MESYUARAT Pengurusan pada hari ini dijalankan tepat jam 9.00 malam, khusus bagi membincangkan Turn-Around Plan yang telah diderafkan oleh Egann dan diluluskan oleh Lembaga sekitar dua bulan lepas. Kini, setiap Ketua Jabatan yang bertanggungjawab membentangkan perkembangan dan membincangkan sebarang masalah yang timbul dalam proses kerja masing-masing.
Dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Naadia mendahulukan mesyuarat itu dengan salam.
"Assalamualaikum and good evening everyone. I'm thanking all of you for joining the meeting tonight. The meeting won't take long, I hope, just so we could ensure that our progress is still on track. Without further delay, first, allow me to address the elephant in the room. Syafik Egann." Naadia memanggil si lelaki yang tengah menaip sesuatu pada Lenovonya hingga si mata biru itu menoleh. "Happy birthday."
Matanya membulat sedikit. "Oh. Hahaha... its today?" soalnya pula sambil melihat tarikh pada iPhone.
"Apa la... tak ingat birthday sendiri."
"Didn't peg me Egann is that kind of guy."
"What? Pelupa?"
"Sedih."
"Hahahaha!"
Bingit bilik mesyuarat itu seketika. Egann tergelak nipis, lalu memeriksa WhatsApp. Tiada ucapan hari jadi dari Ayen. Dia memuram sedikit.
"Kau tak aware aku tak hairan. Kadang memang busy. Tapi takkan wife kau tak wish kut. Itulah gunanya wife, untuk ingatkan kita the little thing."
"Ah... hahaha. Dia ada wish... aku yang tak buka WhatsApp..."
"Sedih la kau ni. Reply dia lekas sebelum dia merajuk."
Egann mengemam bibir, masih melihat dinding Whassap Ayen. Kali terakhir mereka bermesej ialah lima hari lepas. Isterinya pula tidak online. Sibuk agaknya di hospital. Dia lupa, jadi Ayen juga lupa.
Sedikit kecil hati, tapi tak apalah.
Mesyuarat selesai kira-kira dua jam kemudian. Egann berehat seketika di pejabatnya. Selesai menunaikan Isyak, lagu Black Eyed Peas dibiarkan terpasang di PC, skrin iPhone yang menunjukkan wall WhatsApp Ayen direnung, menunggu keajaiban bahawasanya Ayen akan menghantar mesej atau gambar atau apa-apa mesej yang menunjukkan yang si isteri mengingati dia pada hari istimewa hari ini, gambar wajah isterinya pada frame gambar di atas meja diketuk-ketuk, hinggalah jam menunjukkan 00:01 AM.
"Congrates. You've forgotten my birthday. Aku nak merajuk." Permukaan cermin pada frame dijentik. Barulah dia bangun.
Sampai di tempat letak kereta, Scirocco dihidupkan dari jauh. Lampu terbuka dua kali tanda hidup. Bagpack dilontar ke seat belakang. Kerusi pemandu diduduki dan enjin dipanaskan. Tangan ditarikan pada stereng, bersiul sedikit.
iPhone ditarik keluar dari poket. Dibuka dengan harapan ada mesej dari Ayen... tapi kosong.
"Erghh..." Keluh kecewa dilepaskan berat. Apa benda yang isterinya tengah buat? Sibuk sangat ke sampai langsung tak ingat kat dia? Sampai hati. Hubungan jarak jauh macam ni bodoh!
iPhone dilontar ke seat sebelah. Kali ini dengan rasa marah. Gear R ditolak. Baru saja nak menekan minyak, pintu keretanya diketuk dari luar. Terperanjat Egann. Itu Naadia.
"Eh, tak balik lagi?" tegurnya setelah pintu kereta diturunkan.
"Tak... hahaha. I tunggu you dari tadi."
"Tunggu kenapa?" soalnya jujur.
Naadia tersenyum sumbing. Lelaki ini pandai tapi bebal. "I nak bagi hadiah hari jadi kat you la..." Dihulur kotak berbalut emas yang diikat reben hitam.
"Thanks. You don't have to do this, you know." Hadiah tersebut diletakkan di atas dashboard.
"Ala, this is the least I can do. Lagipun wife you tak wish you apa-apa, kan?"
Kening Egann terjungkit. "Mana tau?"
"I boleh baca facial expression orang. You nampak muram masa mereka tanya pasal wife you tadi."
Nafas dihembus pendek. "Kantoi percuma gitu je eh. Lain kali I tutup muka kalau bercakap dengan you."
"Hahahaha don't. I kalau boleh nak hadap muka you sampai bila-bila dan simpan dalam hati I."
"Kalau you tak kisah nightmare setiap malam, I tak kisah." Sengih.
Penampar sulung ke hati Naadia. Lalu si wanita meluah nafas kecewa. "Okay lah. So ermm... drive baik-baik."
Egann memberi senyum. Mereka bertukar salam, dan lelaki itu terus memandu pergi.
SAMPAI di parking kondonya, hadiah Naadia disimpan di dalam glove compartment. Tiada niat nak membuka hadiah dari orang lain selain dari isterinya... walaupun orang paling istimewa dalam hatinya itu langsung tak ingat hari jadinya.
Sedih tau tak. Sedih!!
Rajuk di hati berganti hairan bila perasan beg kertas di luar pintu penthousenya. Tanpa sebarang niat nak mengusik apa benda entah yang diletakkan siapa entah di luar rumah, Egann terus membuka pintu. Ada kertas bersaiz pocket notebook di atas lantai, betul-betul di depan pintu.
Happy birthday, sayang. I miss you a ton -Ayen-
Kening Egan terjungkit. Tulisan cincai macam cacing ini memang tulisan Ayen. Jadi wanita itu datang ke rumah? Kenapa tak bagitau? Ruang rumah dipandang. Gelap dan kosong. Selajur, nombor isterinya didail. Sambil menunggu panggilan bersahut, Egann mencapai beg kertas tadi. Ada beberapa barang di dalamnya, termasuklah yogurt yang diikat reben dan dilekatkan sticker bintang.
Selepas empat kali dering, barulah Ayen menyahut.
"Ellooo??"
Halus dan kecil sekali suara itu. Macam suara chipmunk yang melalui lorong yang luas dan panjang hingga memudar frekuensinya. Itu ialah suara Ayen bangun tidur, yang masih berat dirasuk kantuk. Egann menahan ketawa dan geram. Comelnya la haii....
"Kau datang rumah ke tadi?" Pintu ditutup.
"Capa nii..."
"Ni hubby awak, sayang." Beg kertas dibawa ke meja makan dan isi di dalamnya dipunggah. Semuanya ialah barang-barang yang boleh dibeli di kedai runcit 24 jam. Yogurt. Shaving cream. Majalah Playboy. Kondom pun ada. Lawak antarabangsa apa yang Ayen tengah fikir semasa membeli semua ni?
"Emmm... Egann? Kenapa call... oh ya, pasal hari jadi kau? Ha'ah... aku tunggu kau kat apartment tadi... tapi kau tak balik-balik. So aku balik dulu..."
Keluh terhembus spontan. "Sekurang-kurangnya stay je la kat rumah dan beri semua ni kat aku sendiri..."
"Kau ingat aku nak kalah? Heck no..."
"That bet is stupid..." Ya Tuhan...
"Then come get me siap dengan rayuan, melutut, dan serenade me with violin and roses."
"Lepas tu aku pula yang kalah. Memang tak la. By the way, kau bagi aku hadiah yogurt... dan hadiah-hadiah yang aku rasa kau beli dekat Seven-E... lepas tu kau expect aku nak serenade kau with violin? Pernah dengar term fairness and equality... yang jadi isu besar among you feminism colonist?" Egann bergerak ke ruang tamu. Punggung dilabuh pada sofa panjang manakala kaki dipanjangkan ke meja kopi. Tali lahir ditarik dan digantung pada sandaran sofa.
"Kira okay la aku sempat keluar hospital dan beli hadiah... kau ni tak bersyukur langsung."
"Your bare minimum tak capai standard langsung. Kau ingat ke tak hari ni hari jadi aku sebenarnya ni?"
"Aku ingat... tapi aku lupa... jadi aku ingat-ingat lupa. Aku perasan bila aku tulis tarikh dekat discharge summary... lima belas minit sebelum aku nak balik."
"Apalah tuah aku dapat bini romantik macam ni." Sarkastik.
"Aww... thanks, babe." Ayen gelak. "Sebenarnya aku ada hadiah lain nak bagi tadi, tapi since kau bercinta teruk dengan kerja kau, aku kena tangguh hadiah tu."
"Hadiah apa tu?"
"Me, wrapped in a ribbon."
Terdiam seketika. "That sounds awesome..."
"Hehehe."
"Aku tagih esok?"
"Can't. Aku fly ke Sabah esok. Ada convention. Sekitar tiga hari jugak la berkampung kat sana."
"Hmm..." Tak boleh nak lepa langsung. Kedudukan duduk dialihkan hingga dia berbaring terus. Sebelah tangan dijadikan bantal, sebelah lagi mengekalkan kedudukan iPhone di telinga. "Kau boleh tunjukkan gambar..."
"Tadi aku ada ambik gambar."
"Really?" Cerah matanya. Bayangan Ayen berbogel yang dibaluti reben dari kaki ke kepala dan menutup tempat-tempat strategik mula terbayang di minda. Biar benar Ayen nakal sebegini. Bila pula dia sempat nak balut diri sendiri dengan reben dan ambik gambar, sedangkan katanya sibuk di hospital....
Gambar diterima. Bila dibuka, itu ialah gambar wajah Ayen bersama peace, dan reben merah dibalut pada muka kemudian reben diikat di atas kepala macam telinga arnab. Egann mencucuk dinding pipi dengan lidah, menahan geram di hati. Terfikir kenapa dia boleh berfikir setinggi bintang di langit.
"Bakat kau menyakitkan hati aku memang top notch." Kering sekali dia mengomel hingga Ayen melepaskan ketawa panjang. Nakal sekali bunyi ketawanya, benar-benar suka hati. Egann tersenyum lagi. Merasa ditemani walau kosong dalam rumah sendiri. "You could at least call me, you know..." luahnya pula setelah ketawa ceria itu memudar.
"Hahaha. Aku nak buat surprise la... lagipun, history suggest kau susah nak angkat call peribadi bila dekat office, dan WhatsApp aku hanya akan diberi bluetick. LDR ni buatkan aku sedar, dalam banyak-banyak benda kat dunia ni, aku paling benci bluetick dari husband aku sendiri. Aku serius! Bluetick dari kau berjaya kalahkan kedudukan Zionis dalam hati aku. So, no thanks."
"I'm starting to really hate this LDR bullshit..."
"Then come serenade me."
"Jangan cuba nak buat aku kalah."
"Hahahaha aku rasa kita ulang pattern ni nak dekat 44 kali."
Egann mengeluh halus. Dia mahu hentikan, tapi dia taknak kalah. Selalunya Ayen yang jadi tukang mengalah, tapi kali ini isterinya benar-benar berdegil.
"Babe..." panggil Egann lagi.
"Ye sayang?"
"Kau pakai spender colour apa sekarang?"
"Kejadah!"
Gelak. Egann rindukan Ayen. Egann benar-benar rindukan Ayen. Jam dinding dikerling.
"Flight ke Sabah pukul berapa?" soalnya lagi.
"Petang."
"Care to spend your one hour with me?"
"Of course, sayang."
"Good. I'm coming to you now. Tunggu aku kat luar rumah Husna." Dia meloncat bangun.
"W-wait. Maksud kau sekarang? Kau nak datang sekarang?"
"Ya."
"Its one o'clock in the morning."
"Ya."
Diam seketika. "Given that kau baru call aku sekarang, maksudnya kau baru sampai rumah dari office. Kau tak penat ke?"
"Aku nak tengok color spender kau..." Terus keluar dari rumah.
Bukan nak tengok muka atau rindu, tetapi nak tengok color spender. Kalau itu tak cukup jelas apa makna sebenar kehendak suaminya pada pukul 1 pagi, Ayenlah isteri paling bodoh di dunia.
"Sure." Akhirnya itu satu-satunya ayat yang boleh dibalas. Suaminya nak datang jumpa dia, takkan nak cakap tidak. Kalau tak, bila lagi mereka boleh berjumpa sesama sendiri walhal masing-masing tahu tahap komitmen kerja pada masing-masing.
KIRA-kira 20 minit jarak rumah Egann dan Husna, lelaki itu disambut oleh isterinya yang dah menunggu di luar pagar dengan reben merah yang mengikat mukanya macam ikatan telinga Arnab bersama kertas yang bertulis "Gift for Egann." Gelak lagi si lelaki. Selajur, Ayen terus diangkut ke hotel berdekatan.
"We should discuss about our ego..." luah si wanita pada siling bilik hotel.
Egann yang berbaring di sebelahnya, menoleh lalu. "Kau masih ada tenaga nak bercakap? Aku tak perform ke malam ni?" soalnya pada diri sendiri.
"Hhaaha..." Tubuh dibaringkan mengiring. Tangan dipanjangkan, mengusap rambut lelaki kesayangannya. "Sebab seriously... just because of the bet... kau tarik aku ke hotel berbanding ke rumah kita just to get some love..."
Dan Egann turut mengiring, merenung wajah cinta hati. "Kau pula bagi hadiah Seven-E dan biar kat luar pintu rumah aku."
"But you get the punchline..." Tubuhnya yang menjadi tatapan si suami ditunjuk.
Egann meleret bibir. Pinggang ramping itu ditarik hingga rapat ke tubuhnya semula. Kepala Ayen dicium. "Aku sepatutnya dapat ni setiap malam berbanding masa birthday semata..."
Ayen turut tersenyum. Bulu dada si suami yang kerap menjadi mainan jarinya setiap kali mereka berbaring bersama, dipintal sekali dua. Bila Egann menariknya masuk ke dalam kereta tadi, dia benar-benar ingat dia akan dibawa balik ke rumah. Sekali, sampai ke hotel je. Adakah lelaki ini taknak mengangkut dia balik? Kenapa Egann peduli sangat dengan pertaruhan bodoh ini?
Patutkah ditanyakan?
"Awak nak tanya apa sayang?"
"Erk!" Spontan melangut. "Mana tau aku ada benda nak tanya?"
Hidung Ayen dicium. "You're easy to read."
Bibir dijuih. "Nak tanya... kenapa hotel, bukan katil kita kat rumah..."
Senyum. "Does this mean kau mengalah dulu dan nak balik?"
"No...!"
"Then there's your answer." Senyum.
Ayen menjuih. "I'm supposed to be the unreasonable one... tak syok bila kau pun buat perangai sama..."
"Hurm... maybe sebab aku taknak kalah kali ni. Kalau wife aku nak balik, dia patut tahu datang sendiri berbanding tunggu aku pujuk..." Tegas.
Ah, dia dah buat keputusan itu rupanya. Ayen memuram. Egann memang santai dan gemar manjakan dia, tetapi bila ego lelaki merajai kepala, Ayen sendiri tak terlepas dari terkena libasannya. Dan sesungguhnya sebagai isteri, dia lebih merasa sakit itu. Lalu nafas panjang dihembus.
"Sebenarnya aku sembunyikan hadiah sebenar dari kau..." Topik ditukar.
"Eh? This here right now bukan hadiah sebenar?" Punggung Ayen ditepuk dua kali.
"Hahaha..." Dada suaminya ditepuk, lalu dia bangun. Tangan dipanjangkan mencapai Carlo Rino. "Aku dah convert Egann Coupon kau kepada Ayen Coupon." Beberapa helaian yang berbaki dari buku nota hari itu dikeluarkan dan dikepil bersama reben kecil di atasnya. Perkataan Ayen Coupon ditulis di muka hadapan. Ditunjukkan 'hadiah sebenar' itu kepada Egann yang tengah kelam sehingga si lelaki bangkit dari perbaringan.
Masih dengan muka kelam, helaian kertas kecil bersama reben kecil itu diterima. "Ini hadiah sebenar kau?" soal si lelaki buat kesekian kali. Sedikit sardonik.
"Yep." Ikhlas sekali senyumnya.
"Wow... you really understand men..." Sarkatik ditutur hingga membuatkan Ayen ketawa. Helaian itu diselak. Hanya ada tiga helai kertas.
AYEN COUPON
1. 1 hour massage
2. Bina LEGO Death Star sama-sama
3. <Isi tempat kosong>
"You and your LEGOs.... By the way, ini coupon untuk kau atau aku? Kenapa benefit dekat kau berbanding aku?"
"Mana ada untuk aku. Kan ada satu tempat kosong untuk kau isi."
"Sekadar satu? Sebelum ni aku beri kau the whole book. Tapi kau balas balik... hanya satu?"
"Tak boleh ke?"
Dia boleh buat muka innocent kat aku. Geramnya ya Allah.... "Kalau aku tulis, buatkan Ayen merayu kat aku supaya balik rumah and make her lose the stupid bet, does that sound like my win?"
"Nope. Since kau yang tulis, its already your lose." Si wanita menghulur pen. "Baik kau fikir betul-betul kalau kau boleh fikir a win for both of us..."
"Hurmm..." Senyum nakal yang masih tersungging itu direnung. Kerasnya ego Ayen membuatnya terkilan jua, tetapi sekadar disimpan jauh di sudut hati. Sedikit pun tidak terfikir kekecewaan yang tertanam itu akan meledak keluar dan merosakkan dinamik hubungan mereka di kemudian hari. Kerana ketika ini, Egann hanya mampu melihat dan merasa apa yang ternampak di depan mata.
"Apa kata aku simpan dulu hadiah ni dan fikir kemudian. Aku redeem dulu kupon first ni.... Ready untuk massage sejam," bisiknya sebelum menciumi wajah tersayang.
"Haha... kau dengan aku faham massage differently..." balasnya di bawah nafas.
"Its too late for you to realise that sayang..." sahutnya lagi sambil menolak si bini berbaring semula. Dia akan buatkan isterinya mengandung lagi dan kembangkan keluarga mereka dan mereka akan terus berbahagia hingga hari tua.
Ilham dari langit datang mengetuk warasnya bahawa itulah idea terbaik. "That's it!!"
Terperanjat si isteri. Si suami itu dilihatnya tiba-tiba bangun dan mencapai pensel di atas night stand. Kemudian suaminya itu meniarap di sebelahnya, menulis sesuatu di atas Ayen Coupon. Ah tidak, dia tengah melukis. Setelah siap, Egann membentang ideanya kepada ahli pasukan pelaksana.
Di dada kertas, dilukis orang lidi berupa lelaki berotot. Di sebelahnya seorang wanita berambut panjang, dan ditemani dua orang kanak-kanak di kiri dan kanan. Ada seekor kucing turut melengkapkan lukisan keluarga tersebut.
Kehendak si lelaki ialah sebuah keluarga sempurna bersama isterinya.
Hati Ayen tersentuh. Ketawa terlepas bila Egann menyambung melukis dua bulatan ditengah-tengah orang lidi perempuan itu.
"Awak nakal..."
"Itu pakej sebab kahwin dengan Syafik Egann." Dada isterinya dikerling dahulu bagi mengesahkan lukisannya sebelum melangut pada muka cantik miliknya. "Think I can redeem this?" soal Egann bersama sengih.
"OMG yes." Dengan sepenuh hati, wajah suaminya dikucup. Disambut dengan senyum oleh Egann, dan mereka sama-sama tenggelam dalam kehangatan pelukan masing-masing.