untuk lahirkan baby kurang sifat... atau keguguran... tambah-tambah aku dah ada 3 history miscarriage." Mata biru yang terpantul di cermin di depannya, direnung. "Aku tak berani nak ambik risiko itu lagi..."
"Kau dah 40 huh?"
Cilakak. Dalam panjang-panjang ayat yang diberi, itu poin yang dia petik. "Aku cakap aku akan hit forty tak lama lagi, bukan dah masuk 40!"
"Walaupun kau dah tua, kau masih macam muda belia. Untungnya genetik Asia."
Geram! Lalu tangan di tengkuknya ditarik. Digigit geram. Meletup jerit dari lelaki itu dibuatnya. Ayen nak merampas pemanas rambut tadi, tetapi diangkat tinggi oleh Egann menggunakan kelebihan ketinggian yang dimiliki. Mereka berpandangan.
"I still want baby, though..." ujar lelaki itu pula, perlahan sekali.
Hati Ayen meruntun. Ya, dia mahu memberi, tapi...ya Allah, kenapa susah sangat. Sleeveless Egann digenggam, lalu dahinya disandarkan ke dada itu. Terasa belakang kepalanya diusap tangan kasar itu.
"Sorry..."
Egann tidak membalas. Ayen ditarik supaya bersila di lantai, manakala dia nak menghabiskan tugas mengeringkan rambut ikal mayang itu.
Hening menemani mereka. Ayen menahan sebal dengan memeluk sebelah kaki sambil bermain dengan jari kaki. Perasaan bersalah memberat di hati, tapi dia tetap enggan risikokan kemungkinan Erik yang keempat akan meninggal tanpa sempat lahir ke dunia. Kesakitan itu bukan pada dia saja, tapi pada Egann juga. Lagi-lagi jika dilihat pada kesan yang lepas. Kalau dulu meja boleh terbalik, entah-entah kali ini rumah tangga mereka pula terbalik hingga tak bangun-bangun kembali.
Pemanas rambut dah berhenti berbunyi. Rambutnya kini dimain-mainkan oleh jemari kasar itu. Ayen tersenyum, membiarkan. Terasa ciuman di belakang tengkuk, dia menoleh.
"Egann..."
"Ye babe?"
"Nak try alternatif lain?"
"Ermm... tapi making baby bawah meja tak romantik pun."
Ya Tuhan. "Kepala kau dah penuh pasal making babies je eh, hahahah..." Tangan kasar yang mengusik-usik telinganya ditarik. Duduknya dipusing supaya mudah menentang mata kuyu itu. "Aku maksudkan alternatif macam test tube baby... atau IVF... atau adoption."
"Kalau aku nak buat adoption, aku takkan tunggu sampai sekarang. I want my own." Muka Ayen dicium-cium.
"IVF dengan IUI is another option, tapi mahal..."
"I'll provide us the figures, sayang.... You don't have to worry about that..." Bisiknya bersama desah nafas hangat, sebelum mendaratkan ciuman lembut di tengkuk isterinya. "Yang penting aku nak buatkan kau mengandung..." lanjutnya, dan dengan efektifnya membuat kepala Ayen berasap. Bintang-bintang mula nampak di langit bahana sentuhan si suami tetapi selagi boleh dia mengekalkan waras.
"There's also surrogation... kalau ada ladies yang sudi pinjamkan rahim dia dekat kita..." Suaranya semakin halus bila tangan lelaki itu mula merayap. Akalnya semakin jauh tenggelam dalam lautan asmara. Lalu lengan sasa itu digenggam sebagai tempat berpaut. "Egann..."
Kemudian lampu ditutup.