“Assalamualaikum kak
long.” Nada bertenaga Afiena. Langkahnya laju. Mestilah laju sebab tak
tertanggung rindu.
Sufie meleretkan senyuman. Tidak disangka Afiena datang
petang itu. Dia datang sendirian menjinjing bungkusan plastik.
“Wa’alaikumsalam Fiena. Kebetulan kak long baru habis solat.
Kita duduk dekat taman ya. Angin di situ manja. Suka mengulik. Silap-silap boleh
terlena.” Makin meleret Senyuman Sufie. Afiena makin bahagia bila melihat
senyuman itu.
“Fiena ok saja. Marilah. Lama tak jumpa kak long. Lepas
kejadian tu baru sekali kak long balik. Itu pun sehari.” Fiena bernada merajuk.
Sufie ketawa kecil. Dipintal-pintal hujung tudungnya, mengenang peristiwa lucu
itu.
Dia masih ingat sampai sahaja dia di kaki tangga melaju mek
dan Afiena memeluk.Mujurlah dadanya bugar, kalau tidak sudah tentu mati tak
cukup oksigen. Manakan tidak hampir sepuluh minit dia didakap,dipeluk dan
dicium. Dia sendiri hairan.
‘Dah buang tabiat ke dua beranak ni. Ayah pun sama. Tapi
ayah taklah sampai peluk -memeluk dan menangis.’Sufie teringat detik hatinya
ketika itu.
Afiena memincing mata.
“Aik… Kalau kak long ketawa macam ni, selalunya bersebab.
Apa yang geli hati sangat ni?”
“Tak ada apa-apa Cuma teringat satu drama Melayu. Pelakon
dia memang hebat.”
“Drama baru ke kak long. Fiena kurang sikit kalau drama Melayu
ni.”
“Drama Melayu bagus FIena. Kena pulak drama yang bertajuk
‘Air mata di kaki tangga’ pelakon dia saja dah meremangkan bulu kaki.”
“Siapa pelakon dia kak long? Tiba-tiba rasa minat.” Afiena
teruja. Tapi tidaklah sampai tahap sangat teruja, sebab dia memang tak minat
cerita Melayu. Untuk dia drama melayu tak ada ‘class’. Lemau semacam jalan ceritanya. Kalau dia tonton drama
Melayu, pasti lima belas minit pertama air liur basi dia dah meleleh.
“Pelakon dia Siti Sarah dan Afiena. Ala… pelakon yang
terlebih emosi tu.” Sufie ketawa lagi.
“Aik… Lain macam ni.” Afiena berfikir seketika, kemudian
menjerit marah. “Kak long kenakan Fiena ya? Wah… Wah. Sekarang dah pandai
kenakan orang ya.”
“Gurau Fiena. Maaf kalau terasa hati,” ketawa manis Sufie
pecah lagi. Diikuti ketawa Afiena.
“Kita ke taman. Banyak yang kak long nak tanya.”
Waktu petang suasana di taman permainan meriah. Angin pun
bertiup laju. Jerit, pekik kanak-kanak
yang bermain memelodikan suasana. Sufie ketawa lagi. Afiena merenung wajah itu,
senyuman muncul tanpa dipaksa. Dia gembira apabila Sufie gembira.
Saat punggung mereka berlabuh, Sufie memulai bicara.
“Fiena ok? Makin kurus sekarang,” ditenung wajah bujur sirih
Afiena. Mata lembutnya mendamaikan.
“Alhamdullilah. Tengah diet,” dalih Afiena.
Berat badannya makin susut kebelakangan ini. Puncanya kerana
dia begitu risaukan Sufie. Dia amat takut jika perasaan Sufie disakiti. Takut
itu menyebabkan dia sanggup menjadi orang munafik. Dia sanggup mengatakan Rijal
meninggal dunia ketika berada di hospital, malah kemunafikannya itu dicanang
kepada setiap yang datang bertandang.
Mek mengamuk, ayah membantah, malah suaminya sendiri menolak
mentah-mentah sikapnya itu. Namun dia masih berkeras dan akhirnya rahsia bukan
lagi rahsia bila dia menerangkan isi surat Sufie.
Mek terjelupuk ke birai dinding.Air matanya meluncur laju,
malah lebih laju berbanding ketika berita kematian Sufie diberitakan.
“Anak aku menderita selama ini, dan aku yang membesarkan dia
sejak kecil tak sedar langsung. Anak aku menjanda di malam pertama. Kesian anak
aku dipermain-mainkan lelaki tak guna macam Rijal. Kalau aku tahu, awal-awal
aku dah tetak dia dengan parang. Mek ikut apa kata kamu Fiena. Kita semua mesti
pura-pura tak tahu apa yang dah berlaku.” Mek
meluah marah. Wajah sayu Sufie muncul, menambah sendunya.
Afiena masih hanyut, mengelamun. Satu tepukan keras mengenai
bahunya.
“Mengelamun… Kak long tanya ni, bila kita nak buat kenduri
tahlil untuk abang long kamu.”
“Untuk lelaki tak guna tu. Orang dah meninggal apa yang nak
ditahlilkan lagi. Bukan dia tak ada mak, ayah. Biarlah keluarga dia yang buat.”
Afiena meradang.
“Tapi dia tetap suami kak long. Orang yang pernah memberi
kasih pada kak long. Orang yang pernah mencintai kak long,” nada lembut Sufie
bergema. Afiena menjadi marah tiba-tiba.
“Kenapalah kak long ni baik hati sangat? Rijal tu seratus
kali ganda tak layak untuk kasih sayang kak long. Lelaki tu tak guna sesen pun.
Fiena tetap bantah,” selar Afiena.
“Dari mula kak long kahwin Fiena dah tak suka pada abang
long. Kenapa?”
“Dia jahat. Sebab dia lelaki jahat!” balas Afiena geram.
“Buat baik pada orang
yang baik itu mudah. Tapi nak buat baik pada orang yang jahat itu payah. Tapi apa
guna duk habiskan masa ingat kejahatan orang pada kita. Hidup tak lama Fiena.
Dari duk hitung kejahatan orang, lebih baik hitung kabaikan orang. Kak long
tetap nak buat tahlil.” Sufie bertegas.
“Fiena bantah. Dan Fiena tak akan sokong.” Marah Fiena makin
menjadi-jadi bila teringat isi surat Sufie. Macam manalah Sufie boleh berlembut
hati terhadap lelaki berhati garuda itu. Bukan dia seorang malah mek, dan Kamarul pun sakit hati. Cuma ayahnya
sahaja yang masih bersabar. Kalau diikutkan geram mahu saja dia beritahu kenapa
dia tak suka majlis tahlil diadakan. Tapi maruh Sufie pun harus dijaga. Dia
mengeluh kecil, melepas sesak dada.
“Fiena sayang kak long tak?” aju Sufie. Bernada simpati.
“Sayang,” balas Afiena malas.
“Tolong kak long?” pinta Sufie.
“Apa dia.” Afiena menjawab malas. Matanya mengecil, cuba
menahan marah.Dia sudah dapat mengagak apakah permintaan itu.
“Tolong jangan tolak hajat kak long. Kita buat tahlil untuk
abang long, ya.” Sufie memeluk tangan Afiena, meletakkan kepala pada bahunya.
Afiena menjadi resah. Di antara penipuan yang cuba disembunyikan dan permintaan
seorang kakak.
“Tengoklah nanti. Tapi Fiena tak janji.”
“Macam tulah adik kak long.” Sufie tertarik pada bungkusan
plastik bersebelahan Afiena.
“Apa dalam plastik tu?”
“Batang keladi. Mek kirim. Dah siap potong, tinggal Kak long
masak saja. Ada juga sepasang baju dengan duit. Ayah kirim buat belanja.”
“Tak payahlah kalau duit tu. Kak long masih boleh makan dan
minum. Nampak tak kedai pastri tu,” jari ditala ke suatu sudut yang menempatkan
Italian Pasticceria café.
“Cantiknya! Penuh pasu kat dinding kafe tu. Kafe terkenal tu
kalau kak long nak tahu. Ownerdia hensem giler. Fiena tengok dalam majalah
bulan lepas. Untung kak long. Mana tahu
berjodoh dengan dia.” Afiena galak mengusik.
“Nama dia Corrado. Tapi doa Fiena tak masin agaknya. Peminat
dia saja bersusun, belum lagi yang applynak
jadi kekasih. Dan kak long tak akan pilih dia. Lagi pun kak long masih tak dapat
lupakan abang long.” Sufie bernada lemah.
“Lagi-lagi abang long… Lagi-lagi abang long. Tak faham
Fiena. Lelaki tu psiko, tak balik modal kak long rindu dia. Orang mati tak
bangun semula.” Afiena marah bila nama Rijal disebut-sebut.
“Jangan emosi sangat Fiena. Cuba bawa bertenang.” Sufie
menenagkan Afiena.
“ Soal hati siapa yang boleh tolak. Sekali dia menghimpit,
naik semput perasaan. Alhamdullilah Allah masih ada. Kalau tak mahu meroyan kak
long,” luah Sufie. Marah Afiena surut.
‘Begitu sekali cinta kak long. Kasihan dia. Maaf kak long.
Bukan niat nak menipu, Cuma Fiena tak mahu kak long terluka,’ getus hati kecil
Afiena.
“Dah dekat pukul enam. Kak long kena kerja. Fiena mahu ikut
atau nak balik dulu. Tak nak tengok Mr. Corrado ke?” usik Sufie.
“Fiena setia tahu. Walaupun Abang Kamarul tak hensem tapi
hati dia hensem,” balas Afiena manja. “Fiena balik dululah kak long. Telefonlah
kalau ada apa-apa. Jangan nanti orang kata tak ada keluarga.” Afiena menyindir
tajam. Sufie senyum.
***
Macam biasalah kalau orang berjalan lima minit. Sufie lapan
minit. Corrado seperti biasa menunggu di meja taman. Dia terasa nikmat bila
dapat menikmati secawan expresso sambil menanti kelibat Sufie. Corrado bangun
bila melihat langkah Sufie yang agak berlainan.
“c'è una strana.” ‘Ada yang pelik.’ Risau menjengah hati.
Corrado resah.
Kalau
diikutkan hati, mahu saja dia berlari dan mendukung Sufie, namun gadis itu
bukan sebarangan. Gadis suci yang tidak tersentuh oleh lelaki.
“Iasvegliadiome,”
‘Jagakan dia untukku Tuhan,’ seru Corrado berkali-kali. Entah kenapa
kerap kali dia menyebut dan meminta bantuan Tuhan. Perkara paling lucu dan tak
masuk akal pernah dilakukannya. ‘Tuhan’ perkataan yang tidak mungkin dapat
dicari dalam kamus hidupnya kini wujud.
“Petang
Corrado. Macam biasa awak masih bersemangat dan senyuman awak tak pernah
menghampakan,” luah Sufie sebaik tiba. Dia memandang seketika pada serumpun lily putih yang mekar dan senyum. Corrado yang
menyedari.
“Casablanca.
Bunga Lily Casablanca. Seputih dan secantik awak Sufie. Saya tanam supaya saya
tak lupa kecantikan awak.” Corrado beremosi seketika.
“Ada-ada
saja awak ni Corrado. Terima kasih. Lain kali tanamlah bunga yang boleh
ingatkan awak pada kekasih hati, bukan tanam bunga yang boleh ingatkan awak
pada saya.” Sufie senyum riang. Dia benar-benar bersyukur mendapat sahabat
sebaik Corrado.
“Saya
masuk dulu Corrado. Belum punch card.”
Sufie melangkah perlahan. Ada sesuatu yang tidak kena dalam langkahnya.
“Kali
pertama aku lihat senyuman kau. Aku dah putuskan kau adalah amore (kekasihku). Kalaulah kau boleh
membaca mataku. Tentu kau tahu mataku berkata ti amo(aku cintakan kau).”
Pandangan
Corrado mengekori Sufie.
“Tubuh dia tertutup rapat. Tak ada bahagian dari
tubuh dia yang mampu membuat jantung lelaki berdesir. Namun budinya mendesirkan
hatiku hari demi hari. Tuhan aku tidak kuat.” Corrado kembali duduk. Ditenung
Lily Casablanca. Dia senyum bila bayangan Sufie muncul.
***
Corrado
menahan marah. Hatinya terbakar setiap kali Sufie dimarahi Arturo. Fokusnya
tersasar. Sudah beberapa kali gadis albino itu dimarahi. Salahnya Cuma sedikit,
iaitu lambat. Atau dalam bahasa kasarnya lembab. Tapi seperti dijangka gadis
itu masih mampu bertenang dan senyum, malah tidak sepatah pun cacian keluar
dari mulutnya. Menambah sayang Corrado, sekaligus menambah resahnya.
***
Waktu
rehat. Seusai solat, ketika Sufie duduk di bangku taman.
“Hoi...
Hantu.” Nada keras menerjah.
Sufie
berpaling. Miera bercekak pinggang.
Terbutang matanya dengan mulut menjuih. Dia meludah tepat ke wajah Sufie.
Mata-mata memerhati. Miera puas, malah bangga bila dikira Sufie penakut.
“Bomoh
mana kau pakai hah? Orang gila pun pelik la, kalau Corrado boleh suka kat kau,”
hina Miera. Sengaja dilantangkan suara. Sufie kelu.
“Nah
cermin. Tilik muka kau.” Miera lempar cermin bulat kecil ke atas meja. Senyum
sinis kemudiannya.
“Rasa-rasanya
kau nie hantu jenis apa? Langsuir atau pontianak?” soal Miera garang.
“Tak
payah jawab. Sebab dua-dua hantu gatal. Hantu yang lapar jantan. Macam kau.”
Sufie
istigfar panjang. Lidah kelu. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dijawab.
Dia risau jika dijawab, syaitan akan memandu jawapannya. Tentulah apa yang
keluar bukan kebenaran tapi amarah semata-mata. Jadi dia pilih diam.
“Apa
kau buat kat sini Miera. Menjerit macam orang gila.” Tariq muncul dari
belakang.
“Eh...Tariq.
Bila sampai.” Miera melunakkan suara.
“Hai,
aku duk minum dari tadi kat sana. Tak kan tak perasan. Kau buat apa kat sini?”
aju Tariq.
“Cari
perempuan gatal ni. Perempuan murah,” bidas Miera kejam.
“Rasanya
ayat tu paling sesuai untuk kau. Ke hulu, ke hilir bertukar jantan.” Tarik
senyum sinis, mencebik bibir tanda meluat.
“Aku
ni tunang kau. Kau kena ingat. Yang kau duk bela perempuan murah ni buat apa?
Kau kenal ke dia?” soal Miera meninggi.
“Lebih
dari kenal,” sepi seketika. Tariq manarik nafas kemudian bersuara lantang.
“Selamat
malam dan selamat menjamu selera. Saya Tariq nak buat pengakuan di depan semua
orang. Gadis ni bernama Sufie. Saya
umumkan di depan semua orang yang dia adalah kekasih saya dan hanya dia yang
akan saya nikahi.”
Suasana
hingar-bingar. Bisikan demi bisikan kedengaran. Telahan berjangkit. Corrado
terpana. Tidak disangka ada yang mendahuluinya. Sebaik sahaja Rozita
memberitahu apa yang berlaku, dia bergegas ke taman. Tapi sebaik tiba lain pula
yang berlaku. Sufie menunduk. Ibarat
orang bodoh. Rasanya kalau ada anugerah gadis paling bodoh ketika itu, dialah
yang paling layak.
Dari
dalam Arturo berjalan laju. Dari meja ke meja, dia memohon maaf. Wajahnya merah
menahan malu dan amarah. Dan akhirnya dia sampai ke meja Sufie.
“Kamu
nak rosakkan perniagaan saya. Dari hari pertama saya dah tahu kamu ni pembawa
bala.” Arturo senyum, namun nadanya tegang. Sufie masih kelu.
“Dia
kacau tunang saya uncle.” Miera menuang racun.
“Kacau
aku atau Corrado. Kau ingat aku tak tahu kau tergila-gilakan Corrado. Lagi satu
aku tak pernah anggap kau tunang. Kau tu yang perasan.” Tariq membidas.
“Berani
kau ingkar arahan papa kau. Aku ni Tengku Miera Edora. Gadis paling anggun dan
cantik. Tak ada lelaki yang berani menolak pesona aku. Kau tu yang buta. Apa
yang kau pandang kat langsuir ni. Aku rasa semua lelaki kat hospital nie gila.
Nantilah aku cadangkan supaya nama hospital ni ditukar ke Hospital Sakit Mental,”
tengking Miera. Nafasnya tercungap-cungap.
Rozita datang, perasaannya sudah tak tertahan
melihat Sufie diperlakukan begitu. Dipeluk seketika leher Sufie. Matanya
bergenang. Tangan putih Sufie kemudian dipimpin. Sufie yang buntu hanya
menurut.
***
Corrado
berkaca mata merah. Memakai baju lengan panjang ,berzip hingga ke leher atas,
seluar baggy dan bertopi. Dia cuba melindungi wajahnya sekali-sekala.
Pagi-pagi
lagi dia dah terpacak berhampiran tempat letak kereta. Dia sendiri pelik macam
mana dia tergamak bangun awal pagi dan ke hospital hanya kerana nak menunggu
Tariq. Kereta Tariq berhenti betul-betul dihadapannya. Lelaki itu senyum.
“Tak
payah nak menyamar. Aku rasa kau tengah tunggu aku.” Tariq menduga.
“Diritto.
Tepat. Mana kau tahu aku akan tunggu?” soal Corrado.
“Aku
pun lelaki. Aku faham apa yang kau tengah fikir. Kau sukakan Sufie. Ops...
Lebih tepat kau cintakan Sufie.” Tariq bersuara lucu.
“Apa
niat kau semalam. Kau sengaja nak malukan Sufie? Kenapa kau jerit dekat semua
orang yang dia kekasih kau?” tanya Corrado geram.
“Salah
ke apa aku buat? Bukan ke, kau buat benda yang sama semasa Sufie hadir temuduga
hari tu. Kau jerit mahu jadi suami dia,” nada lucu masih bermain di bibir
Tariq.
“Kenapa
kau kisah?” soal Corrado.
“Sebab
aku sakit hati. Kau tak perasan lelaki berkaca mata hitam pagi tu. Itulah aku.”
Tariq berubah serius.
“Kau
dah ada Miera. Dia tunangan kau. Kenapa nak main-mainkan Sufie?” Corrado
berwajah berang.
“Tunang
aku, mantan kekasih kau. Aku tahu sampai sekarang Miera tu masih
tergila-gilakan kau. Bukan kau saja Doktor Zikrey pun tergila-gilakan dia.
Boleh aku katakan rata-rata lelaki kat hospital ni, tergilakan dia.” Tariq
kembali mengusik.
“Itu
dulu. Sekarang lain. Aku dah lupakan Miera.” Corrado mengeluh.
“Melupakan
cinta pertama? Kau pasti yang cinta pertama mampu dilupakan macam tu saja?”
soal Tariq. Dia kemudian memusing-musing kunci keretanya.
“Op...
Lupa nak tanya. Kau pasti yang kau mampu lupakan gadis secantik Miera? Pelik
bin ajaib kalau kau boleh lupakan gadis sebagus dia hanya kerana gadis albino
tu.” Tariq ketawa lucu.
Satu
tumbukan padu singgah di pipi Tariq. Wajah menyinga Corrado merona merah.
Matanya terbeliak.
“Jangan
berani kau panggil dia albino. Dia tu Casablanca. Lily paling cantik yang
pernah wujud.”
“Aduh!
Boleh tahan kau ni Corrado. Rileks la. Tak payah nak naik angin. Kalau Sufie
tengok, mahu menangis air mata darah dia. Terharu lelaki sekacak kau sanggup
bertumbuk sebab dia,” ketawa Tariq makin bergema.
“Kau ni memang sengal. Semua benda kau nak buat
lawak. Cubalah serius. Ingat last warning, Jangan kau cuba main-mainkan Sufie.”
Corrado berlalu pergi. Tariq masih ketawa.
Wajah
bengkak Tariq menarik minat Sufie.
“Kenapa
pipi? Bergaduh dengan siapa?” aju Sufie. Dia sedikit gusar. Tariq jadi gembira,
bila dirasakan Sufie menggambil berat.
“Bos
kaulah, siapa lagi. Si budak Corrado tu marah pasal hal semalam.” Tariq
mengeyit mata.
“Hal
apa pula. Aku dah lupakan semua tu. Kau pun satu. Agak-agaklah kalau ya pun nak
tolong. Tak payahlah sampai kau canang aku kekasih kau.” Sufie senyum geli
hati.
“Mana
ada aku tipu. Aku memang nak couple dengan kau Sufie,” nada bergurau kedengaran.
“Dah
kau nak campak ke mana Miera. Dua bulan kita berkawan, tak pernah kau beritahu aku,
Miera tu tunang kau.”
“Aku
tak hadap si Miera tu. Ayah aku yang paksa. Mak aku pun suka. Nak tak nak
kenalah aku setuju.” Tariq meluahkan kesal. Sufie terpana. Kali pertama Tariq
bernada sebegitu.
“Alasan
klise orang lelaki. Jadi kenapa setuju? Dah ada pilihan hati ke?” aju Sufie.
Soalan yang menyesakkan dada Tariq.
“Tak
tahanlah dengar bebelan orang tua.”
“Ke
situ pula. Tak manis cakap macam tu. Mereka membebel sebab risaukan anak teruna
mereka. Kau pun memang hensem tak kalah dengan lelaki lain. Hidung pun
tercatuk,” usik Sufie.
“Ayah
aku ada darah Afganistan. Memanglah hensem. Kau saja yang tak mahukan aku. Apa
nak buat Corrado tu lagi hensem.” Tariq makin galak mengusik.
“Corrado
tu sahabat aku.”
“Maknanya
aku masih ada peluang?” aju Tariq bersungguh.
“Kau
pun sahabat aku. Berbalik pada soalan tadi. Siapa sebenarnya yang kau suka?”
soal Sufie berminat.
“Aku
pun tak tahu siapa dia. Cuma, aku dah berjanji akan kahwin dengan dia seorang.”
Tariq senyum.
“Dan
apa kata gadis tu?” aju Sufie. Dia menghirup secawan koko panas.
“Budak
tu tak tahu aku sukakan dia. Muka dia pun aku tak ingat. Nama dia pun aku tak
tahu.” Tariq tersengih-sengih bila merasakan jawapan itu bodoh.
“Ish...
Berat kes kau ni Tariq. Tak tahu hujung pangkal, alih-alih jatuh cinta.”
“Dalam
badan aku ada hati gadis tu. Dia dermakan hatinya kat aku. Menurut mama, gadis tu
tolak wang yang mama beri. Dia tak harapkan apa-apa. Kata mama gadis tu ikhlas.
Kau boleh bayangkan gadis sebaik tu sebagai teman hidup aku. Aku rasa dia
adalah harta terbaik kalau aku dapat.” Tariq senyum lagi. Fikirannya
menerawang, cuba melakar-lakar wajah gadis itu.
“Susah
apanya. Tanyalah mama kau. Tentu dia tahu. Tak pun tanya doktor hospital,”
cadang Sufie.
“Mama
aku jenis pegang janji. Hospital pun sama. Sebab tu aku pilih jadi guru dan
mintak mengajar di SDH. Senaglah aku nak siasat. Nanti kau tolong jadi pengapit
aku. Aku upahlah bunga telur,” makin kuat Tariq ketawa.
“Mana
ada orang perempuan jadi pengapit pengantin lelaki.”
Penyelia
muncul. Beberapa borang ditangannya.
“Ni
borang. Mana yang belum lengkap diisi, tolong penuhkan. Hari ni Tariq mengajar
di kelas biar Sufie dan cikgu lain yang mengajar di katil pesakit.”
“Baik
puan,” balas Sufie.
“Apa
yang puannya. Panggil saja Kak Mah. Tak payahlah formal sangat. Kamu ikut saya
Tariq. Tombol pintu kelas rosak.” Kak Mah mengarah.
“Baiki
tombol? Tak pernah hayat saya buat kerja tu. Manalah saya reti,” bantah Tariq.
“Ada
saya kisah. Dah jangan banyak soal. Ikut saja.”
Sufie
senyum. Tariq tersengih. Kak Mah ketawa. Mereka berpecah membawa haluan
masing-masing.