Bab 8

HUSNA baru balik dari mengambil anak-anaknya dari tadika. Bila pintu dibuka, rumahnya dah pun berisi sekumpulan manusia yang tak dijemput. Terperanjat seketika. Saif, Doug, Egann dan Ayen berpiknik di ruang tamu. Makanan ringan memenuhi meja, dan masing-masing memegang kad UNO.

"Assalamualaikum people who don't live here..." panggilnya sambil menutup pintu. Ilyas dan Yunus berlari mendapatkan Saif dan Doug. Sambil meletakkan makanan basah ke meja dapur, Husna menegur Egann. "Syarat Ayen cakap kau tak boleh lawat dia hari-hari biasa kecuali petang Jumaat. Kenapa langgar janji? Munafik much?"

"Saif, kau boleh tolong jawab untuk abang?"

"Dah berkali-kali Saif cakap jangan tarik Saif dalam pergaduhan bodoh abang." Kad 4 hijau diletakkan di tengah meja.

"Kau jugak yang jumpa loophole dalam syarat Ayen tu sampai suruh abang bawak Doug datang ke sini sebab rumah ni pun practically rumah dia jugak!" gerutu si abang.

Pertelingkahan dua beradik mata biru itu membuat Husna jadi sengal. "Doug? Kau tau kenapa korang berkumpul kat rumah aku hari ini?"

Si duda menyengih pada kad. "Saif cakap ada dua loophole. Satu, hari jumaat je Egann boleh lawat Ayen. Tapi hari-hari lain, dia boleh datang lawat kau."

Bercantum terus keningnya. Ah, pandainya memutar belit! "Macammana kalau aku tak bagi masuk?"

"Sebab tu dia tarik aku." Kad 6 kuning diletakkan.

"Tapi ini bukan rumah kau!"

Saif menoleh terus pada wanita itu. "Doug ayah anak-anak kau... and a home doesn't defined by a place, so by transition of property... rumah ni dikira rumah Doug juga. So abang tak langgar syarat Ayen kalau dia datang sini sebab nak lawat Doug. Klien kau cuma kebetulan ada sekali sebab menumpang rumah ni."

"But it defeat the purpose of the syarat."

"Personal feeling doesn't hold in court, you rodent. Kau tak competent buatkan foolproof contract, deal with it," bidas Saif selamba, membuat Husna terus menelan nafas. Dahlah kalah nak menangkan kliennya, kalah juga bila skil diperkotak katik.

"Loophole kedua?" soalnya pula bersama pedihnya ego yang tercalar.

"Statement 'takleh lawat unless emergency'... tapi definisi emergency tidak diterangkan dengan lebih mendalam. Since abang masih dalam kategori clinically depressive and grieving, rindu dekat Ayen boleh dikira sebagai emergency." Kad reverse dihentam atas meja. "I win!" sengih Saif bersama lonjakan tangan ke udara.

Ketiga-tiga mereka menyeringai. Kepingan pizza masing-masing lalu diserahkan pada pemuda berkaca mata itu.

Saif menerima dengan sengih. Kemudian Husna yang mencekak pinggang dipandang. "Ohya, aku baru terfikir satu lagi. The third loophole. Abang ialah suami Ayen. Dia ada hak nak jumpa wife dia anytime he wants dan tak sepatutnya dikekang oleh gentleman agreement bangang macam tu dari awal lagi."

Dan sengih menang si peguam dikongsi pula oleh Egann.

Ayen menghela mengeluh berat. "Kau boleh menangkan aku?" soalnya pada wakil peguamnya pula.

"Sorry. Dia cakap benar."

"Damn. I want different lawyer."

"Then, get out of my house." Geram.

"Ala!! Sorry sorry sorry!!" Lekas kaki rakannya dipeluk bagi mengelak Husna pergi.

"Oh! Oh! Oh! Aku terfikir loophole ke-empat!" Sekali lagi kedua-dua wanita itu dipandang dengan mata bersinar terang. "Since Ayen menumpang rumah Husna, dan abang akan legit datang sini anytime dia nak, dan kemungkinan bawa Doug sebagai counter measure—" Doug mengerut dahi bila dilibatkan sama. "—dan aku mungkin akan ikut sama sebab abang masak sedap dan everyone knows how fun it is buat Husna annoying. So, kita akan berkumpul a heck lot tahun ni hahha!"

Practically nightmare.

Ayen dan Husna bertukar renung sesal.

"Whoop. My time is up," ujar Egann sambil meletakkan kad UNO ke atas meja.

"Kau kemana?" tegur Doug sambil melangut bila lelaki tinggi itu bangun berdiri.

"Aku ada job interview." Pada Ayen, kepala bertudung itu dicium. "Wish me luck," bisiknya.

"Job interview? Kau pemilik King's Hospital tapi masih nak kerja makan gaji?" soal Husna pelik.

"Just because aku pemegang syer terbesar hospital tu, that doesn't mean aku boleh administer sebagai CEO atau medical director. Field aku ialah investment, idiot. I need to rebuild my name in Malaysia's corporate market also."

Bibir dijuih. "Kalau ada kerja kosong, kau share la dengan aku."

"Kau nak kerja dengan aku lagi?"

"Sorry, aku tarik balik request aku." Tangan dilipat berpeluk tubuh. Mati hidup semula pun dia taknak bekerja dengan Egann lagi.

"Haha tau pun! Tugas kau sekarang ni ialah teman bini aku je." Sengihnya pada rakan isterinya itu sebelum memandang yang lain. "Doakan aku berjaya."

"Ye! Good luck abang!"

"All the best!"

"Jangan curang!" jerit Husna.

Doug dan Saif menoleh pada si perempuan. Apa relevan?

Husna kini menggantikan tempat Egann. Kad UNO selesai di-shuffle dan dibahagikan kepada mereka yang berbaki. Kad dihitung dalam kepala. Fokus teralih bila tiba-tiba Ayen bangun dan berjalan ke pintu rumah.

"Eh, kau main ke tak?"

"Korang tunggu jap..." dan terus menghilang di sebalik pintu.

Doug merenung arah pintu tersebut dengan pandangan ingin tahu.

"Aku sebenarnya taknak menyibuk tapi apa yang jadi dekat mereka sampai Ayen tidur rumah kau Husna?"

"Kau boleh faham dari pemerhatian, kan?"

"Subtly."

"Jadi cukuplah kat situ."

Doug masih tak melepaskan renungan pada pintu. Lambat-lambat, bibir melakar senyum. "Mungkin peluang aku nak dapatkan Egann balik dah sampai..."

Kali ini Saif dan Husna pula menoleh pada si lelaki dengan muka berkerut. Apa jenis statement la yang diberikan masa tengah berkumpul macam ni.

"Simpan niat jahat kau dalam hati kau sengsorang boleh tak?"

"Lagipun abang dah berubah. Have you seen abang dekat Ayen? Dia dah jadi ulat bulu kelas satu. Kerja nak menggatal saje. Aku tak pernah jumpa couple yang lebih semak berbanding mereka."

"Aku tak nafi Egann cintakan Ayen, tapi aku pun masih yakin Egann masih bernafsu tengok badan lelaki macam aku dengan kau..."

Saif menjeling maut. Doug pula menguntum senyum menang.

"Nak bertaruh? Tapi baik-baik sikit sebab aku sure aku akan menang sebab Egann masih datang jumpa aku sekali sekala bila dia rindu."

"Dia datang jumpa kau hanya bila dia perlukan sesuatu, bukan sebab rindu. Kau dah macam DIY untuk dia."

Geram pula Doug dibuat mamat rabun ini. "Lima puluh ringgit yang aku boleh buat dia cium aku."

Telinga Saif mula memerah. "Make it a hundred kalau dia tergerak nak cium kau walau kat pipi pun!" Mata dicerlangkan.

Doug menghulur tangan. Disambut ketat oleh Saif macam nak patahkan tulang sampai Doug melepas desis sakit. Lalu tangan dilibas ke udara.

"Damn you're really strong..." Ada nada kagum di situ. Tangannya juga diurut-urut.

"Aku tak kuat. Kau yang lemah."

"Daaah!! Dahhh!!" Lekas Husna mencelah sebelum Doug pula yang naik tanduk. "Jangan berkelahi dalam rumah aku. Lagi satu, berjudi tu haram, tau tak!"

"Kau pulak Husna, jaga duda gay kau ketat-ketat boleh tak?"

Eh, dia pula yang kena sekali? "Apesal pulak jadi tanggungjawab aku nak jaga dia?"

"Since kau masih takda kerja sampai sekarang tapi ada masa nak menyibuk dalam rumah tangga abang, jadi tak salah gunakan masa terluang ni baiki balik rumah tangga kau sendiri. Sampai bila kau nak biarkan anak-anak kau sedut kasih sayang kat orang lain?!"

Tak pasal-pasal tempias marah Saif melibas dia sekali. Dah la keras menampar titik terlemah dalam hati. Segala insecurity dan anxiety tersimpan di situ. Muka Husna bertukar ketat, manakala Doug membeku di tengah-tengah perang yang tiba-tiba meletus.

"Mak! Mak! Mak! Yunus jumpa lipan!"

Si wanita masih mencerun pada lelaki bermata biru itu, membuatkan Doug yang membalas panggilan si anak bagi pihak jandanya. "Bukak kasut kau lepas tu pukul dia, Yunus—ya Tuhan, bukan dengan kaki!!" Melompat Doug dibuatnya.

"Ha?" Husna turut bangkit lalu.

Dan kini, hanya Saif yang berbaki di ruang tamu, ditemani kekosongan dalam hati bilamana ruang rumah diisii kekecohan pasangan janda duda bersama anak mereka. Ah, beratnya perasaan di hati.

Egann dengan Ayen, walaupun bergaduh, tetapi masih melekat sesama sendiri macam tak pandai bergaduh. Doug dengan Husna pula, walaupun dah bercerai, tapi semakin rapat kerana berkongsi rasa tanggungjawab pada anak-anak mereka. Kalau Husna tahu mainkan benang, rasanya takda masalah nak tarik dudanya itu ke dalam hidup dia semula.

Kad dilontar ke tengah meja. Bersama hembusan nafas dalam, tubuh dibaringkan ke lantai. Kedua belah tangan dilipat ke belakang kepala, merenung siling. Berfikir. Dalam ramai-ramai wanita yang dah ditemui dalam hidupnya, mungkin dah sampai masa memetik salah seorang dari mereka sebagai isteri....

EGANN tengah memanaskan enjin kereta bila Ayen tiba-tiba memunculkan diri di sebelah tingkap kereta. Lalu tingkap kereta diturunkan.

"Orang baru gerak dah rindu, ke?"

"Jangan mengada. Aku cuma nak cakap ... your past employer sucks." Kerana dia sendiri nampak Egann bekerja keras, jauh lebih keras dari orang lain. Hingga mental koyak, demi cuba mengekalkan prestasi tertinggi.

"Lah hahaha. Ingatkan nak bagi kata-kata semangat, rupanya nak kutuk majikan lama aku? Aku tak salahkan mereka, sebab aku memang did badly, back then. I even took it out on you..." Wajah itu direnung. Luka di wajah Ayen dah baik, tapi entah apa khabar hatinya. "Aku minta maaf sangat-sangat..."

Sebal. "Takpe pasal tu. Kau pula... g-good luck..."

"Thanks babe. Bagitau dorang, kalau aku dapat kali ni, aku belanja barbeque. Kambing golek."

Ayen terkedu. Tanpa dapat ditahan, ketawa terlepas nipis. Tak habis-habis. "You and your barbeque celebration..."

Seperti mentari yang menembusi awan gelap selepas hujan, senyuman itu seperti menerangi dunianya yang suram dan sejuk. Memberi hangat. Kenapa mudah benar dia tertarik dengan ketawa Ayen? Kadang-kadang dia memikirkan hal itu. Orang cakap kalau nak buatkan jatuh cinta pada kita, kena buatkan mereka gelak. Tapi setiap kali ketawa menitip pada bibir mungil itu, ketika itulah dia merasa dia boleh menakluk dunia semata-mata untuk dihadiahkan pada wanita ini.

Teringat sesuatu, Egann memanjangkan tangan ke glove compartment. Satu buku nota kecil dikeluarkan.

"Kau ingat tak notebook ni?" soalnya.

Ayen mengecilkan mata, memandang buku nota yang pernah diberikan pada Egann supaya lelaki itu menyenaraikan silap-silap si suami. Bersama kening terjungkit, notebook itu diselak. Dia dah siap tulis silap-silapnya? Biar betul Egann taat sangat nak mengaku silap—whoop, dia sebenarnya nak cari gaduh.

Air muka bertukar keras bila membaca sebaris ayat pada notebook tersebut.

"Kau nak sambung gaduh ke apa? Kau tulis silap kau, 'kiss her face'? How dare you!" Marah!

"Hahaha kau tak habis baca tu sayang. Aku tulis, kiss her beautiful face..." Telunjuk ditunjuk pada perkataan 'beautiful'. "Korang orang perempuan macam ni la. Orang puji cantik, dia fokus benda lain..."

"GRAH!" Geram dilepaskan ke muka si lelaki. Lalu dia berjalan pergi.

Egann tergelak lagi. Sepantas kilat dia keluar dari kereta dan mengejar isterinya. Pergelangan tangan isterinya dicapai.

"Hahahaha! Dengar la dulu apa orang nak cakap! Terus nak marah dah kenapa, hahaha!" Ketawa dihabiskan. Sambil menarik Ayen ke tepi jalan semula, dia menyambung kata. "Betul, kau suruh aku tulis silap aku dekat buku nota tu, tapi itu cadangan bodoh. So, aku tulis semua benda yang aku nak buat kat kau. Aku panggil buku nota ni, Egann Coupon. Kau boleh petik mana-mana bahagian kat kupon untuk kau redeem kat aku. Contohnya, kau boleh redeem page yang ni..." Kertas yang bertulis 'kiss her beautiful face' itu dikoyakkan. Selajur muka Ayen ditarik ke arahnya.

Spontan Ayen menutut mulut Egann dengan tangannya, sekaligus menahan muka itu dari melanggar peraturan sivil masyarakat Timur.

"Control yourself..."

"Right. Sorry... kau cute sangat. Coupon ni aku simpan." Kertas itu dilipat dan dipadatkan ke dalam seluar. "But you get the gist, kan? Masih ada banyak bahagian kosong kat notebook tu. Kau ada kebebasan nak tulis apa-apa yang kau nak untuk kau redeem kat aku," tuturnya bersama nafas tertahan. Geramnya masih ada setangki penuh nak dilepaskan, tetapi dikawal sebaiknya.

"So... notebook kupon ni... apa-apa yang aku tulis, aku boleh redeem kat kau... about anything?"

Angguk. "Anything at all."

"Kalau aku terasa nak makan sushi pukul tiga pagi..."

"Jangan mengada. Kedai tak bukak."

"Aiskrim Seven-E..."

"Jangan mengada. Aku nak tidur."

"Hahaha... Jadi masih ada limit."

"Of course. Aku ialah husband yang penyayang, bukan husband yang kau boleh mainkan ikut suka kau."

"Aku faham aku faham. Kalau macam tu, aku akan tulis sushi pukul tiga pagi dalam ni, sekadar nak test sejauh mana komitmen kau dengan kupon ni dan dia punya limitasi. Pinjam pen?" Tangan dihulur.

Lalu si bini direnung dengan mata mendatar. Dia dah tahu awal-awal Ayen pandai melawan, tapi geramnya ya Allah!! "Patutlah aku kena mental breakdown bila hitting the low point in my life... sebab tahan sabar ada bini macam ni." Telinga digaru manakala Ayen mengekek tak bersalah. "Just so you know... the first few pages are a lot of naughty stuff... and a little drawing of your... ermm... so instead of test limitasi sabar aku pukul tiga pagi, maybe kau boleh tulis request yang jauh lebih romantik dan bertamadun dan boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga kita sampai usia tua? Macam dinner date, star-gazing, dance under the rain... all those Jane Austen crap."

Buku nota tersebut diselak-selak. Sengih meleret ke telinga melihat apa yang Egann tulis—dan lukis—hingga ketawa terlepas lagi tanpa dapat ditahan. "No kidding. You went full-on Fifty Shades of Grey dalam ni... aku tak tau macammana nak respon..." Setiap tulisan dan lukisan Egann berupaya menunjukkan niat di hati lelaki itu padanya. Tak semena-mena naluri Ayen terjentik sama. Sambil menggigit bibir, si suami yang masih merenungnya dipandang. "Nanti aku redeem... semua ni."

Ehem.

Nakal.

Egann menahan senyum melihat pipi merah isterinya. "You're blushing sayang. Tengah fikir apa?"

Spontan pipinya disentuh. Dia blushing? "Sebab panas..." Matahari di atas kepala dijadikan alasan.

"Ye la tu, hahaha."

"So erm... congrates on your new job." Topik ditukar walau merah di muka masih tak memudar.

"Aku belum interview pun lagi..."

"Kau akan dapat. They'd be stupid kalau tak offer kat kau. You're the best person that they could ever hope for..."

"Hahaha. Thanks sayang."


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh