Home Cerpen Lucu LAICI KANG.
LAICI KANG.
Sufi Abqari
30/3/2014 22:29:02
2,046
Kategori: Cerpen
Genre: Lucu

Hari minggu yang lalu aku pergi Kuala Terengganu. Saidee kawanku gembira sampai senyum ke telinga. Hidung dia macam biasalah, kembang kempis. Rasa bangga. Setelah dua bulan kerja separuh masa akhirnya dapatlah juga kami bertiga menjejakan kaki ke negeri Ulik Mayang.

“Cover sikit hidung pelepah kelapa kau tu Saidee. Buat malu orang KL aje lah.” Kamal Hassan yang bermata kuyu, semakin kuyu matanya bila melihat hidung Saidee kembang kuncup macam orang tak cukup oksigen.

“Tenang… Kamal Hassan. Aku tengah menghayati kesegaran angin Kuala Terengganu ni. Cuba kau bau… ada bau apa,” soal Saidee.

“Bau apanya? Tak bau apa-apa pun. Kau ni psiko aje lebih,” Kamal Hassan terlopong bodoh.

“Cuba kau pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Kau bau tak apa yang aku sedang nikmati sekarang.” Saidee mendepakan tangan. Menarik nafas panjang. Kamal Hassan mengikut. Macam orang bodoh pula aku tengok. Tengah panas mencanak atas kepala, tepi jalan raya pulak tu. Dengan beg besar yang digalas.

“Kau perasan tak bau ni,” macam tikus Kamal Hassan menghidu.

“Tu ha… Kedai makan kat seberang jalan tu lah. Pelik masakan orang Pantai Timur ni. Aku tahulah aku ada darah Terengganu. Kalau tak silap bau budu.” Saidee ketawa penuh yakin. Kamal Hassan pun ketawa.

“Aku rasa bau nasi lemak pagi tadi.” Aku menyampuk.

“Itu bau budu. Aku ada darah Terengganu. Jangan melawan kalau tak tahu.” Saidee goyang-goyangkan bahunya. Lagak macam jantan gatal.

“Bau nasi lemak. Aku yakin sangat.” Aku berkeras.

“Bau budu. Percayalah. Kau pernah bau budu.” Saidee menunjal dahiku dengan jarinya.

Aku geleng kepala.

“Jadi memang macam tulah bau budu. Itu fakta.” Saidee ketawa puas hati. Memang jenis tak mahu mengalah.

“Bau nasi lemak. Aku yakin.” Aku berkeras.

“Kenapa kau yakin sangat?” aju Kamal Hassan.

“Sebab masa kau orang tengah tarik nafas, aku kentut. Oppp… Tak tahan. Jangan marah.”

Terlopong mamat dua orang tu. Aku bermuka selamba. Tidak merasa bersalah sama sekali. Kehendak badan bukan boleh ditahan-tahan.

“Cakap habis yakin. Darah Terengganu konon,” sindir Kamal Hassan geram. Mencemik bibirnya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.