Bab 22

"SURROGATION haram la, Yen."

Kata-kata itu mematikan langkah Saif memasuki wad. Matanya terpaku terus pada Husna, sebelum memandang Ayen yang sedang duduk di sebelah si pesakit. Air muka kakak iparnya nampak keras.

Ah, sudah.

"Sejak bila surrogation haram?" soalnya terus sambil meneruskan langkah.

Kehadiran si mata biru itu disambut dengan muka berkerut. "Datang-datang je menyibuk. Kau buat apa kat sini?"

"Nak jumpa abang."

"Egann? Dia ada kat sini?" Ayen pula menoleh.

"Dia tengah ada Board meeting, so aku merayap kejap. Teringat si mangkuk hayun tu pun warded dalam hospital ni so aku datanglah jenguk kejap." Muka garang Husna dibalas dengan gaya tak bersalah. "So, kenapa kau cakap surrogation haram?" sambungnya lagi sambil mengambil tempat dengan berdiri tegak di hujung katil, menentang dua sahabat baik itu.

"Attentive pula reaction kau dekat isu surrogation ni... I reckon kau tau apa yang laki bini ni cuba nak buat?" soalnya pada Saif kembali.

"I was there during their heated discussion, so aku cuma tahu berdasarkan context. Kau pula tak jawab lagi clarification aku..."

Ayen yang dah menemui suaranya akhirnya menempelak. "Ha, tu la pasal! Last I check, boleh la! Lagi-lagi sebab nak senyawakan telur aku dengan sperm Egann. Bukannya nak buat baby haram dekat perempuan lain!"

"Dengar cakap orang yang belajar legal, teloq. Aku tau kau pandai bab-bab perubatan atau macammana nak baca hati orang. Tapi fatwa dah haramkan practice ibu tumpangan sejak 2016 lagi kalau tak silap... sebab nak elakkan kekeliruan nasab bayi yang dilahirkan, samada adakah dari telur yang disenyawakan kau berdua, atau daripada ibu yang tumpangkan bayi tersebut sampai cukup sifat selama 9 bulan."

"Sebab tu kena ada legal system untuk buat kontrak supaya bayi tu mesti dipulangkan dekat pasangan asal..." juih Ayen pula.

Husna menghela nafas pendek. "Praktis barat macam tu boleh membunuh naluri keibuan seseorang, Ayen. Kau dah keguguran tiga kali. Kau rasa apa perempuan tu nanti rasa bila dia susah-susah kandungkan anak dalam perut tapi lepas tu serahkan dekat orang? Budak yang duk tendang perut dia. Yang buat dia kencing tengah-tengah malam. Yang buat dia tak nampak jari kaki sendiri. Yang teman dia masa gembira dan lebih-lebih masa menangis. Kau nampak perut kau membesar... kau tak sabar nak tengok dia keluar dan tengok macammana rupa budak yang dah susahkan kau 9 bulan... Ayen... jangan tipu aku kau tak bersimpati untuk ibu itu sebab kena jual anak yang dia kandungkan... hanya sebab terikat dengan kontrak?"

Ayen mengemam bibir. Time melawan aku kau boleh pula pakai skil lawyer engkau!

"Hukum haram tu juga untuk elak perempuan di-monetize. Dilayan macam objek. Umpama sejenis kilang buat baby yang tak perlu disayangi dan dicintai," sambung Husna lagi.

Kepala Ayen tertunduk. "Tapi... kalau boleh buat sebagai source of income dekat ibu tumpangan... adeh deh deh!!" Menjerit bila Husna menarik telinganya.

"Pernah berlaku kes dekat German dimana telur persenyawaan tu tak melekat dekat dinding uterus ibu tumpangan tapi hasil persenyawaan telur dia dan suaminya sendiri yang melekat. Disebabkan nak follow integrity legal system dan kontrak yang kau cakap tadi tu, dia tetap kena serah anak dia dekat intended parent dan dapat sejumlah wang. Dia basically jual anak dia sendiri Yen..." Wajah rakannya direnung redup, mahu menarik simpati si doktor itu. "Tanya balik hati kau. Selak balik setiap lipatan yang menilai dosa pahala, halal haram. Hati budi kau sendiri. Kau dah tengok berapa ramai pesakit kat hospital ni... berapa ramai ibu yang boleh mengandung, tak boleh mengandung, yang keguguran, yang kanser.... Bukan kau seorang yang malang kat dunia ni, dan itu bukan lesen untuk kau palit nasib malang kau sampai orang lain pun menderita perit."

Terdiam lagi. Benar-benar terasa ditampar. Saif turut senyap dibuatnya.

"Buat research dulu la Ayen. Kau boleh bukak website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jangan ikut sangat research Barat, tengokkan sekali sesuai ke tidak untuk diaplikasi dalam budaya timur kita."

"Abang siap dah jumpa perempuan yang sudi sewakan rahim dia," celah Saif pula, kini bersandar pada tingkap.

Husna menoleh geram. "Kau tak pula tegur dorang!"

"Ada benda yang aku tau, ada benda yang aku tak tau. Benda yang sama dekat Ayen dengan abang, dan mujur kau tau." Bahu dijungkit. Mudah. "Itulah gunanya hidup bermasyarakat."

"Ye ye je engkau," cemik Husna, bengang. Sepanjang perkenalannya dengan lelaki itu, Saif ialah lelaki yang tahu segala benda, yang sentiasa 10 langkah lebih jauh dari orang lain. Tak mungkin dia tak tahu!

Si doktor meraup mukanya. "Habis macammana aku nak cakap dekat Egann.... Dia yang paling nakkan anak berbanding aku sendiri..."

Bersimpati lalu. "Aku boleh faham kalau Egann desperate... tapi kenapa tak pakai the normal way je? Pun bukannya kau ada masalah conceiving. Cuma keguguran sebab faktor luaran je..." Sebab cuai dan eksiden yang tak dapat dielakkan.

"Three miscarriage history doesn't bode well with the next effort, Husna... plus umur aku bukannya muda."

"Kau belum tua kerepot, Yen..."

"Statistic shows perempuan yang nak conceive baby umur 38 ke atas ada bermacam-macam masalah."

Husna melentokkan kepalanya. "Kau gunakan alasan statistik untuk elakkan mengandungkan anak laki kau??" Hairan.

Kening Saif perlahan-lahan meninggi, memproses teguran Husna. Lalu anak mata birunya dikerling pada si kakak ipar yang dah bertukar merah padam. Muka wanita itu dah macam berak batu.

"You know what I mean..." Kerasnya rasa liur, dipaksa telan. Soalan jujur dari Husna menghentak hatinya juga. Dia cuba nak mengelak lahirkan bayi Egann? Kenapa?? Muka lalu diraup. "Aku dah keguguran tiga kali. Maybe sebab aku memang cuai tapi the damage was done! The scar is there! There's high chance keempat akan alami benda yang sama! Complication terlalu banyak, Husna!"

Usaha nak memberi rasional kepada keputusan buruk itu ialah sejenis ego. Otaknya dah membentuk defence mechanism dimana alasan-alasan logik cuba digunakan untuk memberi justifikasi kepada tingkah laku tidak patut bahana naluri yang terdesak itu. Secara mudahnya, otak Ayen cuba melindungi tuannya dari terluka dengan kegagalannya lagi. Dan itulah punca utama kebodohannya ketika ini.

Kedua-dua Saif dan Husna sama-sama memahami reaksi itu. Sudah pasti Ayen mahu menggunakan prosedur yang memberi tahap keberjayaan yang paling tinggi untuk menunaikan kehendak suaminya. Nafas dihempas panjang. Mengalah.

"Well, if you guys prefer other route... IVF atau IUI safer ke? Since... you know... tetap kena sumbat ke rahim kau juga," soal Husna, rendah sekali nadanya. "Atau anak angkat?".

"Egann taknak anak angkat. Dia nak anak sendiri..." sahut Ayen, juga dengan nada berat.

"Then, he'd be damned..."

"Eeerghhhh..."

"Korang lupa satu lagi option," celah si lelaki lagi, menarik kedua-dua wanita itu menoleh padanya. "Option yang harmless, abang boleh dapat twice the fun, dan takda masalah dapat anak halal."

Otak Husna terus dapat mengagak teka teki itu. "Kau jangan berani cakap kahwin—"

"Bagi abang kahwin baru!" Lekas disebut, menyudahkan teka-teki yang diberi sebelum Husna merosakkan seronoknya.

Ayen masih memuram. Husna pula memasang renung maut pada Saif.

"Lelaki. Fikir dia saje. Langsung tak fikir kedudukan perempuan!"

"Husna, there're reason kenapa Islam benarkan poligami. Ini salah satu sebab dia." Si kakak ipar dikerling. "The only risk is your feelings get hurt, la..."

"Dah tahu kenapa suggest!" marah wanita itu lagi, lalu menoleh pada rakannya. Bahu yang jatuh itu diusap. "Kau tak payah dengar cakap Saif. Dia memang naturally dilahirkan jadi tukang sakitkan hati orang."

Saif mengangguk. "Aku even guna bakat aku tu untuk cari rezeki."

Husna menoleh geram manakala Ayen pula menghela keluh berat. Muka diraup dua tiga kali bagi meringatkan berat di kepala. "Tapi dia cakap betul. Egann kahwin dengan perempuan lain ialah sejenis pilihan juga..."

"Ayen... tolong la jangan cakap kau serius..."

"Its hard. I know... but its just an option to be added on the list..." Ketatnya rasa kepala seperti dihimpit hingga tak meinggalkan ruang. Mata juga dah nampak bintang-bintang. Dia perlukan distraction. "A-aku kena pergi."

Saif dan Husna memandang Ayen bangun bersama beban yang berat di bahu. Nampak aje kerana wanita itu membongkok macam udang kini. Malah kakinya diheret macam diikat besi hingga menghilang di sebalik pintu.

Husna menoleh pada Saif pula. "You had to hurt her, don't you?"

"Reality bites and truth hurts." Bahu dijungkit. "Lagipun aku sure Ayen dah pun terfikir dari awal lagi. Kalau tak, dia takkan senang-senang nak tambah dalam 'list' dia."

"The least you can do ialah ringankan beban dia. Support dia. Bukan lempang dia dengan statement 'truth hurts' engkau tu. Kau datang sini memang nak buat aku marah ke?"

"Melawat kau. Buat kau marah sekadar markah tambahan."

"Sekarang bukan waktu melawat. Macammana kau boleh masuk?"

"Aku ada special pass." Arah Ayen menghilang, ditunjuk.

Husna mencemik. Mentang-mentang kakak ipar dia doktor di hospital ini.

"Mana Doug? Lama aku tak jumpa dia." 

Spontan keluh terhembus. Saif nak korek kisahnya pula. Tapi alang-alang ada telinga nak mendengar, dia bersedia meluah.


AYEN sedang memesan beberapa beberapa ujian makmal di kaunter jururawat bila melihat Saif berjalan laju dan memasuki wad kanak-kanak. Terperanjat dia, lekas fail disumbat ke dalam tray dan dia mengejar adik iparnya itu.

"Saif! Jangan buat hospital macam rumah kau!"

"Eh? Kau lagi? Sebesar-besar hospital ni, aku jumpa kau saje."

"Kita berjodoh, nak buat guane. Kau buat apa kat paediatric?"

"Abang suruh jumpa dia kat sini."

"Egann? Kat wad kanak-kanak?"

"Dia tengah tengok Toy Story, katanya. Dia malas nak bangun."

"Ha?"

Bila ditemui, lelaki 32 tahun itu berada dalam sebuah bilik rehat kanak-kanak. Tengah duduk di atas kerusi bersaiz budak dan dikelilingi hampir 10 orang kanak-kanak yang lain. Sama-sama menonton Toy Story 3 di TV dengan tekun. Malah tengah menghirup kopi susu kotak.

Itu pemandangan yang sangat-sangat jarang dilihat. Malah, ganjil juga. Egann terlalu menonjol macam gergasi di tengah-tengah penduduk yang kecil dan comel. Masalah terbesar Ayen sekarang ialah gergasi itu juga nampak sangat comel di matanya! Tangki geramnya terus berisi penuh hingga melimpah ruah. Baru saja Saif nak memanggil abangnya, Ayen menampar dada adik iparnya meminta diam. Handset dikeluarkan, menangkap pemandangan itu.

"Dah?" soal Saif pada sengih lebar Ayen.

"Hahaha dah..." balasnya tanpa berhenti merenung gambar di skrin Vivo. Bila ada masa lapang nanti, akan terus dimuat naik dalam Instagram. Caption sudah pasti diisi love sampai 10 kali.

Saif sekadar menjuling mata ke langit. Tak pernah tak menyampah melihat hubungan yang terlalu rapat dan manja itu. "Abang!" panggilnya.

Lelaki itu menoleh. Lekas bangun .

"Ada apa mintak jumpa sampai tak boleh nak call ni? Barbie tengah bagi statement best tu."

"Barbie cakap apa?"

"Authority should be derived from the consent of the governed, not from the threat of force!" Mimiknya. Suara disempitkan serta mimic muka turut dibuat-buat semasa mengulang quote dalam Toy Story 3 itu. "Hahaha..." Sengihnya pada isteri dan adiknya. Menyedari kedua-duanya membuat muka pelik, Egann mendehem. Malu sedikit. "It works better kalau suara perempuan yang sebut... well, whats up?" Berbalik pada tujuan mereka berjumpa.

"Before that, kau buat apa dekat paediatric?" celah Ayen, mahu menjawab persoalan dalam hatinya terlebih dahulu sebelum Saif membuka mulut.

"Saja nak melayan budak. Lepas tu aku tengok dorang pasang Toy Story. And then, I got hooked." Kepala dipaling ke TV semula sambil menggaru dagu. Bila dia berpaling kembali, si bini yang tengah memasang muka jatuh cinta mencuri perhatiannya. "Kenapa ni?" tegurnya bersama senyum.

Ayen hanya membalas dengan meleretkan bibir hingga ke telinga. Dia ketika ini bersungguh-sungguh menahan hati yang rasa nak meletup bahana muka jujur perangai comel overload lelaki itu. Terasa cupid datang dan memanah hatinya berkali-kali hingga sesak nafas. Nafasnya ditahan, dada ditepuk-tepuk, kemudian nafas dihembus keluar. Mengawal geram.

Dipedulikan Ayen dengan mood jatuh cintanya, Saif menghulur berita serius. "Saif nak bawa abang lawat ayah. Dia dah nazak."

"Lah, hidup lagi rupanya??"

Dan barulah Ayen sedar dari lamunan cintanya pada si suami. Itu ayat jujur atau gurau? Tapi kalau gurau, kasar benar.

"Nurse dia bagitau keadaan dia makin teruk. Boleh jadi flatline anytime. Tunggu masa je."

"I see... abang tak tahu dia masih tak mampus sampai sekarang... liat juga nyawa orang tua tu," ujarnya dengan kerut muka tak sangka, benar-benar takjub. Ayen makin luas ternganga. "Kau contact nurse dia?" soal Egann pada Saif lagi, masih tak perasan muka isterinya.

"As a matter of fact, Saif tengah dating dengan dia. Hari-hari terakhir ayah nanti, Saif nak bagitau yang Saif tengah bercinta dengan nurse favourite dia. Biar dia sengsara."

"Ahahahaha, nice..." Jari ditarikan ke udara dan bertemu dengan jari Saif.

Ayen memicit dahi. "Sorry mencelah. Tapi drama Si Tanggang apa yang korang tengah buat sekarang ni? Ayah nak mati tapi masih gurau-gurau?"

"Eh, kami tak gurau. Kami serius."

Terenjat akal seketika. Tidak pasti nak bereaksi macammmana. Lalu suaminya dipandang dengan mata terbuntang. "Dulu bukan main lagi awak dengan Saif nak jumpa dia sangat! Kenapa sekarang dah lain?!"

"I stop caring sejak dia panggil Saif Boruto dan langsung tak ingat dia ada anak bernama Saiful Dour. That guy sucker-punch you in the gut with his devilish nature. Just when I thought he can't go any worse..." deram Egann pada papan notis di sebelahnya.

Ternganga. "Mungkin dia lupa sebab dia senile? Lagipun dia kanser stage four, kan? Kau dulu sampai jatuh tersadung semata-mata nak jumpa dia kat hospital..." soalnya pada Saif pula, mengharap respon yang lebih positif dari perasaan benci yang terang-terang menyala dari tubuh kedua-dua beradik itu.

"Ye, tapi lepas jumpa dia, baru tahu yang dia ialah syaitan yang menyamar dalam badan manusia." Bahu dijungkit.

Ternganga lagi. Tak percaya dengan perubahan sikap itu.

Saif mengeluh pendek. Mengerti kekecewaan di sinar mata Ayen. "Memang betul sebelum ni aku look forward nak jumpa dia. Semua orang nakkan ayah mereka, Ayen... tapi lain rasanya bila kau dah build up imej seorang ayah yang penyayang dalam minda kau sepanjang kau hidup lebih 20 tahun... tapi bila jumpa yang sebenar, dia menafi yang kau wujud. Dia reject kau ialah anak dia. Sampai sekarang dia tak tahu nama yang dia sendiri beri dekat kau."

Egann bersandar bahu pada sisi pintu. "Ayah pernah panggil Saif dengan nama Brian, Boruto, Brad... and even Burger at some point. Aku tak tahu kenapa dia yakin sangat nama Saif start dengan huruf B."

Ayen masih gagal berkata-kata.

Saif menggosok belakang kepala. "To be honest, I—I don't hate him. I just figured out... its easier to ignore the reality... to reduce my disappointment dekat expectation aku sendiri..." Kemudian telinga Egann ditarik. "Abang pula tak tegur awal-awal perangai ayah kami macammana. Dia boleh biar je aku heartbroken."

Egann menarik telinganya kembali. "Abang ingat ayah akan berubah bila kita semua bersatu semula. Clearly semua orang dikecewakan oleh expectation masing-masing dalam kes kali ini, okay?"

"T-tapi... just because dia tak kenal kau siapa... tapi kenapa sampai label Syaitan yang menyamar... tu teruk sangat..." Si wanita masih cuba mempertahankan mentua yang tak pernah dijumpai itu.

Automatik Saif menoleh pada Egann. "Abang tak bagitau Ayen pasal ayah langsung ke?"

"Tak... abang taknak dia fikir keluarga kita teruk sangat."

"Kira abang masih nak jaga nama baik ayah la ni. Since Saif has zero value dekat dia, biar Saif spill the tea..." Kakak iparnya dipandang. "Ian Seymour, the guy yang... macam yang kau tahu... ialah lelaki yang buang aku dengan abang kat Malaysia ni masa kami 3 tahun dan 2 tahun. His life, lets see... dia ialah media consultant yang banyak membantu beberapa politician to rise in power, even kekal berkuasa sehingga sekarang. Dia yang tarik abang masuk syarikat dia untuk ikut jejak dia, tapi abang halau dia keluar dari syarikat dia sendiri."

Ayen mengerut dahi pada Egann.

Si lelaki menggigit straw. "Aku nak buat ayah berhenti bekerja dan balik ke Malaysia dan jumpa Saif... tapi dia taknak. He is so in love with his work and his empire that he built all his life..."

"Kau halau bapak kau dari syarikat dia sendiri..." ulang Ayen. Itulah poin yang paling menarik di dalam penjelasan Saif tadi rasanya. 

"I had to! Dia buat terlalu banyak sexual harrassment dekat staf wanita tapi seorang pun tak berani nak bersuara. Ada pun yang bercakap, mereka kena pecat atau dimusnahkan life mereka. Aku cuma assist one brave lady, cari mangsa-mangsa dia yang lain and let the drama played by itself... I don't care macammana the ladies nak lawan dia. Aku cuma nak ayah fail dalam kes saman-menyaman dia, dia kena pecat, so aku boleh bawa dia balik Malaysia dan jumpa Saif yang dia tinggalkan bertahun-tahun." Straw digigit lagi, mengingati kenangan itu suatu masa dulu. "Tapi dia menghilang sebelum sempat aku tangkap dia. And then aku balik Malaysia... jumpa Saif, jumpa kau... aku sakit... and then tup-tup ayah muncul. Kau ingat the rest, kan?"

Si isteri mengangguk. Ian Seymour itu mendapatkan rawatan kemoterapi dari hospital yang sama dengan Egann, maka sebab itulah ayah dan anak itu reunion. Tetapi kemudian lelaki barat itu menghilang lagi tanpa dapat dikesan. Dia cuma tahu setakat itu.

"Memandangkan kami dah tahu ayah ada dalam Malaysia, aku serah dekat Saif untuk cari dia since kesihatan aku tak mengizinkan masa tu..."

Kemudian Saif menyambung. "Aku jumpa dia tahun lepas, lepas doktor yang rawat dia sudi bocorkan maklumat. Sekarang ayah menginap dekat Mont Kiara, dijaga oleh his trusted line of doctors and nurses. Dia dah nak mati pun dia masih jalankan business, yang sesiapa yang nak jumpa dia, kena bayar RM1,500.00. Kalau untuk business consult, tambah lagi RM500.00 sejam."

"Ya Allah." Ayen ternganga. "Ada yang bayar?"

"Memang ada. Dia berpengaruh afterall. Tapi kebanyakannya ialah politician yang nak belajar public manipulation dekat dia."

"Korang macammana? Bayar jugak ke?"

"Of course. Tapi kami dapat 7% discount."

"Kemon la... sedih sangat macam ni..." Nak menangis rasanya.

Egann mencelah kemudian. "Sejak aku duduk dengan ayah lepas SPM dan dia sumbat segala bagai ilmu pasal pelaburan dan bisnes dalam kepala aku, dia selalu cakap macam ni. Love and respect should be earned. Don't expect people to give it to you, just like that." Jari dipetik. "He made me pay for his dinner masa birthday aku sebagai tanda penghargaan aku wujud kat dunia sebab sperm sihat dia."

"The fuck."

Saif dan Egann bertukar pandangan kemenangan. Akhirnya Ayen berkongsi sentimen yang sama dengan mereka.

"Aku tak kisah kalau nak bayar semata-mata nak jumpa ayah sebenarnya..." ujar Saif pula.

"Kau tak kisah?"

"Of course. Dia masih ayah kitorang."

"Kalau betul ayah, nak jumpa sepatutnya free."

"His value is different. Mungkin sebab kenapa dia buang kami ke Malaysia supaya aku dengan Saif tak membesar dan jadi macam dia." Egann melontar kotak kosong ke tong sampah. "Kalau betul dia dah nazak, aku ada extra money untuk bayar entrance fee banglo dia. Kau nak ikut?" jemputnya pada si isteri.

"Taknak... aku sedih..."

Egann menggosok kepala isterinya bersama senyum. "Since ayah aku nak mampus, boleh tak aku mintak kau teman Naadia petang ni."

Fokus Ayen teralih terus dalam tempoh tak sampai sesaat. Air mukanya berubah keras, dan sama juga dengan suaranya. "Naadia?!" 

"Ya... dia ada appointment untuk buat fertility test hari ni, kan? Aku sepatutnya teman dia..." Makin bertambah lapis kerut di muka si bini membuat Egann menelan kata. Terasa perutnya berlipat mererima renung tajam itu. "Aku rasa aku dah bagitau kau dulu... jangan cakap kau lupa..."

Dan si bini menjuihkan bibir bawah. "Fine... aku teman dia..."

Spontan mengeluh. Betullah kau ingat. "Gaya macam nak makan orang..." desis Egann sambil menepuk dada. 

Dia punya takut sampai Saif tertawa ringan. Si adik itu merenung Ayen kemudian, memberi jungkit kening yang memberi makna - kau kena inform abang pasal hukum surrogation nanti. Jangan sengaja lupa pula

Dan Ayen menerima isyarat telepati itu dengan desis malas. "Kirim salam bapak kau," ujarnya pula sebelum mencium tangan suaminya.

"Setan tak boleh terima salam, Yen."

"Kemon guys..." Mendesis lagi si menantu.

Saif dan Egann bertukar muka tak bersalah sebelum sama-sama berjalan pergi.


SELEPAS menerima keputusan ujian makmal, dia berjalan keluar namun hampir-hampir bertembung dengan seseorang yang memecut berlari masuk ke dalam ruang menunggu itu. Hampir saja mereka bertembung di muka pintu, tapi pelari pecut 100m itu sempat menekan brek mendadak. Tangannya turut berpaut pada daun pintu bagi menahan impak inersia sebelum terpelanting jauh. Naadia membatu, terkejut.

"Doktor Ayen! Jangan berlari di koridor!!"

Ah, penjelasan percuma dari jururawat. Wanita cantik itu memandang wanita bertudung berkot putih di hadapannya dengan mata membulat. Masih kurang tangkap kenapa doktor ini berlari macam dikejar pembunuh.

Ayen pula mengepung nafas. Kepenatan. Bahana lif yang terlalu lambat, dia berlari pula di sepanjang tangga kecemasan hingga sampai ke sini. Basah peluh terbentuk di leher tudung. Peluh turut terasa mengalir jatuh di belakang badan. Lalu bajunya dikipas-kipas, menyejukkan diri.

"Sorry... huh... hahh... huh..." Masih cuba nernafas. Tubuh disandarkan kemudian. Lutut terlalu goyah kerana penat. "Bagi saya bernafas kejap... huh... hahh... huh..."

"Erk..." Parut di pipi kanan doktor ini dikenal pasti milik isteri Egann. "Awak okay ke?" soalnya akhirnya, sedikit ragu-ragu.

Ayen memberi senyum, sekaligus memberi maklumat pada Naadia mengenai perempuan yang dicemburui dalam diam ini. Barisan gigi yang cantik. Malah ada lesung pipi yang halus di pipi kanannya.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya atau Egann sepatutnya teman awak, tapi Egann ada family matter to attend. Egann dah bagitau awak punya fertility test petang ni, tapi saya terlalu sibuk dengan kerja... lab keluarkan result pneumonia dekat patient tapi rupanya salah fail dekat patient lain. Its one of those negligence yang tak sepatutnya berlaku tapi still, it happened. Huh. Its crazy." Nafas penat dihembus. "I had to explain to the family members... push lab buat test semula... and then tiba-tiba dapat code pula... its really crazy." Laju sekali dia bercerita.

Naadia masih mendiam.

Perasan mereka tengah menghadang pintu keluar, tangan Naadia ditarik supaya mereka berdiri di luar koridor. "This is your result? Let me see." Terus ditarik sampul itu dari tangan si wanita.

Terperanjat lagi Naadia. Anak mata Ayen fokus pada barisan ayat saintifik dan nombor-nombor di kertas itu. Pergerakan mata yang laju itu direnung. Boleh didengari otak Ayen berketik-ketik cuba memproses maklumat yang dibaca. Sama dengan fokusnya pada kerjanya, wanita ini juga fokus pada bidang yang berbeza. Jadi dalam konteks kerjaya, isteri Egann ini tidak kalah dengan dia.

Peluh yang masih merenek di dahi itu masih tidak dilap. Bibir Ayen juga nampak chappy walau cuba diwarnakan dengan lipstick nude. Kurang minum air. Keningnya tebal, terbentuk kemas. Matanya bulat. Jernih. Dari segi rupa, kalau ditolak parut yang hodoh di pipi kanan itu, Naadia mungkin boleh klasifikasi Ayen sebagai comel.

Jadi Egann sukakan perempuan comel, kah? Sebab itukah dia kalah? Atau dia kena rosakkan mukanya juga. Tapi ah! Dia perlu cari alasan yang boleh membuatkan dia tak kalah dengan doktor ini!

"Parut you kenapa?"

Tiada respon. Masih fokus.

Naadia mendengus. "Hey. Doktor!"

Barulah Ayen melangut. "Em?"

"Erm... parut you... kenapa?"

"Oh. Dapat dari pisau." Diusapnya pipi sendiri.

Duh, obviously! Perempuan ini nak permainkan dia ke apa? "Ooh... I see. I ingatkan dapat dari pembaris."

Cuba nak menyindir, tetapi ketawa dari doktor itu pula yang dia terima. Makin bengang pula rasa hatinya.

"Macammana Egann boleh bertahan tengok parut macam tu setiap hari? Kenapa you tak cuba licinkan kulit you untuk dia?"

"Sebab dia sendiri sukakan parut ni. As a matter of fact, berpunca dari dia juga sebenarnya..." luah Ayen bersama senyuman lembut. Langsung tidak memiliki sebarang hostility ke atas Naadia, sepertimana perasaan yang Naadia simpan kepadanya.

Wanita itu mengerut dahi. "Egann bukan jenis pukul perempuan."

"Clearly you haven't seen his anger outburst, hahaha. Tapi parut ni sebenarnya bukti macammana kami pertama kali berjumpa dolu dolu. Ada cerita dia... yang rasanya saya tak perlu cerita dekat koridor wad macam sekarang hahaha. Mungkin lain kali?"

Celaka. Parut itu sejenis kenangan bersama? Semakin lama semakin hilang poin untuk dia mengalahkan Ayen, dan semakin meruap dadanya dengan rasa cemburu dan panas hati yang dirasai.

Dia nak menang!

Ayen memasukkan kembali kertas keputusan tersebut ke dalam envelope. "To put it simply, you're very fertile. Tahniah. Saya sure Egann happy dengar, but I need to discuss tentang—"

"I tidur dengan Egann dekat PD."

Terlalu mendadak. Mata Ayen membulat. Lalu raut wajah Naadia ditentang kaku. 

"—your surrogation..."

"It was late. I baru lepas confess dekat husband you and tell him how much I'm in love with him. Tapi dia reject I."

Ayen menelan liur yang terasa kelat. Cerita Husna dan kesungguhan Egann mengelak untuk berterus terang terbayang lagi di belakang kepala.

"Dia bawak I pergi clubbing untuk bantu I lepaskan tension. Masa I dekat dance floor, I tengok dia kissing dengan lelaki kat kaunter bar."

Nafas mula menyesak di dada.

"I bengang. I cuba balas dendam, so I sengaja mabuk depan dia. Dia angkut I balik hotel kami... dan dia meniduri I malam tu juga. Bila I bangun pagi, dia dah takda." Wajah yang kini mengetat dengan darah panas itu dipandang dengan raunagn kemenangan di hati. Kening Ayen berkerut-merut. Matanya juga berkaca. Yes! Muka sengsara itulah yang dia nak tengok!! Naadia menyambung kata bersama hati yang ringan. "Dia buat bodoh je dekat ofis lepas tu, so I ingat dia nak play hard to get. Sampailah I bertembung dengan you kat ofis dia. Since you guys belum bergaduh, so I thought dia sembunyikan dari you tentang hal ni..."

Sesak. Baik di dada, di hati serta di kepala. Kelopak mata ditutup dengan perlahan. Nama Allah disebut berkali-kali, meminta kekuatan ekstra. Meminta ketenangan bagi menuruskan kejutan yang diterimanya dengan akal waras. Sesungguhnya tiada tempat yang dia boleh bersandar dan meminta kekuatan selain Allah SWT.

Akhirnya nafas yang menyesak di dada berjaya dihembus keluar. Kata-kata Husna mengenai Egann sekadar mahu melindungi hatinya diingati kembali. Ah, mungkin sebab dia dah buat kerja haram di belakang, sebab tu lah dia nak melindungi hati!!

Kini marah pula meluap-luap dalam diri. Egann akan dihadap nanti, tetapi buat masa ini, Naadia masih perlu diuruskan. Kenapa perempuan ini tiba-tiba memaklumkan benda yang sepatutnya memalukan seperti itu? Kenapa muka itu nampak relaks? Dia sukakan Egann sampai sanggup rosakkan rumah tangga mereka... kah?

Kertas dikeluarkan lagi. "You punya hormone mengandung berada dekat paras normal, so I say, tahniah sebab tak mengandung lepas whatever hollabahoos yang you baru cerita."

Giliran Naadia berkerut dahi. Pelik melihat ketenagan itu. Baru sekejap tadi kepala Ayen macam nak meletup.

Sampul dihulur pada Naadia. Tegas kali ini. "I tak dapat nak follow logic you bagitau I benda ni sedangkan kita sepatutnya develop good relationship since you akan tumpangkan anak kami. Kita belum masuk bab kontrak even, tapi you plan nak hidup sendiri sepanjang 9 bulan anak kami buatkan badan you gemuk, ke? Mengandung bukan senang, tau?" Lekas jari telunjuk diangkat bila Naadia nak menutur kata. "Lucky you, you tak perlu merasa sengsara naluri keibuan you tercabar... sebab I nak cancel surrogation ni."

"Hhah! Just because you dapat tahu Egann tidur dengan I?"

"Nope. Sebab I dapat tahu surrogation haram. Damn this private hospital sebab bantu muslim buat benda haram macam ni. But anyway, satu lagi... I need you to know that suami I bukan macam yang you cerita. Dia gay with all his heart. I know sebab I've suffered a lot staying with him, sedangkan you tinggalkan dia the first month you perasan keganjilan perangai dia." Telunjuk diangkat lagi, automatik menutup mulut Naadia yang nak mencelah. Ayen menyambung kata. "By gay, maksud I, dia gay untuk semua perempuan kecuali I."

Telunjuk Ayen ditepis dengan marah di hati. "You're saying you don't believe me?"

"I'm saying I hope you stop accusing my husband dengan fitnah macam tu."

"Then, did he tell you apa yang jadi malam tu? I boleh kerat jari cakap dia taknak cerita. Sebab dia kalah dengan nafsu dia dan tergoda dengan badan I." Punggung dilentik.

Lekuk badan macam jam pasir di hadapannya direnung, kemudian Naadia dijuling kembali. "You sure itu Egann? Bukan lelaki lain yang you ingat ialah Egann? You mabuk, afterall." Akal semakin waras berfikir bila melihat perangai sundal yang ditunjukkan. Biar betul perempuan ini ialah perempuan yang Saif dan Egann kagumi sebagai beauty with brain.

Mata Naadia membulat. "You—!! I takkan tidur dengan orang lain selain dia!"

"Then do me a favour. Pergi ambil wuduk, dan solat taubat. Kalau I benarkan Egann kahwin lain pun, I takkan pilih you sebagai isteri kedua dia," ujarnya perlahan. Tegas sekali. "I was told that you're a genius in marketing. You sepatutnya on all four and kiss my ass right now kalau betul nakkan suami I... we could actually deal with this nicely, but you play your damn card wrong, woman."

Selajur, dia pergi bersama muka tegang. Bendera kemenangan berkibar di belakangnya, meninggalkan Naadia dibelakang, melepaskan raung kekalahan.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh