MP 41

"Il figlio di papà! (Anak papa!)" 

"Papà è lento! (Papa lambat!)"

AKU mengemamkan bibir cuba menahan sebak yang terbuku di dada. Ini adalah video yang terakhir sebelum kami terlibat dalam kemalangan. Rindu aku pada mereka semakin lama semakin menggunung. Kenapa hati ini rasa terseksa setiap kali melihat wajah ceria mereka? Sakitnya. Sakitnya bila aku langsung tak dapat mengingati kenangan aku bersama kedua-dua orang tuaku. Sekiranya, video ini tidak wujud. Hati aku terus-menerus sakit kerana tak mampu nak mengingati sedikit pun momen kami bersama.

"Honey..." 

Aku mendongakkan kepala sekali gus air mataku jatuh menitis ke pipi. Bibirku terketar-ketar mahu menyahut panggilan Rery. Rery melabuhkan punggungnya di sebelah aku lalu mengucup pelipisku. Terpejam mata aku dan membuatkan air mata aku mengalir semakin deras.

"Don't cry, please..." Rery menyeka air mataku perlahan. 

Aku melentukkan kepalaku pada bahu kanannya. Telefon bimbit masih dalam genggamanku. "Biy, bahagiakan honey masa ni?" soal aku dengan bunyi esakan. 

Rery mengambil telefon bimbit yang berada di dalam genggamanku lalu dimainkan semula video tersebut. 

"Anak mama, sini! Tinggalkan papa tu! Papa lambat!" sorak mama lalu ketawa. Tangannya didepakan ke arah aku. 

"Mama!" Aku yang ketika itu berusia tiga tahun, sangat gembira. Sangat bahagia. Senyuman dan gelak-tawa langsung tak pernah pudar setiap video yang aku lihat sebentar tadi.

"Yeay!" Mama mendukung tubuhku lalu dikucup-kucupnya pipiku berkali-kali. Kiri dan kanan tanpa henti.

"Alah, papa merajuklah macam ni..." Papa memuncungkan bibirnya. Aku tersenyum kecil sambil mengesat air mataku yang berjuraian tidak mahu berhenti.

"Tak apa! Kita orang backup papa!" jerit Rery dan Julian sambil memeluk tubuh papa. Aku terdiam seketika. Bahagian ini aku tak sempat nak tengok tadi sebab perasaan aku terlalu sebak untuk meneruskan tontonan.

"Wah! Papa ada dua herolah. Mama ada satu saja heroin. Mama kalah!" ejek papa.

"Tak apalah! Sayang mama sepenuhnya pada Juliana Adra. Princess mama forever!" Mama ketawa.

Papa mencebikkan bibirnya sambil tangan memaut bahu Rery dan Julian. 

"Biy?" Aku terkejut tatkala Rery menutup video tersebut lalu meletakkan telefon bimbitku di atas meja kopi bertentangan kami. Dia mengangkat punggungnya sebelum melangkah ke balkoni bilik.

Berkerut dahiku dibuatnya. Dah kenapa pula dia? Aku segera mengesat air mataku lalu mendekati suamiku. Baru saja aku hendak memanggil, dari belakang aku nampak bahunya terhinjut-hinjut. Adakah dia menangis?

"B... biy?" Aku mengusap lembut belakang tubuhnya.

"Hmmm... ya?" Aku nampak Rery mengesatkan air matanya sebelum memalingkan wajahnya ke arah aku.

"Are you crying, biy?" 

Rery menggelengkan kepalanya perlahan. Aku nampak sisa air matanya masih bertakung pada tubir matanya. 

"Don't lie to me..." Jari telunjukku menyeka air matanya. 

Rery tersenyum kecil. Dia menarik tanganku yang berada pada bibirnya lalu dibawa ke bibirnya. Dia memejamkan matanya sambil mengucup kekura tanganku.

I know you're somewhere out there,
Somewhere far away,
I want you back, I want you back,
My neighbors think I'm crazy,
But they don't understand,
You're all I had, you're all I had...

Aku terdiam tatkala suara garau milik Rery sepertinya menyanyikan sebuah lagu. Aku macam pernah dengar lagu tu.

"Setiap hari, biy selalu lepak dekat halaman rumah sambil termenung jauh ditemani dengan bulan yang bercahaya terang. Dari situ juga, biy terjumpa sebuah lagu melalui Youtube. Tajuk lagu tu, Talking To The Moon by Bruno Mars. Semakin lama menghayati lirik tu, buat hati biy sedih. Keyakinan biy untuk cari honey semakin lama semakin tak kuat. Biy takut yang biy tak dapat nak tunaikan janji biy pada arwah papa dan mama."

Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan. "Biy dah tepati janji biy. Sekarangkan honey ada depan mata dan sentiasa ada dengan biy. No matter what happens."

Rery menundukkan wajahnya sehingga dahi kami bersentuhan. "Ti amo... (I love you...)" 

Aku tersenyum malu. Terlalu dekat wajahnya dengan wajahku. Blushing aku dibuatnya. "I love you too, biy..." Jari aku mengelus lembut pipinya. Dia mendekatkan lagi wajahnya dan kali ini bibir kami bersentuhan dengan tempoh yang agak lama.

NOAH melambai-lambaikan tangannya ke arah Rery yang sudah meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta untuk menuju ke pejabat. Hari ini, Rery akan bekerja semula setelah lama menghilangkan diri. Rae? Sejak akhir-akhir ni, aku susah nak nampak batang hidung dia. Cara dia macam mengelat saja dengan aku dan Rery. Entah apa masalah dia kali ni pun, aku tak tahulah. Julian, Melina dengan Eusoff dah balik rumah mereka sendiri. Sekarang ni, aku dekat rumah agam arwah mama. Tempat kerja lama aku. Haha! Bila tengok balik rumah ni, macam tak sangka yang aku akan jejakkan semula kaki dekat sini.

Teringat pula aku dekat mak. Sampai sekarang, aku tak tahu mak dekat mana. Julian ada beritahu aku yang mak dah balik ke kampung semula. Nanti aku nak bincang dengan Rery untuk melawat mak dekat sana. Dia dan arwah ayah dah banyak berjasa dengan aku. Jaga aku masa kecil. Habiskan duit banyak dekat aku. Kendatipun, perangai mak macam tu. Dialah wanita yang mendidik dan menjaga aku.

"Mama... nak mayen bashikal..." Noah menuding jari ke arah basikal kesayangannya itu. 

"Jom. Mama nak siram pokok kat depan tu. Noah main basikal, ya?"

Laju dia menganggukkan kepalanya. Aku menurunkan tubuh Noah. Sepantas kilat, dia berlari ke arah basikalnya itu. Aku tersenyum kecil.

Mari semua ikut didi,
Kita naik kereta api,
Choo... choo... choo...

Gembiranya hari ini,
Dapat naik kereta api,
Choo... choo... choo...

Aku menggelengkan kepala sebelum mula sesi menyiram pokok bunga yang tertanam di dalam pasu bunga. Suara kecil Noah yang pelat menyanyikan lagu Didi and Friends mencuit hati aku. Sekejap saja anak bujang aku seorang ni, dah besar. Pejam celik, pejam celik. Esok, lusa dah pergi sekolah. Haih... aku pula makin tua.

"Noah, nyanyi lagi. Mama suka dengar Noah nyanyi," ujar aku saat telinga aku tidak lagi mendengar suara nyanyian Noah.

"Noah?" Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Jantung aku bagaikan berhenti dari berdetak. 

"Noah!" jerit aku sekuat hati. Mana anak aku pergi?

"Noah, jangan buat mama macam ni sayang! Please, sahut panggilan mama!" Air mata aku sudah membasahi pipi. Badanku sudah berpeluh dingin.

"Mama..."

"Ya Allah, Noah!" Aku berlari ke arah seseorang yang sedang mendukung anak aku. Siapa dia? 

"Terima kasih, encik." Aku terus menarik Noah dari dukungannya. Nasib baiklah anak aku tak diapa-apakan. Entah siapalah yang selamatkan anak aku ni? Selamatkan atau nak culik?

"Noah pergi mana? Kan mama cakap jangan pergi jauh daripada mama. Karang ada orang jahat ambil Noah macam ni?" marah aku kepada Noah.

Tercebik-cebik bibir Noah tatkala aku memarahinya. Aku memeluk tubuhnya erat. "Tak, tak mama tak marah. Mama takut apa-apa jadi dekat Noah. Janganlah buat mama macam ni lagi. Noah tak sayang mama ke?" 

Noah menggelengkan kepalanya. "Noah sayang mama...," balasnya dengan nada suara agak perlahan. 

"Dia kejar anak kucing dekat parit besar depan tu. Hampir nak jatuh. Tapi, aku sempat tarik dia." 

Aku tergamam seketika. Suara dia. Familiar sangat. Jangan cakap itu memang dia.

"Ivan... Ivander?" Aku mula mengundur ke belakang setapak demi setapak.

Dia menurunkan hoodienya dari kepala lalu mendongakkan wajahnya. Terdapat parut panjang pada sebelah kiri pipinya. Dan juga, ada beberapa kesan jahitan pada wajahnya.

"Kau nak apa lagi, Ivan? Tak puas-puas lagi ke kau dah hancurkan kebahagiaan aku?" marah aku. Tubuh aku sudah menggeletar hebat.

Dia menggelengkan kepala dan masih lagi berdiri statik di tempatnya. "Aku datang nak melawat anak aku saja. Aku masih ayah kandung dia, kan? Aku tahu, kesilapan lalu aku. Kau tak dapat nak maafkan. Terpulang pada kau atau tidak untuk percaya aku lagi. Aku dah mengalah. Aku dah tak ada niat jahat dekat korang semua. Aku cuma nak tengok anak aku. Aku baru aje lepas tengok Eusoff tadi. Hampir juga nak kena belasah dengan Julian." Ivander tertawa kecil.

Aku terdiam seketika. Betul ke dia dah berubah? Setelah apa yang dia buat dekat aku, semudah itu dia berubah? Atau dia ada muslihat lain supaya aku percaya dekat dia? 

"Aku... aku bukan tak percayakan kau. Tapi, kau dah ranapkan kepercayaan yang aku bagi dulu dekat kau. Jadi, aku minta..."

"Tak payah minta maaf. Aku datang sekejap saja nak melawat anak aku. Tak ada niat lain pun. Kau jangan risau. Aku akan serahkan diri aku dekat polis nanti. Tak ada gunanya aku hidup dekat luar ni lagi. Aku dah tak ada apa-apa." Dia tersenyum tawar. Anak matanya merenung dalam ke arah aku.

"Aku nak minta maaf. Terima kasih sebab pernah jadi isteri aku. Terima kasih sebab dah lahirkan zuriat untuk aku. Didiklah Noah kepada jalan yang penuh kebaikan. Kalau dia dah besar sekalipun, jangan pernah ceritakan tentang aku kepadanya. Sebab tiada satu kenangan manis pun yang pernah aku buat untuk korang semua."

Aku terdiam.

"Aku pergi dulu, Adra. Aku minta maaf." 

Dia mula membuka langkah untuk pergi dari situ. Mulut aku teragak-agak mahu memanggilnya.

"Tunggu. Ivan, tunggu." 

Langkahnya terhenti dan perlahan dia memalingkan tubuhnya ke arah aku. 

"Kau ke? Kau ke yang tutup kesalahan aku?"

Ivander sekadar tersenyum. Langsung tak menjawab soalan aku. Hati aku semakin berdebar. Kalau betul dia yang tutup kesalahan aku, kenapa? Kenapa dia buat semua tu?

"Aku atau sesiapa pun. Janji kau terselamat daripada sebarang perkara yang tak diingini. Kau tak layak masuk ke dalam penjara. Kau selamatkan nyawa orang yang kau sayang. Aku tahu kau bukan sengaja nak membunuh macam kami." 

Air mata aku jatuh tanpa dipinta. Dengan keberanian yang ada, aku melangkah mendekatinya.

"Tapi, kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam tu?" 

"Sebab aku sayangkan kau, Adra. Cuma aku silap pilih. Manusia, kan? Nak menyesal pun, tak dapat apa-apa. Aku terima apa yang dah telah ditakdirkan. Nak putarkan masa, memang tak akan pernah terjadi. Waktu dulu, aku luahkan perasaan aku dekat kau. Itu memang ikhlas dari lubuk hati aku."

Aku menggelengkan kepala perlahan. Entah kenapa, aku tak boleh nak terima jawapan dia.

"Anggaplah itu bukti aku sayang dan cintakan aku. Kalau aku terus munculkan diri aku depan kau, aku tahu. Aku tahu yang cinta aku tak akan terbalas. Kau dah jadi milik Rery. Sepenuhnya milik dia. Aku doakan korang bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru, Adra. Aku harap aku tak terlambat mengucapkannya."

Air mata aku laju berjuraian. Noah memeluk leher aku kuat. Seolah-olah memujuk aku yang sedang menahan perasaan sebak yang menghimpit dadaku.

"Ivan. Ter... terima kasih..." 

Ivander menggelengkan kepala. "Aku tak layak untuk terima ucapan kau tu. Aku harap kau dapat maafkan aku. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Kalau kita berjumpa sekali lagi, aku harap aku dapat kemaafan daripada kau." 

"Ivan..." Teresak-esak aku menangis. Beberapa kali aku menggelengkan kepala. Dialah lelaki yang paling jahat dalam hidup aku. Paling kejam. Tapi, kenapa pengakhirannya begini? Kenapa dia berjaya membuatkan hati aku tersentuh? Dia berjaya menjatuhkan lagi air mata aku?

"Noah, jaga mama untuk papa. Papa loves you, okay?" Ivander mengusap kepala Noah sebelum mengucup dahi anak lelakinya itu. 

Noah tersenyum kecil sambil menganggukkan kepalanya. Tangan kecilnya sempat menyentuh tangan kekar Ivander.

"Aku pergi dulu, Adra. Kirim salam dekat Rery," pintanya sebelum memboloskan dirinya masuk ke dalam sebuah teksi yang menunggunya dari tadi. Tidak jauh dari taman perumahan ini.

"Mama, don't cry. Noah kan ada...," ujar Noah dengan bahasa pelatnya. 

Kau kejam, Ivander. Kau memang manusia kejam. Kau buat aku rasa serba-salah! Kenapa? Selama ini, aku ingatkan Rery yang tutup kesalahan aku. Rupanya bukan. Dia. Dia lelaki yang selama ini aku tak nak pandang langsung. Manusia yang paling aku benci selepas Arif. 







Previous: MP 40
Next: MP 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.