Bab 27

PINTU bilik tidur dibuka. Ayen dilihatnya tengah merengkok di hujung katil. Lalu dia melabuh duduk di sebelah si pilu. Ayen tidak bereaksi, sekadar membenamkan wajahnya ke bantal peluk. Dinginya si bini membuat Egann menghela keluh panjang. Cuba membuang semak di kepala walau sedikit. 

"I'm sorry..." luah si lelaki.

"Sorry won't turn the time."

"Lepas ni kalau kau tanya apa-apa pasal Shmort, aku buat bodoh je." Pengajaran diambil.

"That won't solve our problem..." luahnya sebal. Lelaki itu dikerling. "Kenapa kau taknak terima dia sebagai wife kau?"

"Sebab I know how to choose my woman. Dia tak capai spesifikasi yang aku nak."

"In case kau lupa, dia ialah janda kau."

"Then, it ends there. Takda rujuk-rujuk."

"But she bore your son..."

"Our son."

"I've told you, it's not mine..." keluhnya.

"Kalau macam tu, apa kata berbanding suruh aku terima dia jadi wife, kau terima tanggungjawab sebagai emak?"

"Sebab he's really not –"

"Kau seriously nak sambung gaduh dekat bawah tadi sampai kat sini?" potong Egann terus. Ayen mencemik, lalu bangkit duduk.

"Kau naik ke bilik sebab apa sebenarnya?" soal Ayen lagi, kini dengan nada tegang serta kerut marah. Juga berupa amaran supaya Egann jangan terus menyimbah minyak ke dalam api yang terus menerus membakar rumah tangga mereka.

Ketegangan mood itu membuat si lelaki menelan nafas. Dia nak menghentikan pergaduhan ini tapi kenapa sebaliknya yang jadi, ya Allah.... "Aku nak pujuk kau... but I don't know anymore..." Muka diraup, lalu tubuh dibaringkan dengan hati yang memberat dengan rasa kecewa dan terkilan. "This is our longest fight yet... aku tak tau macammana nak recover. At the end of the day, Erik akan tetap lahir, tapi kau taknak bertanggungjawab sebagai emak. Kau suruh aku kahwini Naadia, aku taknak jadikan dia sebagai wife. How are we compromising on this??"

Diam.

"My dad just died too..." keluh Egann lagi sambil merebahkan lengan merentangi matanya. Kalau boleh nak tidur terus supaya moodnya pulih selepas bangun.

Si isteri terkedu. "Kau sedih? Aku ingatkan kau bencikan dia... lepas semua kedajalan yang dia buat?"

"He's still my dad, babe.... Apapun yang dia buat, aku masih darah daging dia. Aku tak heartless macam kau yang sampai ayah kau mati pun, kau masih taknak peduli."

Ayen terkaku. Kata-kata itu terlalu tiba-tiba. Benar-benar menampar libas hatinya. Tetapi Egann berkata betul. Ayahnya yang merupakan seorang transgender tidak pernah diakui kewujudannya walau selepas mati sekalipun. Sebegitu teruk penolakan dari hatinya sendiri. Lantai lalu direnung, mendalami hati sendiri.

Menolak ayah kerana menjadi seorang transgender... dan menolak anak kerana fatwa yang mengatakan itu haram. Mata dipejam, bingung dengan hati sendiri yang terlalu keras. Egann pada mulanya ialah lelaki gay yang menjadikan dia sebagai isteri kerana menipu masyarakat, dan dia bersetuju sebab... sebab apa? Dia dah tak ingat, tetapi sudah pasti bukan sebab nak mengembangkan umat Rasulullah. 

Hidupnya sangat tidak normal dari dulu rupanya.

"By the way, kau cakap Husna terima lamaran ustaz? Saif tau ke?" soal Egann, masih terbaring dengan mata ditutup tangan.

"Aku tak tau..."

"It's a bad news kalau Saif tau... dengan keadaan mental dia sekarang..." keluhnya, risaukan benda lain pula.

"Kenapa bad news?"

"Sebab Husna dah give up kat Saif, la."

"Dia takkan give up kalau Saif sendiri bersungguh nakkan dia. Lagipun Saif dah ada girlfriend."

Berkerut dahi si abang, lalu bangun duduk. "Saif mana ada girlfriend. Hati dia dekat kawan awak."

"Ooh sayang. You memang tak tahu apa-apa."

Egann tahan bengang.

Wanita itu bangun, mendapatkan handset di meja solek. Kemudian duduk dilabuh rapat ke sebelah suaminya hingga bertemu paha. Masih mengkehendaki kehangatan dalam kedinginan hubungan mereka. Gambar gadis cantik Atas Angin yang ditemui makan malam bersama Saif suatu masa dulu ditunjukkan.

Egann berkerut dahi terus. "First of all, stalking is bad, sayang. Secondly, dia bukan girlfriend Saif. Dia adik kami."

"Korang ada adik?"

"Ooh sayang. You memang tak tahu apa-apa." Mimik.

Ayen menjuling mata ke langit. Bila giliran Egann pula menunjukkan video Evie mencari abang-abangnya, si perempuan melopong luas. "OOOH MY GOD!! Jadi dialah Evie yang kau duk sebut-sebut... dan Evie tu adik korang?!"

Egann mengangguk-angguk. Memahami reaksi Ayen. "Faham dah sekarang?"

"Saif buat sumbang mahram?!"

Kepala Ayen dirangkul headlock. Terus diluku kepala si nakal hingga wanita itu tergelak dalam sakit. Mereka berpandangan. Buat seketika, terlupa yang mereka tengah bergaduh, lalu Egann melepaskan Ayen. 

"K-kau nak ikut aku pergi rumah Saif?"

"Kenapa?"

"He's in a dark place right now... especially lepas jumpa Evie... dan Husna pula memilih nak jauhkan diri dari dia. I gotta be with my lil' brother."

"Aku ikut."


SETIBA di rumah si adik, Saif sedang bersendirian dalam gelap, malah tengah duduk dengan gaya malas di sofa. Bila Egann dan Ayen merapat, dia mendengus.

"Abang nak apa?" soalnya, keras sekali.

"Checking if you're okay."

Diam seketika. Air muka yang mulanya menegang lalu mengendur sendiri. Anak mata turut dilarikan ke TV gelap didepannya. "I'm okay," jawabnya, hampir tak dengar.

Bahasa tubuh yang merisaukan. Ayen memandang sayu, manakala si abang terus merapat dan duduk di kerusi sebelah. Topi baseball pasukan Mets yang dipegang Saif menarik perhatian.

"Mana kau dapat topi tu? Tu Evie punya, kan?"

"Saif curi..."

"Saif..."

"Why? Saif tak boleh ambik satu hadiah yang dia dapat dari ayah?! Dia mesti dah dapat jauh lebih banyak! Dia ada childhood memories! Dia ada kasih sayang ayah... heck... ayah senyum bila jumpa dia walhal dia tengah hadap malaikat maut sedangkan bila Saif jumpa dia –" Liur tertelan. Tersedak. Saif melepas batuk. "Saif tengah get over the fact that Saif ialah anak yang tak dikehendaki. So if you're asking if I'm okay... no, I'm not okay!" Tangisnya pecah tanpa dapat ditahan. Terus dikesat.

"Abang takkan nafi yang ayah kita jenis manusia tak guna..."

"Easy for you to say... even his last breath, dia panggil abang with your name, bukannya B-B-B-Burger..."

Egann mengeluh berat. Terlihat gitar bass di dinding, lalu pegang. "Your life sucks. Abang mengaku. Even more so dari abang..."

Ayen mengerut dahi.

"We don't have a mom. Kita menumpang kasih sayang jiran. Lepas tu abang tinggalkan sengsorang kat sini dan berbaik dengan ayah sndiri selama kat sana. You handle life on your own, alone... aunty Yana mati... ayah masih tak ingat kau sampai nafas terakhir dia... what a sucky life you've lived..."

"Egann? Kau sure kau pujuk dengan cara yang betul?"

Egann senyum. "But you still lived. Jadi peguam yang berjaya. Kau protect abang dari Datuk Roslan... kau buatkan abang kejar Ayen untuk dibuat bini... and for all those bad memories... abang suggest kau musnahkan dia." Gitar bass itu dihulur.

Saif mengerut dahi.

"Destroy it. And accept it as a part of your life... masukkan dalam logbook life kau untuk dijadikan cerita dekat anak cucu kau akan datang. "

Leher gitar bass direnung. "Abang nak Saif musnahkan gitar tiga ribu semata-mata nak lepaskan perasaan?" soalnya lagi, dan disambut anggukan dari si abang. Ragu-ragu lalu, sebab sayang.

"FYI, Husna terima lamaran kahwin dari seorang ustaz," celah Ayen, seakan menghulur punat peluru berpandu.

Egann menoleh dengan mata bulat. Saif pula tergamam. "What?"

"Mereka plan nak nikah sebulan dari sekarang." Punat ditekan.

Mata Saif mencerlang luas. "GRAHH!!" Gitar dihempas ke meja sekuat tenaganya hingga pecah terus badan Gibson. Ayen terloncat terperanjat. Egann pula tergelak besar

"Yes! Kerusi tu pulak Saif!"

Dan kerusi pula dibaling ke dinding. Egann kemudian membantu memusnahkan rumah adiknya, termasuklah menjatuhkan Smart TV ke lantai, memecahkan semua kabinet dan membuang isi didalamnya, mencakar dinding, memecahkan gambar-gambar, memusnahkan semua memori dan kenangan yang akan ditinggalkan ke belakang. Biar dikosongkan segala-galanya supaya boleh bangkit dengan suatu jiwa baru.

Ayen berdiri di tepi pintu, gagal nak menjiwai jiwa dua beradik bermata biru itu, tapi dia nampak kepuasan di wajah Saif. Seolah-olah kekusutannya tadi sudah berjaya dileraikan. Kemudian Egann pula dipandang. Suka sekali mengoyakkan sofa mahal milik si adik dengan pisau di tangan.

Ambil peluang nak lepaskan stress sendiri ke bang? Ayen tersenyum kecil.

Terperanjat sedikit bila Saif tiba-tiba muncul di pandangan dan menghulur sesuatu padanya. Kotak cincin serta topi baseball.

"Jaga kejap."

Dan lalu dia membantu Egann terbalikkan sofa koyak tadi ke dinding.

Ayen pula merenung kotak cincin di tangan.

Setelah selesai memusnahkan perabot di rumah itu, kedua-dua beradik itu terduduk di tengah ruang. Sama-sama tergelak. Egann terbaring bersama nafas penat. Turun naik dadanya demi mengepung nafas. Tapi seronok! Semua stress dan rasa semak bahana pergaduhan dengan Ayen selama berbulan-bulan rasa macam dilepaskan pada malam ini juga. Terima kasih sangat-sangatlah Saif oiii....

Spontan mengerling bila melihat Ayen mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Kau okay? Tak sesak nafas?" tegur si isteri.

Terkaku lalu. Keprihatinan itu dirindui. "Y-ya... aku okay..."

"Good..." luah si isteri di bawah nafas. Dada Egann turut disentuh, mengharap organ itu terus sihat mengepam darah. Renungan bertukar redup bila tangannya digenggam.

Aku rindu kau....

"Now that rumah Saif dah jadi macam ni, abang kena bagi Saif duduk rumah abang kejap," celah Saif kemudian, menarik perhatian keduanya.

"Okay. Kau duduk bilik bawah."

"Haha."

"Aku taknak kacau moment korang, tapi apa kau nak buat kat Husna?" sampuk si kakak ipar.

"Oh ya... biar je la. Dia nak kahwin, kan?"

"Habis, cincin ni kau nak buat apa?"

"Cincin?" soal Egann, lalu bangkit duduk. Kotak cincin itu dibuka. Wow. Ni level serius dah ni! "Kau beli ni untuk siapa, Saif?"

Si adik tak menjawab. "Cincin tu dah tak guna. Biarkan je."

"Kau mintak aku jagakan masa kau tengah dalam mode terminator nak musnahkan bumi." Ruang rumah dipandang.

"Ye la. Cincin tu mahal kut."

"So he said after destroying hundred thousand ringgit worth of properties that he owned..." bidas Egann pula. Dia tahu Saif ada perasaan pada Husna, tapi dia tak tahu tahap serius sampai dah membeli cincin nikah.

"Ehh. Benda tak penting. By the way, Saif lapar. Jom makan." Egann dipandang bersama senyum lebar.

"Saif..."

"Jom!!"

Si abang mengalah. 


PADA malam esoknya, sekali lagi Naadia meminta Egann temani dia di rumah memandangkan mourning symtomnya semakin teruk. Bulan kelima. Wanita itu diberi layanan sebaiknya oleh Egann, terutama selepas semua pengalamannya dengan Ayen.

Semua kehendak Naadia dipenuhi. Dari mengelilingi KL mencari manggis, kemudian menemani si wanita menonton TV, atau masakkan apa-apa yang dikehendaki, malah mencuci baju siap disidai serta dilipat, malah didodoikan sekalipun.

Naadia merenung lelaki yang mengusap rambutnya itu. Mereka kini sama-sama berbaring di katilnya, tetapi sedikit pun Egann tidak bertindak jauh melainkan cuba mendodoikannya semata.

"Kenapa kau buat semua ni untuk aku?" Lelaki ini benar-benar bersungguh melayannya.

"Kau yang mintak..."

Terkaku. "Do you love me?"

"No..."

Mata Naadia terpejam. Pedih. Lalu kepala dipaling dari si lelaki, mahu tidur sebelum tangisnya merajai hati.

Setelah wanita itu benar-benar terlena, Egann bangkit dari perbaringan. Pinggang diregangkan, membuang penat. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.

Dia turun ke lantai, nak berbaring terus. Malas nak memandu balik. Sebelum tidur, Egann berpusing ke perut Naadia semula, pada buncit yang semakin nampak itu. Diusapnya. Ya Tuhan, hati kian merebak dengan kasih sayang untuk generasinya. Dalam kepala dah terbayang kanak-kanak lelaki gabungan wajahnya dengan wajah Ayen. Erik tengah bergerak-gerak dalam perut.

"Anak ayah seronok berenang?" soalnya bersama kulit muka menghangat.

Beberapa bulan lagi, Erik akan lahir. Entah kenapa Egann yakin yang kali ini dia akan betul-betul dapat anak ini.

Tetapi Ayen enggan mengaku budak ini anaknya....

Tanpa dapat ditahan, marah terjentik. Egann mendengus kasar. Bila tangannya ditarik semula, tiba-tiba Naadia menoleh padanya.

"Egann...?"

"Apa dia? Kau nak apa?"

"Aku nak kau..." Tangan dihulur.

Si lelaki terkedu. "Kau tak boleh dapat aku. Kita dah janji untuk kekal sebagai parents dengan surrogate mother... tak boleh lebih dari tu."

Geleng. "Aku nak kau..." ujarnya, mula menangis. "Tolong jangan balik kat Ayen.... Tolong stay dengan aku and our baby.... Please..."

Egann renung tangan yang dihulur. "Its not..." –our baby... hati melanjut. Tapi at this point, it doesn't seem like it wasn't... bisik kepalanya. Satu hentakan realiti yang menampar waras. Wanita itu masih meminta huluran bersambut. Egann mengalah, lalu tangan Naadia digenggam.

Kata-kata Ayen teringat semula. Lekas kepala digeleng, enggan mengakui kebenaran kata-kata isterinya sekarang.

Setelah beberapa ketika, barulah Naadia benar-benar tidur lena. Egann terduduk di lantai, bersandar di kaki katil. Kaki dilipat ke dada, lengan direhat atas lutut, membayangkan masa depan yang semakin kabur. Sebuah masa depan tanpa Ayen.

"It was supposed to be with her..." Itulah impian dia.

Dompet dikeluarkan. Lukisan dia, Ayen, dan dua anak kiri dan kanan dikeluarkan. Lukisan yang dilukis dijadikan motivasi berbulan-bulan. Sambil merenung lukisan yang kini memberinya luka, Egann membaringkan tubuh ke lantai. Lukisan orang lidi dengan rambut panjang dan tetek bulat yang berdiri di sebelah orang lidi yang lebih tinggi, diusap lembut.

"Why is it so hard...?" Dia cuma nak usahakan sebuah keluarga sempurna untuk mereka. Kenapa kehendaknya tidak diberkati langit?

Liur yang terasa keras, ditelan.

Handphone tiba-tiba berdering. Dengan malas, Egann menyahut. Itu panggilan dari Doug.


BEBERAPA jam sebelum itu, semasa Egann melayan semua kehendak Naadia, Ayen sedang lepak dengan Doug di sebuah kaunter bar dalam sebuah pusat karaoke. Macammana mereka boleh lepak bersama, malah di bar pula? Ia adalah kerana Ayen sedang cuba menjiwai watak seorang perempuan bernama Naadia yang diketahuinya ada jiwa yang gila-gila dan gemarkan tempat liar seperti kelab malam dan disko. Sejenis persamaan dengan Egann. Tetapi berbanding kelab malam, lokasi bar yang dia boleh tolerate ialah di pusat karaoke.

Keadaan agak tenang. Yang kedengaran hanyalah bunyi muzik karaoke yang memekak di belakang telinga. Asap rokok juga terkawal. Hanya asap tebal vape dari vape Doug yang menyesakkan udara, yang membuatkan Ayen duduk dalam jarak tiga buah kerusi dari lelaki itu.

"Caner? Boleh feel macammana jadi Nadia?" soal mat sado.

"Naadia," tegur Ayen.

"Ha?"

Wanita itu spontan menggigit lidah. Spontan juga menyumpah. Gila, boleh terikut-ikut pula.

"Cool scar," ujar bartender yang tengah menyelap kaunter.

Ayen spontan menoleh, melihat lelaki berambut cacak dan perang itu. Garisan parut di pipi kanan lalu disentuh. "Thanks," ujarnya bersama senyum. Jarang orang puji parutnya, kecuali Egann.

Lelaki itu turut tersenyum. "And cute smile."

"Aww... so nice..." Kembang rasa hati. Benar-benar jarang dipuji begini. Ego terasa dikipas-kipas sekarang ni sampai berkembang luas macam bunga yang memekar. Sengih luas dilakar pada wajah sambil menoleh pada Doug tetapi lelaki itu buat bodoh. Ayen memandang bartender lagi. "I've heard bartender possess unexceptional people skill. I guess its true."

"Well, we're frontline who obliged to attend guests. It's on the house." Coke yang berbuih segar diletakkan di atas coaster, kemudian disorong pada Ayen. "You're alone?"

"Yea... kinda."

Kening kiri si lelaki terjungkit. Lalu tubuh direndahkan. Kedua belah siku dilipat pada kaunter, dan kepalanya dirapatkan pada pelanggan comel di hadapannya. "How'd a cute lady like you doing alone in a place like this? Hearbroken much?"

Ayen terkebil. Tetapi renungan mata lelaki itu benar-benar mencuit hatinya. Seakan-akan menggoda. Sesuatu yang dah lama tidak dilakukan oleh Egann. Bibir Ayen tercuit sedikit, tidak menjangka dia masih boleh menarik minat lelaki di luar rumah.

"Bro, back off. She's with me," sampuk Doug, lekas duduk di sebelah Ayen bersama renungan amaran. "Lemonade satu," pintanya kemudian.

Bartender itu mengerut dahi. Ayen dipandang, tetapi wanita itu dah pun mencerun pada Doug. Betullah mereka bersama. Bersama keluh, dia mengundur diri.

"Kau patut hati-hati sikit. Tempat macam ni masih ada buaya," ujar Doug.

"Hey, aku tahu la jaga diri."

"Ye la tu. By the way, Egann buat apa sampai kau pergi cari lelaki kat luar pulak?" soalnya pelik.

Ayen mengeluh berat. Straw pada coke dipandu ke mulut, lalu diteguk sekali dua. Gas coke terasa mencucuk tekak hingga dia menyeringai, tetapi sakit yang sedikit itu membuat sakit di hati jadi lega sedikit. Lalu diteguk lagi bagi membiasakan diri dengan sakit itu. Merasa hatinya ringan, dia bercerita pula mengenai konfliknya dengan Egann pada Doug, termasuklah kehadiran Naadia yang kini menjadi pihak ketika.

Doug mengangguk-angguk. "Dulu dia tinggalkan aku sebab nak kejar kangkang kau nak buat baby, sekarang dia tinggalkan kau sebab dia buat benda yang sama dekat perempuan bernama Nadia tu? Welcome to my life," cemiknya.

"Naadia. Kau kena sebut dua harakat sebab nama dia ada mad asli." Dibetulkan lagi. Siap dengan penjelasan kali ini.

"What the hell is wrong with you?" soal Doug geram.

"Grahh!!" Ayen meraup muka. Turut marahkan diri sendiri. "Damn that woman tinggalkan kesan yang kuat!"

"You don't say..." Asap vape dibuang ke kanan supaya tidak mengganggu Ayen di sebelah kiri. "Aku kenal dia. Aku ada dengan laki kau masa mula-mula dia muncul dan cium Egann betul-betul depan aku."

Ayen ternganga. "Lepas tu?"

"Laki kau jenis melayan. Dia biar je la perempuan tu tangkap feel dekat dia. Mereka berkahwin tak lama kemudian sebab Egann tengah taksub nak tipu Saif pasal naluri dia..." luah Doug perlahan. "Damn, aku rasa bodoh sebab jatuh cinta dekat mamat tu..."

Si wanita terkedu, lalu tergelak. "You and me both, bro..."

"Dalam ramai-ramai wife Egann, aku paling benci Nadia tu.... Berlagak macam dia pandai sangat... berlagak sangat... dia jauh lebih teruk dari kau! Berlagak!! Pandang orang macamlah dia langsung tak berdosa!"

"Lah, kau kenal dia rupanya? Jadi, kau sebut Nadia, bukan Naadia sebab..."

"Dia tak layak nama dia disebut dengan betul. Naadia Naadia. Aku debik muka dia baru tau."

"Oh my God..." Sengih Ayen sekali lagi terlakar luas. Bro fist diberi pada Doug, dan disambut si lelaki. Mereka kini ialah rakan baik, kerana menyukai lelaki yang sama, dan membenci perempuan yang sama. Boleh buat geng!

Ayen meneguk coke lagi. "So, tell me... apa rasa jadi gay..."

"Dah kenapa tiba-tiba?"

Si lelaki dikerling. "Aku masih ingat luahan perasaan kau dekat hospital dulu. Aku ingat sampai sekarang... aku rasa feeling kau dekat Egann jauh lebih kuat dari aku, even. Sampai bertahun-tahun.... Did you know aku sebenarnya heartless? Kalau Egann tak jaga aku... kalau dia tak sentiasa tarik aku supaya dekat dengan dia... kat mana aku duduk berseorangan sekarang agaknya..." Botol-botol arak yang tersusun di atas rak di hadapannya direnung.

Doug mendiam seketika. "Aku rasa kau tak payah nak ambik tahu... pun bukannya kau faham... aku rasa terhina, ada la."

"Jangan la macam tu. Perasaan kau dekat Egann relatable bagi aku... sebab aku pun pernah jatuh cinta tapi haram..."

"Hah! Kau pernah jatuh cinta dekat kaum kau sendiri?"

"Kalau kau maksudkan kaum melayu... ya, aku pernah. Kalau kau maksudkan kaum perempuan... haha, tak pernah." Kepala terhangguk sedikit. Kepalanya ringan. Kenapa ni? Tetapi wajah seseorang terbayang di kepala. "Dia... ialah beradik aku sendiri."

Mata Doug membulat luas. Vape dah tak terhisap.

Renungan Ayen masih redup pada coke. "Aku panggil dia Pali... kami saling tangkap feeling masa sekolah menengah. Dia bestfriend aku sejak kecil... teman mandi parit, teman masuk kebun, teman makan buah atas pokok.... Kami tak declare couple sampai habis SPM. Tapi bila mak aku tahu kami bercinta, dia tentang habis habisan..."

"Oh my God..." Tak sangka.

"Kami saudara susuan je la..." Doug ditoleh. "Pali pernah menyusu dengan mak aku.... Susu kan, dia jadi darah. Jadi kami basically saudara susuan... kami ialah beradik... kami tak dibenarkan berjumpa." Liur ditelan. "I took it hard. Aku pergi sambung belajar kat negara luar, jadi workaholic sebab nak lupakan sejarah memalukan tu... dan jumpa Egann. Aku rasa aku ada bakat tarik broken people..."

"Hahaha. Maybe." Lemonade diteguk. "Kalau aku... berbanding Egann yang jadi gay sebab dia sendiri eksperimen dan tak boleh patah balik... dari dulu aku memang macam ni. Aku sedar aku suka lelaki masa sekolah asrama... damn, sengsara gila masa tu..." Gelas lemonade diigenggam seeratnya sambil membayangkan kenangan lama.

Ayen menundukkan kepala, mencari wajah itu. "Kenapa? Kau kena buli ke?"

"Bukan. Budak hostel tak tahu naluri aku songsang. Aku pun taknak rosakkan friendship kami. Tapi... imagine lelaki yang masuk ke bilik yang penuh dengan perempuan bogel. A steamy sight that is. Dada kau berdebar. Nafas kau kencang. Darah kau memancut keluar dari vein. Jantung kau pam darah sama tahap laju dengan kuda perang. Nafsu... can actually kill you." Vape dihisap hingga penuh di dada. Ah, segar. "And even worse sebab kau takda ruang nak lepaskan... sebab all those perempuan bogel sebenarnya ialah teammate kau sendiri yang berkumpul kat bilik mandi lepas main ragbi..." luahnya sambil menghembus asap vape ke tepi.

Ayen membatu.

"Tapi masa tu masa sekolah menengah, hahaha. Remaja, kan? Raging hormone. Confusing identity, yada yada yada. That was a tough time. Aku dah okay dah sekarang."

"I hope so..." Lengan dilingkar ke belakang badan bidang si lelaki.

Doug terperanjat. Ayen dipandang lagi. Biar betul perempuan ini tengah memeluknya!

Ayen pula masih selamba wlaau otak dah mula tingtong. Badannya panas seperti dibakar. Lalu butang atas kemejanya ditanggalkan . "Aku nak minta maaf... sebab layan kau dengan teruk selama ni sebab sukakan laki aku. Its not like kau boleh elak feeling tu dari datang..."

Perasan muka Ayen memerah. Malah kepalanya turut tergoyang-goyang. Mabuk ke apa bini Egann ni? Doug mencapai coke. "Kau kena spike ke ni?" Coke dihidu. Kemudian bartender yang buat bodoh di hujung kaunter dikerling. Sememangnya lelaki itu ada niat jahat pada Ayen. Mujur Doug ada sekali pada malam ni.

Hik. Sedu mula terbentuk. Doug mengeluh. Betullah. "Jomlah aku hantar kau balik rumah..." Sebelum keadaan jadi lebih teruk.

Lekas pegangan itu dilepaskan. "Aku tak habis luah perasaan. Duduk la. Kau je yang aku boleh share sekarang ni... sebab kita share nasib yang sama..." Coke diteguk lagi hingga habis ke dasar. Ayen meletakkan kedua belah lengan pada kaunter sambil memandang udara nipis di hadapannya. "Sebelum Naadia betul-betul berjaya rampas Egann dari aku... aku nak balas dendam dekat dia..."

"Kau nak buat apa?"

Bahu Doug ditumbuk. "Aku rasa macam nak pergi rumah dia... lepas tu curi semua kasut dia... selipar dia... dan heels dia. Tapi yang sebelah je." Sengihnya. "Lepas tu bila dia berjalan, terjungkit-jungkit. Tak pun terpaksa pakai kasut sebelah lain sebelah hahahaha... biar tercalar ego dia."

Kening si lelaki terjungkit. Kelakar pula mendengar idea itu. "Kau nasty hahahha. Tapi kau tak boleh buat macam tu..."

"Yea... yea... aku tau aku tak patut fikir macam tu." Tangan dikipas ke udara. "Aku patut bersabar sebab dia sanggup kandungkan anak aku dengan Egann." Nafas ditarik dalam. "I should be the bigger person... plus, aku waaay older dari korang... aku sepatutnya dah boleh ada my own old people wisdom untuk diberi dekat setiap orang muda yang perlukan nasihat kehidupan..." Lemonade Doug dirampas, lalu diteguk.

"Kau cakap apa ni, Yen? Tu la kau, aku tak habis cakap terus nak menyampuk."

Ayen menjeling dengan kening berkerut.

"Aku nak bagitau kau tak boleh buat macam tu sebab kau kena curi kunci rumah dia, pecah masuk security kondominimum dia, yang aku rasa kau akan kantoi masa kau nak masuk parking sekalipun. Maybe better kalau kau balut kereta dia dengan plastik balut makanan lepas tu bakar pakai fire burner sampai plastik tu melekat kat kereta dia. Aku tolong kau."

Ayen terkedu. Senyum lambat-lambat meluas. "Its like you're the best friend I never had..." Kedua belah tangan dipanjangkan ke leher si lelaki, dipeluk erat. Terkejut lagi si lelaki dibuatnya. Janggal benar. Lagi-lagi Ayen berbau wangi! Mungkin haruman rambut yang tertutup di dalam shawl yang dipakai. Si wanita itu pula merehatkan wajah di bahunya. "Thank you sebab tak cuba nak ubah aku jadi lebih baik..." sengihnya pula.

Hembusan nafas yang hangat membuat dadanya berdebar sedikit. Doug tergelak nipis, menepis perasaan asing yang cuba menyelit masuk. Titisan air pada permukaan kaca gelas dikacau dengan ibu jari. Pelukan Ayen agak lama. Hangat pula rasanya.

"Jom." Ayen tiba-tiba bangkit.

"Eh? Kemana?"

"Beli plastik dengan fire burner la. Nanti kedai tutup..." getusnya sambil menarik baju Doug. "Kau rasa patut tak kita tambah aluminium foil sekali? Dengan ice pick untuk bocorkan tayar kereta dia."

"Damn you're creatively evil!" Doug tergelak, selajur mereka bergerak keluar.


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh