MP 49

Tit... tit... 

"HONEY..."

"Ermph..." Beberapa kali aku cuba untuk mencelik kelopak mataku. Begitu berat sekali. Bagaikan ada batu-bata yang menghempap kelopak mataku ini. Sadis sungguh!

"Mama..." 

"Mama..."

Dua suara kanak-kanak yang sangat aku kenal sepertinya menyalurkan kekuatan untuk aku membuka mata. Kabur. Lebih-lebih lagi lampu yang menerangi segenap satu ruangan ini menyilaukan pandangan aku.

"Yay! Mama dah bangun!" jerit Eusoff gembira. Dia bertepuk-tepuk tangan bersama-sama dengan Noah yang duduk di atas riba Rery.

"Biy... are you okay?" soal aku. Tangan diangkat supaya aku dapat menggenggam tangan Rery.

"I am suppose to ask that question, honey. Are you okay? Anything hurt?" 

Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. Kepala yang memberat sudah berkurangan. Tidak lagi seperti dihempap dengan runtuhan batu. 

"Apa yang berlaku?" 

Rery hanya tersenyum kecil. "You've been unconscious for two days, honey. You really make me worried." Dia menggenggam tanganku erat sebelum dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut. 

"Dua hari?" Agak terkejut juga apa yang dikatakan oleh Rery. Biar betul aku tak sedarkan diri selama dua hari? Apa yang terjadi sebenarnya sampai aku boleh tak sedar selama itu?

"How can it be?" 

"Honey terlalu penat. Kekurangan air. Dan lagi satu, doktor sahkan honey mengandung. Kandungan honey sudah mencecah dua bulan. Mujur tiada apa yang serius terjadi pada honey dan baby."

Aku terdiam seketika. Mengandung? Aku mengandungkan anak Rery? Perlahan bibirku mengukir sebuah senyuman penuh keterujaan. Aku mengandung lagi!

"Serius, biy?

Rery tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Noah will be a brother soon." 

Noah memandang ke arah aku dengan sebuah senyuman lebar sehingga kedua-dua belah matanya sepet. Sangat comel!

"Eusoff pula akan jadi abang besar! Rawr!" Eusoff mencelah sambil membuat gaya harimau mengaum. 

Serentak aku, Rery dan Noah ketawa. Baru aku perasan, hanya mereka bertiga saja yang berada di dalam wad aku. Mana yang lain? Betul ke Jessica dan Ivander sudah tiada?

"Biy, apa jadi sekarang ni? Kakak honey dengan Ivander mana? Dia orang betul-betul tak ada?" Entah kenapa, tiba-tiba saja mataku berkaca nipis. Hati aku diserang dengan perasaan sebak yang melampau. 

Lambat-lambat Rery menggelengkan kepala. "I am sorry, honey. Dia orang dah dikebumikan semalam. Honey tak sedarkan diri dan waktu itulah mereka dikebumikan di tanah perkuburan tak jauh dari rumah kita. Kubur mereka hanya bersebelahan. Nanti honey dah sihat, kita pergi menziarahi okey?" 

Akhirnya air mata aku jatuh. Sebak kerana tidak dapat melihat wajah Jessica buat kali terakhir. Ya Allah, aku dah maafkan mereka. Ampunkan segala dosa mereka. Aku reda dengan pemergian mereka supaya mereka pergi dalam keadaan tenang. Dan, hati aku juga terasa lapang.

"Jangan menangis, honey sayang. Biy tak nak honey sakit lagi. Honey kena jaga diri dan anak kita."

Aku tersenyum kecil seraya kepala diangguk-angguk beberapa kali. "Abang dengan Melina mana? Rae? Chen? Semuanya baik-baik saja, kan?" 

Rery angguk. "They're fine. Rae ganti abang buat sementara abang nak jaga honey. Lagipun dia tu temberang saja. Kata nak sambung belajar tapi belum daftar apa-apa pun. Sibuk membawa diri dekat Kelantan tu. Mencari ketenangan. Biy denda suruh dia kerja semula dekat syarikat, tak payah mengada nak belajar sangat. Bodoh juga otak tu."

"Pfftt...." Aku menekup mulutku menahan tawa. Reaksi Rery berubah kelat. Marah betul dia dengan Rae. Rae kuat temberang betul ni. Haish!

"Biy, jangan marah sangat nanti anak-anak tengok tu. Gerun dia orang dibuatnya." Aku tertawa kecil. 

Rery mencemik seraya mengusap kepala Eusoff dan Noah sekali gus. Noah dan Eusoff hanya bercakap sesama sendiri dengan menggunakan bahasa fahaman mereka sendiri.

"Biy, nak balik," rengek aku sambil menarik-narik jari-jemarinya sebelum digigit-gigit manja.

"Aip, no. Duduk sini sampai doktor umumkan yang honey dah sihat sepenuhnya."

Aku melepaskan tawa sekali lagi. Mak ai, sampai nak umumkan! 

"Biy, beritahulah. Umum tu macam nak buat pengumuman dekat orang ramai. Hish!"

Rery menggelengkan kepala. "Whatever. Ni biy tak puas hati lagi dengan honeyHoney dah buat biy marah tau sekarang ni. Sediakan telinga tu bila dah balik nanti."

Gulp! Alamak... habislah telinga aku. Semoga tabah mendengar bebelan suami aku ini. Ini tak lain tak bukan, mesti kes tempoh hari. Sudahlah aku tak sedar yang aku mengandung. Lagi buat aksi-aksi yang lasak demi nak selamatkan dia. Haih...

PEJAM celik, pejam celik. Sudah beberapa bulan berlalu dengan pantas. Semuanya sudah berakhir. Aku tak sangka yang aku boleh menghadapi segala rintangan ini dengan susah-payah dan kudrat aku sendiri. Sewaktu melawat kubur arwah Jessica dan Ivander. Boleh dikatakan, air mata aku memang tak nak berhenti mengalir. Saat aku mengusap batu nisan kubur Jessica, membuatkan hati aku dihimpit dengan perasaan sebak yang hebat. Aku tak akan pernah lupa untuk mendoakan mereka.

"Honey, what are you doing here all alone?" tegur Rery sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Bahuku ditarik rapat ke dadanya. 

"Ambil angin, biy. Dah lama tak pergi tepi laut macam ni. Terima kasih sebab sudi bawa honey pergi bercuti satu keluarga. Dia orang mana?" Aku melentukkan kepala pada bahu suamiku. Jari-jemarinya aku usap lembut sambil mata dipakukan pada laut yang sedang berombak indah. Langit yang mendung dengan angin bertiup semilir mampu menenangkan diriku. 

"Dia orang semua dekat resort. Noah dengan Eusoff main dekat dalam bilik Julian. Biy cari honey dalam bilik, tak ada. Dah cuak tau. Ingatkan Chen culik honey bawa balik negara China." 

"Haha!" Berdekah aku melepaskan tawa. Sampai ke situ suami aku fikir. Dia memang suka sakat Chen pasal aku memandangkan dia tahu aku rapat dengan Chen. Cemburulah tu!

"Biy ni, nak buat lawak pula. Senak perut honey tau." Aku mengusap perutku yang sudah membonjol besar. Kandungan aku sudah mencecah lapan bulan. Hanya menunggu masa saja untuk melahirkan si kecil ini. 

"Senak? Nak biy urutkan ke?" Tangan kekar Rery menyentuh lembut perutku sebelum diusap-usap keliling perutku. 

"Tak sabar nak tengok junior kita keluar, kan sayang?" 

Aku mengangguk sambil tersenyum kecil. "Doktor dah beritahu kita hari tu yang kita akan dapat baby girlBiy dah sediakan nama?" 

Rery terdiam seketika sebelum menganggukkan kepalanya. "How about Ryana Alessia?" 

"Wow, italian name huh?" Aku tertawa kecil. 

"Kenapa? Honey tak suka ke?" 

Aku menggelengkan kepala. "Tak adalah. Nama biy bagi tu unik sangat. Cantik. Tak sabar nak tunggu Ryana Alessia lahir."

Rery tersenyum lalu mengucup perutku. "I love you, honey. Always loves you." Dahiku dikucupnya lama sehingga mataku terpejam secara refleks.

"I love you too, biy. Thanks for everything." Pipi Rery aku usap lembut. Dahi kami bersentuhan sesama sendiri. Serentak bibir kami mengukir sebuah senyuman. Senyuman penuh kebahagiaan.

"Auch!" Rery berdecit kesakitan tatkala aku mencubit perutnya lembut sebelum mengangkat tubuh untuk melarikan diri ke tengah-tengah pantai. 

"Hey, honey! Wait for me!" Sepantas kilat Rery mengangkat langkahnya untuk mengejar aku. 

"Ahhh!" Aku menjerit kecil saat Rery berjaya menangkap tubuhku sehingga kakiku tidak lagi menjejak pasir. 

"Gotcha!"

Serentak kami melepaskan tawa. Rery menurunkan tubuhku menghadapnya. Pinggangku dirangkulnya erat sehingga terasa nafas kasarnya menampar-nampar wajahku. Rery memejamkan matanya diikuti dengan aku. Spontan okey!

"I will be your prince, honey. And you will always be my princess. You're always in my heart." 

Aku tersenyum malu sambil menganggukkan kepala perlahan. Bibir kami hampir saja mahu bersentuhan. Dan...

"Mama! Dah jumpa mama dengan papa!" jerit Noah sambil melompat-lompat kegirangan.

"Haih... tak sempat...," keluh Rery. Aku menggelengkan kepala seraya tertawa kecil. Nakal sungguh encik suami ini. Nasib baik putera aku datang menyelamatkan aku.

"Come here, sayang mama!" Aku mendepakan tanganku. Rery di sebelah hanya tersenyum sambil memerhatikan kami berdua.

"Siapa yang bawa Noah ke sini?" soal aku sebaik saja Noah berada di dukunganku. Pipi labuhnya aku kucup berkali-kali. 

"Uncle Rae." 

Ketika itu juga, Rery mencari kelibat Rae melalui ekoran matanya. Dah agak dah mesti Rae sengaja nak kacau privasi kami berdua. Dengki betul adik ipar aku yang macam tak berapa nak jadi adik ipar ni. Haih...

"Papa, mama bawalah Noah jalan-jalan dekat pantai!" ujar Noah dengan nada pelatnya. Pandai anak aku ini menyelamatkan keadaan. Kalau tidak, mahunya Rery mengejar Si Rae tu sampai dapat. 

"Jom!" Rery mengambil Noah dari dukunganku lalu dilambung kecil sehingga Noah menjerit ketawa penuh keterujaan. 

"Let's go, honey." Rery menggenggam tangan aku sebelum sama-sama kami melangkah beriringan di tepi pantai. Noah memeluk leher papa kesayangannya erat sebelum mengucup pipi Rery.

"I love you, papa." 

"I love you, my son." 

Kemudian, langkah Rery terhenti dek Noah yang menundukkan badannya untuk mendekati aku. Dia menarik bahu aku lalu dikucupnya pipi aku sama seperti Rery tadi.

"I love you, mama." 

"I love you too, my prince," balas aku sekali dengan ciuman pada pipi kanan dan kiri Noah. Kemudian kami menyambung semula perjalanan kami sepanjang pantai sambil berpegangan tangan. 

Bahagia. Satu ungkapan mampu menggambarkan betapa bahagianya aku ketika ini. Aku harap penderitaan aku selama ini akan berakhir. Tanpa Rery, aku tidak akan dapat merasa sebahagia ini. Kerana dialah, aku sentiasa cuba untuk kuat menempuhi segala rintangan dan halangan yang terjadi di dalam hidup aku.

Aku harap sangat yang kebahagiaan aku ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aku mahu hasratku untuk melihat anak-anakku membesar bersama suami aku sendiri. Aku akan pastikan anak-anak aku akan mendapat kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. 

Aku menoleh ke sisi. Bibirku terlukis sebuah senyuman tatkala melihat wajah ceria dan senyuman yang terbit pada bibir suami dan anakku. Kemudiannya, aku mengusap perutku sendiri menggunakan sebelah tangan. Tak lama lagi, seorang puteri bakal dilahirkan. Seorang puteri yang bernama Ryana Alessia yang akan menyerlahkan lagi kebahagiaan kami. Zuriat pertama aku dan Rery yang akan menguatkan lagi cinta kami.

Rery El-Sharif Princeslon, selamanya menjadi cinta terakhir aku dan tak akan ada penggantinya. Tiada siapa yang akan memisahkan kami lagi kecuali ajal. 


Previous: MP 48
Next: MP 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.