MP 66

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia.

TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja.

"Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery.

"Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."

Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."

Aku hanya tersenyum. Kepala diangguk sekali. Bukan main selera suami aku seorang ni. Suka sangat makan dekat Subway. Roti panjang yang cukup untuk dua sehingga tiga orang makan. Aku biasanya akan kongsi saja. Tak larat nak habiskan banyak macam tu.

"Kids, papa bawa korang pergi makan dulu ya?" beritahu Rery kepada anak-anaknya termasuk Eusoff. Julian dan Melina yang berada di sisi kami menoleh.

"Ju, abang tinggalkan Eusoff dengan Ju boleh? Abang dengan Mel nak pergi syarikat sekejap. Ada urusan nak diselesaikan."

"Aii... sampai aje terus nak pergi syarikat. Tak penat ke?" ujar aku sambil kening ternaik sebelah.

Julian tersengih. Sisi kepalanya digaru. "Biasalah. Macamlah tak tahu kerja dekat syarikat tu macam mana. Boleh, eh?"

"Ala, macam tak biasa. Boleh aje. Rumah pun bukan jauh sangat. Satu kawasan."

Julian angguk sekali. Dia meninggung di hadapan Eusoff seolah-olah sedang menyampaikan pesanan. Kemudian, rambut anak lelakinya itu diusapnya lembut. Eusoff dari tadi hanya menganggukkan kepala saja.

Dalam beberapa saat kemudian, Julian dan Melina meminta diri untuk ke syarikat. Eusoff dan Noah saling berpegang tangan manakala Ryan dan Ryana meminta Rery untuk mendukung mereka. Dah penatlah tu. Nak tak nak, akulah kena tolak troli bagasi ni. Mujur bagasi tak banyak. Kalau tak, jenuh aku nak menolaknya.

"Honeyhoney tahu yang Arif dah keluar dari penjara?"

Sebaik saja melabuhkan punggung di sebuah tempat yang kosong. Rery terus mengutarakan soalan itu kepada aku. Agak tersentak juga mendengar nama Arif disebut oleh Rery. Lagi-lagi bila Rery beritahu yang Arif dah keluar penjara. Macam mana dia boleh terlepas?

"Ya ke? Seriously? But how? Lima tahun lebih aje dia dekat penjara ke?"

Rery angguk sekali. "Apa yang biy tahu daripada kawan biy yang handle kes dia tu, Arif sekarang dah banyak perubahan. Rezeki dia terlepas sebab dia buat permohonan rayuan dekat agung. Tapi bukan sekali mohon terus dapat, banyak kali. Dan makan masa. Proses pun banyak kena lalui. Prestasi dia dekat penjara pun memuaskan hati warden. Mungkin sebab itu, dia dapat keluar."

Aku hanya tersenyum kecil. Kepala dibawa angguk sekali. "Rezeki dia. Kita tak tahu. Baguslah kalau macam tu. Honey doakan dia terus isitiqamah. Tak ulang lagi kesalahan dia yang lama tu."

Rery senyum. Dia menarik kedua-dua belah tanganku lalu digenggam sebelum dikucup kekura tanganku. Anak-anak di sebelah sibuk berceloteh itu dan ini.

"Kalau dia nak jumpa honey nanti, honey nak jumpa dia?"

"Dengan keizinan biy, insya-Allah..."

"Biy izinkan kalau biy ada sekali. Biy bukan tak percaya dia. Cuma berhati-hati."

Aku angguk sekali. Faham apa yang disampaikan oleh Rery. Hanya bertindak berjaga-jaga saja. Bukan nak syak wasangka. Dia pun dah berubah. Dan aku harap, dia dah terlepas ni. Dia tak akan sia-siakan peluang yang ada. Aku sendiri pun tak tahu macam mana hubungan dia dengan Laila. Sama ada berstatus suami dan isteri ataupun tidak lagi. Patut ke aku bertanya kepada Rery?

"Biy..."

"Hmm..."

"Nak tanya, isteri Arif macam mana ya? Dia orang masih bersama ataupun tak?"

Rery menggelengkan kepalanya. Jari-jemarinya bertaut sesama sendiri. Kedua-dua belah siku ditongkat di atas meja. "Dah bercerai masa Arif dimasukkan ke dalam penjara. Masa tu, isteri dia mengandung tak silap biy. Tak tahulah sekarang macam mana."

Aku terdiam seketika. Kalau betul Laila mengandung, kasihanlah dia. Bercerai. Lepas tu, dalam keadaan hamil seperti itu. Tak tahulah kalau Arif tahu ke tidak yang dia dah ada anak. Simpati betul.

"Kenapa honey tanya?"

Aku geleng sekali. Bibir mengulum senyuman nipis. "Saja tanya. Tak tahu pulak yang Laila tu mengandung waktu mereka bercerai."

"Isteri dia yang nak bercerai masa tu. So, pilihan isteri dia sendiri. Pilih bercerai daripada terus menunggu. Tak kesian baby yang tak dapat nak merasai kasih sayang seorang ayah. Mungkin sekarang anak dia orang tu dah baya-baya Ana dengan Yan."

Aku mengemamkan bibir sambil menganggukkan kepala. Betul juga apa yang Rery katakan. Tapi, aku dan Rery tak ada dekat situasi mereka. Tak tahulah apa yang Laila fikirkan. Kalau aku pun, aku tak tahu nak buat apa. Tak dapat nak bayangkan.

"So, honey. Dah pilih tempat untuk kita holiday nanti? Biy ada masa dua minggu saja lagi sebelum biy masuk balik pejabat."

Laju aku menganggukkan kepala. "Kita pergi Pulau Langkawi nak? Honey dah bincang dengan kids. Dia orang setuju."

Rery angguk. "Good choice. Biy pun dah lama tak pergi ke sana. Selalu pergi atas urusan kerja. Belum pernah merantau sana lagi. Baguslah. Lusa kita berangkat ke sana. Dua hari ni nanti, biy survey hotel dengan tiket penerbangan."

"Yay! Pergi Langkawi!" sorak Noah sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Diikuti dengan Eusoff, Ryana dan Ryan.

"Amboi, suka ya." Rery melepaskan tawa kecil sambil mengusap kepala Eusoff yang duduk di sebelahnya.

Serentak mereka menganggukkan kepala. Bersungguh-sungguh. Suka sangat dapat melancong. Lepas ni, dah settle semua. Kenalah masuk sekolah semula. Dah sedap dah lama tak sekolah. Banyak ilmu yang dah ketinggalan.

"Lepas ni, Noah kena school semula. Dah lama tak pergi school."

Noah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Noah pun rindu sekolah. Tapi, papa... macam mana dengan kelas taekwando Noah? Noah masih boleh belajar lagi ke dengan keadaan kaki Noah macam ni?"

Aku sedikit tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh Noah. Serba-salah dibuatnya. Perlahan aku menoleh ke arahnya. Noah hanya tersenyum. Seperti tiada apa-apa. Ya Allah... kentalnya hati anak aku seorang ini. Engkau berikanlah dia ketabahan dan kekuatan agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Buat masa ni, Noah kena stop dulu. Nanti dah sihat. Dah boleh jalan macam biasa. Papa akan masukkan semula, okey? Noah jangan sedih, ya?" pujuk Rery dengan penuh nada lembut. Bibir turut mengukirkan senyuman.

Noah menganggukkan kepalanya. "Noah tak sedih pun. Noah okey saja. Boleh Noah jaga dengan mama. Sebab tak ada kelas taekwando."

Rery menganggukkan kepalanya. "Good boy. Papa rasa lega dan bangga sangat ada anak macam Noah. Boleh jaga mama bila papa kerja."

Noah tersenyum lebar. "Kan papa selalu ajar Noah. Noah kena jadi hero untuk mama dan adik-adik."

"Abang pun nak jadi hero untuk Noah dan adik-adik juga!" Eusoff mencelah sambil tersenyum lebar.

"Hehehe!" Noah tertawa kecil. Kepalanya diangguk-angguk.

Aku menopang dagu sambil memerhatikan gelagat mereka. Bibirku mengulum senyum. Bahagia aku melihat anak-anak membesar dengan baik di hadapan mata. Perlahan aku mengalihkan pandanganku ke arah Rery yang turut memandang ke arahku dengan senyuman mekar pada bibirnya.

"I love you," ujarnya tanpa suara. Hanya mulut saja yang bergerak. Tapi itu pun sudah cukup memadai untuk aku faham apa yang dia cuba sampaikan.

Aku tersenyum malu. "I love you more..." Sama seperti dia. Aku membalas ucapan itu tanpa suara. Hanya menggerakan mulut saja.

Rery tersenyum.

SEKEJAP saja masa berlalu, lihat-lihat saja sudah malam. Bulan pun sudah muncul di dada langit menghasilkan cahaya untuk menerangi suasana pada waktu malam yang sepi lagikan aman ini. Sesekali terasa angin bertiup lembut menampar-nampar tubuhku yang sedang berdiri di balkoni bilik. Malam ini, entah kenapa perasaan rindu itu tiba-tiba saja muncul dalam hati.

Rindu pada arwah papa dan mama walaupun aku tak ingat setiap detik dan momen aku bersama mereka. Rindu pada arwah Jessica dan Ivander yang pernah mengisi kekosongan hidup aku walaupun banyak pahit daripada manis. Noah tak tahu lagi tentang ayah kandungnya yang sebenar. Begitu juga dengan Eusoff. Aku dan Melina sendiri buntu. Tidak tahu bagaimana mahu terangkan kepada mereka. Rery dan Julian memberi cadangan agar menunggu mereka besar sedikit dan ketika itu mereka sudah boleh memahami apa yang hendak disampaikan.

Berat sungguh hati aku setiap kali memikirkan hal itu. Berdebar-debar. Takut. Semuanya menjadi satu. Mujur ada Rery yang selalu mengembalikan aura positif dalam diriku. Aku terbayang-bayang bagaimana reaksi Noah dan Eusoff nanti. Dapatkah mereka menerima hal yang sebenarnya?

"Honey..."

Suara Rery yang garau perlahan itu menyapa gegendang telingaku sekali gus terasa kedua-dua belah tangan kekarnya itu merangkul pinggangku dari belakang. Dagunya diletakkan di atas kepalaku.

"Buat apa sorang diri dekat sini? Biy ingat honey dekat bawah."

Aku hanya tersenyum kecil. "Saja ambil angin dekat sini. Kids dah tidur ke?"

"Dah. Biy baru saja tidurkan dia orang. Lena sudah. Penat kut, seharian berjalan hari ini. Baru balik dari Itali, sambung lagi berjalan. Memang terus nyenyaklah."

Aku tertawa kecil. Kepala diangguk sekali. "Biy... boleh tak honey nak luahkan perasaan malam ni?" Aku memusingkan tubuhku menghadapnya. Belakang tubuh aku sandarkan pada penghadang pagar balkoni. Tubuh Rery aku peluk penuh manja.

Rery angguk sekali. Dia merenung dalam sepasang anak mataku ini. Mungkin sedang menunggu luahan yang bakal aku ceritakan kepadanya.

"Why, honey? Biy nampak air muka honey macam sedih. Anything wrong?"

Aku memejamkan mata seketika sekali gus air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya mengalir ke pipi. Hatiku tiba-tiba menjadi sangat sebak. Lihat wajah Rery menambahkan lagi sebak di dada. Kerana dia sajalah yang boleh menceritakan kembali momen kami semasa kecil dulu.

"I miss mama and papa. I miss Jessica and Ivander. I don't know why. This feeling suddenly hits my heart."

Rery tersenyum kecil. Tangannya naik menyeka air mataku sebelum pipiku diusapnya lembut. "Kita hanya manusia biasa. Perasaan itu kadangkala tak boleh nak elak. Tiba-tiba saja datang. I know that feeling. Biy pun pernah rasa macam mana honey rasakan sekarang ni."

"Kadang-kadang honey rasa useless sangat sebab tak mampu nak ingat apa-apa. Satu momen dengan mama dan papa pun tak dapat nak ingat. How could me as a daughter?" Teresak-esak aku melepaskan tangisan. Aku merapatkan tubuhku pada tubuh Rery. Sisi kepala aku sandarkan pada bidang dada Rery.

"Don't say like that, honey. You are not useless. Honey masa tu terlalu kecil. Macam mana nak ingat semua tu? Momen masa kecil tak semua orang yang dapat ingat sehingga mereka tua. Biy sendiri pun ada yang lupa. Hanya album gambar yang biy simpan tu saja yang dapat menghilangkan sedikit rindu kita pada mereka. Selain itu, kita hanya banyakkan berdoa kepada Yang Maha Esa."

Aku mendongakkan wajahku. Perlahan aku menganggukkan kepala. Sedikit tenang hati ini dapat meluahkan perasaan pada suami sendiri. Mujur Rery ini memang seorang yang pendengar setia. Panjang ke pendek sesebuah cerita itu, dia akan dengar tak kira masa. Walaupun masa tu dia tengah sibuk menyiapkan laporan, dia boleh dengar luahan aku pada masa yang sama. Fokus lagi. Langsung tak kisah.

"Dah, jangan menangis lagi. Tak comel dah wife biy ni." Rery mengucup dahiku lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman. Handsome!

"Biy dah survey ke hotel dengan tiket? Dapat tak?" soal aku sambil berpegang tangan dengannya melangkah masuk ke dalam bilik semula.

"Sudah. Tinggal nak suruh honey pilih hotel mana saja. Satu hotel. Satu lagi resort. Rasanya honey akan pilih resort sebab resort tu berdepan dengan laut. Siap semua lengkap. Ada kolam renang. Ada permainan budak-budak."

Aku tersenyum lebar. Gembira mendengar keterangan dari mulut Rery. Makin tak sabar pula nak bercuti dengan keluarga!

"Resortlah! Pandai biy survey. Tiket pulak?"

"Tiket kita ambil esok petang. Boleh, kan? Esok lepas subuh kita kemaslah apa yang patut. Kita akan ke sana dalam seminggu. Lagi seminggu tu kita habiskan masa bersama dekat rumah saja. Okey, kan?"

Laju aku menganggukkan kepala. "Okey saja! Apa yang biy plan, semuanya honey suka. Janji biy ada sentiasa dengan honey." Aku memeluk tubuhnya erat.

Rery ketawa. Dia membalas pelukanku erat.

"Ahh! Biy, terkejutlah! Hish!" Mujur aku menjerit perlahan. Kalau tidak, sampai ke luar bilik boleh dengar. Ada ke patut dia tarik aku sekali dengan dia sampai jatuh atas katil. Aku pula terjatuh atas badan dia. Memang saja aje dia ni.

"Alahai, nak manja dengan honey pun tak boleh ke?" Rery mengangkat-angkat keningnya beberapa kali.

"Hah, manja apa. Tidur. Esok nak bangun subuh. Karang tak sempat pulak nak kemas."

"Saja aje nak mengelat, kan? Sempat aje kemas tu. Tak susah pun. Dah biasa."

Aku mencebikkan bibir. Rery ni memang. Ada saja jawapannya nak bagi. Kadang-kadang sampai aku tewas dengan dia.

"Yalah. Biy memang nak menang saja."

Rery membaringkan aku di sisinya. Tubuhku ditarik masuk ke dalam dakapan. Perlahan tangannya mengusap belakang tubuhku. Manakala aku pula, mengusap dadanya lembut sambil tersenyum.

"I love you, honey. Honey adalah anugerah terindah untuk biy. Amanah yang Allah berikan kepada biy. Terima kasih untuk semuanya. Maafkan biy kalau ada jasa honey yang mungkin biy tak dapat nak balas. Bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat kita," ucap Rery dengan nada perlahan. Hujung suaranya seperti sedikit bergetar. Mungkin menahan sebak.

"I love you more biy. So much. Tak ada ungkapan lain yang mampu honey katakan lagi. Biy seorang suami dan papa yang sangat baik. Honey tak mintak banyak pun. Cukuplah biy ada sentiasa dengan honey dan anak-anak. Itu pun dah cukup membahagiakan."

Rery tersenyum. Dia mengucup dahiku lama sebelum beralih ke pipi kanan dan kiri. Dan terakhir sekali, bibirnya menyentuh lembut bibirku dalam beberapa saat sebelum dilepaskan.

"Sweet dreams, sayang. Good night. Esok biy kejut subuh, okey?"

"Sweet dreams and good night too, biy. Okey." Aku menganggukkan kepala sekali sebelum menyembamkan wajahku pada dadanya.

Tak sampai beberapa saat... aku lena di dalam dakapan suami aku sendiri tanpa aku sedar ketika itu pada pukul berapa.


Previous: MP 65
Next: MP 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.