MP 61

MATAKU membelingas ke suasana ruangan yang dibawa oleh Rery. Ruangan ini terletak di tingkat bawah. Basement rumah kami. Selesai saja sarapan pagi, kami sempat lagi singgah ke sebuah pasar raya mini membeli sedikit barangan. Kemudian barulah kami pulang ke rumah dan Rery terus mengajak aku untuk melakukan warm up skil yang aku katakan itu. Noah turut ada bersama dengan kami. Bukan dia saja. Fazio turut berada dengan kami untuk memantau Noah. Gavino serta beberapa anak buah yang lain duduk di tingkat atas menjaga keselamatan suasana rumah ini.

"Are you ready, mia bella?" soal Rery yang sudah menukar pakaiannya kepada sehelai singlet berwarna hitam. Sekali gus merenggangkan otot-ototnya. Bukan main suami aku ni. Tak sabar habis.

"I was born to be ready, biy." Aku tersenyum senget. Turut juga membuat senaman ringan supaya otot-ototku tidak mengalami kejutan.

"Quindi andiamo. (So, let's go.)" ujar Rery dengan senyuman yang tersungging pada dua ulas bibirnya itu.

Aku menganggukkan kepala sekali. Tubuh sudah bersedia untuk menerima tindak balas serangan Rery. Anak mataku sempat mengerling ke arah Noah yang sedang duduk di atas sofa bersama Fazio. Di tangannya ada sekotak air buah-buahan. Nikmat betul dia menyedut air kotak itu.

Tanpa berlengah lagi, Rery menyerang aku dengan tangannya yang sudah mendarat pada kedua-dua belah bahuku sebelum dirinya berpusing ke belakang aku. Namun, tidak kekal lama. Aku terus menundukkan tubuhku kemudian melepaskan tumbukan pada dadanya tidak terlalu kuat. Kami hanya buat tindakan secara slow-motion saja. Tak mahu terlalu keras. Rery pun belum sembuh sepenuhnya. Masak aku kalau terlalu aktif. Habis suami aku nanti. Bertambah sakit dia.

"Too weak, dear," ejek Rery. Dia meregangkan lehernya sambil tersenyum kecil.

"HurmBiy belum sihat sangat. Tak retilah nak lincah." Aku mencebikkan bibir.

"As I say so, no permanent word of sick in Rery El-Sharif's life."

Aku terdiam seketika sebelum menarik dan menghembus nafas panjang. Mataku pejam seketika kemudian dicelik semula. Kepala aku bawa angguk sekali menandakan aku sudah bersedia untuk menyambung latihan kami.

Rery terus menyerang aku sekali gus dia ada juga menunjukkan aku cara untuk menentang musuh bila dalam keadaan sulit. Lagi-lagi bila musuh itu sedang memegang senjata. Skil dia lebih kurang macam yang Chen ajar. Kiranya aku sedang ulang kaji semula skil lah ni.

HAMPIR dua jam kami berdua bermandi peluh. Begitu juga dengan Noah. Dia pun sertai sekali latihan kami. Bukan main seronok dia dapat berlawan dengan papa kesayangan dia. Sekarang ni, dia sudah tertidur keletihan di atas sofa ruang tamu. Mujur sofa itu boleh bertukar menjadi sebuah katil kecil. Aku biarkan saja dia tidur di situ tanpa sebarang gangguan.

"Ju."

Aku mendongakkan kepala. Kelihatan Rae sedang berdiri bersandar pada dinding ruang tamu sambil menyisip minuman panasnya.

"Ya?"

"Kau okey sekarang?"

Aku hanya tersenyum sekali gus menganggukkan kepala. "Rery dah tak dingin dengan aku sangat. Cuma panggilan saja masih kasar. Dia tak boleh nak ingat apa-apa lagi. Aku tak paksa."

Rae menganggukkan kepalanya. "Baguslah kalau macam tu. Aku tengok kau pun asyik tersenyum saja. Aku pun tumpang gembira."

"Aku pun nak berterima kasih dengan kau sebab jagakan Rery untuk aku selama aku tak tahu keadaan dia dekat sini macam mana. Agaknya kalau aku ikut cakap abang aku, mesti sampai sekarang aku tak tahu yang suami aku hilang ingatan, kan?" Aku tersenyum kelat. Dia orang semua ni memang. Suka berahsia dengan aku. Dengan alasan tak nak buat aku risau. Jangan haraplah rahsia dia orang itu akan tersimpan rapi buat selamanya. Aku mesti akan cari tahu punya. Tak adanya aku nak duduk tercongok macam tu saja tanpa tahu khabar daripada seorang suami yang berada jauh dari sang isteri.

"Rery abang aku. Mestilah aku jaga dia. Dia satu-satunya saudara kandung yang aku ada. Saudara-mara yang lain bukannya rapat pun. Ada juga yang aku langsung tak kenal."

Aku angguk sekali. Faham apa yang Rae maksudkan. Gaduh macam mana pun. Dia tetap prihatin dengan abangnya itu. Bak kata peribahasa, air yang dicincang tak akan pernah putus. Itulah pertalian adik-beradik.

"Ian kata dia nak turun sini nanti. Tapi tak pasti bila. Sebab syarikat sana ada masalah sikit. Banyak tanggung kerugian. Dengan tiba-tiba..."

Aku metunakkan pandanganku pada wajahnya dengan dahiku sudah berkerut seribu. "Maksudnya? Princeville Malaysia tanggung banyak kerugian?"

Rae menjatuhkan kepalanya sekali. Wajahnya tidak beriak. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hairan.

"Kenapa kau macam tenang je? Kalau dah kerugian macam tu mesti syarikat dalam keadaan tidak stabil, kan?"

"Kau macam tak kenal aku. Aku nampak je tenang. Padahal kepala otak aku tengah serabut sekarang ni. Hari-hari Ian contact aku. Minta tolong. Sebab dia pun nak handle syarikat dia lagi. Aku tengah cari tahu macam mana boleh mengalami kerugian. Selama ni, tak pernah pun rugi walaupun satu sen sekalipun."

Aku terdiam. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Rae. Selama aku berkahwin dengan Rery, tak pernah sekalipun syarikat itu mengalami kerugian yang besar.

"Aku rasa ada sesuatu yang berlaku dekat sana tanpa sedar. Ada yang khianat di antara kita ni." Rae bersuara kembali.

"Rae."

Serentak aku dan Rae mendongakkan kepala ke arah Rery yang sudah melangkah dari anak tangga terakhir. Wajahnya kelihatan tegang. Dah kenapa pula dengan suami aku ni? Tadi okey saja. Entah apa yang dia buat lama dekat atas tu.

"Hmm."

"Ian ada call aku. Syarikat sana ada kes penyelewengan duit. Finance manager siapa?" soal Rery dengan nada suaranya cukup aku tahu yang dia sedang menahan marah. Walaupun dalam keadaan tidak ingat, tapi dia masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengurus.

"Lutia." Ringkas saja jawapan yang keluar dari mulut Rae. Aku kenal siapa Lutia itu. Dia seorang pengurus kewangan yang dilantik oleh Rery sejak sebelum aku berkahwin dengan dia lagi. Kiranya wanita itu sudah lama berbakti di Princeville Holdings.

"Lutia? Dia dah berapa lama kerja? Macam mana boleh ada kes macam ni? Siapa yang curi duit syarikat? Tak akan dia."

Rae mengangkat kedua-dua bahunya dengan bibirnya sedikit terjuih.

"Sekejap. Sekarang ni bangunan Princeville dekat sini, kenapa tutup? Kenapa biy tak masuk?" soal aku secara tiba-tiba. Baru sekarang aku teringat mengenai bangunan syarikat di sini.

Rery memalingkan wajahnya ke arah aku. "Tanya Rae. Aku sendiri tak tahu kenapa dia larang aku masuk ke sana. Bangunan tu dah tutup. Tapi aku tak tahu kenapa tak boleh masuk."

Rae melepaskan keluhan panjang. "Okeylah. Aku pun dah penat nak rahsiakan benda ni. Sekarang ni Princeville dah kena kawal dengan orang lain. Erti kata musuh kita sendiri. Tu apa yang aku dapat tahu sekarang ni. Aku takut perkara ni melarat sampai ke Malaysia sebab berkaitan. Tu sebab syarikat dekat sana ada masalah sekarang ni."

Aku nampak Rery menggenggam kedua-dua belah tangannya erat sehingga menampakkan urat hijau menimbul. Aku pula hanya mendiamkan diri saja. Kepala otak ligat bekerja memikirkan apa yang sudah terjadi. Keadaan memang huru-hara sekarang ni selepas Rery hilang ingatan.

"Aku nak tahu, syarikat kita tu sekarang ada share partner dengan siapa-siapa tak?" soal Rery setelah sekian lama mendiamkan diri. Mungkin sedang berfikir.

"Lukas," jawab Rae.

Ketika itu juga, jantung aku berdetak laju. Cakap mengenai Lukas. Kenapa aku dapat rasa yang dia tu macam lain? Sewaktu sebelum aku mendarat ke sini pun, dia tak banyak cakap pasal Rery. Sedangkan dia dan Rery boleh dikatakan rapat. Mungkin dia pun dah tahu mengenai keadaan Rery di sini. Dia dan Julian sama-sama mendiamkan hal ini.

"Lukas?"

Rae angguk sekali. "Lukas kawan baik kau. Dah berbelas tahun kau kawan dengan dia. Ada syarikat sendiri tapi hanya kecil-kecilan saja. Kau yang bawa syarikat dia naik sampai sekarang dah masuk dalam list top 10."

Rery terdiam. Tak lama itu, dia menggelengkan kepalanya sekali. "Aku tak ingat dia. Tak boleh nak cam muka dia. Dia pun tak pernah kontak aku. Ian aje yang kontak aku. Kenapa dia tak ada pun call aku beritahu apa yang patut?"

Giliran Rae pula terdiam. Dia pun tak tahu nak beri jawapan apa pada Rery. Begitu juga dengan aku. Tak akan nak syak wasangka dekat Lukas. Sedangkan dia kawan baik Rery sejak sebelum aku dan Rery berjumpa lagi. Dan selama aku berkahwin dengan Rery, Lukas memang seorang yang baik dan peramah. Dia memang suka layan anak-anak aku. Tak akanlah dia nak jadi pengkhianat?

"Lukas. Aku langsung tak boleh nak ingat pasal dia. Dia ada keluarga? Dari mana? Kelahiran dia memang dekat sini?" soal Rery lagi.

"Ya. Dia kelahiran sini. Keluarga dia tinggal sini. Tapi jauh sedikit dari kita. Aku rasa dia pun dah lama tak balik sini. Keluarga dia pun, aku tak tahu khabarnya. Dia jarang nak bercakap pasal famili dia. Kalau tanya pun, acuh tak acuh saja."

Rery mengurut pucuk hidungnya seraya memejamkan mata. Dahinya berkerut-kerut. Serabut wajahnya ketika itu.

"Patut ke kita siasat pasal dia?" Aku memberikan cadangan.

"Aku memang tengah siasat pasal dia, Ju. Sebab Ian cakap dia sekarang rajin datang ke syarikat kita tu. Dia cakap Rery ada pesan suruh dia jadi wakil untuk syarikat tu sekiranya dia tak ada nanti."

Okey. Kepala kau semakin buntu sekarang ni. Tak pernah pula Rery cakap macam tu dekat aku. Macam mana benda temeh macam ni boleh jadi masalah besar sekarang ni? Aduh...

"Kejap. Bila masa Rery cakap macam tu? Setahu aku, Rery yang suruh aku pantaukan syarikat tu bila dia dekat sini. Kenapa berbelit sekarang ni? Aku cuma tahu yang Lukas tu ada share partner dengan Princeville di Malaysia saja. Tak lebih dari tu. Dia bukan ada kuasa mutlak pun nak kawal syarikat tu."

Rae angguk kepalanya sekali. "Ya. Tulah yang menjadi masalah sekarang ni. Ian sendiri pun pening dah sekarang. Kalau banyak tanya, takut Lukas tu fikir lain pula. Fikirkan dia kawan baik kepada Rery tu yang menjadi sebab sekarang ni."

"Kawan boleh makan kawan. Walaupun dah kenal lama pun. Sekarang ni, aku nak pergi pejabat. Kau dah tak ada hak nak halang aku, Rae. Aku kena masuk campur masalah ni. Kalau tak, senang-senang aje orang lain boleh rampas syarikat keturunan kita tu. Nak bangunkan bukan senang."

"Okey, okey. Aku ikut kau. Ju, kau duduk rumah dengan Gavino dan budak-budak lain. Aku dengan Fazio ikut Rery ke pejabat."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Hati aku menjadi berat mahu melepaskan Rery ke sana. Aku takut pisang berbuah dua kali. Apa-apa jadi pada Rery macam mana? Musuh sekarang semakin menjadi-jadi perangai mereka.

"Janji dengan saya, biyBiy akan okey. Jaga diri." Aku bangun. Tubuhnya aku peluk erat.

"Ya. Jangan risau. Apa-apa call aku. Duduk dalam rumah. Jangan keluar ke mana-mana selagi aku tak balik. Faham?" pesannya sambil mengusap pelipisku sebelum mengucup dahiku lembut.

Aku senyum. Kepala diangguk sekali. Akur saja dengan arahannya. Isteri haruslah mendengar pesanan suami.

"Aku gerak dulu." Rery menepuk lembut bahuku sebelum menolak tubuhnya keluar dari rumah bersama dengan Rae dan Fazio.

Aku melepaskan keluhan kecil. Pandanganku bawa ke arah Noah yang masih lagi nyenyak tidur. Aku bawa dia masuk ke dalam bilik dan berehat bersama. Terasa letih pula urat sendiri aku ni. Nak asah skil sangat, kan?

"Hmph..." Noah menggeliat kecil sebaik saja tubuhnya aku baringkan di atas katil. Dadanya aku tepuk-tepuk lembut agar dia kembali lena. Lampu bilik aku tak hidupkan. Hanya memasang lampu yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil aku ini. Malap saja cahayanya. Tidak terlalu terang. Tidaklah menyakitkan mata aku sangat.

Aku memejamkan mataku. Dengan niat mahu merehatkan tubuh yang terasa sungguh penat. Tanganku merangkul pinggang Noah. Turut lena bersamanya.

Dang! Dung! Bang!

Tak sampai beberapa minit aku terlelap, bunyi bising itu membuatkan aku tersedar secara mengejut. Begitu juga dengan Noah. Laju saja dia mendakap erat tubuhku dengan tubuhnya yang sedikit mengigil. Kami sama-sama terkejut besar. Jantung aku pun berdegup laju bagaikan aku sedang berlari maraton.

"Mama... apa tu?" soal Noah dengan nada takutnya.

Aku tidak menjawab sebaliknya berdiri perlahan sekali gus mendukung tubuh Noah. Erat aku dakap tubuhnya. Entah kenapa aku berasa tidak sedap hati. Rery pernah cakap yang rumah ni pernah diserang oleh musuh. Jadi tak mustahil kalau perkara itu berulang sekali lagi.

"Dove sono loro? (Where are they?)" jerkah seorang lelaki yang mengenakan topeng muka penuh berwarna hitam. Sudah seperti perompak yang memecah masuk rumah orang.

Anak-anak buah Rery dan Rae langsung tidak menjawab dan mereka tangkas menyerang kembali musuh-musuh itu. Gavino aku tak nampak pula kelibatnya. Terjengah-jengah kepalaku tingkat bawah. Takut-takut mereka tersedar akan kewujudan aku di tingkat atas ini.

Aku nak lari ke mana ni? Tak akan nak duduk dalam bilik saja. Mahunya dia orang pecah masuk, masa tu dah buntu tak tahu nak lari ke mana.

"Mama..."

"Shh... we will be okay. Kita kena keluar dari sini." Aku terus berlari anak masuk ke dalam bilik semula.

"Uncle..."

Aku menoleh ke belakang sebaik saja pintu bilik dikunci sekali gus terdengar Noah menyeru seseoang.

"Aw..."

Belum sempat aku mahu menyebut namanya. Dia terus memaut leherku kemudian ditekupnya aku dengan sehelai kain.

Ketika itu juga, terasa mataku memberat.

"Mama! Mama!" Kedengaran sayup-sayup suara Noah menangis sekali gus menjerit menyeru aku. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku tak sempat nak melawan.

Akhirnya seluruh pandanganku gelap.


Previous: MP 60
Next: MP 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.