MP 10

PAP!

MAK melemparkan buku catatannya ke arah aku. Tepat kena dekat bahu aku. Sakit dia tak payahlah aku cakap macam mana. Berbisa rasanya. Sudahlah buku catatan mak tu sejenis kulit keras. 

"Apa kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?" tengking mak. Aku rasa sampai luar bilik boleh dengar.

"Mak..."

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."

Aku terkedu seribu bahasa. Macam tu sekali mak pandang serong dekat aku? Hina sangat aku pada pandangan mak. Aku pun rasa menyesal kerja dekat sini. Kenapa mak buat aku macam bukan anak dia? Sedangkan selama ni dia marah sekejap saja. Lepas tu, dia bagi aku semangat semula. Tapi, sekarang dah tak ada. Semua tu dah hilang tanpa aku tahu apa sebabnya. 

"Tak apalah, mak. Kalau mak memang dah tak percaya, Aara. Tapi Aara memang tak buat semua tu. Aara dengan Julian tak ada apa-apa. Pintu pun terbuka luas masa tu. Silap Aara sebab biarkan dia masuk dalam bilik Aara. Sebab tu, tiada sesiapa yang boleh percayakan Aara. Mak sendiri pun dah tak percayakan anak dia," balas aku dengan nada sayu sebelum mengorak langkah ke dapur. Kerja yang tertangguh tadi, aku sambung semula. Pekakkan telinga sajalah apa orang nak cakap. Janji aku memang tak buat apa-apa.

"Pandai kau melawan sekarang, Aara. Memang aku tak percayakan kau dah. Kau menggunakan kecantikan kau tu untuk pikat lelaki. Aku malu," ujar mak dengan nada sindiran lalu dia meninggalkan aku. Entah ke mana dia pergi pun aku tak tahu. Biarlah aku sendiri. Ada mak pun macam tak ada mak.

"Morning, sayang...," suara Ivander menampar gegendang telinga aku membuatkan bulu roma aku merinding tinggi. 

"Nak apa?" soal aku dengan nada keras. Lelaki macam ni tak boleh dibiarkan. Ada masanya kena sergah juga.

"I want you," bisiknya. 

"Please behave yourself, Ivan. Jangan buat aku jadi kurang ajar dengan kau. Aku ni hanya pekerja dan kau hanya majikan aku. Sedar tu," ujar aku tegas. 

"Argh!" Dia menolak tubuh aku sehingga belakang tubuh aku tersandar pada bibir kabinet. Tubuhku dipusing menghadapnya. Kedua-dua belah tangannya ditahan pada permukaan kabinet. Dan saat ini, wajah kami sangat dekat sehingga aku dapat rasakan deruan nafas hangatnya menampar wajahku.

"Jangan cabar aku, Aara. Sekali aku dah suka, aku akan dapatkan dengan cara macam mana sekalipun. Ingat tu. Aku dah cakapkan yang aku sukakan kau. Dan aku nak kau layan aku. Mana tahu kau boleh bagi aku anak. Aku dah lama teringinkan anak. Jess tak mampu bagi aku anak sebab dia mandul. Bukan aku."

Membulat mata aku mendengar permintaan dia. Gila ke apa lelaki ni? Aku bagi dia anak? Apa dia ingat aku ni apa? Betul-betul dia pandang aku macam aku ni seorang perempuan murahan. 

"I love you, babe." Dia mengucup pipi aku seraya menyelitkan rambutku yang terjuntai ke belakang telinga. 

"Ja..." 

Laju saja Ivander menekup mulut aku daripada menjerit. Dia mengucup wajahku beberapa kali sehingga aku mula meronta minta dilepaskan. Mana orang lain? Tak akan aku dengan dia saja ada dekat rumah ni? Mana mak? Mana Jessica? Rae, tolong Aara!

"Your lips are so sweet for me, babe." 

Pang! Tanpa rasa teragak-agak lagi, tangan aku naik menampar pipinya. Boleh tahan kuat sampaikan terundur dia beberapa tapak jauh dari aku. Fikir aku ni murah sangat ke sampai dia boleh buat aku macam ni?

"How dare you, Aara?" marah Ivander sambil menyentuh pipinya. Sakit ke tu? 

"Apa? Kau nak cakap aku apa? Kau buat aku macam aku ni murah sangat! Aku datang sini nak kerja sebagai pembantu rumah, bukan nak layan kau macam aku ni seorang pelacur!"

Pang! 

Aku terkesima saat pipiku ditampar oleh Jessica yang entah bila masa muncul depan kami berdua. Dia nampak ke apa yang terjadi tadi?

"Berani kau tinggikan suara dekat suami aku? Kau kenapa, huh? Kau nak goda suami aku ke apa?" 

Ni lagi sorang. Tak habis-habis tuduh aku ni nak goda suami dia. Boleh tak aku nak ludah depan dia? Rasa jijik bila tengok dia orang berdua ni. Tak habis nak tuduh-tuduh aku. Asyik aku aje yang buat salah. Dia orang semua ni tak pernah buat salah ke? 

"Saya cakap saya tak buat tu tak buatlah. Kenapa asyik nak tuduh saya ni, goda suami puan? Saya tak buatlah. Suami puan ni yang prevert sangat! Asyik nak kacau saya!" tempik aku. Hilang sabar. Memang had limit kesabaran aku sudah capai tahap maksima. 

"Berani kau..." Jessica mengangkat tangannya untuk menampar aku buat kali kedua. Tetapi, laju saja tangan seseorang menarik sehingga Jessica terjatuh di atas lantai. Tercengang Ivander dibuatnya.

"Sei estremo! (Korang berdua memang dah melampau!)" tengking Julian dengan wajah bengisnya. Nafasnya berombak laju. Dan sekarang, baru aku ingat yang Julian tak balik dari malam tadi. Dia tidur sebaik saja berbual dengan aku. Memberi aku nasihat dan kata-kata semangat. Dari situlah, Jessica nampak kami berdua, berdua-duaan dalam bilik tu dan dia mengadu pada mak. 

"Aara, masuk dalam kereta Julian." 

Aku terpinga-pinga. Dia nak bawa aku ke mana? Tak akan aku nak tinggalkan mak sorang di sini? 

"Tapi..."

"Now, Aara!" marah Julian. Kecut perut aku dibuatnya. Tak pernah aku tengok Julian marah macam ni sekali. 

"Ba... baik." Laju saja aku mengorak langkah ke dalam bilik dan bersiap. Sekarang ni aku memang tak fikir apa. Aku rasa nak berambus aje dari rumah ni.

"Hoi, Aara!  Kau nak pergi mana? Aku ni majikan kau bukan dia!" tempik Jessica. Dia melepaskan dengusan kasar.

"Dia berhenti daripada kerja dengan kau. Macam hamba abdi. Jangan sampai aku buat laporan polis. Biar korang dapat malu!" ujar Julian sebelum dia melangkah bersama dengan aku ke keretanya. 

"Tapi Julian... baju Aara..." 

"Tak payah. Nanti Julian ambil. Sekarang ni Aara duduk dekat rumah kawan Julian. Jangan risau. Dia perempuan." 

Aku sekadar menganggukkan kepala. Julian langsung tak pandang aku. Dia menghidupkan enjin kemudian laju dia menukar gear kepada R untuk mengundur keluar dari garaj kereta rumah ini.

"Macam mana dengan..."

"Nanti Julian beritahu dia orang. Jangan risau. Julian tak boleh biarkan Aara lagi duduk dekat sini." 

Laju betul dia celah percakapan aku. Tak sempat aku nak sebut nama dia orang berdua, Julian dah tahu siapa kau maksudkan. Tabik spring sekejap. Aku pergi mendadak macam ni, macam mana dengan mak, ya? Risau pula dia kenapa-kenapa. Ke aku tak payah fikir pasal dia sebab dia dah selesa kerja dekat situ.

Syukur, ada orang sudi nak selamatkan aku daripada dua orang majikan aku yang perangai bertopengkan syaitan. Perlahan aku mengelap pipi yang terkena ciuman Ivander tadi. Terasa jijik dengan diri sendiri. Tak dapat nak lindungi diri sendiri. Semuanya nak harapkan orang.

Apalah nasib aku macam ni? Sampai bila aku nak bergantung dengan orang?


Previous: MP 9
Next: MP 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.