Jam dua
belas tengah malam Sufie sampai. Letih.
Dia menguap
sekali dua. Terlena di kerusi rotan. Sedar-sedar bila suara Salmi menyanyi.
“Assalamualaikum
gadis cantik… malam-malam orang tak menyanyi sampai nak pecah rumah,” senyum
tawar. Sufie keletihan. Manakan tidak seharian dia terkejar-kejar di dapur.
“Yeh… Kak
Sufie dah balik,” laju dia datang dengan sebuah radio kecil.
Memang Salmi
hantu radio, terutama bila siaran kendalian Tini ke udara. Dicium pipi Sufie lalu disalami. Bersimpuh dia di sisi.
“Best tajuk
malam ni. Sedih lah dengar luhan hati yang kecewa.” Salmi mula terlentang,
ditompang dagu.
“Biasalah
kalau kecewa bercinta tu,” balas Sufie malas.
“Kak Sufie
pernah kecewa sebab cinta tak?” aju Salmi. Dia menoleh.
“Sal rasa?
Rasa-rasa Kak Sufie ni pernah dikecewakan ke tak?” teka Sufie. Wajah Rijal
bertandang, sekaligus jantungnya menendang dada. Ah! Kenapalah susah sangat
hendak dipadam wajah itu.
Salmi
senyap. Tidak menjawab. Sufie tahu, tentu Salmi rasa dia tidak pernah bercinta.
Dia tidak kisah, malah itu lebih baik.
Suara Tini
kedengaran jelas bila Salmi memutar volume.
“Salam
sejahtera kepada pendengar setia. Malam ini kita cukup bertuah kerana
berpeluang mendengar luahan hati, nun jauh dari bandar Uncle Sam. Kita
dengarkan bersama-sama…”
Instrumen sayu
menebar. Suara Tini kedengaran. Suara sayunya tidak pernah menghampakan. Pasti
ada air mata yang menitik. ‘BUK…’ jantung Sufie gugur. Seiringan air mata.
Suara itu dikenali. “Abang…” terpancul
tanpa dipinta.
Salmi ralit.
Memang jenis kuat mengelamun. Ketar menyentak, memeluk jasad. Sufie pegun.
Kun Fayakun
Kata-kata sakti TUHAN
mencanai takdir
Kini…
Akulah bulan di malammu
Mentari di siangmu. (Insya
ALLAH takdir kita bersama)
Oh, khalifahku
Ku turuti cintamu
Ku pijak jejakmu
Ku hanyut dalam cinta
halal ini
Cinta halal yang
diintai rindu
Oh, khalifahku
Aku merasakan hidupku
sudah cukup sempurna
Bisikankku kepada TUHAN
sudah bersambut. Aku bahagia.
Khalifahku
Ternyata aku kepingan
kaca
Tidak ampuh menjadi permata cincinmu.
Aku retak, pecah
Kau lepaskanku saat
malam pertama
Kini aku bukan lagi
milikmu dan kau bukan milikku.
Permainan takdir yang
memenatkan.
Aku telusuri jua, jika
ini jalan cintaNya
Terima kasih khalifahku
Sesaat cinta, seabad
rindu.
Sufie pejam
mata. Terkasima. Bait-bait itu miliknya. Nukilan yang disertakan dengan
sekeping surat. Dia masih waras. Dia tidak lupa jauh sekali gila. Memang itu
hasil tulisannya. Bagaimana surat itu boleh jatuh ke tangan orang lain. Mungkin
Rijal yang buang.
“Hati dia
keras. Lebih keras dari batu. Tak apalah. Dia pun dah pulang bertemu ALLAH,”
mata dia masih pejam.
Terasa jari
halus menyeka mata. Terkebil-kebil bila
melihat Salmi sedang menyapu air matanya. Ah… apalah yang akan difikir gadis
manis ini nanti.
“Kan betul
Sal kata, rancangan ni best. Tengok Kak Sufie pun meleleh air mata. Tapi kalau
nak lagi feel, kenalah putus cinta sekali. Lagi masyuk…” ketawa Salmi pecah.
“Kak Sufie
nak masuk tidur. Lewat sangat dah ni. Sal pun jangan lewat-lewat, esok ada
kelas,” lewa Sufie berkata. Tubuhnya terasa longlai. Wajah Rijal menerpa tidak
henti-henti. Meramas-ramas emosi. Dia
lemas dalam kenangan yang pernah membunuh hati.
“Ya ALLAH. Aku mohon
kekuatan. Aku rasa terpenjara dengan kenangan Rijal. Ya ALLAH kenapa aku masih
ingatkan orang yang dah tiada? Bahagiakah dia di sana? Bahagiakanlah dia ya
ALLAH, kerana dia pernah membahagiakanku,” diraup wajah. Dia merebahkan diri.
Lama-lama dia larut dalam mimpi.
***
Pagi-pagi
lagi Sufie sudah berteleku di bangku taman hospital. Mushaf ditangan dibaca tanpa suara. Sesekali dengan
suara yang lirih sehingga tidak didengari. Tumpuannya hilang bila terkenang hal
semalam.
“Macam mana
sajak yang aku tulis boleh sampai US? Siapa yang bawa ke sana? Jangan-jangan
surat aku pun kena baca. Memang malu muka aku.” Sufie gigit pen. Terjungkit
kening. Pandangannya ditala pada Italian Pasticceria Café.
Jam begini
pintu kafe masih tertutup. Seminit dua
lagi pasti kumpulan gadis-gadis cantik akan tiba. Sufie senyum.
“Macam-macam
ragam manusia. Corrado pun satu. Dalam banyak-banyak yang menempel tak kan tak
ada yang dia sangkut. Pelik juga citarasa orang hensem ni,”
“Awak seru
nama saya ke?” tercatuk Corrado di belakang. Sufei terkejut.
“Awal datang.
Ada tempahan nak kena siapkan,” teka Sufie.
“Tunggu
awaklah,” tokok Corrado. Dia berselindung di balik pokok.
“Jauh
menyorok. Sebelah saya masih kosong. Tapi tak boleh duduk dekat-dekat,” pesan
Sufie.
“Kalau saya
duduk sebelah awak, tak merasalah nak berbual panjang.”
“Apa yang
boleh kita bualkan. Awak nak tanya sesuatu ke?” soal Sufie. Dia berkalih duduk.
Agar senang menolah.
“Kalau saya
Islam…” patah kata mati. “Awak sudi kahwin tak, kalau saya Islam?” terpancul
juga ayat keramat itu.
Sufie ketawa
mendadak. Setitis air matanya tumpah. Rasa bahagia bila Corrado menutur ayat
begitu. Namun dia pasti itu hanya gurauan.
“Mestilah
saya sudi… Rugilah kalau saya tolak jejaka sehensem awak Corrado. Tu… nampak,”
jari runcing menala ke arah kafe. “ Tengok, beratur peminat awak duk tunggu.
Alih-alih saya juga yang menang.”
Corrado
menapak ke depan. Hatinya berbunga. Tidak disangka Sufie menerima. Dalam gagap
dia berkata.
“Mahu
bercinta tak?”
“Saya
teringat pesan Al-Iman Hassan AL’Bana
Kalau
bercinta, berkawan 20 tahun sekalipun. Kita tidak akan mengenal dia. Yang akan
kita kenal adalah lakonannya.”
“Jadi awak
tak mahu jadi kekasih saya,” layu nada Corrado.
“Tak… saya
pilih kahwin.” Sufie senyum lucu. Wajah kelat Corrado dipandang.
“Saya tanya
boleh?” aju Sufie.
“Apa saja,”
balas Corrado.
“Kamu Ateis
ke? Saya perhati kamu tidak seperti orang lain.” Sufie menoleh. Corrado
berwajah selamba.
“TUHAN sudah
lenyap ditelan kebijaksanaan manusia. Zaman moden siapa yang perlukan TUHAN.
Semua perkara sudah mampu dilakukan manusia. Buktinya kita sudah mampu ke
bulan,” meluncur laju ayat itu. Terselit keangkuhan dalam tuturnya.
“TUHAN
menyayangi orang yang beriman kepadaNya, tidak lupa yang ingkar. Ajaib kan
kasih sayang TUHAN,” kening Sufie terjungkit tinggi.
“Orang lemah
saja yang perlukan TUHAN. Meyandarkan kelemahan diri pada TUHAN yang tak wujud,”
sindir Corrado.
“Sama macam
Nietzsche.” Bidas Sufie.
“Siapa dia?”
kerut tergaris di wajah Corrado.
“Aik… satu
aliran pun tak kenal. Makin pelik awak ni Corrado,” senyum sindir Sufie hadiahkan.
“Kalau saya
tahu. Tak perlulah saya tanya,” balas Corrado manja.
“Nietzsche ialah orang yang pernah menggegarkan Eropah
dengan pandangannya, TUHAN telah mati. Tahu kenapa sampai dia cakap macam tu?” duga Sufie.
“Tak. Saya
tak minat nak tahu.”
“Jadi kenapa
awak ikut falsafah dia?”
“Saya ikut
diri sendiri. Bukan sesiapa,” tingkah Corrado perlahan.
“Biar saya
beritahu. Nietzsche sebenarnya teruja dengan kehebatan ilmu pengetahuan. Bagi
dia manusia telah menjadi hebat dengan ilmu. Malah dengan ilmu pengetahuan
jugalah manusia dapat menguasai alam. Macam penemuan telefon. Penemuan ubat
untuk siflis, TBC dan penyakit berjangkit.”
“Betul… dan
itu bukti manusia tidak memerlukan TUHAN. Sebenarnya manusia berimaginasi pasal
TUHAN sebab itu salah satu cara psikologi untuk menenangkan hati yang kecewa.
Mungkin kecewa pada dunia dan perhubungan.” Corrado mendengus. Dirasakan ayat
itu bakal mematikan hujah Sufie. Dia senyum manis, semanis kambing jantan
berbau hamis.
“Kalau awak
lihat dan perhatikan. Mesti awak perasan semakin manusia mencapai kesempurnaan semakin
banyak kekurangan sebenarnya. Cuba awak lihat manusia mampu cipta teres
menyalur lahar gunung berapi, malah boleh jangka bila gunung berapi akan
meletus.
Tapi awak
harus ingat, manusia masih tidak mampu menahan gunung berapi daripada meletus.
Yang paling kritikal. Kita semua tak mampu
menghentikan penuaan diri yang berlaku, hari demi hari. Akhirnya kita
tetap mati.
Di mana
Nietzsche sekarang. Dia sudah lama mati, sedang TUHAN tetap ada. Itu sudah
cukup bagi saya untuk menyatakan kita lemah dan memerlukan TUHAN. Dan kita kuat
bila TUHAN bersama.” Sufie senyum. Tidak disangka hobi suka membaca banyak
manfaatnya.
Corrado
mendengus. Masih tidak berpuas hati. Baginya jawapan Sufie lebih kepada teori.
Tiada bukti. Siapa-siapa pun boleh kata TUHAN itu wujud. Masakan tidak, sejak
dari kecil sudah dipsiko yang TUHAN ada. Lama-lama bila dah melekat macam tulah
jadinya.
“Manusia
mundur,” luah Corrado tiba-tiba. Tidak disangka Sufie mendengar.
“Masih tak
percaya TUHAN wujud?” usik Sufie.
Sebenarnya dia tidak berniat memaksa Corrado menerima pendapatnya. Hanya
berkongsi.
Awak tidak pernah
lihat TUHAN. Jadi kenapa hendak percaya yang TUHAN ada,” senyum Corrado.
“Awak
cintakan seseorang Corrado?” aju Sufie. Ditenung wajah separuh Corrado.
“Ya! Dan
saya benar-benar cintakan dia,” melankolis nadanya.
“TIPU… saya
tak percaya langsung,” pangkah Sufie.
Tercengang
Corrado. Tidak disangka luahan hati dicantas.
“Kenapa
tidak percaya. Jahat sangat ke saya, sampai awak kata begitu?” lemah Corrado
menyoal.
“Ya. Memang
saya tak percaya. Sebab kata-kata awak dusta.” Sufie berwajah polos.
“Kenapa awak
kata saya tipu?” nadanya makin lemah.
“Saya nak
tanya. Awak pernah nampak dengan mata awak sendiri tak CINTA?”
“Tak.”
“Bermakna
awak tipulah tu,” senyum lembut Sufie lemparkan. Corrado jadi penasaran.
“Cinta
memang tak nampak, tapi saya boleh rasa dan saya yakin cinta wujud.” Corrado
bersungguh-sungguh.
Sufie
ketawa. Pertama kali dia melihat ketawa Sufie. Hatinya terpesona. Barisan gigi
putih Sufie menyihir. Mata biru bundar gadis itu juga tidak kalah.
“Maaf
Corrado. Saya hanya nak uji awak. Nak tahu pendapat awak.”
“Uji!”
tercengang Corrado.
“Ya lah.
Awak perasan tak, yang cinta tak terlihat itu boleh diumpamakan macam TUHAN. Tak dapat dilihat, tapi
dapat dirasa.”
Sufie
membelek-belek buku yang dibawa. Sekilas direnung jam tangan.
“Saya
tinggalkan buku kat atas bangku ni. Ambil dan baca. Saya nak cepat.”
“Bukan ke
sekolah bermula pukul 10 pagi,” terkebil –kebil Corrado menyoal.
“Ada kerja
sikit. Maaf,” terkoncoh-koncoh Sufie berlalu. Corrado senyum melihat langkah
Sufie yang sudah teratur.
Bila kelibat
Sufie menjauh dia keluar dari balik pokok dan ke bangku. Di ambil dan diamati
judul yang tercetak. ‘ ALLAH MERINDUI, KENALILAH DIA.’
Corrado
terjelupuk duduk. Hatinya dikelubungi rindu. Namun entah pada siapa atau apa.
Bibirnya bergetar. Hatinya berkata.
“TUHAN ajarkan aku mencintaiMu. Aku mahu kenali siapa Engkau.”
Corrado menyeka mata yang bergenang. Dia bangkit dan bergerak ke kafe.
***
“Naik kematu
tapak kaki aku. Pukul lapan setengan baru sampai. Janji pukul lapan.
Memang janji melayu. Tengok tuan macam
minah saleh,” bebel Tariq.
“Aku
terserempak Corrado tadi. Tu yang lambat sikit. Maaf”
“Patutlah…
jumpa buah hati rupa-rupanya. Kau suka kat dia eh… boleh tahan citarasa kau ni,”
sakat Tariq. Memang dia tak senang duduk kalau tak menyakat. Siapa saja akan
disakat dan diusik.
“Dia tak
pandangnya aku. Kami borak-borak kosong tadi. Tak sedar terlewat. Mana penyelia dengan Sya? Kata ada mesyuarat.”
Sufie memanjangkan leher, mengintai-intai kelibat penyelia dan Sya.
Memanglah
ada meeting. Tapi kita berdua saja.” Tariq ketawa lagi. Memang jenis
kanak-kanak ribena, terlebih aktif.
“Meeting
apanya kalu dua orang?” soal Sufie tak selesa.
“Alah, takut
sangat. Dengan Corrado boleh pula duduk berdua-duaan.” Tariq buat muka merajuk.
“Apa yang
darurat sangat sampai panggil aku pagi-pagi ni.” Sufie senyum kecil, dan
senyuman itu memujuk rajuk Tariq.
“Tolong aku
cari maklumat siapa gadis yang derma hati kat aku?” rayu Tariq.
“Kau nak
ajak dia kahwin ke?” butang mata Sufie menyoal. Dia sedikit ke hadapan.
“Aku nak
kahwin dengan dia. Aku tak mahu kahwin dengan gadis lain. Aku dah janji dengan
diri aku, yang aku hanya akan kahwin dengan dia,” bersungguh Tariq.
“Entah-entah
gadis tu dah beranak pinak. Kalau tak pun, muka dia macam tersepit celah pintu.
Kau sanggup ke Tariq?” usik Sufie.
“Aku tak
kira, yang tu belakang kira. Aku nak cari juga gadis tu.” Tariq berkeras.
“Dah Miera
kau nak letak kat mana?” bantah Sufie. Pening kepala dia bila memikirkan
perangai orang lelaki yang macam budak kecil.
“Dia boleh
blah… aku tak sukakan dia mak aku yang paksa. Aku tak pernah suka pun kat dia.”
Wajah Rijal
muncul lagi. Dia teringat malam pertama bila Rijal meluahkan ayat yang lebih
kurang sama. Sufie pegun seketika.
“Kalau tak
suka jangan bertunang dari mula. Kau tahu tak perangai kau macam budak-budak.
Kau ainaya Miera. Aku tak mahu dan tak akan masuk campur.” Sufie marah. Giginya
mengetap-ngetap geram, matanya membulat. Dia berlalu meninggalkan Tariq yang
kelu.