Bab 29

WALAUPUN cuba ditarik berkali-kali, Egann tetap gigih menolak dengan alasan hilang macho kalau dia memasuki tempat sebegitu. Akhirnya Naadia memasuki Bmic Nail Spa Salon bagi membuat rawatan manicure dan pedicure seorang diri. Si lelaki dengan berbesar hati menunggu di luar kedai walaupun bersama risiko perlu memujuk rajuk itu di kemudian hari. 

Beg-beg shopping ditinggalkan dalam salon bersama Naadia. Dia pula berjalan-jalan menikmati momen berseorangan, hingga terpandang dua individu yang cukup dikenali di hadapannya. Itu Ayen dan Hafiz. Ha, kantoi!

Di tangan Hafiz memegang beg kertas shopping, keadaan yang sama antara dia dengan Naadia tadi. Jadi mereka tengah dating bersama? Jantung Egann berdetak dengan rasa cemburu. Tambah-tambah mereka nampak sangat mesra dan bergurau senda sesama sendiri. Sebuah dinamik yang cukup berbeza dengan dia dan Naadia tadi.

Lekas dia mengekori di belakang hingga sampai ke jarak boleh dengar.

"Kau pula yang bagi. Come on. Hit me with a joke!" ujar Hafiz dengan senyum luas di muka.

Ayen mendiam seketika sambil menjulingkan mata ke langit. "You."

Hafiz mengerut dahi. Tak faham. Ayen pula meleretkan sengih.

"You're the joke."

Lalu mata dibulatkan. "Oohh... ohohoho... you wanna play dark humor?" Cabar.

"I majored in dark humor," balas si perempuan dengan mata mencerlang. Cabaran diterima.

"Okay. Aku bagi kau satu. Setiap horoskop ada gaya rambut masing-masing. Leo dengan gaya rambut menggerbang. Virgo dengan gaya rambut mengurai macam perempuan. Tapi Cancer botak."

"Kenapa Cancer bo—" Nafas menyendat bila berjaya menangkap punchline. Lalu ketawa Ayen terlepas kuat hingga terpaksa ditekup dengan tangan. Tetapi nafsu ketawanya masih ada setangki penuh nak ditumpahkan. Ayen ketawa lagi dengan keadaan tertahan. Muka mula panas. Perut juga mengetat kerana serangan otot. Senak! Hingga terpaksa bertahan dengan Hafiz sebelum terduduk melutut.

"Hey hey... hahahaha..." Hafiz turut ketawa dibuatnya, parah melihat keadaan Ayen. "Kau betul-betul a sucker for dark humor..." desisnya sambil cuba menarik si wanita ke tepi bagi memastikan mereka tidak mengganggu orang awam.

"Sir, what's wrong? Are you bullying the lovely lady?" tegur seseorang.

Hafiz menoleh. "No no hahha... she's just laughing... eh, kau Ega—!" Hilang kata bila bajunya direntap dan ditarik kasar hingga memasuki kedai terdekat.

Bila Ayen menoleh, kedua-dua lelaki dah pun menghilang. Terkedu seketika. "Hafiz?" Kemana dia pergi dalam masa sekejap? Nombor lelaki itu terus dihubungi, tetapi tidak diangkat. Alamak, risau pula dia. Kepala ditoleh-toleh, melihat sekeliling. Baru saja nak bertanya pada sales girl yang ada di situ, Hafiz menelefon.

"Hey, kau ada mana? Kenapa tiba-tiba hilang," getus Ayen, antara marah dan risau.

"Erk.. aku ada benda urgent."

"Benda urgent apa? Kata nak beli hadiah untuk Husna sama-sama."

"Sorry, tapi aku kena selamatkan diri aku dari dibunuh."

"Haaa?"

"Ermm... kau beli hadiah kau dulu. Aku jumpa kau kat parking. Eh tak tak tak tak! Kau balik sendiri!"

Kenapa nada suara berubah-ubah? "Apa benda kau ni... aku memang suka dark humor, tapi jangan buat lawak bunuh-bunuh macam ni... aku betul-betul risau ni... kau ada mana?" Koridor pejalan kaki dipandang lagi kiri dan kanan. Kepala dipanjangkan ke sebalik rail, kemudian ditegakkan supaya nampak hingga ke hujung, tetapi langsung tidak nampak kelibat lelaki yang seingatnya, memakai kemeja ungu itu. 

"Hahaha... kita jumpa kat parking, okay? Good. Bai."

Dia yang ajak, dia yang tanya, dia yang buat keputusan. Sabar je la. Tapi mungkin elok dia berseorangan sekarang, sebab hadiah yang dia nak berikan pada Husna sempena majlis kahwin rakannya esok hari ialah sepasang lingerie. Lalu Ayen memasuki La Senza.

Dark humor ialah suatu bentuk komedi kasar yang menyentuh hal-hal serius, pedih untuk dibincangkan, atau apa-apa tajuk yang orang selalunya tidak gemar bangkitkan, seperti kematian, perkauman, naluri seksual, masalah mental dan lain-lain. Bergantung dengan toleransi telinga pendengar, dark humor secara umumnya jarang boleh diterima oleh orang awam. Hanya insan-insan tertentu sahaja yang boleh berhibur dengan komedi kasar seperti itu, kerana pada hakikatnya, realiti ialah tukang buat lawak dark comedy yang terhebat. Dan Ayen dah pun menari-nari dengan tamparan realiti sejak bertahun.

Satu lagi lawak yang realiti tengah tampar ke mukanya ketika ini ialah dia menemui Naadia di dalam kedai baju pakaian dalam wanita itu. Untuk seketika, mereka berpandangan. Rasa macam Ice Queen menghantar ribut ais ke dalam kedai ini. 

"I see. You pun nak beli baju tidur seksi untuk Egann tengok."

Ah, itu pun satu lagi dark humor dari realiti, yakni ketidakmampuan Egann melihat niat Naadia. Tetapi dia masih cuba memproses dugaan yang ini dan mengharap akan boleh ketawa di kemudian hari.

Bersama keluh, Ayen melangkah masuk. "Aku dah janji dengan Egann nak fake berbaik dengan kau, jadi aku cuba tunaikan."

"Fake berbaik? Itu ialah trend dalam kalangan hipokrit, ke?" soal Naadia pada baju tidur merah di tangan.

Ayen tersenyum sinis, lalu berdiri di sebelah Naadia. Kepala dilangut pada pakaian dalam berwarna hitam di depannya. "Yea... hipokrit ada ramai kat dunia ni. Contoh terbesar ialah perempuan kat sebelah aku."

Wanita cantik di sebelahnya menoleh. "Itu bukan cara berbaik dengan I. Kalau you nak berbaik, you kena ada duit sekurang-kurangnya RM100M dalam bank, you punya side income lebih besar dari you punya fixed income, dan you kena buang parut hodoh you tu sebab disgusting."

Ayen mencemik. "I did say nak fake... tapi kau betul-betul tahu macammana nak tambah cabaran dekat aku on a whole new level..." Ekor mata terpandang baby bump insan di sebelahnya. Saiznya agak kecil, mungkin kerana dilindungi baju longgar, tetapi ada.

Terpaut terus pandangannya. Mata Ayen perlahan-lahan membesar, hampir lupa nak bernafas buat seketika. Dunia tiba-tiba bisu. Hati turut lupa nak membenci Naadia ketika ini, kerana seluruh perhatian dan fokus derianya ialah pada buncit itu.

Itukah anaknya?

Itulah ialah hasil penipuan Egann di belakangnya... kah? Itu ialah anak mereka yang lelaki itu cuba nak pujuknya untuk terima selama berbulan-bulan. Itulah anak... yang hampir-hampir buatkan mak ayah dia berpisah hanya sebab wujud melalui cara yang salah. Anak yang dia cuba tolak kewujudannya. Air mata lalu bergenang.

"B-boleh tak aku nak sentuh..." Tangan dipandu ke perut Naadia.

Wanita itu terperanjat. Dia enggan membenarkan, tapi melihat air muka Ayen ketika ini, hatinya melembut tanpa dijangka. Mereka sama-sama perempuan. Mereka berkongsi naluri keibuan yang sama.

"Sentuhlah." Tubuh dipusing.

Lalu tangan kanan dilekap pada permukaan yang lembut itu, sekaligus membuatkan kulit muka bertambah panas. Air mata semakin banyak bergenang hingga penuh di kolam mata. Kemudian sebelah lagi tangan dilekapkan pada lekuk perut di hadapannya, seolah-olah memegang anaknya buat pertama kali. Ketawa Ayen terlepas tanpa dapat ditahan. Air mata terus menitis setitik dua.

"Hey... little Erik... its mom. Kau sihat? Seronok berenang?" soalnya bersama senyum yang tak mati. "You lil' jerk... kau buatkan mommy dengan daddy gaduh besar sampai berbulan, tau dak..."

Naadia merenung air mata pilu itu dengan muka kosong. 

Setelah dirasakan puas berbual dengan Erik, Ayen melepas ketawa terakhir. Air mata dikesat, kemudian kepala dilangut pada wanita tinggi di hadapannya. "Thanks."

"Untuk apa?"

"Sebab kandungkan dia. Egann cakap betul. Cara kelahiran mungkin salah... tapi Erik tetap dah ada... dan dah wujud. Menafi kewujudan dia is a very wrong move..." Hingus cair ditarik, menyesali kebodohannya selama ini. Hampir lima bulan mereka bergaduh. Sia-sia!

"Apa maksud kau menafi..."

Ayen menggaru belakang kepala. "Sorry. Selama ni, aku under impression yang kau cuba nak rampas Egann dari aku dengan gunapakai baby ni.... Jadi aku cakap dekat Egann baby ni ialah kau dengan dia yang punya, bukan aku punya. I guess, I just wanna hurt him for planning the surrogation behind my back..." Liur ditelan, akhirnya mengaku salah. "Aku tak pernah terfikir yang mungkin benar kau cuma nak tolong..." lanjutnya lagi. Niat untuk membantu Egann melayan Naadia sebaiknya dan menyambut kehadiran Erik ke dunia empat bulan lagi kini terbentuk.

Si cantik pula terkedu. "On what basis kau cakap aku nak rampas Egann pakai baby ni?" Perut diusap.

"Sekadar teori tanpa bukti. Since Egann wants baby so badly... dan kau pula nakkan dia. It works that way. I mean... its only logical... Yang jadi masalah ialah Egann taknak dekat kau... so... you have no other choice but to play dirty." Belakang kepala yang tak gatal, digaru. Sengih bersalah diberi pada Naadia kerana terlalu praktikal berbanding cuba mempertimbang dari sudut yang lebih positif.

Naadia terkedu sebelum terangguk ringan. Perempuan berparut di pipi ini kini dipandang kagum. Sangat kagum hingga senyumannya meleret luas. Dia terhibur! "Kau bijak. Kau sangat-sangat bijak, hahaha..." Muka diraup dengan sebelah tangan sambil menggeleng. Dia tak pasti kenapa dia terhibur walhal niatnya kantoi. Ayen pula bertukar kelam melihat reaksi itu, manakala si perempuan cantik kembali menentang si pendek di depannya dengan ketawa yang dah memperlahan. "Kau on point. Baby ni kami yang punya."

Ayen menipiskan bibir. Selama ini memang dia sendiri selalu menyebut perkataan itu, tetapi selepas berjumpa dengan bayi yang masih dalam kandungan pada hari ini, dia akhirnya memutuskan untuk mengekalkan haknya sebagai emak.

"No, you won't. Aku dimaklumkan Egann ada buat legal contract between intended parents dengan surrogate mother supaya baby tu dipulangkan pada kami as the legit parents."

"He did. I did signed it." Kepala dilentok, mengingati sesi perjanjian bersama Egann itu. Ketiak itu Ayen tiada kerana masih tidak tahu menahu tentang rancangan mereka. Sebab itulah Naadia mudah nak memainkan benang. Isteri Egann itu dipandang lagi. "But no, this baby is still not yours. Its Egann's, but not yours."

Berkerut lagi. Masih tak faham.

"I upah makmal untuk swap ovum you dengan ovum I untuk disenyawakan dengan sperm Egann... kemudian dimasukkan ke dalam perut kita. Yours tak melekat. Mujur. But mine did..." Perut diusap lagi. "This one right here... is his and mine only."

Malapetaka.

"You said you gaduh besar dengan Egann sebab you punya theoretical idea yang baby ni bukan you punya? Hahaha. I wonder apa akan jadi kalau dia dapat tahu your theory is actually true."

Kiamat dunia.


"AKU tarik balik ayat aku! Aku takkan benarkan kau kahwini Nadia!"

Egann terperanjat bila Ayen tiba-tiba memekik di hujung talian. Amboi. Apa dah jadi sampai marah benar? "Sebutan dia Naa—dia."

"I-DON'T-FRACKIN-CARE!!"

Alamak. Dia dah menyumpah. Kira tahap marah macam gunung berapi meletup dan menimbus Pompei sampai hilang dari peta terus ke ni?

"Okay okay okay. Sorry. Tapi kenapa tiba-tiba ubah fikiran?"

"Aku jumpa dia tadi! That frickin biatch boleh cakap baby tu bukan aku yang punya!"

"Tapi kau sendiri tak pernah mengaku Erik kau punya..."

Kedengaran bunyi nafas ditarik deras. "Egann... dalam perkahwinan... ada sesuatu yang disebut sebagai endless support. Especially bila pasangan kau marah... kau jangan sekali-kali melawan walaupun dia salah. Dengar tak?"

Senyum tertahan. "Baik mem."

"Damn! I can't believe she did what she did! Kau nak tau apa dia cakap kat aku? Dia—wait. Kau ada kat mana sekarang?" soalnya bila terdengar bunyi muzik di background. Mulanya dia ingat Naadia shopping sengsorang. Tetapi keganjilan Hafiz yang tiba-tiba menghilang dengan alasan lari dari orang yang nak membunuhnya, masih tidak berjawab. Kalau Egann sebenarnya ada sekali di Pavilion ketika ini... tingkah laku ganjil itu menjadi logik. Malah, jika dilihat pada perangai Egann selama ini, dia akan menipu bila melibatkan hal dengan Naadia.

"Aku? Opis."

"Go to hell."

Tutup.

Egann mengerut dahi, memandang iPhone. Macammana dia kantoi? Kepala ditoleh-toleh, mencari Ayen di jarak boleh lihat. Tiada di mana-mana. Pun dia tengah berseorangan sekarang ini. Kepala dipaling ke center Pavilion, pada lagu remix God's Plan – Drake yang tengah bergema, menemani pekerja-pekerja memasang pentas di tengah-tengah ruang.

Egann mencucuk daging pipi. "Never lie to a smart wife..." desisnya. Nombor Ayen didail semula, mahu meminta maaf, tetapi tidak bersahut. Whassap dari Ayen pula masuk.

1924. Ayen: <Kau tidur luar malam ni *emoticon marah*>

Egann menaip maaf, tetapi dah kena block.

Ya Allah!!


JAM dan menunjukkan pukul 11 malam tetapi dia masih berada di luar. Malas nak balik ke rumah sebab Ayen tengah marah, dan taknak juga ke rumah Naadia sebab wanita itu pasti akan menjerit kerana dia terus melarikan diri di Pavilion tadi serta tidak mengangkat panggilan hingga sekarang. Saif dihubungi, cuba mengajak lepak, tetapi adiknya tidak menyahut. Mana pulak budak manja tu pergi. Takkan tengah moody sebab Husna kahwin esok, kut?

Akhirnya, Doug yang dihubungi. Bila rakannya itu sampai, Egann tengah berdiri tegak di tepi jalan sambil merenung Menara KLCC yang berdiri megah di hadapannya.

"Kau tengah buat photoshoot ke apa?" tegur Doug sambil keluar dari keretanya.

Egann menghela nafas panjang. "Kau ada rokok?"

"Kau merokok? Sejak bila?"

"Aku tak... tapi aku betul-betul rasa nak menghisap sekarang..." Kemudian udara ditarik sedalamnya, menenangkan galau di hati. Doug menghulur vape, tetapi ditolak Egann. Renungannya masih tidak lepas dari menara kebanggaan Malaysia di depan mata.

"Masa mula-mula kau sampai Malaysia, sampai KL, kau selalu datang sini dan tenung KLCC tu kalau kau stress," ujar Doug sambil merehatkan punggungnya pada bonet kereta.

Egann berpaling ke belakang. "Really?"

"Ye. Kau masa tu stress pasal macammana nak jumpa adik kau tapi tak kantoi sebagai gay dekat dia. Tapi lepas tu kau stress macammana nak pujuk dia untuk terima kau semula sebagai abang sebab dah kantoi gay. Kau tak pernah datang sini sejak kau kahwin dengan Ayen." Asap vape dihembus ke langit malam.

Egann terkedu. Lalu dia beralih, bersandar di sebelah rakannya. "Apa pendapat kau pasal aku dengan Ayen? Are we compatible?"

"You guys're the most compatible couple aku pernah jumpa. Sampai semua orang menyampah sebab bahagianya korang. Sampai Saif openly bitter. Sampai aku penat menunggu nak rampas kau semula. Sampai Husna pun cemburu sampai gigih nak kahwin semula. Seolah-olah honeymoon period antara korang tak pernah habis."

Egann tergelak nipis. "Obviously sekarang honeymoon period tu dah habis... sebab kami bergaduh sepanjang masa sekarang."

"Itu ialah sebab kau buat benda bodoh..." Senada membalas sambil mengeluarkan handset dari poket jeans.

"Sedap je kau cakap..."

"Habis Ayen yang buat kerja bodoh?"

"Dia capable buat benda bodoh. Macam hari tu... dia pergi bar sampai percuma kena spike."

"Dia cuba nak faham dunia kau. Prepare fight dia dengan Naadia or some sort. The cancer in your relationship ialah Naadia."

Keluh spontan terhembus berat. Tangan diangkat ke atas, meregangkan badannya. Membuang sengal. KLCC kembali dipandang sambil membayangkan Naadia di belakang kepala. Semua masalah ini datangnya dari Naadia? Atau Ayen yang enggan berkompromi? Atau dia yang membuta mencabar hukum agama? Atau... ada lagi benda yang dia tak nampak?

"Aku cuma nak Erik, dowh..." keluhnya akhirnya. Hanya kerana kehendaknya yang satu ini, semua masalah ini terjadi. "Tapi Ayen... tiga kali cuai is too alarming to ignore.... And Naadia pula aku tengok... macam sengaja nak meneguk di air yang keruh. Aku pula..." Renungan pada KLCC dipindahkan ke langit gelap di atasnya. Pada sesuatu Yang Maha Besar yang sedang memerhatinya. "Aku nak keluarga lengkap dan bahagia..." luahnya di bawah nafas.

"Well, nothing in this world worth having comes easy."

Egann terkedu, lalu menoleh pada Doug. Rakannya masih berteleku pada Iphone di tangan. "That's deep bro..."

Doug menjeling. "Aku sekadar baca apa yang tertulis kat komen section dalam Youtube." Skrin iPhone ditunjuk. "Aku lost halfway masa kau duk merungut."

Sabar je la.

"Now that relationship kau dengan Ayen buat kau mengadap KLCC balik... apa kau nak buat lepas ni?"

"Honestly... aku dah tak tau.... Aku dah penat berfikir. Aku tak jumpa penyelesaiannya sampai sekarang...."

"Kau boleh kahwini Naadia. Perempuan tu lebih cantik dan lebih pandai dan lebih kaya dan lebih gila berbanding Ayen. Sesuai dengan kau. Lagipun dia tengah kandungkan anak kau, kan?"

"Kenapa semua orang cakap macam tu..." keluhnya lagi.

"Lepas kau ceraikan Ayen, aku boleh try dia pula," tuturnya selamba, masih fokus pada iPhone.

Egann menoleh lipat maut. Terkejut beruk. "Apa dia?"

Doug turut menoleh. "I'm interested in your wife to be my partner. She can fit with me." Jujur. "Aku akhirnya faham macammana kau boleh jatuh cinta dengan dia, because honestly, she's so warm and fuzzy and harum mewangi. Comforting. Funny. Intelligent. Good sense of humor and craziness level. Entertaining bagi aku. Dan parut dia pula, lama-lama tengok, geram pula aku..."

Satu persatu kata-kata itu menghentak hati dan akal Egann. Sakit, macam dilibas tali pinggang getah. Sampai berbirat! Sandaran dipisahkan. Lalu Doug dipandang macam dia memandang Hafiz. 

"I dare you to say that again..."

Doug lekas beralih dari duduknya, menyedari marah si naga sudah dijentik. "Aku cuma nak cakap... dia ialah someone yang cukup sabar... dan boleh ubah kau. Since aku pun tengah cuba nak berubah ke jalan Allah... then maybe... I could ask for her help. Since kau dah give up dengan dia—"

"AKU TAK GIVE UP DENGAN DIA!!" Meletup terus suara itu ke langit. Si kawan semakin jauh berundur bersama sengih cuak, manakala Egann menapak satu persatu dengan mata marak membara. "Kau dah ada Husna! Tapi kau tolak dia dekat lelaki lain!"

"Aku nak Ayen. She's different."

Mata Egann membulat seluasnya. Anak mata hitamnya mengecut. Fokus. Seperti seekor singa yang dah bersedia nak menerkam seekor impala. Urat otot meregang di paras maksimum, bersedia menerkam bila-bila masa. Hanya menunggu masa.

"Aku dah ada Ilyas dengan Yunus, jadi aku tak cerewet pasal anak. Asalkan boleh puas—"

"KAU—!!"

Mata Doug membulat bila Egann menujah diri ke arahnya. Refleks dia mengelak, namun tak habis di situ. Aura membunuh Egann masih cukup terasa pada liang roma. Kalau dia tak melarikan diri sekarang, tengkuknya akan patah! Dia memecut terus, melarikan diri dari maut, dimana Egann mengejar rapat di belakang.


AYEN tengah bersedia nak tidur bila Egann tiba-tiba masuk ke bilik. Baru saja nak memarahi lelaki itu kerana masih berani masuk sedangkan dah disuruh tidur di luar, baru perasan keadaan Egann yang basah lencun dengan peluh. Rambutnya lembap. Mukanya merah. Peluh masih menitis di dahi dan mengalir di muka hingga diserap jambangnya. Kemeja maroon yang dipakai melekat pada tubuh sasa. Hembusan nafas kencang turut kedengaran dari suaminya. Pergi jogging tengah malam ke apa? Tapi kenapa jogging pakai baju kerja?

"Kau baru balik dari kena kejar singa?" soal Ayen pelik.

"Singa apa benda!! Dia ialah buaya!" jerkahnya pada bakul pakaian kotor di depannya. Kemeja dan singlet dihempas ke dalam bakul tersebut. Kemudian seluarnya pula. Baru saja tangan nak mencapai tuala, pelik melihat sidaian kosong. Kepala dipanjangkan pada Ayen.

"Mana tuala?"

"Masih kat bilik sidai."

"Kenapa kau sidai tuala aku?"

"Sebab aku cuci la pandai. Alang-alang hari ni aku offday."

"Habis aku nak mandi macammana!" marah Egann pula. Mudah benar meletup ketika ini.

Ayen mendesis. Aku tengah marah, dia pun nak marah. Ambik je la tuala lain dalam almari! Takkan tu pun nak bagitau! Sambil menggerutu, dia bergerak ke almari dan dihulur tuala bersih pada si suami.

Egann membaluti pinggangnya. Sebelum berkalih, si isteri yang kembali berkalih ke katil, dipandang. "Lepas ni kau jangan berkawan dengan Dominic lagi."

"No problem. Sebab aku tak pernah ada kawan bernama Dominic."

Masih dengan muka tegang, wajah Doug dibayangkan di belakang kepala, tetapi kabur. "Maksud aku Dobby!"

"Dobby?? Dobby the House Elf, Harry Potter punya Dobby?"

Makin keliru si isteri itu, termasuklah juga dengan Egann. Tiba-tiba nama Doug hilang dalam bank infomasi dalam kepala. Kepala dibengkokkan ke kanan, berfikir keras.

"D-do-Dumble—no, its not his name..." Dengus dilepaskan kasar.

Ayen memasuki selimut. "Doug?"

"Yes! He's the one! Jangan berkawan dengan dia lagi!"

"Kenapa kau confuse nama dia macam kau confuse nama Hafiz? Kau jealous dekat dia pasal apa?"

"Aku tak jealous! Aku cuma taknak kau kawan dengan dia lagi! Kau dengar tak?!"

"Ya... ya... whatever. Kalau ada sesiapa tanya, cakap aku cuba defend." Kepala direbahkan. Ah ya Allah, selesanya. Tubuh dibaring mengiring, mata dipejam dan bantal dipeluk erat. "Nanti bila kau keluar, tutup pintu tau. Good night..."

Egann merenung lekuk tubuh yang macam bukit bukau itu, mengingati minat Doug yang timbul untuk isterinya. Dalam ramai-ramai lelaki, dia langsung tak menjangka Ayen mampu menjentik minat lelaki macam Doug. Bartender sangap mungkin boleh dipandang sebelah mata. Hafiz juga sejenis ancaman yang dah dalam kawalan. Tetapi jika dibiarkan Ayen menyebarkan pheromone-nya dengan meliar hingga menarik perhatian kumbang, semasa dia tengah sibuk melayan Naadia, boleh jadi wanita itu benar-benar akan tinggalkan dia. Ayen perlu diberi peringatan apa rasanya memiliki seorang lelaki bernama Syafik Egann.

"Teman aku mandi jom."

"Jangan mengada. I have an early day tomorrow. Plus, aku masih marah kat kau."

"Kau boleh sambung marah nanti-nanti. Mandi dengan aku jom."

"Aku nak tidur, Egann..."

"Jom."

"Pun aku dah mandi dah tadi..." Suaranya kian tenggelam, selari dengan lena yang semakin mendekat.

Kelopak mata terbuka luas bila terasa selimut ditarik dari tubuhnya. Jerit terlontar bila Egann mendukungnya dari perbaringan. Menyedari dia diangkut ke bilik air, peluh dingin pula pecah. Ah sudah. Sekian sejahtera tidur, apa khabar malam yang panjang.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh