MP 64

KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?

"Honey..."

Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi.

"Noah macam mana?"

"He is still sleeping."

Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu.

"Jangan macam ni, honeyBiy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka. Biy kenal dia macam mana."

Mata dibawa pejam. Rapat. Cuba mengusir perasaan sakit itu jauh-jauh. Aku kena kuat demi Noah. Kalau tak, macam mana Noah nak kuat sekiranya dia melihat aku dalam keadaan begini.

"I'm sorry, biy. Honey rasa sakit sangat bila dapat tahu perkara ni dari mulut Pablo. Ibu mana yang sanggup tengok anak dia macam ni. Dia tak salah apa-apa. Sepatutnya honey yang kena, bukan dia." Aku gagal mengawal air mataku dari terus mengalir. Tubuh Rery aku peluk erat. Wajah disembamkan pada dadanya.

"Honey, please. Biy pun rasa serba-salah sangat. Tapi... kita kena kuat demi dia. Kita kena sama-sama beritahu dia dan berikan dia semangat."

Aku diam. Tak tahu nak katakan apa lagi. Hanya air mata saja yang terus mengalir tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Hati aku terlalu sebak setiap kali mengingati keadaan Noah ketika ini.

Dia masih kecil lagi. Baru saja berusia tujuh tahun. Tapi, sudah diduga dengan ujian berat seperti ini. Tak dapat aku bayangkan macam mana dia lalui hari-hari seterusnya. Aku takut. Takut dirinya dicemuh orang sekelilingnya kerana keadaan dirinya yang sekarang.

"Biy, macam mana dia nak pergi sekolah? Kalau orang hina dia macam mana?" soal aku dengan nada suara bergetar. Sebak.

Rery tidak terus menjawab soalan aku. Dalam beberapa saat dia mendiamkan diri sebelum membuka mulutnya. "Kalau perkara itu terjadi, Noah boleh sekolah di rumah saja. Kita tengok keadaan dia macam mana."

"Rery... Adra..."

Serentak aku dan Rery memalingkan wajah ke belakang. Kelihatan Julian dan Melina sedang berdiri di hujung kerusi ruangan menunggu. Eusoff, Ryana dan Ryan juga ada bersama dengan mereka.

"Ab... abang..." Tergetar-getar bibirku mahu menyeru Julian. Aku sedar. Inilah balasannya kerana tidak mendengar nasihatnya sebelum ini. Sudah terjadi, baru nak menyesal.

"Adra okey?" soal Julian dengan nada sayu.

Aku bangkit kemudian berlari ke arah Julian. Tubuhnya aku peluk erat sambil melepaskan tangisan. Rery pula mendukung tubuh Ryana dan Ryan melepaskan rindu.

"Maafkan Adra, abang. Maafkan Adra. Semua ni salah Adra. Adra selfish."

"Shh... kenapa cakap macam tu? Semua yang terjadi ni dah tertulis. Tak baik salahkan diri sendiri. Abang tahu Noah seorang anak yang kuat. Dia anak lelaki. Abang kenal dia. Adra sebagai seorang ibu kandung dia mesti kenal." Julian mengusap-usap belakang tubuh. Cuba menenangkan emosi aku yang sedikit kacau.

"Tapi, Adra takut. Adra tak sampai hati nak beritahu dia."

"Dia masih boleh berjalan lagi, Adra. Cuma dia tempang saja. Insya-Allah kalau kita buat rawatan, boleh beransur pulih. Banyakkan berdoa. Jangan menangis macam ni. Kalau dia nampak, mesti dia lagi sedih."

Aku menganggukkan kepala. Cuba menghentikan tangisanku agar tidak terlalu ketara.

"Adra pun kena banyak berehat. Muka ni pun pucat lagi. Kenapa tak duduk dalam wad?"

"Dia tak nak. Puas dah aku pujuk." Rery mencelah. Aku di dalam dakapan Julian hanya mendiamkan diri.

"Haih... degil sungguh Juliana Adra ni." Julian menggelengkan kepalanya. Pusing kepalanya melihat perangai aku yang bagaikan siram air ke daun keladi.

"Adra okey, abang. Jangan risau. Adra nak tunggu Noah bangun. Nanti dia cari Adra."

"Pergilah masuk wad dulu. Abang nak cakap sikit dengan Rery. Rae mana?"

"Rae dekat balai polis lagi. Nanti dia datang sini dengan Fazio," jawab Rery.

Julian angguk. Aku meminta diri untuk masuk ke dalam wad Noah. Ryana dan Ryan aku tinggalkan bersama dengan Melina di ruangan menunggu. Langkahku terhenti di muka pintu wad Noah. Kelihatan anakku itu sedang diulit mimpi. Mukanya pucat. Pandanganku beralih ke kakinya yang dibaluti selimut. Perlahan air mataku gugur. Namun, sepantas kilat aku menyekanya. Tidak mahu Noah tahu yang aku sedang bersedih akan keadaannya ketika ini.

"Mama minta maaf, sayang. Mama gagal lindungi anak mama." Perlahan. Hanya aku saja yang dengar. Tanganku naik mengusap kepala Noah sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil.

"Mama..."

Aku mengukirkan senyuman apabila terdengar Noah menyeruku. Kepala dibawa angguk sekali tanda aku sahut panggilannya. "Ya, sayang..."

"Kenapa muka mama sembap? Mama menangis ke?"

Laju aku menggelengkan kepala. "Tak adalah. Mama penat sikit. Badan mama sakit-sakit lagi. Noah okey? Ada sakit dekat mana-mana?"

Noah senyum. Dia menggelengkan kepalanya. "Noah kuatlah mama. Sakit sikit aje. Kan papa dah pesan. Anak jantan kena kuat. Kalau tak kuat, macam mana nak jadi hero untuk mama?"

Ya Allah... anakku. Kenapa buat ayat yang boleh membuatkan mama kembali menangis? Macam mana aku nak beritahu kebenaran ini?

"Ya, sayang. Noah seorang yang kuat. Maafkan mama sebab mama tak lindungi Noah."

Noah menggelengkan kepala. "Mama mana ada salah apa-apa. Noah tahu orang jahat tu buat mama. Noah dapat selamatkan mama. Noah tak nak mama diapa-apakan."

Aku mengemamkan bibirku. Aduh... sesaknya dadaku ketika ini. Beberapa kali berdeham cuba untuk mengawal perasaan aku ketika ini. Bibir cuba untuk terus tersenyum.

"No... Noah..."

"Ya, mama? Kenapa mama? Suara mama macam nak menangis je?"

Aku kemam bibir sekali lagi. Kawal air mata sebaik mungkin. Jangan gugur wahai air mataku. Tolonglah... kali ni saja.

"Kalau mama beritahu Noah, mama nak Noah kuat. Mama tak nak Noah sedih, ya. Mama dengan papa sentiasa sayangkan Noah. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah pudar. Sayang kami pada Noah sama macam kami sayangkan Eusoff, Ryana dan Ryan. Noah tahu, kan?"

Bersungguh-sungguh Noah menganggukkan kepalanya. "Ya, mama. Noah tahu. Noah pun sayang mama dengan papa sangat-sangat. Sama juga, Noah sayang abang, Ana dengan Yan."

Aku tersenyum. Kepala dibawa angguk sekali. Jantung aku ketika ini berdetak kencang. Bagaikan mahu melantun keluar dari tubuhku. Kenapa aku terlalu takut sangat nak beritahu Noah?

"Noah tahukan... yang kaki Noah kena tembak?"

"Ya, mama. Noah tahu. Orang jahat tu yang tembak. Lepas tu, kena kaki Noah."

Aku memejamkan mata sekali. Mengumpul sisa kekuatan yang ada. "Uncle Pablo beritahu mama yang kaki kiri Noah tempang. Noah tak boleh nak jalan macam biasa. Efek daripada terkena tembakan tu. Langkah Noah selepas ini akan jadi perlahan. Tak lagi normal macam dulu."

Sepi.

"Tem... tempang? Noah tak boleh berlari?"

Aku sudah dapat mengesan air mata Noah yang sudah bertakung di tubir matanya. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. "Ya... ya, sayang. Tapi uncle kata, Noah boleh jalani rawatan sampai Noah boleh berjalan macam biasa. Makan masa sedikit, sayang."

Noah menganggukkan kepalanya sekali. Jarinya naik menyeka air matanya yang hampir saja gugur. Aku hanya memerhatikan saja reaksi anak sulungku ini.

"Noah okey aje, mama. Noah masih boleh berjalan lagi walaupun lambat. Janji mama tak sakit apa-apa. Noah tak boleh terima kalau mama yang sakit. Noah akan berdepan dengan orang jahat tu sebab dah buat mama Noah. Noah nak sentiasa jadi hero mama walaupun Noah yang kena tanggung sakit tu. Mama jangan sedih. Noah dah tak sakit dah." Noah tersenyum. Dia menarik tanganku lalu kekura tanganku dikucupnya lembut.

"Noah... maafkan mama..." Aku tak dapat tahan air mataku apabila melihat reaksi anakku. Tubuh aku dakap erat. Ya Tuhan... kentalnya hati anak aku ini. Dalam keadaan dia begini, dia masih lagi memikirkan aku.

"Mama, janganlah menangis." Noah mengusap belakangku.

"Noah sendiri nak ikut mama. Noah tak boleh berpisah dengan mama. Noah tak nak orang jahat sentuh mama. Noah dah janji dengan papa. Kalau papa tak ada, Noah akan jaga mama dengan adik-adik. Noah kena jadi hero untuk mama dan adik-adik."

Begitu setianya dia dengan ungkapan janji dia dan Rery. Betul-betul dia tunaikan janji itu. Walaupun dia masih kecil, pemikirannya sangat matang. Aku sendiri tak sangka yang Noah akan bertindak seperti ini. Speechless.

"Grazie figlio mio. (Thank you, my son.)"

Noah mendongakkan kepalanya. Begitu juga dengan aku. Segera aku menyeka air mataku apabila melihat Rery yang sudah berdiri di muka pintu.

"Papa..." Noah senyum.

Rery melabuhkan punggungnya di sebelah Noah. Tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Noah Al-Qadr memang hero mama. Papa bangga dengan Noah. Sangat bangga. Noah seorang yang kuat. Sanggup menghadap risiko walaupun Noah masih kecil."

"Noah dah besarlah, papa. Sebab Noah nak jadi hero mama, papa dengan adik-adik. Noah kena cepat besar!"

Rery tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya sekali.

"Abang!" Ryana dan Ryan berlari masuk ke dalam wad Noah. Laju saja mereka memanjat katil. Tubuh si abang dipeluknya erat.

Noah ketawa. Aku dan Rery bangun. Memberi ruang kepada mereka adik-beradik. Tak lama itu, Eusoff masuk seorang diri lalu duduk di atas katil menghadap Noah. Melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa.

"Sayangare you okay?" soal Rery dengan nada berbisik. Bahuku ditarik rapat ke tubuhnya manakala aku merangkul pinggangnya.

"Okey sikit." Aku senyum kecil.

"Jangan menangis lagi. Tak comel." Daguku dicuitnya lembut.

Aku tertawa kecil. "Honey rindu biy." Aku mengeratkan rangkulan pada pinggangnya.

"Mi manchi di piĆ¹... (I miss you more...)" Dia mengucup dahiku.

"Biy ikut balik Malaysia nantikan? Tak duduk sini lagi, kan?"

Rery mengusap dagunya. Konon-kononnya berfikir. Ah, dia ada niat nak duduk sini lagi ke? Tak puas-puas lagi ke dah tinggalkan aku dan anak-anak dekat Malaysia selama setahun lebih?

"Rasanya..."

"Haa... rasanya apa? Biy rindu cubitan ketam honey?" Aku mengugut.

"Eh, biy tak cakap habis lagi. Baru nak bagi jawapan honey dah potong."

Aku mencebikkan bibir. Ada-ada saja jawapannya.

"Mestilah balik Malaysia. Syarikat dekat sini Rae dengan Fazio akan ambil alih. Biy akan kembali ke syarikat lama. So, are you happy?"

"So much." Aku melabuhkan kucupan mesra pada kedua-dua belah pipinya. Gembira sangat bila suami aku akan ikut balik ke Malaysia sekali.

"Biy akan ambil cuti dalam masa sebulan. Nak spend time dengan honey dan anak-anak. Kita buat family dayHoney pilih tempat, okey?"

Aku tersenyum lebar. Kepala diangguk sekali. Dapat melepaskan rindu dengan suami tersayang. Tak sabar rasanya. Setelah berpenat-lelah melalui semua kejadian pahit ini. Inilah masa untuk aku merehatkan diriku. Kali ini, aku betul-betul berharap tak ada lagi musuh yang akan muncul.

"Biy... lepas ni tak ada musuh yang kacau kebahagiaan kita lagi, kan?" soal aku dengan nada perlahan. Hanya aku dan dia saja yang dengar.

"Biy tak boleh janji, honeyBiy sendiri tak tahu musuh-musuh kita siapa. Dia orang akan datang secara tiba-tiba. Tapi, apa yang biy boleh janjikan. Biy tak akan jauh daripada honey dan anak-anak lagi. Biy akan sentiasa ada di samping honeyBiy dah tak nak berpisah jauh dengan honey lagi. Terseksa..."

Aku senyum kecil. Reda sajalah kalau ada musuh datang lagi. Tapi, aku akan sentiasa berdoa supaya Allah jaga aku sekeluarga. Tak akan ada musuh lagi. Rery pun dah janji tak akan tinggalkan aku lagi. Cukuplah sekali ini.

"Honey, kepala biy pening semulalah. Berdenyut-denyut," adu Rery.

"Cakap orang tak rehat. Dia pun sama." Aku menggelengkan kepala. Sempat lagi aku membebel.

"Janganlah marah. Sakit ni."

Aku mencebik. Mulalah tu nak bermanja dengan aku. Lengannya aku tarik lalu sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan katil Noah.

"Dah rehat. Close your eyes." Kepalanya aku lentukkan di atas bahu. Kepalanya aku usap lembut.

"Ti amo tanto. (I love you so much.)"

"Ti amo anch'io amore mio. (I love you too, my love.)"


Previous: MP 63
Next: MP 65

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.