MP 22

BEBERAPA kali aku menggelengkan kepala. Air mata sudah mengalir lebat selebat air hujan yang sedang membasahi bumi. Kenapa perkara macam ni harus berlaku dalam hidup aku? Tak cukup lagikah zahir dan batin aku diseksa. Sekarang anak aku dirampas oleh mereka. Kenapa aku terlalu bodoh? Tak mampu nak lindungi dan selamatkan anak aku... aku tak layak jadi ibu kepada Noah. Aku seperti tiada gunanya hidup di muka bumi ini.

"Aara..."

Aku menarik pergelangan tangan aku dari disentuh oleh Rae. Dari ekoran mata, aku nampak Julian sepertinya berbisik sesuatu pada Rae. Aku langsung tak ambil endah.

"Aara..."

Aku mengangkat wajah ke arah mereka berdua yang sedang merenung ke arah aku. Melina di sisi hanya mendiamkan diri sambil mendukung Eusoff.

"Tak apa, Julian, Rae. Korang berdua tak salah pun. Semuanya salah Aara sendiri sebab cuai. Bodoh. Tak berguna. Sebab tu orang yang Aara sayang pergi tinggalkan Aara. Sekarang ni Noah tak dapat jejak. Dia orang lebih pantas daripada kita." Aku ketawa buat-buat. Air mata tetap mengalir tanpa henti. Aku tak tahu ke mana Noah dibawa pergi. Aku rindu dia. Peritnya perasaan ini...

"Dia orang dah bawa lari Noah tapi tak semestinya semudah itu mereka terlepas..."

Aku tersenyum tipis. Pudar dan kelat.

"Julian, sejauh mana mereka bawa lari Noah. Mereka tetap akan menang. Aara nak menang? Tiada harapannya Julian. Dia orang tu pengaruh besar dan kuat. Kalau Aara rampas Noah balik, dia orang akan buat apa saja untuk dapatkan Noah. Ivan dah banyak ugut Aara dulu." Beberapa kali aku menyeka air mata yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.

"Aara, tak akan kau nak biarkan Noah di tangan iblis-iblis tu?" suara Rae naik seoktaf sehingga menggemakan suasana ruang tamu rumah Julian dan Melina.

Aku mengetap bibir sambil menjatuhkan pandangan pada lantai ruang tamu.

"Kau memang cepat putus asa ke, Aara? Kau tak fikir yang Noah perlukan kau sekarang ni? Kau jamin anak kau akan bahagia dengan dia orang tu?"

Tuduhan demi tuduhan menusuk ke kalbuku. Sungguh aku tak ada niat langsung mahu membiarkan Noah di tangan mereka.

"Rae, apa kau cakap macam tu? Sepatutnya kau bagi dia semangat bukan cakap macam tu. Kau boleh tak kawal emosi dan ego kau tu? Tak ke mana pun semua tu. Apa yang Aara cakap ada betulnya!" marah Julian. Dia melepaskan dengusan kasar. Mungkin sebal dengan sikap baran Rae.

"Apa yang betulnya? Kau kaya. Aku kaya. Guna duitlah buat semua ni. Apa susah?"

Aku terkesima. Mudahnya Rae berkata-kata. Langsung tak memikirkan keselamatan Noah.

"Hoi, Rae! Kau beringat sikit. Sepupu kau dengan adik aku tu licik! Apa perancangan dia orang kita langsung tak tahu. Senang kau bercakap, kan? Duit? Kau rasa dia orang nak duit ke sekarang ni? Dia orang tu nak anaklah. Anak!" tengking Julian.

"Abang, sabar...," pujuk Melina sambil mengusap lengannya suaminya. Eusoff hanya memerhatikan saja kami berempat. Mujur dia tak menangis mendengarkan suara tinggi milik Julian.

"Sabar apa sayang? Lelaki macam ni fikiran dia singkat!"

Buk!

"Ya Allah!" Aku menekup mulutku tatkala Rae melepaskan tumbukan padu tepat mengenai wajah Julian. Aku segera berlari mendapatkan Julian yang sudah jatuh terduduk di atas lantai.

"Rae, kenapa dengan awak ni?" jerit aku.

Rae smirk. Apa sebenarnya yang Rae nak? Baru hari tu dia minta maaf dan selamatkan aku. Aku dah anggap dia hero aku.

"Kau tolonglah perempuan ni. Aku tolong dia macam tak dapat apa-apa. Useless. Cepat putus asa. Anak sendiri boleh lepas macam tu aje dekat orang. Jenis mak apalah tak pedulikan anak sendiri."

Kata-kata Rae bagaikan pisau yang sedang menikam hati aku. Teruk sangat ke aku ni sampai dia boleh cakap aku macam tu?

"Rae, kalau kau rasa kau semak dengan aku, baik kau blah! Aku tak sangka kau macam ni. Aku tengah susah hati pasal anak aku. Kau tengok sekarang, ada aku happy anak aku kena culik? Ada ke?" Aku menampar-nampar dadanya. Wajahnya aku tenung dengan tenungan tajam. Kesabaran aku semakin menipis.

"Jawablah! Ada tak?" jerit aku sepuas hati.

Rae menangkap pergelangan tangan aku. Bibirnya tersungging sebuah senyuman sinis.

"Memang kau tak happy sekarang ni, tapi kau tu bodoh. Tak pandai nak selesaikan masalah sendiri. Aku menyesal tolong kau. Aku ingat bila aku tolong, pemikiran kau tu boleh upgrade lebih baik sikit. Tapi, sangkaan aku meleset. Anak sendiri kena culik pun endah tak endah."

Aku merentap pergelangan tangan aku. Dadaku berombak laju. Aku tak sangka mulut Rae ni mulut puaka. Cakap ikut sedap mulut dia aje. Fikir aku hadap sangat pertolongan dari dia ke? Selama aku kena seksa mana dia pergi? Tiba-tiba hari tu datang dan terus selamatkan aku. Entah-entah semua ni rancangan dia. Semuanya jadi gila sebab harta tu!

"Baliklah, Rae. Terima kasih atas semua pertolongan kau selama ni. Tak terbalas jasa kau kepada aku. Aku minta maaf sebab banyak menyusahkan kau. Lepas ni, kau teruskanlah kehidupan kau. Jangan fikirkan aku lagi. Anggap saja aku dah mati." Tak sanggup aku mahu memandang wajah Rae dengan lebih lama. Kaki aku bawa mendaki tangga satu per satu, menuju ke kamar yang ditunjukkan oleh Julian sebentar tadi.

Aku melepaskan tangisan teresak-esak. Kain napkin kepunyaan Noah aku peluk rapat ke dada. Tubuh aku bawa rebah di atas katil sambil meraung sepuas hati. Mana Noah pergi tinggalkan mama? Mama dah tak ada sesiapa lagi. Kenapa Noah sanggup tinggalkan mama? Macam mana mama nak selamatkan Noah? Mama buntu... Noah pergi mana sayang?

Aku tak boleh harapkan sesiapa. Apa yang Rae cakap memberi kesan yang sangat dalam dekat aku. Bukan hari ni saja. Semasa di pejabat dulu, kata hinaan dia masih lagi terpahat pada ingatan aku.

Tanpa berlengah, aku terus mengambil beg pakaian aku yang berada di tepi bucu almari sebelum dibawa galas pada bahuku. Aku kena berdikari sendiri. Aku kena cari Noah. Walaupun berbatu-batu Noah pergi meninggalkan aku, aku tetap cari sampai akhir nafas aku.

Aku menuruni anak tangga satu per satu sambil tangan sebelah memegang erat tali beg galasku.

"Aara... Aara nak pergi mana?"

Panggilan Julian aku abaikan. Aku terus meluru ke pintu utama. Kelibat Rae sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah pulang ke rumahnya. Ataupun dihalau oleh Julian.

"Aara Malika."

Panggilan kedua daripada Julian tetap aku abaikan. Tangan sudah naik memegang tombol pintu utama. Aku tidak mahu menoleh ke belakang untuk meminta simpatinya lagi. Cukuplah Julian sudah banyak berkorban untuk aku. Aku dengan tiada apa-apa pertalian pun sebenarnya. Untuk apa aku terus berharap dengannya?

"Juliana Adra. Stop there. Don't you dare to go without my permission. This is my house."

Berkerut dahi aku saat Julian memanggil satu nama yang sepertinya aku pernah dengar. Tapi di mana, ya?

"Juliana Adra..."

Sekali lagi Julian menyeru sebaris nama itu. Perlahan aku menolehkan kepala ke arahnya dengan kerutan di dahi. Saat itu juga, aku nampak air mata Julian menitis jatuh ke pipinya. Aku tergamam.

"Don't you miss your big brother, Adra?" Nada suara Julian sedikit sebak. Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya ke arah aku. Melina yang sedang duduk di atas sofa turut mengalirkan air matanya.

"Abang tahu Adra tak ingat abang tapi abang ingat Adra. Adra adik abang yang selama ni hilang selepas kemalangan 20 tahun yang lalu. Firasat abang benar sekali, Adra masih hidup. Sikit pun abang tak pernah berhenti cari Adra. Abang rindukan adik abang walaupun kita ni bukan sedarah. Kita bukan adik beradik kandung. Lain bapa dan lain mak. Tapi, waktu Adra masih bayi, abang banyak habiskan masa dengan Aara."

Aku terdiam sejuta bahasa. Adakah ini semua mimpi? Bermakna selama ini, aku ditipu oleh mak? Mak bukan mak kandung aku? Aku... Juliana Adra Handerville? Nama yang pernah aku nampak ketika di rumah agam Ivander dan Jessica. Maksudnya, segala perbualan Jessica dan Ivander selama ni adalah mengenai aku? Dia orang upah orang untuk cari aku?


Previous: MP 21
Next: MP 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.