MP 32

"ADUH! Sakitlah!" Aku meringis kesakitan tatkala Julian memiat telinga aku. Aku pun tak tahu sejak bila dia sampai rumah ni. Tup-tup, aku sampai saja tadi. Dah nampak kasut dia dengan Melina dekat luar rumah. Jantung aku masa tu dah nak meletup dah. Dengan bahu aku yang masih mengalirkan darah segar. Dan, hanya diikat dengan tuala. Memang malang betul aku hari ni. Ni semua salah Adamo! Argh!

"Tahu sakit. Ni apa ni, hmm? Darah-darah. Main apa sampai berdarah? Pergi mana sampai kena tembak macam ni? Are you insane, Juliana Adra?" tengking Julian. Fuh! Tercabut gegendang telinga, aku rasa. 

"Ni, macam mana Noah boleh ada kat sini? Dah berapa lama dia ada dekat sini? Dan Rery... macam mana Adra jumpa Rery? Kerja gila apa yang Adra dah buat ni, sepanjang abang tak ada?" 

Aku menghelakan nafas panjang. Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Julian. Satu soalan pun dia tak bagi kesempatan untuk aku jawab. Ya Allah, marah betul dia. Aduh...

"Adra minta maaf, abang. Adra cuma..."

"Cukup, Adra. Adra buat abang hilang akal! Cukuplah selama 20 tahun abang cari Adra. Dah cukup terseksa. Adra tahu tak?" 

Aku menganggukkan kepala perlahan. Aduh... ayat abang buat aku semakin serba-salah.

"Abang, Adra tercedera tu. Bagilah Mel rawat dia dulu." Nasib baiklah ada kakak ipar yang sudi nak membela aku. Kalau tak, sampai sudah tak berbalut bahu aku ni. Dahlah sakit dia makin lama makin menyengat.

"Go," suruh Julian dengan riak wajahnya bengis. Dah setaraf harimau, tak pun singa.

"Rery, aku nak kau cerita daripada A sampai Z. Apa yang Adra dah buat sepanjang aku tak ada sampailah dia kena tembak ni. Dan, aku nak tahu juga selama dua tahun ni kau ke mana. Rae, kau pun ada hutang dengan aku. Kau cakap kau pergi England, ada urusan syarikat. Kenapa kau kat sini sekarang?"

Aku terdiam. Ambik kau! Seorang-seorang kena. Nasib baik bahagian aku, Rery yang tolong ceritakan. Sempat lagi, aku pandang wajah Rery. Dan waktu tu juga, dia tengah pandang ke arah aku dengan keningnya ternaik sebelah kiri. Aku hanya tersengih dan menganggukkan kepala sekali.

"Kau ada hutang dengan aku nanti, Ju," ujar Rery tanpa suara ke arah aku. Dia hanya menggerakkan mulutnya dah cukup buat aku faham. Aduh... ni mesti hutang yang hari tu punya. Kena selesaikan kes aku dengan Ivander dengan cepat kalau macam ni. Kalau tak, Rery ni sampai ke sudah dok berulang benda yang sama. Tapi, aku kahwin dengan dia? Sepadan ke?

"ABANG, tak sangka Adra sanggup buat macam ni. Lepas je abang dengar apa yang Rery cerita, jantung abang macam dah terhempas dekat tanah. Apa yang Adra fikir sebenarnya? Adra ingat Adamo tu siapa? Kawan mainan? Boleh main-main macam tu? No, Adra. You're so out of your mind." Julian masih lagi marah. Tapi, tidaklah semarah tadi. Cuma nada suaranya tegas. Aura garang dia dah terkeluar.

"Maafkan Adra, abang. Adra janji Adra tak buat macam ni lagi. Adra cuma nak..."

"Balas dendam, kan? Tanpa fikir risiko. Jangan jadi bodoh, Adra. Adra cakap Adra dah bunuh Aara Malika tu. Tapi, abang tengok sama je. Adra tahu tak? Kalau apa-apa jadi kat Adra, Noah macam mana? Ada Adra fikir? Adra lebih pentingkan orang tua yang memang tak akan sedar diri tu daripada Noah sendiri. Macam mana?" 

Aku terkesima. Ada betul juga apa yang Julian cakap. Kenapa aku tak berfikir panjang? Bila dendam dah menguasai diri, habis semuanya lupa. Ya Allah, Noah anak aku. Terima kasih, Ya Allah. Masih memberikan aku nyawa untuk terus hidup dan berjumpa dengan anak aku. Kalau aku tak ada, macam mana dengan nasib Noah? Memang betullah. Bodohnya aku...

"Sudahlah, Adra. Apa yang Adra, buat semuanya dah terjadi. Tak guna pun nak menyesal ke apa. Tu bahu tu. Tu kesedaran untuk Adra. Mujur dekat bahu. Kalau dekat dada, apa Adra nak cakap? Fikir panjang, Adra. Kalau abang marah Rery dengan Rae ni pun tak ada gunanya. Dia orang pun ada matlamat dia orang sendiri. Apa yang abang nak Adra tahu, yang abang sangat sayangkan Adra. Abang dengan Rery sangat sayangkan Adra dari dulu lagi. Adra pun langsung tak ingat..." 

Aku sekadar menganggukkan kepala. Perlahan aku menitiskan air mata. Sungguh kata-kata Julian menyentuh hati aku. Aku semakin dihimpit dengan perasaan serba-salah.

"Okey, sekarang ni. Rery cakap Adamo masih lagi terlepas. Dia memang licik, Adra. Adra datang bertiga tapi dia ada kumpulan besar. Dia tu pengaruh kuat, Adra. Ramai yang tabik dan hormat dia. Sanggup ikut dia semata-mata demi duit. Adra tahu tak, keturunan Adra dengan Rery adalah keturunan yang paling orang ramai sebut dekat Itali ni. Kalau dekat Malaysia, mungkin hanya segelintir. Dan juga, keturunan korang berdua adalah keturunan yang paling banyak musuh. Harta korang tak akan habis sampai tujuh keturunan sekalipun."

Aku hanya menganggukkan kepala. Speechless. Aku tak sangka aku dilahirkan dalam keturunan jutawan dan juga keturunan yang paling banyak musuh. Hanya disebabkan duit. Harta keturunan aku dengan Rery tak akan pernah habis. Dahsyatnya...

"Tapi kalau harta keturunan Princeslon pun tak habis tujuh keturunan, kenapa Adamo sanggup buat semua ni? Sanggup bunuh ahli keluarga, Adra? Hancurkan masa depan Adra?" 

Julian memalingkan wajahnya ke arah aku. Tak lama itu, kedengaran suara Rae membantu Julian menjawab soalan aku. 

"Princeslon dan Handerville sudah dianggap seperti keluarga. Darah daging sendiri. Semuanya ada share. Tak ketinggalan satu pun. Jadi, bapak aku ni tamak. Dia tak nak ada share lagi dengan keturunan Handerville. Sebab tulah dia tekad nak buat semua ni sampaikan seluruh keturunan Handerville terhapus dekat bumi Itali ni. Sekarang ni, keturunan Handerville hanya tinggal kau. Arwah papa kau tak ada adik-beradik. Kau tak ada sepupu. Nekma dan tokpa pun tak ada saudara-mara. Sebab dia orang pun tak ada adik-beradik."

Serentak Julian dan Rery menganggukkan kepala. Aku hanya memerhatikan mereka bersilih ganti. Maknanya sekarang ni, hanya aku saja pewaris Handerville. Aku kena selamatkanlah kiranya ni? Allah...

"Betul apa yang Rae cakap. Nanti Adra dah tua, sampai masanya Noah yang boleh sambung waris harta Princeslon dan Handerville. Walau apa pun status dia, dia tetap yang utama dalam keturunan keluarga kita." 

Aku menoleh ke arah Noah yang sedang bermain dengan Eusoff di ruangan permainannya. Lama aku merenung ke arah Noah. Noah dengan Eusoff, dua-dua aku sayang. Langsung tiada niat mahu pilih kasih. Bila mereka dah besar nanti, aku akan ajar mereka apa erti keadilan dan perkongsian. Aku tak nak dia orang jadi seorang yang tamak macam Adamo.

"Maafkan Adra, abang. Adra tak tahu pun semua ni. Salah Adra kerana bertindak melulu. Konon, Adra cakap tak nak berdendam. Tapi, Adra hanya manusia biasa. Tak lari daripada semua tu. Maafkan Adra sekali lagi." 

Julian tersenyum kecil. Perlahan kepalanya dibawa geleng sekali. "Tak apa. Janji Adra dah selamat. Maafkan abang sebab abang marah Adra tadi. Abang rasa macam kena heart attack bila dapat tahu semua ni. Jangan nak marah sesiapa pula. Abang memang saja balik mengejut, nak periksa apa Adra buat. Tekaan abang selama ni betul. Mesti Adra ada rancangan sampai nak belajar menembak semua."

Aku hanya tersengih. 

"Esok kalau Adra dah rasa sihat, beritahu abang. Abang nak bawa Adra pergi jumpa Ivander. Selesaikan masalah korang. Dah dua tahun perkahwinan korang macam ni. Masing-masing mengumpul dosa je. Sorang tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, sorang lagi tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Elok sangatlah tu."

Aku terkedu. Fuh! Deep sungguh ayat abang aku ni. Lagi-lagi ayat terakhir dia tu. Aku tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dah nama pun aku ni hanya isteri guna-guna dia saja. Guna nak dapatkan anak. Nak lepaskan nafsu serakah dia tu. Siapa aje nak jadi isteri dia kalau perangai serupa syaitonirrajim?

"Baiklah, abang. Esok boleh je. Dah kurang dah sakit. Adra kan kuat..." Aku menayangkan sebaris gigi ke arah mereka.

"Kuat sangat..." Rae mencelah. Eh, eh dia pula yang panas...

"Kuat-kuat juga. Pergi berehat sana," arah Julian.

"Meh, aku hantar kau naik atas." Rery terus bangkit dari duduk. Laju betul Abang Ayif kita ni, semata-mata nak hantar aku pergi bilik aje. Macam nak hantar aku pergi ke medan perang.

"Eh, eh. Siapa suruh kau hantar dia? Bilik dia dekat atas je. Dia kena tembak dekat bahu bukannya kaki, sampai kau nak kena hantar dia. Tak payah nak tunjuk sweet sangat. Simpan sweet kau tu masa dah kahwin. Jangan nak tunjuk kegatalan kau tu sekarang. Aku gusti kau karang," bebel Julian. Padu betul bebelan abang aku ni. Dengan aku sekali tersentap. Rery pula melepaskan dengusan kasar lalu melabuhkan semula duduknya di atas sofa bersebelahan Rae. Rery mengalah dengan Julian! Ahoi!

"Essere pazientare. (Bersabarlah.)" perli Rae kepada Rery.

"Sta'zitto. (Diamlah kau.)" marah Rery sambil menjeling ke arah Rae.

Rae tersenyum senget. Sukalah tu dapat kenakan abang dia. Macam budak-budak. Nak tak nak, aku kenalah jalan sendiri dengan penuh longlai. Pasrah. Baru aje nak suruh Abang Ayif aku dukung naik atas. Wah, wah Adra! Melebih kau sekarang. Minta kaki Julian agaknya kau ni.

"Jom sayang. Tidur dengan mama." Tubuh kecil Noah aku dukung menggunakan sebelah tangan. 

"Abang, Mel ikut Adra, ya?" Melina meminta izin sambil mendukung Eusoff.

Julian sekadar menganggukkan kepalanya saja. Aku dan Melina sama-sama mendaki anak tangga satu per satu. Sesekali aku mengerling ke arah mereka bertiga. Entah apalah yang dia orang bincangkan. Aku nak tahu juga. Haih... 


Previous: MP 31
Next: MP 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.