MP 68

BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai.

"Aara Malika..."

Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya.

"Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja memalingkan tubuh ke belakang. Ya, sejak kejadian beberapa hari lepas, Julian menawarkan pertolongan kepadanya. Tak silap aku, hutangnya pun sudah dibayar sepenuhnya oleh abang aku.

"Awak okey?"

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Luka awak dah pulih ke?"

Arif hanya angguk. Dia melemparkan pandangannya ke laut yang terbentang luas di hadapan kami.

"Saya tumpang gembira bila tengok awak dah bahagia bersama dengan keluarga awak, Aara."

"Alhamdullilah. Awak pun berhak bahagia, Arif. Tak semestinya kita kena meratapi kenangan silam yang boleh menjatuhkan semangat kita."

Arif tersenyum. Perlahan dia menoleh ke arah aku. Sekali gus, dia menganggukkan kepalanya.

"Saya masih lagi mencari insan yang boleh menerima diri saya seadanya. Kalau tak ada, saya akan tetap meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Tak semua keinginan kita akan dapat di dunia ini."

Aku menganggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Arif. Tidak semua yang kita impikan akan tercapai. Mungkin ajal menjemput dahulu sebelum sempat kita melaksanakan semua kehendak kita.

"Aara..."

"Ya?"

"Saya nak minta sesuatu daripada awak. Saya tahu apa yang saya mintak ini tak semua orang boleh buat dalam semudah kata. Tapi saya berharap sangat yang awak boleh buat."

Dahi aku berkerut halus. "Awak nak minta apa?"

"Maafkan segala kesalahan saya. Maafkan segala kebodohan saya. Maafkan saya kerana pernah menyakiti hati awak. Buang awak macam awak tiada perasaan. Saya rasai apa yang awak rasai dulu. Saya rasai macam mana sakitnya bila dibuang oleh insan yang kita cintai."

Aku terdiam buat seketika. Bibir aku kemam. Fikiran menerewang mengingati kisah silam yang sudah pun lama aku lupakan. Tetapi hari ini teringat kembali bila Arif menceritakan kembali.

"Saya dah lama maafkan awak, Arif. Tiada gunanya saya simpan dendam atau terus-menerus menenggelamkan diri dalam kisah silam tu. Tu semua saya hanya jadikan pengajaran. Awak jangan risau. Awak teruskan kehidupan awak seperti biasa."

Laju Arif menjatuhkan kepalanya. Tampak bersungguh-sungguh. "Terima kasih, Aara. Saya boleh tarik nafas lega bila awak sudi maafkan saya. Saya doakan awak terus bahagia di samping suami dan anak-anak awak."

Aku tersenyum. Tidak tahu hendak mengatakan apa lagi. Tiada lagi yang harus aku bicarakan lagi tentang kenangan yang lalu. Tidak mahu aku ingat lagi tentang itu. Aku sudah lupakan dan ingin terus bahagia dengan suami dan anak-anak aku.

"Maafkan aku, Rery. Aku cuma bercakap sekejap dengan Aara," ujar Arif sambil mengundur setapak. Mungkin dia takut Rery tersalah tafsir.

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Rery sedang berdiri di belakang kami sambil kedua-dua belah tangannya dicantum di belakang tubuh. Entah sejak dari bila dia mendengar perbualan kami. Harap dia tidak salah faham.

"Tak apa. Aku faham. Maaf kalau aku ganggu," balas Rery dengan sekali anggukkan.

"Tak. Tak menganggu. Kau sampai tepat pada masanya. Aku ke sana dulu." Arif meminta diri untuk kembali ke Julian dan Melina yang sedang menjamu selera makanan di tepi gerai itu.

"Honey, are you okay? Anything wrong?" soal Rery sambil kedua-dua belah tangannya merangkul pinggang aku dari belakang. Terasa dagunya mendarat di atas bahuku.

Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangan Rery yang melingkar pada pinggang, aku usap lembut.

"I love you, honey. So much," bisik Rery lembut. Betul-betul di telingaku.

"I love you more, biy. Till the end of my life."

Rery mengucup pipiku dari sisi. "I know sometimes when we remember the old memories, it makes our heart feel pain. Especially the worst one."

Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Rery. Setiap kali mengimbau kembali kenangan. Dan yang pahit paling banyak. Itulah yang menyakitkan. Tapi itu semua harus dijadikan pengajaran. Supaya kita sedar keadaan sekeliling kita. Bukan sentiasanya kita bergembira dan bukan sentiasanya kita bersedih. Kehidupan kita ibarat bumi yang berputar pada paksinya. Sekejap terang dan sekejap malam.

"Jika kita kehilangan cinta pasti ada sebaliknya. Alasan yang kadangkalanya susah untuk difahamkan. Namun percayalah, ketika Dia mengambil sesuatu. Dia telah merancang yang sebaiknya untuk kita. Kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita berduka di kemudian hari."

Terkaku sekejap aku mendengar Rery menyusun katanya. Sungguh mendalam ertinya. Dan aku faham akan erti yang disampaikan. Sewaktunya Arif meninggalkan aku, aku ditolak masuk ke dalam perangkap yang umpama menghancurkan seluruh kehidupakanku. Tapi... tidak kekal lama sehingga Rery El-Sharif muncul dalam hidup aku. Dan kini, dialah segala-galanya bagi aku.

"Terima kasih, biy sebab sudi pilih honey sebagai suri hati biy untuk selamanya."

Rery menggelengkan kepala. Perlahan dia menarik bahuku agar aku menghadapnya. Dia tahu yang aku sudah mengalirkan air mata. Entah kenapa, sejak dua tiga hari ini. Emosi aku mudah gugur. Terlalu sensitif.

"Salah tu, sayang. Bukan biy yang pilih. Allah yang pilih untuk biy. Kenapa hati biy tetap pada yang satu? Selama mana pun biy tetap setia menunggu? Kerana Dia dah tetapkan yang terbaik untuk biy. Dia uji hati biy. Sama ada biy sanggup atau tidak. Alhamdullilah, biy sanggup. Sampai mati biy sanggup. Kerana selamanya nama Juliana Adra ada di dalam hati biy. Tak pernah pudar walau sekecil kuman pun."

Anak mata aku terus-menerus merenung wajah Rery dengan dalam tanpa sedikit pun beralih. Bagaikan ada lagu romantis yang sedang bermain di sekeliling aku dan dia. Ibarat hanya kami berdua saja yang berada di tepi pantai ini dengan bersaksikan bulan purnama yang menghasilkan cahaya terang. Disuluhkan ke arah kami.

"Th... thank you, biy. Thank you for everything." Aku memeluk tubuhnya erat. Terasa tangannya mengusap lembut belakangku. Dahinya disandarkan di atas kepalaku.

"I will not let anything take away. What's standing infront of me. Every second breath, I will always love you, Juliana Adra."

Aku memejamkan mata tatkala bibir Rery mendarat pada dahiku dengan tempoh masa agak lama. Rambutku yang dilepaskan diusap perlahan.

"Biy nak buat satu permintaan dekat honeyBiy harap honey tak terasa dengan permintaan biy?"

Aku tersenyum kecil. Kepala diangguk sekali. "Minta apa saja, biyHoney akan cuba tunaikan dengan hati terbuka."

"Can you a wear hijab? Not because of me. Because of Allah."

Aku terdiam seketika. Tidak sepatutnya Rery membuat permintaan seperti itu. Aku sedar sepatutnya suruhan menutup aurat dari selepas akil baligh lagi sudah diwajibkan. Tapi aku langsung tidak mengikuti arahan itu. Menanggung dosa yang berterusan sehingga aku sudah pun berkahwin dan memiliki tiga orang anak.

"I am sorry, biy. Honey malu. Sepatutnya dari dulu lagi honey kena menutup aurat. But I didn't do. I am so sorry." Aku menundukkan kepala. Malu hendak bertentang mata dengan suami aku sendiri.

"No need to say sorry to me, honey. Banyakkan bertaubat. Minta keampunan daripada Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan malu dengan biy. Tapi malulah dengan dia. Biy dah lama nak suruh honey pakai dan hari ini Allah izinkan biy untuk suruh honey."

Aku menganggukkan kepala sebaik saja kepala diangkat kembali menatap wajah Rery yang tersenyum itu. Terima kasih, Ya Allah. Engkau hadirkan seorang insan yang mampu menerima aku seadanya. Menegur aku dengan baik. Melindungi dan menjaga aku dengan sempurna. Engkau rahmatilah sepanjang hidupnya, Ya Allah.

MASA meluangkan masa bersama keluarga sudah pun berlalu dengan pantas, kalau nak meluangkan masa lagi kenalah tunggu hari minggu. Hari ini, Rery akan masuk semula ke pejabat setelah sebulan bercuti. Anak-anak pun kembali bersekolah seperti biasa. Jantung aku tidak sudah-sudah berdegup kencang. Memikirkan Noah yang akan ke sekolah hari ini dengan keadaan baru. Janganlah ada sesiapa yang sesuka hati menjatuhkan semangat aku.

"Honey, biy malam ni ada dinner dengan klien. Jadual biy memang padat hari ini. Jadi, honey tak perlulah masak untuk malam ni. Beli saja dan banyakkan berehat, okey?" Rery mengucup dahiku sebaik saja dia bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Briefcase yang berada di atas sofa aku ambil kemudian dihulurkan kepada Rery. "Biy jaga diri. Solat dan jangan lupa makan. Kerja-kerja juga."

Rery senyum. Kepala diangguk sekali. "Baik, sayang. Biy gerak dulu. Hantar kids nanti hati-hati."

"Okay, biy." Tangan naik membalas lambaian suamiku sehingga dia menolak diri masuk ke dalam perut kereta. Sehingga keretanya hilang dari pandanganku, segera pintu utama ditutup. Sekarang ni, nak uruskan ketiga-tiga orang anak aku yang aku sendiri aku tak tahu dah bangun ke belum.

"Noah... Ana... Yan... wake up!" ujar aku sebaik saja pintu bilik mereka ditolak dari luar.

"Wah... dah bangun dah sayang-sayang mama ni. Bagusnya." Aku tersenyum lebar melihat mereka yang sudah pun bersiap berseragam sekolah.

"Ya, mama. Tak sabar nak pergi school!" sorak Noah sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara.

Aku menganggukkan kepala. Senyuman masih lagi terukir pada bibir. Seronok melihat Noah yang bersemangat pada pagi ini. Semoga semangat dia terus mekar sehingga sampai di sekolah nanti. Aku tak nak lihat dia bersedih. Moga hatinya sentiasa kental.

"Jom. Kita breakfast. Lepas tu, mama dengan mumy akan hantar korang ke school." Aku mula menuruni anak tangga diikuti dengan mereka yang berada di belakang aku.

"Mama, kita breakfast apa?" soal Ryana sambil menarik hujung bajuku dari belakang. Sama-sama menuruni anak tangga sehingga ke tingkat bawah.

"Mama goreng mihun goreng dan sosej kesukaan korang."

"Nyummy!" Ryana dan Ryan terus berlari ke arah kerusi meja makan. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagat mereka.

"Assalamualaikum!" Salam diberi oleh Melina bersama Eusoff melalui pintu dapur yang sememangnya aku buka setiap pagi agar angin menyejukkan suasana rumah.

"Waalaikumussalam. Yay! Abang dah sampai." Noah terus mendapatkan Eusoff yang sedang menanggalkan kasut sekolahnya. Melina sudah pun mengambil tempat di kerusi meja makan.

"Fuh... sedap awak masak pagi-pagi ni. Rajin!" puji Melina.

Aku tersengih. "Hari ini terlebih rajin. Selalunya goreng makanan sejuk beku tu aje. Rery tak sempat nak menjamah tadi. Suruh dia bawa bekal aje."

"Alahai, Tuan CEO bawa bekal, ya? Macam comel aje gayanya." Melina tertawa kecil.

"Awak ni. Haduh..." Aku turut tertawa sambil menggelengkan kepala. Boleh pula aku terbayang apa yang Melina katakan tadi.

"Jemputlah makan. Nak pergi sekolah sekejap lagi," suruh aku.

Melina menganggukkan kepala. Dia mencedokkan mihun goreng ke dalam pinggan anak-anak dan juga pinggannya sendiri. Begitu selera mereka menikmati mihun yang digoreng oleh air tangan aku sendiri.

"HATI-HATI. Fokus pada pembelajaran. Jangan bergaduh dengan kawan-kawan. Kalau ada apa-apa masalah, report dekat cikgu. Okey?" pesan aku kepada anak-anak sebelum mereka keluar dari kereta.

"Baik, mama. Salam!" ujar Noah sambil mengucup tanganku diikuti dengan Eusoff, Ryana dan Ryan."

"Eusoff, jaga adik-adik. Be a good boy. Ingat apa setiap hari dady pesan?" ujar Melina.

"Ya, mumy. Eusoff remember." Eusoff menyahut kemudian mengucup tangan ibu kandungnya itu.

Mujur pra-sekolah Ryana dan Ryan hanya bersebelahan dengan sekolah rendah Eusoff dan Noah. Senanglah untuk mereka memantau sesama sendiri. Dan memudahkan juga aku untuk menghantar mereka ke sekolah. Tidaklah terlalu tergopoh-gapah.

Aku dan Melina memerhatikan mereka sehingga melepasi pintu pagar sekolah. Barulah hati tenang melihat mereka sudah pun selamat sampai di dalam pekarangan sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 7:15 pagi. Ada berbaki lima minit saja lagi sebelum loceng berbunyi. Mesti hari ini mereka akan duduk di perhimpunan memandangkan hari ini hari Isnin.

"Nak pergi mana lepas ni?" soal Melina. Kepalanya ditoleh ke arah aku.

"Hurm... kita spend time berdua ajelah sampai dia orang balik sekolah. Hari ini, Rery balik lambat. Dia pun tak makan dekat rumah. Ada dinner dengan klien nanti."

Melina mengusap dagunya. "Jomlah kita merayau."

Aku ketawa. Pandai betul Melina ni menghasut aku. "Alang-alang tu kita shopping la. Beli barang baby awak tu sikit."

"Nice idea! Pandai awak menghasut saya, Adra."

"Eh... macam tak kenal. Awak dengan saya sama aje."

Serentak kami ketawa. Tanpa berlengah lagi, aku terus menukar gear kepada huruf D. Breka tangan diturunkan. Barulah aku memijak pedal minyak dan kereta meluncur laju ke jalan raya. Waktu-waktu macam ni, memang kereta banyaklah di atas jalan raya. Nak tak nak, kenalah hadapan kesesakan lalu lintas. 


Previous: MP 67
Next: MP 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.