MP 19

"YOU dah sahihkan kewujudan Juliana Adra? Seriuslah dia hidup lagi?"

Jessica menganggukkan kepala. Aku boleh dengar dan nampak apa yang mereka bincangkan melalui pintu yang tidak tutup rapat. Dahi aku berkerut. Siapa Juliana Adra?

"I takut yang Julian jumpa budak mentah tu dulu. Kalau dia wujud, serta-merta harta keturunan Handerville akan diserahkan sepenuhnya dekat perempuan tak guna tu. Termasuk rumah ni. Kita nak duduk mana?" Jessica memeluk lengan Ivander. Kepala dilentukkan di atas bahu suaminya itu.

"Tak boleh jadi. I tak sedia nak jadi miskin lagi. No way. Tak akan I nak berharap dekat uncle I je. I can't. I kena pergi Itali macam ni. Juliana tu dekat Itali ke Malaysia?"

Jessica menggelengkan kepala. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Itu yang buat I rasa bengang. Orang yang I upah tu tak dapat lagi lokasi dia dekat mana. Cuma tahu yang dia masih hidup lagi."

Ivander berdecit kuat. Terkejut aku dibuatnya. Dia terus mengangkat punggungnya. Berdiri kemudian bermundar-mandir. Tangan mengusap dagu sendiri. Kononnya berfikir.

"Lembaplah budak you buat kerja. Tak apalah biar I yang uruskan. Suruh dia teruskan aje kerja dia. Extra info beritahu I."

Jessica mendongakkan kepala sambil tersenyum. Dia berdiri kemudian merangkul pinggang Ivander. Aku terus mengalihkan pandangan aku sebaik saja mereka mendekatkan wajah. Tahu-tahu sajalah apa yang mereka nak buat.

Sebaris nama tadi menganggu fikiran aku. Juliana Adra. Nama dia sama macam Julian. Adik Julian? Kalau dia orang sibuk pasal harta, untuk apa dia orang nak anak? Bolotlah semua harta tu berdua.

"I takut yang Julian jumpa budak mentah tu dulu. Kalau dia wujud, serta-merta harta keturunan Handerville akan diserahkan sepenuhnya dekat kita. Termasuk rumah ni. Kita nak duduk mana?"

Aku teringat kata-kata Jessica. Harta keturunan Handerville. Bermakna dia orang kena ada keturunan supaya harta dia orang boleh disambung oleh anak-anak dan seterusnya. Jessica tak boleh mengandung. Jadi, anak dalam perut aku jadi mangsa. Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Tak boleh. Aku tak boleh biarkan.

Dengan segera aku mengorak langkah untuk menuruni anak tangga. Tetapi, mata aku terhenti pada satu pintu bilik berwarna putih susu yang sedikit terbuka. Entah kenapa, seolah-olah ada suara yang menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik itu.

Niat untuk menuruni anak tangga terbantut. Aku menoleh ke kiri dan kanan. Jessica dan Ivander tiada tanda-tanda mahu keluar. Pintu bilik mereka sudah pun tertutup rapat dan mungkin berkunci. Aku berjalan laju ke bilik tersebut. Mata dipejamkan sambil tangan menolak dedaun pintu itu. Berharap jangan ada sebarang bunyi.

Pintu itu aku tutup dengan begitu berhati-hati. Aku memerhatikan suasana sekeliling bilik itu. Luas dan dipenuhi dengan rak-rak barang berkotak. Macam bilik stor.

Satu bingkai gambar besar yang tergantung pada dinding menarik perhatian aku. Sepertinya gambar sebuah keluarga. Seorang lelaki, dua orang wanita, dua orang budak dan juga seorang bayi yang didukung oleh lelaki itu. Lama aku amati wajah dan anak mata bayi itu. Warna anak matanya sama seperti aku. Hijau hazel. Mirip wajahnya juga seperti aku ketika kecil. Macam mana boleh serupa? Tak akan kembar aku atau pelanduk dua serupa? Mungkin.

Aku tak pernah tengok gambar aku masa bayi. Ada pun waktu aku berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun. Bila tanya mak, mak cakap dulu tak ada tangkap-tangkap gambar. Dan aku percaya sajalah. Tapi bila aku tengok gambar ni mengundang perasaan curiga dalam hati aku.

Tiba-tiba satu bayangan gambar muncul di dalam minda aku. Budak lelaki dan perempuan ini ada dalam gambar keluarga Rery. Tak silap aku, lelaki dan dua orang wanita ni pun ada. Kenapa perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak? Jantung aku berdegup tidak berirama. Tak sedap hati. Ada apa-apa yang akan berlaku ke?

"Aara Malika!" jerkah Ivander dari belakang membuatkan aku terkejut besar. Hampir saja mahu jatuh terduduk tetapi Ivander sempat memaut pinggang aku kasar. Rambutku direntap kuat. Jessica di belakang hanya menggigit bibirnya sehingga merah.

"Siapa benarkan kau masuk dalam bilik ni?" tengking Ivander.

Aku menggelengkan kepala perlahan. Air mata jatuh setitis ke pipi. Aku takut bila tengok Ivander hilang kawalan. Aku tak nak anak aku diapa-apakan.

"Maafkan saya. Saya tak ada niat apa-apa. Pintu bilik ni tak bertutup..."

Pang! Mataku terpejam secara refleks. Kepala terteleng ke kanan. Ivander menampar aku. Boleh dikatakan kuat juga. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Kalau pintu tu terbuka, kau boleh masuk sesuka hatilah? Macam tu?" Dia menguatkan cengkamannya pada rambutku.

"Sa... sakit..." Air mata aku semakin lebat. Dia mengheret aku keluar dari bilik itu kemudian menuruni anak tangga dengan laju. Hampir saja aku mahu tersungkur tetapi sedaya-upaya aku menstabilkan diri supaya kandungan aku selamat.

"Argh!" Tubuhku ditolak sehingga terbaring di atas katil. Senak perut aku dibuatnya. Cepat-cepat aku melindungi perutku kala Ivander sudah menanggalkan tali pinggangnya.

Zap! Zap! Zap!

Aku menjerit kuat sehingga bergema seluruh ruangan bilik. Sakit pada tubuh belakang aku tahan. Bibir aku gigit kuat sehingga berdarah. Tak cukup dengan membelasah aku dengan menggunakan tali pinggang, dia pukul wajah aku dengan tangan besarnya.

"Awak... jangan..." Aku semakin lemah. Tangan aku tetap menutup perut supaya Ivander tak sentuh.

"Awak tipu... penipu..."

Ivander melepaskan tawa. Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"Aku dapat rasa yang kau dengar apa aku dengan Jess cakap. Betul tak? Haih... boleh pula kantoi awal, ya?"

Berdekit-dekit Ivander ketawa sambil menggelengkan kepala. Dia mencengkam rambutku kasar buat sekali lagi. Terdongak kepala aku, bertentangan mata dengannya.

"Tuih!"

Mataku terpejam rapat saat cecair yang diludahkan oleh Ivander mendarat betul-betul pada wajahku. Nafas aku berombak laju menahan esakan.

"Jangan kau nak syok sendiri yang aku akan cintakan kau. Aku buat semua ni sebab nak anak. Kau sendiri tahukan yang Jess tak boleh mengandung. So, kami dah rancang nak anak dengan cara macam ni dan semuanya berjalan dengan lancar. Senang nak bodohkan perempuan macam kau ni. Konon cakap gempak hari tu. Tapi... acah je semua tu. Fikir aku takut."

"Kau syaitan, Ivan...," sembur aku setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia melepaskan cengkamannya pada rambutku. Aku menarik selimut yang berhampiran dengan aku lalu wajahku dilap kasar.

"Aku syaitan? Hahaha...." Ivander ketawa. Galak dia ketawa. Tak ingat dunia.

Dang!

Aku terkesima melihat telefon bimbit aku sudah berkecai, jatuh ke atas lantai.

"Kau selamanya jadi milik aku, Aara. Memandangkan dah kantoi. Tak perlu aku berpura-pura lagi. Kau duduklah rumah ni sampai mati. Anak tu akan jadi anak aku dan Jessica. Jess akan susukan budak tu. Dia akan jadi anak susuan kita orang."

Aku menggelengkan kepala berkali-kali.

"Aku tak akan izinkan!" tempik aku kuat.

"Kita tengok nanti sayang...," ujar Ivander dengan senyuman sinis. Dia melangkah keluar dari bilik dan pintu dikunci dari luar.

"Ivander!" jerit aku sepuas hati.

Sakit. Satu badan aku sakit. Sakit sangat. Tolong... tiada siapa ke yang boleh tolong aku?

Rae... Rery... Julian... mana korang? Tolong Aara... tolonglah... Aara dah tak tahan. Dia orang nak ambil anak Aara. Aara tak sanggup. Macam mana aku nak contact Julian? Handphone dah berkecai.

Mata aku pejam rapat dengan harapan Julian akan datang ke sini untuk selamatkan aku. Sejak aku kahwin, Julian tak pernah datang jenguk aku. Dia pun dah tinggalkan aku ke? Tak akan dia tak balik lagi dari Itali? Tolonglah....


Previous: MP 18
Next: MP 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.