MP 21

AKU terbayang wajah bersih anakku. Tak sabar bila setiap kali waktu nak menyusukan dia, nurse akan hantar dekat aku. Bibirku mengukir satu senyuman yang tak boleh aku tafsirkan selain perkataan gembira. Sudah beberapa hari aku dan Noah duduk di hospital ini. Mungkin esok kami dibenarkan keluar dari wad. Aku pun tak tahulah apa perancangan Julian dan Rae lepas ni. Semalam aku terdengar perbualan mereka berdua di dalam wad aku. Mungkin masa tu dia orang ingat aku dah tidur. Tapi, sebenarnya aku pejam mata saja. Tak silap aku, Julian kata dia nak bawa aku balik ke Itali. Lepas tu, adalah dia orang cakap dalam Italian language yang buatkan aku blur sekejap. Sebab dia orang cakap tu boleh tahan laju. Tak sempat aku nak translate sendiri. Apa-apa pun yang aku dengar, rancangan Julian untuk bawa aku dan Noah ke Itali. Seronoknya!

Aku menolehkan pandangan ke arah pintu masuk wad. Berkerut dahi aku dibuatnya saat telinga aku menangkap suara kecoh seseorang. Sepertinya dia mengamuk besar. Tanpa menunggu, aku terus menjatuhkan kedua-dua belah kakiku ke lantai. Perlahan-lahan aku mengorak langkah ke pintu. Dedaun pintu aku tolak menggunakan kudrat yang aku ada.

"Macam mana sistem hospital ni? Aku tak fahamlah! Sekarang ni siapa nak bertanggungjawab?" 

Terpinga-pinga aku memandang ke arah Rae yang sedang melepaskan amukannya pada para pekerja di hospital ini. Julian pula aku lihat sedang meraup-raup wajahnya kasar sambil bermundar-mandir dengan tangan kanan dicekakkan pada pinggang. Apa yang berlaku? Kenapa Rae mengamuk? 

"Rae, awak kenapa? Apa yang berlaku?" 

Secara automatik, riak wajah Rae berubah. Julian mengangkat wajahnya, memandang ke arah aku dengan reaksi terkejut. Dan saat itu juga, jantung aku sudah berdetak laju. Ada apa-apa yang berlaku ke? Noah... anak mama...

"Kenapa ni? Ada apa-apa dengan Noah ke?" soal aku dengan nada risau. Lengan Rae aku cengkam perlahan. Air mata sudah mula bergenang pada tubir mataku. 

"Aara..." Rae sepertinya tidak mampu bersuara. Dia mengusap pipiku lembut membuatkan aku semakin takut. Laju aku menepis tangannya.

"Tell me, what is going on here?" soal aku dengan nada suara sudah naik seoktaf. 

"Aara, bawa bertenang. Aara belum sihat sepenuhnya lagi. Sabar Aara. Julian janji yang semuanya akan baik-baik saja." 

Aku menggelengkan kepala laju. Bibir aku ketap kuat. Kenapa seorang pun tak nak beritahu aku, apa masalah sekarang ni? Kenapa semua orang suka seksa perasaan aku?

"Tak, Aara tanya, kan? Kenapa semua orang tak nak jawab?" tempik aku. 

"Noah hilang!" Rae membalas soalan aku dengan suaranya sedikit meninggi. 

"Aara!" Rae memaut kedua-dua belah bahuku saat lututku dengan tiba-tiba rasa kendur. Lemah. Tiada kekuatan untuk menampung tubuh sendiri. 

"Ap... apa?" soal aku semula sambil menghalakan pandangan tepat pada wajah Rae. 

"I'm sorry, Aara. Aku nak kau tenang dulu. Aku dengan Julian janji akan cari dia. Jangan macam ni. Please..." Rae menarik aku ke dalam dakapannya. 

"Rae, tipu kan? Awak dengan Julian tipu, kan? Tak baik buat saya macam ni. Banyak benda lain yang awak berdua boleh bawa bergurau." Aku ketawa buat-buat. Kenapa dia orang boleh terfikir nak prank aku dengan situasi macam ni? 

"Aara, kami tak tipu. Noah hilang masa Julian dengan Rae nak ambil untuk Aara susukan dia." 

Aku menelan air liur payah. Rasa kelat. Susah untuk aku terima. Noah hilang? Pagi tadi elok aje aku pangku dia. Susukan dia. Macam mana dia boleh hilang? Mana nurse? Kenapa tiada sesiapa yang menjaga dia?

"Ni semua kerja si syaitan tu!" tempik aku dengan tiba-tiba mengejutkan beberapa staf hospital, begitu juga dengan Rae dan Julian.

"Aara..."

"Jessica dengan Ivander. Dia orang yang culik Noah. Aara yakin. Bawa Aara pergi jumpa dia!"

"Aara, please calm down first!" Rae memeluk tubuh aku erat. 

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku nak bertenang? No way! Nyawa anak aku dekat tangan Ivander dengan Jessica sekarang. Aku tak nak apa-apa terjadi pada Noah. Kalau tak, sampai mati aku tak akan maafkan diri aku. Sepatutnya aku minta Noah untuk sentiasa dengan aku. Kenapa aku tak peka? Kau memang bodoh, Aara! Kau tak mampu nak lindungi anak kau sendiri!

"Ivander!" Aku menjerit sepuas hati di dalam pelukan Rae. 

"Aara, please. Jangan macam ni. Jangan sakiti diri kau sendiri, Aara. Aku dengan Julian akan jumpa lelaki tak guna tu. Aku akan dapatkan Noah semula. Sekarang ni aku nak kau bertenang Aara. Tolonglah." Beberapa kali Rae memujuk aku. Tubuh belakang aku diusap lembut. 

"Sayang, sayang teman Aara dekat wad, ya? Apa-apa berlaku tolong hubungi abang dengan segera, ya?" Julian mengusap bahu Melina yang sedang mendukung Eusoff. Melina menganggukkan kepalanya. Dia menapak menghampiri aku.

"Aara, jangan macam ni. Nanti awak sakit macam mana awak nak dapatkan Noah semula. Mari saya teman awak, ya?" pujuk Melina. Aku hanya menganggukkan kepala sekali. Wajah Eusoff yang sedang memerhatikan aku, aku tenung lama. Aku rindu Noah. Macam mana keadaan Noah sekarang ni? Aku harap dia tak apa-apa.

MATA aku langsung tak boleh nak pejam. Kalau aku pejam, mesti bayangan Noah menerpa dalam minda aku. Aku tak boleh. Aku tak senang duduk selagi Noah tak ada depan mata aku. Sudah beberapa kali aku mengiring ke kanan dan ke kiri. Semua serba-serbi tak kena. Aku nak Noah. Noah anak mama. Jangan tinggalkan mama... 

"Aara, jangan macam ni. Awak tenangkan diri awak. Saya suapkan awak bubur ni, ya?" 

Aku menggelengkan kepala. Tangan Melina aku tolak perlahan. Aku memang tak ada selera langsung. Aku nak Noah. Aku tak nak apa-apa selain anak aku sendiri berada di hadapan mata aku.

"Saya nak Noah. Anak saya, Mel. Mana dia? Kenapa dia tinggalkan saya? Kenapa semua orang suka seksa perasaan saya?" 

Melina mengetap bibirnya. Mangkuk berisi bubur diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil wad aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah Eusoff yang sudah terlena di atas sofa. Perlahan aku mengukirkan senyuman tipis. Tak semena-mena air mataku tumpah ke pipi. Sekarang dah jam sembilan malam. Noah tak minum susu sejak petang tadi. Kali terakhir aku susukan dia pada waktu pagi. Mesti dia lapar sekarang ni. Ya Allah...

"Aara, janganlah menangis. Saya sedih tengok awak macam ni. Jangan macam ni, Aara. Awak kena kuat. Noah perlukan awak. Kalau awak terus macam ni dan jatuh sakit, macam mana dengan Noah?" 

Aku menundukkan pandangan seraya air mata aku seka beberapa kali. Aku menggelengkan kepala sebelum memeluk tubuh Melina.

"Saya dah relakan diri saya untuk hadap semuanya. Apa yang dia orang buat saya rela. Tapi, tolonglah jangan rampas anak saya. Saya tak boleh. Noah anak saya walaupun saya tak rela berkahwin dengan Ivan. Dia satu-satunya darah daging yang saya ada." 

Melina mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Saya faham, Aara. Saya faham sangat. Sekarang ni kita berdoa supaya Noah baik-baik saja. Julian dengan Rae tengah cari Noah. Awak jangan macam ni. Makan sikit, ya? Alas perut tu kemudian makan ubat." 

Aku akur. Beralah. Aku buat semua ni kerana Noah. Aku kena kuat demi Noah. Mama tunggu Noah balik, ya sayang? Jangan tinggalkan mama lama-lama sangat.


Previous: MP 20
Next: MP 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.