MP 14

BEGITU jauh aku mengelamun memikirkan kejadian semalam. Sampainya hati Rae. Langsung dia tak hiraukan aku. Tiada lagi dia untuk bersama aku lagi saat aku susah dan senang. Janji yang sudah dia mungkiri bagaikan daun yang gugur. Kenapa saat hati aku mahu terbuka untuk namanya, dia menyakiti aku? Silapkah aku kerana menilainya terlalu awal? Aku tak minta pun semua ini berlaku. Semuanya terjadi kerana manusia yang tak pernah puas hati terhadap aku. Aku... tak minta semua ni.

"Aara..." Melina memeluk tubuhku dari belakang. Aku hanya terkaku mendiamkan diri. Suasana di balkoni ini aku amati dengan penuh mendalam. Tanpa sengaja, air mataku berguguran jatuh ke pipi sebelum aku menundukkan kepala. Dadaku semakin lama semakin ketat.

"Mel, saya rindu mak saya. Saya nak dia yang dulunya ada untuk saya. Saya rindu nak peluk dia," esak aku. Terhinjut-hinjut bahu aku melepaskan tangisan. Sakitnya tidak dapat aku tanggung lagi. Perit. Sangat perit.

Melina mengeratkan pelukannya. Perlahan aku membalas pelukannya. Sungguh, aku rindukan mak. Tubuhnya ingin sekali aku mendakapnya.

"Sabar ya, Aara. Saya tahu saya tak ada dekat tempat awak. Tapi jangan macam ni. Saya sedih tengok awak macam ni. Ian pun risau tengok awak." Melina tak putus-putus memujukku.

Aku menganggukkan kepala sekali. Aku faham yang aku sudah membuat Melina dan Julian susah hati melihat aku seperti ini. Berikan aku masa untuk menerima semua ini.

"Aara, Ian suruh saya ajak awak makan. Dia ada belikan KFC. Dia nak awak makan."

"Nanti saya turun. Awak turunlah dulu. Bagi saya masa sekejap, ya?"

Melina menganggukkan kepalanya. Dia bangun dari duduknya. Kaki mengorak langkah keluar dari bilikku. Aku hanya pandang saja Melina yang sudah pun hilang dari pandangan aku.

Telefon bimbit yang pernah Rae belikan untukku, aku capai dari atas meja lampu. Terpampang gambar kolaj dijadikan latar belakang yang aku sunting sendiri menggunakan aplikasi. Gambar itu ada gambar aku bersama mak. Gambar aku berswafoto dengan Rae, Rery dan Julian. Ketika itu senyuman masih menghiasi bibirku. Walaupun Jessica dan Ivander menyakiti hatiku. Tetapi dengan adanya mereka, aku cuba untuk kuat.

Hakikatnya sekarang, aku hilang seorang kawan yang aku kenal dulu daripada Rery dan Julian. Aku rindu dia. Jujur hatiku yang aku mula sayangi dia lebih dari seorang kawan. Salah ke perasaan ini?

Dari sini aku sedar, aku tak boleh bergantung pada orang. Aku tak boleh tetapkan kepercayaan aku pada orang seratus peratus. Semudahnya orang meretakkan kepercayaan yang telah aku berikan kepada mereka.

Mata aku pejam rapat dan saat itu juga air mata aku mengalir lebat. Tangan dibawa naik mencengkam baju di bahagian dadaku. Sakit. Perit.

Rae, kenapa kau tak percayakan aku? Kenapa sekelip mata kau berubah? Aku sayangkan kau, Rae. Aku... aku cintakan kau.

Teresak-esak aku menangis. Langsung aku tak hiraukan suasana sekeliling. Meskipun aku tahu tangisan aku mampu didengari Melina atau Julian yang berada di tingkat bawah. Memandangkan pintu bilikku pun tidak tertutup. Secara terang-terangan mereka mampu dengar suara tangisanku.

HARI ini sudah masuk hari ketiga aku duduk di rumah. Julian memberi aku masa untuk menenangkan diri sebelum bekerja di syarikatnya sebagai admin kaunter. Julian saja yang faham akan perasaan aku. Aku bersyukur yang dia tidak berubah hati. Masih lagi mahu mengambil aku sebagai pekerjanya. Namaku sudah tercemar kerana Jessica. Aku reda dan berserah semua kepadaNya. Aku tiada hak nak menghukum mereka. Aku sedar siapa diri aku.

"Aara, saya nak pergi kerja. Awak boleh ke tinggal sendiri?" soal Melina sambil menyarung kasut pada kedua-dua belah kakinya. Perutnya sudah pun menampakkan bentuk.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Setiap hari sebelum ke tempat kerja pasti dia akan tanya soalan yang sama. Risau sangat aku duduk seorang diri di rumah.

"Ya, Mel. Jangan risau. Saya okey. Awak tu hati-hati. Jangan nak tergesa-gesa aje kerjanya. Baik-baik..."

"Hehehe... jangan risau. Hari ni Ian ambil saya. Saya tak naik Grab. Jadi bolehlah tenang sikit."

Aku menggelengkan kepala. Ada saja jawapan Si Melina ni. Aku menghampiri dia. Saja mahu menemaninya di hadapan rumah sementara menunggu Julian.

"Awak nak kirim apa-apa tak? Nanti saya beli masa balik."

Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"Tak apa. Janji awak balik dengan selamat. Saya tunggu awak. Saya fikir nak masak apa yang ada dekat dapur tu."

Melina memeluk tubuh aku sekejap. Tak lama itu, muncul kereta milik Julian berhenti betul-betul di hadapan rumah.

"Bye, Aara! Take care tau! Muah?" Melina melambai sekali gus flying kiss ke arah aku. Aku tertawa kecil lalu membalas lambaiannya.

Julian menurunkan tingkap kaca keretanya. Dia tersenyum ke arah aku.

"Tak nak ikut, Aara?"

"Tak apalah. Aara nak rehat dekat rumah aje. Insya-Allah esok Aara masuk kerja, ya?"

"Alhamdullilah. Boleh saja, Aara. I'm glad to hear that. Hati-hati duduk rumah. Jangan lupa kunci."

Aku menganggukkan kepala seraya tersenyum. Julian menaikkan semula tingkap kaca keretanya lalu memandu keretanya pergi meninggalkan pekarangan rumah.

Sekarang ni, aku nak luangkan masa aku dengan mengemas rumah dan memasak. Aku tak nak fikir apa-apa. Nak tenangkan diri!

AKU mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding. Jarum pendek sudah menunjukkan pada angka tujuh malam. Sekejap betul masa berlalu. Lagi dua jam, Melina akan pulang dari kerja. Katanya hari ni dia buat overtime. Jam sembilan nanti baru balik.

Bushhh! Terkejut aku dibuatnya. Tiba-tiba saja hujan turun dengan lebatnya. Alamak! Pakaian yang aku jemur lupa nak angkat. Habislah... laju aku bergegas ke belakang rumah untuk mengangkat jemuran.

Selamat. Mujur saja tidak basah sepenuhnya. Mungkin kerana dilindungi dengan awning. Kena tempias saja. Lega. Kalau tak sia-sia saja aku sidai. Boleh pula aku lupa nak angkat. Sabar sajalah.

"Aara..."

Langkah aku terhenti. Badanku terkaku. Tiada tanda-tanda mahu memusing ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil aku. Tapi, suara dia aku kenal sangat. Kenapa dia datang sini? Waktu senja macam ni? Ya Allah, aku takut....

"Baby, I miss you. Ermphhh..." Ivander memeluk aku dari belakang. Rambutku dikucupnya. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku panik. Takut.

"Kenapa dah lama tak balik? Siapa nak layan aku? Aku dah bosan nak hadap Jessica. Kau janganlah tinggalkan aku."

Aku memejamkan mata. Tubuhnya aku tolak kuat dan berlari masuk ke dalam rumah. Tak sempat aku menutup pintu belakang dapur. Ivander mengejar aku. Apa malang nasibku? Telefon bimbitku berada di atas meja makan di dapur. Ya Allah... macam mana ni?

"Aara Malika... baby..."

Aku mengunci pintu bilikku. Resah. Gundah. Semua perasaan bercampur baur. Apa aku nak buat? Kuku aku gigit-gigit. Bermundar-mandir memikirkan jalan.

Tok. Tok.

"Baby, I know you're in there. Come one, baby. Let's have it once. Please... I miss you, pretty. I really miss you especially your charming eyes."

Aku menangis. Takut. Panik. Teresak-esak aku menangis. Julian... tolong Aara!

Tok. Tok.

"Baby...."

"Pergi! Pergi!" jerit aku sekuat yang mungkin.

Bam! Bum! Bamm!

Aku menekup mulutku kerana terkejut. Ivander dah gila. Dia tendang pintu bilik aku sampai terbukak luas.

"Arghh!" Aku meronta-ronta kala Ivander mengunci tubuhku. Kedua-dua belah pergelangan tanganku dicengkam kuat. Sakitnya!

"Malam ni kau akan jadi milik aku. Kau akan ikut aku balik. Kau milik aku. Ingat tu."

Aku menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Air mata mengalir lebat. Selebat air hujan yang membasahi bumi.

"Divertiamoci, amore. (Mari bergembira, sayang.)"

"Lepaskan aku!" jerit aku sekuat hati. Dia mendukung tubuh aku lalu diletakkan pada bahunya. Terbalik aku dibuatnya. Pening kepala.

"Lepaslah!" Aku menumbuk-numbuk belakang tubuhnya. Kuat. Sekuat hati aku.

Ivander langsung tak peduli. Dia menolak aku masuk ke dalam kereta MPV miliknya. Saat itu juga, seseorang memeluk aku dari belakang dan menekup aku dengan kain yang aku rasa sudah disapu dengan klorofom.

Mata aku semakin memberat. Kenapa... kenapa Ivander sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku sampaikan dia tegar berbuat sedemikian?

Julian... tolong Aara...


Previous: MP 13
Next: MP 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.