KAPABILITI Egann sebagai ahli pelaburan serta financial analyst menjadikan namanya disebut-sebut sebagai pegawai baru yang sangat berkebolehan, mempunyai idea baru yang segar serta efisyen dalam kerjanya. Tahap cekap si lelaki hingga namanya diterima oleh unit Talent Management untuk dimasukkan dalam senarai calon Leadership Training for Top Management.
Sebetulnya, selepas dipecat dan sepanjang berseorangan di rumah kerana Ayen 'menghukumnya' selama hampir 4 bulan, Egann banyak menghabiskan masa dengan membaca buku, meneliti turun naik stock index, membuat analisis teknikal dan fundamental, terlibat dalam kelas-kelas online, pergi melawat Ayen di rumah Husna bila terasa rindunya membuak serta mengisi tangki motivasi hidup, kemudian balik semula ke rumah dan melakukan benda yang dia tahu dan diajar oleh ayahnya sejak lewat remaja—intrepreneural. Padanlah otaknya segar semula.
Tetapi sebelum Egann menunjukkan taringnya, dia terlebih dahulu menghadapi sedikit cabaran pada minggu pertama dia berada di syarikat itu, yang membuatnya berfikir banyak kali samada nak menghantar notis berhenti atau tidak. Jejak kasih berlaku antara dia dengan janda keduanya di syarikat itu, janda yang tahu semua sejarah buruknya sebelum dia menjadi Syafik Egann pada hari ini, janda yang hampir-hampir membuatkan dia bankrap kerana menuntut alimoni selepas penceraian dan secara umumnya boleh merosakkan nama baik yang dah susah payah dibina selama ini.
Ini ialah apa yang berlaku kira-kira tiga minggu lepas, yakni tiga hari selepas dia report duty di syarikat baru itu.
"PAPERWORK kau tak update ni, Egann. CEO kita dah tukar," tegur teman sekerjanya. Mereka sedang bersedia nak membuat perbentangan pada Pihak Pengurusan.
"Eh yeke." iCloud dibuka, mencari softcopy dokumennya. "Siapa namanya? Bila masa tukar?"
"Leila Naadia Omar."
Telunjuk Egann terhenti betul-betul terhenti di permukaan iPad. Nama itu ialah red flag dalam hidupnya. Rakan sekerjanya kemudian dipandang dengan muka tak percaya.
"Kenapa? Terkejut sebab dia perempuan? Dia cantik, though. Muda lagi. I rated her as a ten."
"B-bukan..." Nafas mula sendat di dada. "Kenapa... kenapa aku tak tahu dia ialah CEO kita..."
"Dia masuk sehari sebelum kau masuk. Lepas tu terus kena buat presentation hari ni. Mungkin sebab tu kau tak sempat dapat notification."
Mata biru itu terpejam kelip memandang kertas kerjanya. Nama CEO yang ditulis pada kertas kerja itu ialah nama yang dia pernah baca semasa membuat homework untuk temuduga, nama yang didapati dari website syarikat dan annual report.
Dengan dada yang masih sendat dengan karbon dioksida yang tak keluar-keluar, Google dibuka. Website syarikat diperiksa. Itu dia, dah pun dikemaskini. CEO yang terkini ialah Leila Naadia Omar, nama yang sesuai dimiliki oleh wajah jelita milik wanita yang pernah berkahwin dengannya setahun sebelum dia menemui Ayen.
Kenapa mereka bercerai? Kerana wanita itu menuntut fasakh lepas dapat tahu Egann menyukai kaum sendiri.
Perut Egann dah mula terasa ada rama-rama mengawan.
Semasa membentang kertas kerja pada barisan top management, Egann perasan dirinya kerap dicuri pandang oleh CEO tersebut. Sama dengan wanita yang tinggal di dalam memorinya, wanita itu masih sama tahap cantik dan yakinnya. Dia ialah perempuan yang mampu berdiri sebaris dengan lelaki di dalam bidang kerja yang tidak ramai disertai kaum wanita. Sebuah aura luar biasa sentiasa meneranginya hingga membuatkan orang akan sentiasa ingat selepas bertemu sekali. Demi mengekalkan hubungan professional, kedua-duanya buat tak kenal semasa bertemu yakni pada langkah pertama Egann memasuki bilik mesyuarat itu.
SETELAH balik ke pejabat, laptop diletakkan ke atas meja dan dia bergerak ke tingkap. Merenung pemandangan Kuala Lumpur bersama resah di hati.
Baru beberapa hari dia di syarikat ini, dah pun buat sejarah skandal? Dengan CEO pulak tu! Mak datuk. Ini berita buruk namanya. Dia tidak berhajat nak mengantoikan naluri songsangnya dalam syarikat baru ini, atau dekat mana-mana pun, sebab dia perlu mengukuhkan nama baiknya demi menjaga kepentingan karier dalam jangka masa panjang.
Dan sekarang ni, CEO dah pun tahu identiti songsang dia dari awal lagi!!
Egann terduduk mencangkung sambil menekup muka. Takkan baru seminggu dah kena buang.... Ah, stress! Apa yang dia nak jawab dekat Ayen?! Takkan nak biar Ayen yang jadi provider! Atau mungkin dia lebih selamat kalau bekerja di luar negara? Tapi Ayen nak ke ikut dia? LDR dalam Malaysia pun dah senak jiwa, apatah lagi LDR ke luar negara. Entah-entah nanti Ayen pula tuntut cerai sebab jatuh cinta dengan Doktor Nafri (Hafiz) pondan tu pulak!
Nilah namanya overthinking,
Pintu biliknya diketuk, lalu dia menoleh. Stafnya berdiri di situ. Hairan dia seketika bila melihat bosnya itu mencangkung di depan tingkap. Berak angin, kah? Egann pula tidak bangun-bangun.
"Encik Egann kenapa?"
"Patah tulang belakang..." Spontan menjawab sambil mengetuk belakangnya berkali-kali dengan tulang knuckle.
"Ha?"
Egann mendehem, seraya bangun. "Ada apa?"
"Puan Naadia panggil encik jumpa dia sekarang."
Cilakak. Dia tak sempat nak bernafas pun!
Dengan keberanian serapuh kaca, Egann bergerak tingkat teratas bangunan 17 tingkat itu. Pejabat eksekutif tertinggi ini jauh lebih segak berbanding pejabatnya. Malah barisan gambar CEO tersusun di bahagian lobi semasa berjalan ke bilik gah tersebut. Semuanya barisan lelaki berusia, hinggalah ditambah gambar wanita muda yang cantik itu. Egann hanya mampu kagum atas kejayaan jandanya.
Pintu diketuk. "Puan nak jumpa saya?"
"Masuklah."
Formal.
Egann menapak dengan lagak tenang walau jantung terasa nak meletup keluar. Naadia yang bersandar di kerusinya, merenung Egann dari atas ke bawah.
"Saya ingat-ingat lupa tapi kita pernah berkahwin, kan?"
"That's one way to blurt out our history... but yes." Mengaku jua. Dahlah tak jemput orang duduk.
Naadia meleretkan senyum. "I tak ingat you handsome macam ni dulu." Tenang memuji.
"I masih handsome macam dulu cuma sekarang aura matang tu lebih perencah sedikit." Ye lah. Semasa dia berkahwin dengan Naadia, umurnya baru 27 tahun... atau 26 tahun? Dia pun tak ingat.
Lalu dia tergelak. "Duduklah."
"Thanks."
"Macammana you boleh bekerja kat company I? You cari I semula eh..."
"Not really, no. Anggaplah kebetulan." Senada.
Tergelak lagi. "I gotta say, Egann... I am very tempted looking at you right now..."
Kata-kata itu ada banyak makna. Adakah dia memaksudkan dari segi kerja, memandangkan dia baru menyelesaikan perbentangan dalam mesyuarat tadi? Atau hanya secara fizikal? Lagipun, Naadia ketika ini sama macam keadaan dia tadi yang terkejut dengan pertemuan semula antara mereka.
"Thanks... I guess?"
CEO itu tersenyum lagi. "Look, I gotta be honest. I'm very excited that we meet again, but I've read your resume. Its very convincing, but I'm a little wary on your last employment..."
"Hahaha... about that..." Pipi digaru. Lalu diceritakan masalah mental yang dialami selepas kematian anaknya buat kali ketiga. Namun disahkan pada Naadia bahawa dia dah pulih sepenuhnya dan boleh bekerja macam biasa. Surat verifikasi dari doktor psikologi juga telah diemelkan pada HR sebagai dokumen sokongan.
"Oh... so you dah kahwin semula?"
"Ye."
"With a woman?"
Wajah dikekalkan tenang. "Ye."
"And you're planning to start a family."
"That's the plan."
"Did she know that you..."
"Yes."
Angguk. "But she still stays?"
"Yes!"
"How was she?"
"In term of?"
"She pretty?"
"She's not just pretty, she's beautiful." Senyum. Mata dikerling ke kanan, mengingati isteri yang tercinta. "Well, a little crazy on a side, but who wouldn't love a crazy woman."
Naadia melepaskan gelak lagi. "Last I check, you're gay..."
Egann tergelak sama. Dipaksa-paksa supaya kedengaran ikhlas.
"But I'm glad you dah jadi straight." Keluh lega terhembus.
Oh. Selamat rupanya?
"How is that even possible?" soalnya bersama muka serius. Meja dirapati supaya muka kacak itu boleh dilihat dengan lebih dekat. Cuba membaca dan menilai apa yang dia tak tahu.
Egann pula mendiam seketika. Nak cakap dia betul-betul transform seratus peratus pun tidak juga. Label terbaik untuk dia sebenarnya ialah biseksual berbanding gay.
"Its my wife... she makes me falls in love with her... and I don't even know how she did it..." ujarnya akhirnya, memilih untuk menyerahkan kredit transformasi itu kepada Ayen, kerana sebetulnya dia jatuh cinta teruk pada Ayen hingga membuatnya bersungguh-sungguh nak berubah demi mengejar hidup bersamanya. "And Allah, too. Tak boleh nak lupa Dia yang mengubah takdir I." Senyum.
"Hurmm..." Kepala diangguk ringan. "You buat I jealous gila dengan wife you... hati I tengah membuak-buak ni," ujarnya bersama ketawa ringan. Benar atau tidak, itu tidak pasti. Mungkin gurau.
"Hahaha... don't be. You're great too."
"No no no. The ability to transform someone... I want that..." Kepala diangguk lagi sambil merenung ke udara kosong. Entah membayangkan apa. "Compare dengan I yang terus lari bila dapat tahu you... well, songsang..."
"Hahaha. I don't blame you. Everyone did."
"Apparently, not her."
Kening Egann terjungkit spontan. Itu benar. Ayen tidak pernah meninggalkannya sedangkan dia dah ada tiga orang janda sebelum Ayen. Jumlah girlfriend pula boleh menyaingi jumlah bunny girl Hugh Hefner. Tujuan hidup Egann ketika itu cuma satu -- meyakinkan Saif yang dia bukan dua alam walau dia perlu menipu sampai kiamat sekalipun. Namun semua usaha itu gagal, sehinggalah dia ditemukan dengan isterinya.
Salah satu sebab kenapa Ayen kes berjaya adalah kerana wanita itu dah tahu lebih awal tentang seksualitinya. Walau seteruk mana wanita itu memberontak, nak menghukumnya atau sengaja menderhaka kerana perit luka menjadi isteri seorang lelaki gay, Ayen tetap kekal di sisi. Berusaha membantu bila dia tewas dengan tekanan dunia. Gemar membuatnya gelak. Marah teruk kerana salah tajwid bila membaca al-Fatihah. Bersungguh membaiki hubungannya dengan Saif. Dan yang paling penting, Ayen tidak memandangnya macam sampah di tepi jalan, tetapi sampah yang masih boleh digunakan sebagai hiasan DIY.
Sebab kedua mungkin kerana Ayen hidup sebatang kara. Jadi wanita itu tiada tempat lain dia boleh pergi selain menyibuk dalam hidupnya. Tapi apapun alasannya, Egann bersyukur dia ditemukan dengan wanita aneh itu.
Bawah sedar, bibirnya menguntum senyum. Kecil sekali. Mata biru yang galak itu juga fokus mengoyak dimensi, mengintai sang isteri yang tengah buat apa ketika ini. Untuk seketika, dia lupa di mana dia berada.
Naadia pula menelaah muka kacak itu. Itu wajah yang penuh dengan rasa cinta.
"Egann."
"Em?" Terus tersedar.
Naadia diam lagi. Muka jatuh cinta tadi dah hilang dari mata Egann bila melihatnya. Ada sesuatu yang berbisik di sudut hati, yang menyelit satu perasaan asing yang dia tak tahu apa dia.
"That's all. You boleh balik ke office you."
Lah. Tu je? Akur, Egann bangkit.
"HOW are you?"
Egann menjeling pada iPhone di telinga. Sepanjang dia mengenali Ayen selama ini, wanita itu tidak pernah menghubunginya pada waktu kerja dan bertanya khabar macam hari ini. Sambil mengemas meja, dia menyambut soalan isterinya.
"It was okay. Kenapa tiba-tiba ni?"
"What? Aku takleh call my husband?"
"You can, but you've never called me just to ask—how are you?"
"Really? Never? Damn, kita sebenarnya tak pernah buat apa couple selalunya buat. LDR ni kantoikan semua benda yang salah pasal hubungan kita."
"Tak salah pun, cuma sedikit ganjil. Kita berkahwin sebab nak gunakan masing-masing untuk kepentingan peribadi. Obviously tak pernah bercinta macam biasa. So, kenapa call?"
"Takde sebab. Tiba-tiba rasa nak call."
Egann mendiam, mendalami naluri perempuan isterinya. Sebab bertemu dengan Naadia hari ini, kah? Kuasa mistik Ayen selalunya active bila dia didekati lelaki, tetapi reactive bila didekati perempuan. Ini benda baru.
"Egann, aku nak redeem coupon."
"Aku taknak entertain kalau bukan the first 7 pages. And especially not the sushi one."
Ayen gelak di talian. "Nak peluk. Kite rindu.... Lagipun hari ni ekstra penat."
"Ololo kesian baby kite. Apa dia yang kau dah buat sampai penat sangat?" Sambil menyangkut bagpack di bahu kanan, dia bergerak ke foyer. Butang turun pada lif ditekan.
"Intubate and extubate Puan Norain, float a swan on En Hazri, a pararentesis, a radial art line, lumbar puncture on Madam Louise, placing transvenous pacemaker for a heart block... and then the usual, pre-round, discharge summaries, pharmacy renewal, SOAP notes, central line changes... nanti balik rumah nak baca medical journal and catching up with paperwork..."
"So, the usual?"
Ketawa Ayen pecah. Galak sekali. Dan lama juga. Egann terpaksa merendahkan volume kerana enggan ketawa yang indah itu sampai ke telinga orang lain kerana dia seorang je yang bole dengar.
"No wonder Allah tak bagi Erik kat kita. Both of us tak boleh jadi parent kalau dua-dua terus workaholic macam ni... sampai nak jumpa pun susah."
"Dah tau susah, balik la ke rumah. Mengada duduk rumah Husna lama-lama dah kenapa."
"Ni kira kau pujuk aku ke ni? Kira aku menang bet ke ni?"
"Ah, you nasty woman hahahah."
Lif terbuka, tetapi itu bukan lif dia, sebaliknya Naadia memuncul dari lif tersebut. Ketawa Egann tertelan ke anak tekak. Buat apa pula Ketua Eksekutif turun ke jabatannya lepas habis office hour macam ni.
"Datang sini kejap boleh? Nak mintak peluk je..." pinta si isteri di hujung talian, mengejutkan Egann dari kejutannya atas kehadiran mengejut big bossnya.
"Babe, kejap eh." Egann menutup tangannya pada bahagian speaker. "Ye, puan?"
"Tak payah panggil I puan. Panggil Naadia je. Macam tak biasa." Senyum. "You... tengah on call dengan wife you ke?"
Angguk.
"I nak ajak you dinner."
Gamam seketika. "Err... I ada orang lain I kena entertain." iPhone ditunjukkan.
"I ajak you dinner, Egann. Rude, kalau you reject. Take it or leave it." Keras disebut.
Dah sudah. Baru seminggu dah tersepit begini ke? Mulutnya terasa kering mendengar amaran itu, lalu Ayen dihubungi lagi.
"Babe? Boss I ajak dinner. Bila aku free aku datang jumpa kau?"
Hati Naadia terdetik. Mereka pakai Aku-Kau? Menarik. Malah, Egann nampak macam berada dalam hubungan perkahwinan yang sihat.
"Ehh... baru dapat kerja dah jadi macam ni..."
"Hahaha... kau tau aku akan sentiasa cari kau bila aku rindu, kan?"
"Ermm... okay. Aku tunggu tau."
"Thanks. Love you."
Talian dimatikan.
Naadia menguntum senyum bila berjaya mendapatkan masa si lelaki. "I sebenarnya masih ada kerja kat atas. Boleh tak you tunggu sampai... ermm... lepas pukul lapan? Sambil-sambil tu, you cari la restoran buat booking, ye?"
Egann menggulung lidah pada gigi kacip, tidak berkelip merenung wanita korporat di hadapannya. Akal dah mula berfikir nak cari kerja di syarikat lain.
BEBERAPA hari berlalu. Tiada sebarang cerita menarik untuk diceritakan.
Masa berganjak kira-kira sebulan kemudian, pada sebuah petang di rumah Husna, Ayen sedang membaca medical journal di ruang tamu. Ilyas dan Yunus yang berkejaran langsung tidak mengganggu fokusnya. Doug tertidur di sofa panjang, kekenyangan selepas makan malam, manakala Husna baru selesai mencuci pinggan mangkuk. Buah mangga dikeluarkan dari peti sejuk, kemudian dipotong.
"Yen, boleh tak aku nak tanya?"
"Tak boleh."
Husna menjulingkan mata pada penyewanya itu. Geram. "Mana Egann?" Bertanya juga.
"Dekat office la kut. Awal lagi ni." Jam dilihat. Baru pukul 6.30 petang.
"Ohh... busy dah beliau sekarang. Sampai langsung takda masa nak jenguk kau sampai sebulan..." Risau sedikit. Ketiadaan itu terlalu mendadak memandangkan sebelum itu Egann akan datang ke rumahnya setiap kali Ayen tiada komitmen di hospital.
"Hahaha kalau kau tengok kerja dia macammana, kau tau la. Kadang dia tidur sampai pukul tiga. Handset tak pernah lepas kat tangan. Setiap malam tidur dengan laptop dia sampai aku pun dah sayangkan laptop tu macam anak aku. Tambah-tambah dia dapat kerja baru, obviously dia kena catch up dengan expectation company dia."
Satu-persatu kata-kata itu menghentam telinga dan logiknya. "Wow. Tuah dia dapat isteri yang memahami macam kau. Kalau aku, aku merajuk dah sekarang ni."
Ayen mengerut dahi pada pembacaannya, lalu Husna yang tengah mengunyah mangga, dipandang. "Kenapa kau merajuk?"
"Sebab aku bukan keutamaan dalam life dia. I come second lepas kerja dia."
Terkedu lagi si wanita. Baru tersedar. "Kalau macam tu, adillah sebab aku pun..." Kata-kata dihentikan, tak mampu nak menghabiskan ayat itu. Sedih sangat rasanya. "T-tapi... jadual aku pun padat. So... nak berjumpa bukan senang." Masih cuba nak menyedapkan hati.
Husna mengangguk. "Kenapa kau tak balik-balik sampai sekarang? LDR tak menyusahkan, ke?" Jujur bertanya.
"Ermm... dulu maybe sebab aku merajuk, tapi sekarang sebab nak winning a bet... both of us didn't plan to lose..."
"Ain't that stupid?"
"Haha yea... its not the bestest idea, but... so far aku dengan dia masih okay." Bahu dijungkit.
Si rakan mengangguk. Ya, dia juga nampak. "At least korang pun berwasap on a daily basis, kan?"
Teguran Husna memanggil Ayen mencapai handsetnya. WhatsApp dari Egann dibuka. Kali terakhir mereka berbual ialah tiga hari lepas. Dan hanya diisi Morning dan Gnight. Kadang-kadang I miss you. Perbualan yang mulanya kencang, semakin lama, semakin hambar hingga hilang terus.
"Aku tak pernah terfikir ada orang yang boleh survive LDR.... Maybe because the trust is there. Korang memang lain dari yang lain," tambah si rakan, mengagumi pasangan itu. Dia juga mahukan hubungan seperti itu.
Hati Ayen terasa digigit-gigit. "Yea... the trust is there..." Perlahan sekali disebut, penuh dengan rasa ragu-ragu.
Bawah sedar, perbualan mereka dicuri dengar Doug yang dah terbangun. Lalu lelaki itu bangkit.
"Husna, jangan buat Ayen risau tak tentu pasal," tegurnya.
"Eh? Aku pulak? Aku query sebab lama sangat laki dia tak datang-datang."
Doug menoleh pula pada Ayen. "Kalau risau, pergi la jumpa dia. Jangan harap dia saje yang datang. Kau pun kena pergi kat dia."
Kening Ayen terangkat tinggi. "Baik pula kau bagi nasihat ke aku?"
"Ye. Aku capable of beri nasihat yang baik-baik. Terkejut?" dengusnya, lalu bangun. Kunci kereta di atas meja, dicapai.
"Eh, balik dah?"
"Hm. Dengar korang mengumpat pasal Egann buat aku rindu rumah aku yang takda perempuan."
Kedua-dua wanita itu mencerun geram. Doug memberi cium pada Ilyas dan Yunus satu persatu. Baru saja nak bangun dari cangkungan, Ilyas menarik tangan ayahnya.
"Ilyas nak ikut ayah balik rumah."
"Eh?!" Terkejut beruk lelaki itu dibuatnya. "TAK BOLEH!!" Spontan menengking.
Giliran budak 4 tahun itu pula terkejut. Tangan Doug dilepaskan bersama langkah ke belakang. Matanya berkaca, keliru kerana tiba-tiba suara lelaki gagah itu naik kerana dia. Lama-lama, akhirnya dia menangis jua. Kuat sekali.
Doug kelam kabut. "Husna..." Jandanya dipandang, meminta bantuan.
"What? Kau yang buat dia nangis, kenapa panggil aku." Mangga dimasukkan ke mulut. Selamba.
"Ta-tapi... aku tak boleh bawak dia balik rumah aku..."
"Kenapa?"
"Apa maksud kau kenapa?! Kau tahu kenapa!!"
Bawah sedar suaranya dinaikkan lagi kerana dihambat emosi, kali ini ditujukan pada emak kepada anak-anaknya. Lalu Ilyas makin kuat memekik kerana menganggap mak ayahnya bergaduh. Tangisan itu berjangkit pula pada Yunus, menjadikan rumah yang selalunya penuh dengan gelak tawa kini bising dengan tangisan budak.
Doug makin kelam kabut. Yunus dicapai dan dipeluk-peluk. Nak dicapai Ilyas, budak itu pula melarikan diri.
Husna mengeluh berat. "Dah buat anak menangis, tak reti nak pujuk," kutuknya. Tangan dibasuh pada singki.
"Sebab tu kau kena ada! Tolonglah..." rayunya pula.
"Kau tunaikan je la apa yang dia nak. Teruk sangat ke rumah kau? Sampah menimbun?"
"Tak la..."
"Ada katil untuk tidur, atap untuk berteduh, air, elektrik... kasih sayang untuk budak-budak ni pun?"
Doug menghembus nafas kasar. Tahu soalan itu bersikap sarkastik, tetapi sememangnya cukup untuk diberi pada anak-anaknya.
"Aku maksudkan benda lain..."
"Then deal with that on your own time. Bila aku fikir balik, aku pun tak pernah tengok rumah kau," komennya, lalu mencangkung di hadapan si anak sulung. "Jom, Ilyas. Ololo, napa nangis ni. Ayah tak bagi pergi rumah dia eh. Ayah jahat, kan? Ayah busuk tak mandi, ayah tak handsome macam abang Saif. Ayah bila masuk kubur kena libas mungkar dan nakir."
"Hoi—"
"Nanti mak marahkan ayah untuk Ilyas, ye. Meh, mak teman Ilyas tengok rumah ayah, nak?" pujuknya sambil menghulur tangan. Ilyas memudarkan tangis, terus ibunya dirangkul. Kedua belah tangan dipaut ke belakang leher si ibu. Bersama senyum, Husna mengendong si budak dengan susah payah.
"Ya Allah makin berat budak ni!" Nak patah tulang belakangnya.
Doug membantu dengan menarik lengan Husna supaya bangun dari cangkungan. "Kau kena banyakkan exercise..."
Wanita itu melangut pada dudanya, hanya untuk memberi muka sengal. Doug mendesis lalu.
Sambil menepuk-nepuk belakang Ilyas, dia menoleh pula Ayen yang memerhati dari tadi. "Kau jaga rumah, boleh? Atau kau nak ikut?"
"Aku taknak kacau moment korang sekeluarga." Senyum. "Tapi kalau kau balik rumah atau tak, bagitau la dulu. Kalau tak aku kunci terus je."
"Nak tidur macammana? Rumah Dolah bukannya ada baju perempuan untuk aku tukar ganti."
"Well, actually—"
"Jangan jawab!!"
Ayen menghantar mereka pergi dengan ketawa ringan. Diam-diam dia menangkap gambar keluarga empat ahli itu tadi. Doug dan Husna berpandangan di dalamnya, manakala Yunus di pelukan si ayah manakala Ilyas di pelukan si ibu. Sejuk hati melihat gambar ini. Sempurna benar rasanya.
Sejujurnya, dia sukakan Husna dengan Saif, tapi semakin lama, dia semakin suka pula jika Husna bersatu semula dengan dudanya. Tak dinafikan, Doug ialah ayah yang baik. Lagipun tak tahu lagi sikap Saif pada anaknya sendiri macammana nanti. Ah, seronok pula perhati drama orang sampai lupa kisah sendiri.
Whassap dibuka. Lalu gambar itu dihantar pada Saif.
2145. Ayen: < *Attach picture*>
2145. Ayen: <Jeles tak?>
2146. Saif: <Kau wasap aku semata-mata nak tunjuk aku gambar ni?>
2146. Saif: <Dorang memang legit satu family, aku nak jeles untuk apa?>
2146. Ayen: <Hehehe. Dulu aku support gila kau dengan Husna, tapi sekarang aku rasa, maybe Doug not half-bad...>
2147. Saif: <Yea, dude's a good guy. Yang jadi masalah ialah dia refuse to let go of his feeling dekat laki kau>
2147. Ayen: <You had to play dirty, aren't you :( >
2147. Saif: <Square>
Sabar je la dengan adik iparnya ini. Tapi bila bercakap tentang Egann... selain dari lelaki, adakah berkemungkinan ada perempuan lain yang jatuh cinta pada suaminya? Memandangkan Egann boleh dikira sebagai full package jika sekali pandang, dan akan terus jatuh suka setelah berkenalan.
"Hurmm..." Bibir dijuihkan sepanjangnya. Bila fikir balik, memang agak kelakar kerana dia ialah jodoh lelaki itu. Lalu Whasaap Egann pula dibuka.
2155. Ayen: < *Attach picture*>
2155. Ayen: <This could be us one day>
Vivo diletakkan ke tepi dan dia kembali membaca jurnal. Tetapi selepas seminit, Vivo diperiksa lagi. Masih tiada respon. Mana pula Egann pergi malam-malam begini?
Lima minit. Masih grey tick.
Ah, nak merajuk.
Selepas lima belas minit, bubble chat bertukar bluetick. Tapi tiada reply. Marah meletup dalam dirinya macam tanah Palestine dibakar Zionis. Baru saja Egann typing... keluar di skrin, Vivo dah pun dibaling ke dinding.