Bab 5


HARI ini ialah hari jadi Ayen. Hari ini juga Egann akhirnya balik ke rumah selepas dihantar ke luar negara selam enam bulan demi membuat meeting, membina network dan mencari potensi pelabur antarabangsa yang sudi melabur ke syarikat mereka. Berpindah randah dari Perancis, England dan USA, terbang pula ke Jepun dan China, dan akhirnya ke Timur Tengah.

Dan sepanjang enam bulan ini, kedua-dua Egann dan Ayen hanya mampu melepas rindu melalui video call dan beribu-ribu Whassap. Tetapi rasanya itu pun tak cukup nak menampung rindu yang melimpah di hati. Mujur Ayen ditemani Junior si kucing hitam, sekali sekala Husna datang bermalam bersama Ilyas dan Yunus, Saif turut melawat, selalunya untuk menghantar barang pos yang dibelikan Egann pada isterinya.

Sejak kembali bertugas ke hospital, Ayen kembali rapat dengan Hafiz. Kebanyakan masa lapangnya dihabiskan dengan teman sekerjanya itu, baik di hospital, atau selepas habis waktu bekerja. Lagi-lagi perut Ayen kian membesar, maka kepakaran Hafiz dalam bidang sakit puan cukup melengkapi keperluannya ketika ini. Tetapi, walau Hafiz membantu sehabis baik sekalipun, persahabatannya dengan Hafiz disembunyikan sebolehnya dari pengetahuan Egann.

Hafiz pada Egann umpama warna merah pada kerbau jantan. Sekali pandang, terus nak dirodok dan dibunuh dan dipijak-pijak. Ayen tidak pasti kenapa tapi Egann sangat hostile pada Hafiz sejak pertemuan pertama kedua-dua lelaki tersebut. Hendak ditanya, isu sensitif pula.

"Sebab dulu aku pernah ada crush dekat kau," jawab Hafiz akhirnya.

Ayen yang sedang menyiapkan nasi ayam, menoleh terperanjat. Untuk majlis hari ini, Hafiz ialah orang pertama yang datang dan tengah membantunya menyiang ikan.

"Seriously?"

"Ya. Kau kan bahan bual kat hospital masa tu. Banyak selesaikan kes sukar, gaduh dengan jururawat, jadi perhatian Datuk Roslan dengan Tan Sri Chairman.... But anyway, bila kau datang kat aku sebab nak consult pasal patient kau, tapi lepas tu selamba badak perbetulkan consultation aku... aku tertarik hati terus." Perut ikan ditarik dan dipindahkan pada besen di sebelah. "Tapi aku nak kau tahu yang aku tak tahu kau dah kahwin masa tu."

"Jadi apa kaitan dengan Egann?"

"Aku kantoi dengan dia masa aku curi-curi ambik gambar kau masa kau tertidur kat kerusi."

Ternganga lagi si perempuan. "Lah...!!"

"Ha'ah." Hafiz tergelak sambil menoleh. "Dia benci aku sampai sekarang. Aku bertukar girlfriend sejak tu, tapi dia tak pernah makan."

Si wanita tersenyum. "Kalau kau masih single, aku boleh kenalkan kau dengan Husna. Dia tengah mencari sekarang ni."

"Husna the legal tu ke? Dia single? Aku ingatkan dia couple dengan adik ipar kau... Saif nama dia, kan?"

Ayen menoleh dengan mata membulat. "Kan! Semua orang ingat dorang couple, tapi dorang menafi. Aku tak faham...." Kepala digeleng.

Pintu diketuk dari luar. Bila dibuka, Husna dan Doug muncul di depannya, bersama anak-anak mereka. Ilyas di belakang Husna manakala Yunus duduk di atas bahu Doug.

"Assalamualaikum, hey. Panjang umur kau Husna. Kenapa kau bawak sekali mamat dua alam tu?"

"Hahaha. Yunus tak bagi lepas babah dia. Aku taknak dia menangis sepanjang majlis kau." Ilyas diarah tanggalkan kasut sebelum sama-sama masuk ke rumah. Kotak kek yang dibawa bersama terus diangkut ke dapur. Terperanjat seketika bila melihat Hafiz.

"Hey, muka yang aku dah lama tak nampak."

"Hey, si legal yang makin cantik sejak kali terakhir dilihat."

Lalu sama-sama tertawa. Husna memasukkan kek ke dalam peti sejuk.

"Korang berdua je dari tadi? Tak takut Egann marah ke?"

"Dah dia sampai awal, nak buat macammana... kau jangan la bagitau Egann."

"Eh eh. Baru kahwin dua tahun dah reti nak menipu?" tegur Doug di tengah ruang. Kaki Yunus si anak dipegang dua belah sambil mencari tempat dia nak duduk. Sebelum Egann mengahwini Ayen, rumah ini umpama rumah keduanya. Tapi sekarang terasa lain gila. Dan sejak bila Egann suka kucing?? Berkerut dahinya melihat seekor kucing hitam berjalan keluar dari tandas, yang akhirnya dikejar Ilyas bila anaknya turut perasan kucing tersebut.

"Ni bukan menipu namanya. Ni menyelamatkan keharmonian rumah tangga."

"Kalau macam tu, jangan marah kalau aku nanti terlepas cakap."

Ayen mencerun. "Hafiz! Kau hati-hati kalau dekat dengan dia!" ujarnya sambil menuding pada Doug yang baru nak meneguk air. Hafiz yang tengah melumur garam dan kunyit dalam besen berisi ikan mentah, menoleh pada insan yang dituju. Hati-hati dekat bekas suami Husna itu?

"Hati-hati kenapa?"

Ayen menoleh pada Doug dengan pandangan bermakna. "Nak aku terlepas cakap?"

"Kurang ajar..."

Husna melepas tawa. Tu la, gaduh lagi dengan Ayen.

Selesai memasak dan menyediakan makanan di meja dapur, mereka menghabiskan masa berbual di ruang tamu sambil menikmati makanan ringan seperti cucur udang, cendawan goreng dan air kopi serta jus. Husna dan Hafiz masing-masing menghulur hadiah masing-masing, diterima dengan muka segan.

"Ala, dah tua-tua pun masih dapat hadiah hari jadi..."

"Kalau macma tu, jangan buat majlis hari jadi."

Ayen menoleh geram. "Ni majlis sambut Egann balik. Kebetulan sama tarikh dengan hari jadi aku! Kau dah kira bertuah aku tak halau kau keluar dari rumah aku sekarang."

Doug yang tengah menonton TV lalu menjeling. "Right. Aku hargai sangat-sangat. Sebenarnya masa datang ke sini, aku ada belikan kau hadiah jugak sebagai tanda persahabatan kita." Tangan dimasukkan ke dalam poket jeans. Diseluk-seluk bersama muka susah payah. Bila dikeluarkan, jari hantu menyusul. Tegak depan muka Ayen.

Husna dan Hafiz berpandangan.

Bengang, lalu bantal sofa dibaling ke muka Doug. Tak cukup dengan bantal sofa, Ayen sendiri menerpa dan menimpa si lelaki hingga Doug terbaring ke lantai. Rambut lelaki itu digenggam dan diterik sekuat hati. Lelaki itu mengerang, lagi-lagi kuku Ayen juga mengasari kulit kepala.

"Ya Allah!! Ayen!!" Husna kelam kabut menarik si perempuan mengandung itu dari menimpa dudanya.

Hafiz pula tak tahu nak buat apa. Pertama kali melihat serangan fizikal seperti ini secara live. Selalunya tengok dalam video viral budak-budak sekolah bergaduh sebab bergaduh boyfriend. Kepala dipaling bila perasan pergerakan di pintu. Itu Egann dan Saif, baru sampai. Malah tengah memandang mereka dengan kerut di dahi masing-masing.

"Ayen! Ayen! Laki kau dah balik!!" jerit Hafiz.

"Aaarh?!" Sambil mengaum, dia mengangkat kepala. Fokus pandangan jatuh pada batang tubuh tinggi yang dicintai di sana. Raut ganas singa betina itu terus bertukar lembut dan lembik macam marshmallow cair. Kedua belah telinga Doug yang digenggam kiri dan kanan dilepaskan, lalu dia bergegas mendapatkan suaminya.

"Daddy..." luah Ayen penuh rindu, terus lelaki itu dipeluk. Ah, rindunya bau ini. Panas hati kerana Doug dah hilang tanpa kesan. Dibalas Egann dengan mencium kepala bertudung itu. Sekelip mata dunia ini terasa mereka yang punya.

"Daddy?" tegur Saif. Pelik mendengar bahasa manja yang dipakai, tapi diabaikan. Beg pakaian si abang yang diangkut bersama, diletak ke tepi. Dipedulikan pasangan suami isteri yang tengah berpelukan melepas rindu, dia menghampiri kerumunan di ruang tamu.

"Kau macam tak tahu Ayen impulsif macam tu..." desis Husna sambil membantu Doug bangun dan duduk di sofa. Luka di pipi Doug kerana dicakar Ayen diusap-usap.

"Dia pernah tumbuk aku, tapi aku tak jangka dia serang macam singa kali ni..." Telinga yang perit bahana dipulas habisan tadi, digosok-gosok. "Ambik first aid kat kabinet situ. Egann selalu simpan situ tapi aku tak sure kalau Ayen dah alihkan..." Kabinet di tepi TV dituding.

Husna mendiam seketika. "Familiar benar kau dengan rumah ni..."

Renungan mata yang menghakimi itu dipandang sekilas, lalu Doug mengalih wajah menentang dinding.

Saif yang memerhati tanpa bunyi lalu menoleh pada Hafiz yang juga menjadi pemerhati. "Apa yang jadi tadi?"

"Honestly, aku masih cuba hadam apa yang aku baru nampak..." Dia menoleh pula pada Egann yang mendekatinya dengan muka tegang. Senyum diukir terus. "Hey, lama tak nampak."

"Kau buat apa kat rumah aku?"

"Aku yang jemput," sampuk Ayen sambil menepuk dada suaminya.

Nafas dihembus pendek. "Lain kali aku bagitau guard awal-awal supaya jangan bagi lelaki bernama Nafri masuk."

"Nama aku bukan Nafri," celah Hafiz. Makin kelaut nama yang dia ingat.

Egann terpempam. "Aku saja bagitau salah! Nama kau ialah Na... Na..." Naqiudin, kah? Tapi rasanya tak lebih dari tiga patah perkataan.

"Bukan Na— sayang, tapi Ha—" ujar Ayen, cuba membantu.

"Ayen, jangan tolong laki kau. Biar sel otak dia melunsur kat otak licin dia sampai terpelanting keluar dari telinga," ujar Hafiz senada.

"Sindiran kau high level sangat..." desis Ayen pula.

Otak manusia mempunyai lipatan pada permukaan luar bagi membolehkan berlaku pertukaran maklumat dan sel otak saling berhubung. Lagi banyak lipatan pada otak manusia, lagi pandai seseorang kerana komunikasi antara sel otak lebih banyak. Tetapi bila tiada lipatan dan otak licin macam gelas, sel otak tidak dapat berhubung, maka Hafiz sebenarnya sedang mengutuk Egann manusia bodoh.

"Aku tau la nama kau! Ha—mbali?" tekanya lagi.

"Imam Hambali kejadah apa bang. Nama dia Haf—" Termati bila Hafiz menekup mulutnya dengan tangan.

Kelabunya akal ketika ini dah macam lumpur gunung berapi yang menenggelamkan tamadun Pompei. "Hafifah?"

"Wow." Husna yang sedang merawat muka Doug turut terpukau melihat kejadian depan mata. "Hafiz pernah bagitau aku pasal masalah kau, tapi aku tak sangka betul-betul jadi. Kau dyslexic bila kau jealous! Hahahah!"

"I did not!"

"You kinda are, daddy. Dulu kau pernah panggil Hafiz, Rashid." Dada Egann diusap lembut.

Keempat-empat mereka berpandangan sebelum sama-sama memandang pasangan suami isteri itu. Saif mengangguk, mengerti riak penuh persoalan itu.

"Takpe guys. Biar aku tanyakan sebab tadi aku dengar dah, cuma tak tanya." Ayen dan abangnya dipandang. "Ermm... daddy??"

"Oh. Kitorang nak biasakan diri. Egann daddy, aku mommy. Nanti bila Erik keluar, nama panggilan tu nanti akan keluar naturally kat telinga Erik."

Husna lekas mengangkat tangan. "Turn aku pulak nak bertanya. Korang seriously panggil masing-masing daddy dengan mommy... and korang masih nak namakan baby korang Erik?"

"Yeah, nama panggilan daddy sounds stupid," sampuk Saif. "Telinga aku berbulu lebat!" Tangan dilontar ke udara macam menunjukkan rumput yang tumbuh melebat.

Ayen mencerun. "Okay first of all, nama daddy tak stupid. Doug dipanggil babah. Hafiz mungkin ayah, dan Saif – aku tak tau kau kahwin ke tidak selagi kau tak meluah perasaan kat Husna – so, tak salah Egann aku dipanggil daddy. Secondly Husna, yes, Saif ada feeling kat kau, and thirdly, yes, kitorang masih pakai nama Erik sebab laki aku suka nama tu."

Saif dan Husna sama-sama buat tak dengar provokasi yang macam hokum tajwid Izhar itu – terang, jelas dan nyata. Tetapi Hafiz pula yang tertoleh-toleh pada keduanya, mula berisi ingin tahu.

Doug mengangkat tangan hingga membuat Egann melepas tawa. Dah macam anak murid dengan cikgu dah.

Ayen menoleh pada Doug. "Kau nak tanya apa?"

"Bukan tanya, tapi pemakluman. Kau mungkin masih innocent sebab kau datang dari hutan, tapi zaman sekarang ni, semua benda innocent pun dah jadi kotor gara-gara internet. Macam terung... atau buah peach. Nama panggilan daddy pulak dikenali sebagai sesuatu yang... macammana aku nak sebut dalam ayat yang sopan tapi mudah untuk kau faham... sexually dominant."

"Told'ya it sounds weird," sampuk Egann sambil merangkul bahu si isteri.

"Habis kau suka pulak!" muncung Ayen pula.

Doug menghembus nafas pendek. "Egann maybe suka kalau antara korang dua je sebab well, dia memang dominan bila atas katil, aku tak nafi. Tapi kalau kat telinga kitorang orang luar ni... jadi geli la. Sebab tu bulu kat telinga Saif melebat," Antiseptic Dettol dipicit pada jari telunjuk, lalu disapu pada luka cakaran di pipi. Langsung tidak menyedari apa yang baru disebut telah menimbulkan satu perasaan asing pada telinga-telinga yang mendengar.

Saif mengurut dahi sambil beralih ke meja makan. Lebih baik melayan perut dari melayan pening.

Husna turut beralih, mencari remote TV. Nak mengalih perhatian dari jiwa yang berbuku.

Hafiz tertoleh-toleh antara Egann dan Doug, menilai apa yang baru didengari serta amaran yang diberi Ayen tadi. Dia rasa dia faham, tapi dia masih perlukan klarifikasi!

Ayen menolak lengan sasa Egann dari terus merangkul bahunya. "Aku nak pergi toilet..." ujarnya perlahan, lalu berjalan ke bilik air.

Egann meraup muka dengan sebelah tangan. Doug dihampiri dan pap! Belakang kepala rakannya itu ditampar.

"Ow!! Hey!!" Dia menoleh lipat maut.

"Kenapa mesti kau bukak mulut. Kenapa?!"

"Ha? Semua orang duk cakap pasal kenapa nama daddy macam pelik, aku pun jelaskan la kat bini kau... salah ke aku pun join bercakap?"

"Not that part, you dumb-tard!" Tanpa memisahkan gigi, dia meneran geram. "Aku dah la tak habis penat jetlag, kau bagi aku penat nak perbetul benda ni lagi. Haih." Sambil mengurut kepala, tetamunya dipandang. "Aku penat, tapi aku lapar... dan kau... Hanafi-something, jangan kacau Husna. Dia adik aku yang punya," tegurnya pada Hafiz sebelum berkalih ke meja makan.

Hafiz dan Husna bertukar pandangan pelik.

KENCING masa mengandung lapan bulan punya la payah. Rasanya setengah jam dia habiskan masa dalam tandas sahaja. Muka dan leher turut dibasahkan, sedikit mual bahana membayangkan hubungan Egann dan Doug suatu masa dulu. Doug tahu sikap suaminya atas katil? Ah, celaka... kenapalah Doug masih ada dalam hidup suaminya hingga sekarang... tak boleh ke tinggalkan saja suaminya dan biarkan mereka hidup dalam aman?

Pintu tiba-tiba diketuk dari luar.

"Hoi perempuan, kau masih hidup ke?"

Suara Doug.

"Kau dah kenapa? Nak aku mati awal?" jerkahnya terus. Tak segan nak menghembus api.

"The last time kau masuk tandas masa kau pregnant, kau hampir meninggal."

Ah, kerana kejadian dulu ke? Doug risaukan dia? Terharu rasanya...

"Tapi eloklah kau mati awal. Boleh la aku rampas Egann semula."

Celaka....

Bila dia keluar dari tandas, keadaan di ruang tamu agak kecoh dan dipenuhi gelak tawa. Sama seperti jangkitan virus, gelak tawa itu juga menjangkiti Ayen hingga melahir senyum di wajahnya. Bila didekati rakan-rakannya, perasan Doug agak terpinggir di hujung sofa sambil menonton Avengers: Endgame di Netflix. Egann pula duduk di sofa single. Kepala terhangguk-hangguk malah kelopak matanya berat sekali membaca index KLCI pada skrin iPhone.

Bahu suaminya digoyang ringan. "Sayang. Kalau penat, tidur la kat bilik."

"Tak... takpe. Korang bersusah nak celebrate hari ni. Aku nak join sekali..." Si isteri dipandang dengan mata yang tinggal separuh. "Sayang buatkan kopi? Bagi kaw betul."

Tanpa dapat ditahan, nafas dalam terhembus. Mengalah dengan kegigihan itu. Waima kekecohan dari tetamu mereka pun tidak mengganggu fokus Egann pada kerjanya. Dia tidak melawan kerana Ayen sendiri tak suka disuruh berehat jika motivasinya berada di tahap tertinggi seperti suaminya itu sekarang. Mungkin balik dari Timur Tengah membawa hasil pulangan yang benar-benar lumayan sampai sanggup menahan mata yang berat serta otot yang ketat.

Setelah disiapkan kopi dan dihidang di depan si suami, Ayen mencapai pinggan kosong. Kumpulan Husna, Saif dan Hafiz disertai. Sambil mengisi pinggan, dia bertanya, "Korang gelak apa?"

"Kitorang buat quiz," Husna menjawab dulu, disambung Hafiz.

"Aku tanya dorang ni. Apa nama-nama yang laki kau pernah sebut kat aku."

"Hari ni saje, dia sebut Hambali, Hanafi, Hafifah... Nafri yang entah celah mana dia dengar..." Saif menjuling mata ke langit.

"Hahaha. Aku pernah dengar Haniz... Hanif... Hazif... Fariz... Rashid even..."

Ayen menambah. "And Rafi too."

Dan gelak lagi.

Dari ekor mata, dia nampak Doug turut tergelak mendengar lawak mereka. Walau berseorangan, mencuri dengar rupanya. Dengan bibir yang tersungging dengan senyum, Ayen merapati Doug. Lelaki sasa itu menjeling bila dia melabuh duduk di sebelahnya tanpa salam.

"Kerusi lain dah tak muat nak tampung punggung lebar kau?"

"Muka kau masih ada ruang untuk aku cakar?" dengusnya. Endgame dilihat. Kebetulan, dia sampai di bahagian semua ahli Avengers keluar dari portal demi melawan semua tentera Thanos. Epik klimaks! "Egann suka Avengers jugak. Favourite dia Spiderman."

Doug mengerut dahi. "Aku tahu."

"Tapi aku suka Wanda. Dia powerful gila. Cantik pulak tu."

"Takda orang tanya. LOL."

Ayen mencemik. "Yang aku paling tak tahan dalam Endgame masa Ironman peluk Spiderman... hey, ni ni ni masa ni!!" Lengan Doug disiku berkali-kali sambil menunjuk ke arah skrin. Lelaki itu menoleh geram. Ayen pula menonton TV dengan penuh emosi. Malah mula meleleh air mata bila Ironman memandang Spiderman dengan perasaan bercampur aduk. Gembira. Tak percaya. Sedih. Pilu. Semuanya berkumpul dan dihabiskan dengan pelukan pada superhero remaja itu.

Ayen menarik hingus cair yang nak meleleh. "Touching dowh scene ni... siapa yang boleh nampak peranan Ironman sebagai father-figure Spiderman, confirm akan... isk isk." Tersedu-sedu pula dia.

Doug menjungkit kening setingginya. Tak faham kenapa Ayen nak menganggu dia menonton dan menghayati movie tersebut. "Pergi bersosial dengan member kau, boleh tak? Tak payah kacau aku."

Wanita itu mengunyah ayam. "Kau kawan Egann."

"So?"

"Hafiz kawan aku. Egann tak suka dia, tapi dia masih tolerate kami berkawan. Aku kena buat yang sama dekat kau walaupun payah."

"Egann tak tolerate kawan kau. Dia attack member kau tu pada setiap peluang yang dia dapat."

"Hahaha yea, he did... but he could do worse..." Suaminya direnung bersama pandangan penuh cinta dan rindu. Kesian pula melihat muka penat itu. Ingin benar dipeluk. Sepatutnya dia melayan Egann dahulu memandangkan suaminya baru balik, kemudian barulah mengadakan majlis seperti ini. Tapi benda dah buat, jalan je lah.

Terkedu jejaka itu dibuatnya. Nampak rasa percaya pasangan tersebut pada masing-masing. "Kau tak perlu tolerate aku. Aku dah cakap aku datang sebab nak kena jaga Yunus... bukan sebab alasan lain."

"Statement kau tak valid sebab dari tadi anak bongsu kau berlari-lari dengan Ilyas, kejar kucing aku dan sekarang tengah buat apa kat tingkat atas. Kau datang bukan sebab Yunus, apatah lagi aku. Kau datang sebab kau rindu kawan kau... mungkin kau dengar dia baru balik hari ni lepas enam bulan jadi orang nomad kat luar negara sana."

Selamba badak kata-kata itu diluah. Doug menyandarkan tubuh sambil merenung isteri Egann dengan lebih relaks.

"Aku bukan bodoh sampai tak nampak kau masih ada feeling kat dia. Sebab tu ganas aku lain sikit bila dekat kau..." jelasnya, masih tak melepaskan tontonan di TV.

Lelaki bertshit hitam itu mendiam, redup sekali merenung wanita bermuka berparut itu. Air muka Ayen tenang. Terasa dia diserang lagi, tapi kali ini dengan cara yang lebih halus berbanding mencakar muka, memulas telinga dan menarik rambut sampai tercabut. "Jadi kau nak halau aku keluar?"

Ayen menjeling. "Kau masih ialah tetamu. Lagipun kau dah tak ganggu Egann. Sekadar datang, makan, dan having a good moment dengan kitorang takkan bunuh relationship aku dengan laki aku rasanya. Sebab yang sengsara sekarang ni ialah kau sebab tengok ex kau bahagia dengan aku. So, aku memang sangat tak kisah."

Tanpa dapat ditahan, ketawanya terlepas. "Kau betul-betul sadis..." Kepala digeleng, lalu Thanos kembali ditonton. "By the way, Egann bukan ex aku."

"Really?" Terkejut.

"Yea... aku dengan dia tak pernah pergi jauh selain sekadar kawan... maybe friends with benefit la..." Ayen dikerling bersama double jerk. "Bertepuk sebelah tangan yang tak pernah berbunyi... sebab perhatian dia hanya pada adik dia... lepas tu berpindah dekat kau... tapi tak pernah kat aku..."

"That must've been lonely..."

"And that's none of your business." Ayam di dalam pinggan Ayen dirampas, lalu dikunyah. "Tapi aku masih positif yang antara korang ialah palsu, sama macam kenapa perkahwinan korang dibuat dari awal lagi. Baby dalam perut kau tu ialah alat yang dia guna untuk pastikan yang kau kekal jadi bini palsu dia. All those lovey-dovey stuff antara korang dua... bullshit! Lepas habis honeymoon period, aku sure korang akan kerap gaduh. Dia akan balik ke cara lama dia. Gay macam kami tak sepatutnya boleh berubah, walaupun mungkin sesetengah kes bertukar jadi bisex macam Egann..."

Ayen mendiam seketika. "Itu ayat yang kau beri dekat kau sendiri sebab tak sanggup terima yang Egann dah tinggalkan life dia sebelum ni? Kau tak rasa kau sebenarnya menipu diri sendiri... sampai sebut semua ayat tu macam sejenis harapan palsu yang tak berasas?"

"Heheh. Aku bukan jenis berangan kosong macam kau, la perempuan. Aku pasti Egann akan balik ke dunia kitorang..."

"Kau type A kan, Dolah?" celah Husna tiba-tiba.

Ayen dan Doug sama-sama tertegun, lalu menoleh serentak. "Ha?"

"Blood type kau A, kan?" ulang si janda.

Dah kenapa tiba-tiba? Tapi dijawab jua. "Ha'ah."

"Yes!!" Husna mengangkat kedua belah tangan ke langit. Lidah dijelir pada Saif dengan penuh suka. Lelaki itu pula mencemik sebelum memandang Ayen pula.

"Ayen, kau pulak. Bagi aku menang at least. Blood type abang ialah B, kan?"

"Blood type Egann... betul, B."

"Gyahha!!" Giliran Saif menjulang tangan ke langit. "Selamat aku..." Dada ditepuk-tepuk.

"Eh eh, engkau. Tanya la direct dekat abang kau berbanding tanya Ayen. Entah-entah salah lepas tu sedap je nak bagi penalti kat orang!"

"Entah! Kerja nak menipu je dari tadi," sahut Hafiz, menyokong Husna.

"Masalahnya abang tengah tidur tu ha. Nyenyak beliau tu!" Telunjuk dituding pada Egann yang dah pun terlentok dengan penuh sopan. Dengkurnya ringan. iPhone masih dipegang di tangan tapi terletak elok di dada, dan kepalanya tersandar relaks. Masa tidur pun masih kacak lagi.

Ayen tersenyum, tahu permainan yang menggunakan penalti itu. "Tapi sebenarnya aku ingat-ingat lupa blood type dia apa..."

Lalu kepala Husna, Saif dan Hafiz serentak berpaling ke arah Egann macam bertukar arah angin. Bersungguh benar nak meneruskan permainan mereka, nak menentukan siapa menang dan kalah. Tahap bersungguh sampai Doug menongkat siku pada lutut dan menumpu perhatian pada mereka.

"Egann!" jerit Husna pada si lelaki yang dah jatuh kepalanya ke dada.

Lelaki itu tersedar. Perlahan-lahan Egann melangut kembali dengan mata seberat 10 tan. "Em?" Dalam minda separa sedar, iPhone yang masih dipegang diangkat ke depan muka semula. Dalam kepalanya tiada lain selain kerja ketika ini.

"Blood type kau B, ke?" soal Husna lagi. Jawapan pengesahan.

Lelaki itu menoleh dengan perlahan. Tempoh masa menoleh pun boleh mengambil masa 3 saat. Dah macam sloth dalam Zootopia.

"Type abang B ke?" ulang Saif satu persatu, demi memastikan permainan mereka menembusi otak yang penat itu dan diproses dengan jayanya supaya permainan mereka boleh bersambung.

Saif kini kalah dua penalti berbanding Hafiz dan Husna. Jika dia kalah untuk kali ketiga, kedua-dua mereka ada kuasa veto untuk membuatnya buat apa saja. Dibuat peraturan itu dengan niat nak kenakan Husna. Sekali dia sendiri yang terkena perangkap sendiri.

Egann memejam kelip matanya dua tiga kali. Memproses soalan. "Bukan... type abang A..."

Husna dan Hafiz bertukar high-five. Kesukaan. Saif pula menghentam mukanya ke meja kopi.

Tetapi Egann masih berkata-kata, macam sloth yang tak menghabiskan ayat. "—and workaholic... and ambitious... neurotic... impatient... fiery... left-brained maniac..."

"Weh, dia senaraikan type A personality, weh... bukan jawab soalan blood type kita," ujar Hafiz.

Ayen dan Doug spontan tergelak. Saif pula menghembus nafas lega, kira dia masih belum kalah sepenuhnya. Husna pula menopang dagu, meneliti gumaman Egann yang tak berhenti.

"—loves medicine... have beautiful heart... unexpectedly romantic... fiery... shorty... have a huge scar on her face..."

Mata Husna membulat. "Bukan type A personality. Tapi type A untuk Ayen." Rakannya kemudian dipandang.

Mereka sama-sama tergamam. Ayen lalu tersenyum haru. Pinggan dipindahkan ke meja sebelum bangun.

"Ah, boleh diabetes aku..." desis Hafiz, lalu meneguk air mineral hingga kosong.

"Hahaha. Otak abang tak fikir benda lain selain kerja dengan Ayen. Kira sesi soalan tadi invalid la eh."

"Ah engkau. Nak kalah lagi nak main kotor. Ni la perangai kau sejak dulu. Tak berubah!"

"Lah, tak habis move on lagi ke sejak kes dulu? Dah bertahun, Husna."

Dipedulikan mereka, Doug hanya mampu merenung Egann tanpa kelip. Kelu lidahnya. Kini benar-benar nampak hati Egann. Cinta lelaki itu pada isterinya tulen. Selama ini dia yakin Egann sekadar menipu diri sendiri kerana angan-angan hidup yang berkembang untuk ada keluarga. Tetapi mungkin benar kata Ayen, yang sedang menipu diri sendiri sekarang ini sebenarnya ialah dia – tak habis-habis menafi perubahan Egann malah cuba menyedapkan hati sendiri dengan harapan palsu.

Ayen pula merapati si suami. Egann benar-benar dah tertidur kini. Shut down macam PC yang overheat. Kopi yang dibuatnya tadi langsung tak bersentuh.

"Egann? Tidur kat bilik, sayang..." panggilnya. Tetapi si lelaki tidak bergerak walau seinci. Hanya bola mata yang nampak bergerak-gerak di bawah kelopak mata, mungkin dah masuk alam mimpi. Lalu wajah si kacak diusap penuh sayang.

"Korang berbual perlahan sikit eh. Aku ambik selimut untuk Egann," pintanya pada rakan-rakannya, lalu bergerak ke tangga. Nak naik ke bilik tidur mereka.

Doug bangkit. Dah hilang tujuan untuk terus duduk dalam rumah ni. "Husna. Aku nak balik. Mana Yunus dengan Ilyas?"

"Ada kat atas rasanya. Dorang kejar kucing Ayen sampai naik ke bilik dia."

Doug memandang tangga. Terpandang Ilyas yang berlari keluar dari stor dan mendekati mereka. Pulak dah. Macammana si anak sulung boleh berada di situ? Adiknya mana?

"Ilyas. Kau buat apa kat stor? Mana adik?" soal Doug terus, mula risau. Bahaya kalau budak berdua ini berpisah.

"Yunus main kucing. Ilyas jumpa benda lain nak tunjuk dekat mak..." Dengan muka ceria, dia mendekati Husna dengan tangan yang bertutup. "Tengok..." Tangan dibuka, mendedahkan anak-anak lipas yang penuh di tangan. Ada yang bergerak-gerak ke lengan. Ada yang masih keluar dari telur. Dia mahu berkongsi gembira kerana menemui sesuatu yang menarik. Mahu ibunya memberi pujian atas penemuannya.

Tapi si emak itu melepaskan pekikan nyaring – yang paling nyaring yang dia pernah dengar – sampai kalah siren bomba. Emaknya terloncat dari duduk hingga terpijak riba abang bercermin mata bermata biru yang duduk di sebelahnya. Giliran abang itu pula meraung hingga merengkok ke lantai. Ilyas ditangkap ayahnya dari belakang hingga terasa melambung ke udara. Malah tangannya ditepis-tepis sampai semua telur dan serangga itu jatuh. Emaknya memekik lagi bila haiwan yang ditemuinya tadi berselerak di lantai.

Egann menyeringai kerana bising itu. Kemudian tidurnya bersambung kembali bila Husna berhenti menjerit.

Hafiz cuba membantu tentera yang tewas itu supaya bangkit kembali, tetapi Saif benar-benar terasa patah tulang belakang. Erangan pedih tak terlepas pada bibir nipis walau sekali.

Husna pula melarikan diri ke dapur. Dirasakan itulah jarak paling selamat dari anak-anak lipas yang ditemui anaknya. Seluruh tubuhnya terasa meremang. Dia menggeliat berkali-kali, cuba membuang rasa geli yang menyengat. Apa yang baru dilihatnya dekat tangan Ilyas tadi benar-benar mengoyakkan akal.

Doug mengendong Ilyas di pinggang dengan sebelah tangan macam mengangkat guni berisi kapas. Ringan dan lembik. Berniat nak mencari Yunus sebelum si anak itu buat sesuatu yang boleh buat Husna histeria sekali lagi. Dari anak tangga pertama, dia melihat seekor kucing hitam memecut berlari turun. Macam pelesit dia berlari dengan empat kakinya. Itu kucing yang sama yang dilihatnya awal-awal tadi, bukan?

"Yunus! Jangan lari ke tangga!!"

Jeritan dari tingkat atas memanggil Doug untuk berpaling sekali lagi. Yunus dilihatnya terkedek-kedek berlari di tingkat dua. Bila kaki pendek itu memijak anak tangga teratas, automatik darah berderau turun dari muka hingga tak meninggalkan darah walau setitik.

"YUNUS!" jerit Doug, selajur berlari naik.

Refleks Doug sama tahap laju dengan Ayen yang dah pun berada di tingkat atas. Tetapi wanita itu lebih laju kerana jarak yang lebih dekat dengan budak lelaki tiga tahun itu. Ayen tidak fikir benda lain selain keselamatan anak bongsu rakannya ketika ini. Jatuh tergolek dalam ketinggian 13 anak tangga itu bukan berita baik bagi budak kecil ini.

Tangan Yunus sempat ditangkap, tetapi kakinya pula salah berpijak pada anak tangga. Seterusnya ialah tragedi kedua dalam rumah tangga Egann. Sekelip mata Ayen dah terbaring ke lantai bersama Yunus di dalam rangkulan. Lopak darah mula terbentuk di lantai tangga rumah itu.

Doug melontar Ilyas pada Husna bagi mengelakkan si budak melihat sesuatu yang boleh melahirkan trauma. Ambulans terus dihubungi. Hafiz lekas mendapatkan Ayen yang merengkok kesakitan. Kepalanya berdarah. Kangkangnya juga berdarah. Yunus tengah menangis selepas dilepaskan dari pelukan Ayen dan berpindah ke rangkulan ayahnya. Saif yang masih menahan sakit hanya mampu melihat dari jauh. Egann pula masih diulit mimpi.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh