MP 27

Beberapa hari kemudian...

Bang! Bang!

"Yes! Shoot!" Aku melompat-lompat kegembiraan. Seronoknya sejak dah handal menggunakan senjata. Bukan setakat glock saja. Macam-macam jenis yang Chen ajar selama aku belajar dengan dia. Eusoff dengan Noah ada babysitter yang aku upah sepanjang aku di dalam latihan.

"Saya kagum dengan Adra. Pada hari pertama belajar lagi, Adra seorang yang cepat tangkap bila belajar sesuatu. Termasuklah menggunakan senjata. You amazed me.

Aku tersengih. Kembang sekejap dipuji oleh Lee Chen Ho, seorang lelaki yang handal dengan menggunakan bermacam-macam jenis senjata. Aku yang tengok pun, ternganga. Begitu tangkas sekali. 

"Jadi, bila boleh bawa saya pergi jumpa Rery?" soal aku. 

Chen mengerling jam tangan pada pergelangan tangannya. Kemudian dia mendongak, merenung siling bilik latihan ini dengan tempoh yang agak lama. Kononnya berfikirlah tu. 

"Sekarang pun boleh. Sebab lokasi tu saya memang dah ushar sesebelum ni. Tempat tu memang jarang owner dia datang. Tuan Rery memang betul-betul ada dekat situ. Keadaan dia tak seperti yang Adra sangkakan. Saya rasa Rery tiada kaitan dengan kes Adamo tu. Dia pun masa tu baru belasan tahun tak silap saya. Adra dengan Tuan Rery hanya beza lapan tahun." 

Aku terdiam seketika. Cuba menghadam apa yang Chen sampaikan. Rery tak silap aku dia umur dalam 31 tahun. Dan, Rae pula dalam umur 29 tahun. Kalau waktu tu aku berusia tiga tahun, bermakna Rery berusia 11 tahun manakala Rae sembilan tahun. Ada betulnya juga cakap Chen. Dia orang masih budak-budak lagi. Tak akan pula boleh terlibat dengan kes bunuh Adamo ni. Bapa kandung mereka sendiri. Tapi, aku kena jaga-jaga. Sekarang semuanya tak boleh percaya sangat. Tak boleh bagi muka.

"Erm... Adra akan mempertimbangkan kata-kata Chen nanti. Sekarang ni saya nak jumpa Rery. Boleh dikatakan yang Adra nak selamatkan dia. Kita bawa dia balik ke sini. Eusoff dengan Noah siapa yang akan jaga?" Anak-anak aku mesti yang utama. Kalau dia orang tiada siapa yang jaga, tak ada maknanya aku akan keluar selamatkan lelaki dingin tu.

"Jangan risau. Nanti adik perempuan saya yang akan jaga mereka bersama-sama dengan anak-anak buah saya."

Aku memandang Chen. Tak tahu pula aku yang dia ada adik perempuan. 

"Ya, adik tidak sebapa. Dia adik tiri saya. Lee Li Jing." 

Aku menganggukkan kepala. "Nice name. Adra tak tahu pula Chen ada adik. Rupanya adik tiri." 

Chen sekadar mengangguk. Kemudian dia menghampiri meja yang terletaknya pelbagai senjata di situ. Aku pun membuntuti dia dari belakang. Mata dipakukan pada satu senjata yang telah menjadi senjata kesukaan aku. 

"So, Adra nak bawa yang mana untuk malam ni?" soal Chen sambil tangannya mencapai satu senjata yang dikenali sebagai FN57. Aku pula mencapai senjata kesukaan aku iaitu Glock Meyer 22. Canggihkan nama dia? Memang gempak pun setiap kali aku menarik picu. Bunyi dia bagaikan muzik di gegendang telinga aku.

"Glock Meyer 22. My favourite one."

Chen tidak menoleh ke arah aku tetapi kepalanya dijatuhkan beberapa kali. Dia ligat memasukkan beberapa biji peluru ke dalam senjatanya. 

"Saya nak Adra bersedia. Takut apa-apa akan terjadi malam ni. Kita akan pergi bersama anak buah saya seramai sembilan orang tidak termasuk saya dan Adra."

Terlopong mulut aku mendengarnya. Ramai tu sebelas orang termasuk aku dan Chen. Boleh tahan juga perlindungan yang Chen buat. Aku harap tiada sesiapa yang akan menyerang kami nanti. Boleh tahan gentar juga bila Chen cakap macam tu.

TEPAT jam 11 malam, aku dan Chen serta anak-anak buahnya sudah berada di sebalik batang-batang pokok yang tebal, tidak jauh dari tempat yang dikatakan oleh Chen hari itu. Boleh tahan dalam juga hutan ni. Ambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke tempat ni sekiranya berjalan kaki. 

"Adra, ready," bisik Chen yang berdiri di sisiku.

Suasana tempat itu memang sunyi dan gelap. Hanya diterangi dengan cahaya bulan saja membuatkan suasana itu sedikit malap. Saat itu juga, jantung aku berdetak sedikit laju dari sebelum ni. Sepertinya ada sesuatu yang berlaku nanti. Ataupun ada apa-apa yang terjadi dengan Rery. Kenapa tiba-tiba pula aku rasa risau pasal dia? 

"Adra, anak-anak buah saya cakap tiada sesiapa yang datang. Ada Tuan Rery saja dekat dalam tu. Jadi Adra nak buat macam mana sekarang?" 

"Biar Adra masuk. Korang semua jaga luar saja. Kalau rasa lama sangat, baru korang masuk." 

Chen mengangguk akur dengan arahan aku. Inilah kali pertama aku memberi arahan kepada orang. Bukan calang-calang orang tau yang aku bagi arahan ni. Tiada bantahan langsung. 

"Hati-hati, Adra. Ingat apa yang Tuan Julian pesan walaupun dia tak tahu pasal semua ni." 

Aku menganggukkan kepala sebelum kaki mengorak langkah masuk ke dalam pondok batu itu. Mata aku kerling ke arah kanan dan kiri buat beberapa kali. Aku tidak memegang apa-apa senjata. Memandangkan tiada sesiapa di sini. Memang betul-betul sunyi. Macam manalah Rery boleh terperangkap dekat sini selama dua tahun tanpa aku tahu apa-apa. Julian pun aku rasa dia tak tahu yang Rery kena culik. Semua sangka Rery menghilangkan diri macam tu saja. 

"Ergh..." 

Aku terdengar bunyi seseorang seperti dalam kesakitan. Tak lama itu, aku terdengar seseorang terbatuk-batuk sampai termuntah. Itu mesti Rery. Ya Allah, kesiannya dia. Dengan menggunakan cahaya bulan, aku cuba mencari jalan masuk ke dalam pondok itu.

"Rery..." Perlahan saja suara aku memanggil dia. Bau busuk mula menyengat rongga hidungku. Sabar, Adra. Tahan. Jangan sedut bau tu. Memang terkeluar segala isi perut kau nanti. 

"Oms? (Siapa?)"

Aku menoleh ke kanan. Tangan naik menekup mulut saat mata aku bertembung dengan mata Rery. Ya Allah, keadaan dia. Macam orang tak betul! Teruk sangat! Sampai aku hampir tak kenal yang tu dia. Dengan rambutnya yang panjang. Badan yang berlumuran dengan darah. Kurus keding. Wajah dipenuhi dengan jambang. Hanya seluar saja yang masih tersarung pada tubuhnya. Badan dia penuh dengan luka-luka yang boleh dikatakan dalam.

"Rery... ni saya..." Ayat aku terhenti seketika. Memikir sejenak. Sama ada Aara atau Adra. Rery kenal ke siapa Adra? 

"Ju... Juliana..." 

Aku tersentak. Rery kenal Juliana? Like seriously? Bila masa dia dapat tahu yang aku ni Juliana Adra? 

"Ya. Erm... Rery awak okey tak? Kita keluar dari sini dulu. Awak boleh bangun?" Aku menanggalkan jaket yang terikat pada pinggang aku. Jaket tu milik Chen. Dia yang suruh aku lilit dekat pinggang tadi takut Rery kesejukan.  

"Awak pakai ni. Jangan cakap apa-apa dulu. Saya tahu awak sakit. Sekarang ni, kita keluar dari sini dulu sebelum orang lain nampak."

Rery mengangguk lemah. Aku memakaikan jaket pada tubuhnya kemudian perlahan-lahan aku membantunya untuk berdiri. Walaupun kurus keding, berat tulang dia macam dawai besi. Boleh tahan berat juga.

AKU menyuap bubur ke dalam mulut Rery. Sampai-sampai saja, aku terus uruskan Rery dibantu oleh Chen. Eusoff dan Noah seronok bermain di ruang tamu. Waktu-waktu macam ni memang dia orang aktif sangat. 

"Awak okey? Sakit dekat mana-mana?" soal aku sambil mengelap bibir Rery menggunakan napkin.

Rery tidak menjawab. Angguk ke geleng pun tidak. Dia renung saja wajah aku sebelum dia memandang ke arah Eusoff dengan Noah. Aku pun tak tahu apa yang dia renung sebenarnya dari tadi. Sejak balik tadi. Mungkin dalam keadaan trauma lagi. Satu badan dia penuh dengan kesan lebam dan luka. Chen syak yang Rery kena dera. Sekarang ni, Chen masih belum dapatkan maklumat mengenai penculik Rery. Tapi, dengan yakinnya yang Adamo ada kaitan dengan semua ni.

"Awak rehatlah dulu. Saya tahu awak masih dalam trauma. Kalau saya cerita dekat awak pun, takut awak pening. Sebab dah dua tahunkan kita tak jumpa. Saya pun tak tahu macam mana awak boleh tahu saya Juliana Adra. But it's okay. Take your time. Kalau awak rasa dah semakin membaik, awak boleh tanya saya." 

Masih sama. Dia langsung tak jawab soalan aku. Rasa macam dengan tunggul pula. Sabar sajalah, Adra. Orang tu baru aje keluar dari hutan tu. Mesti dalam fasa terkejut lagi. Lepas tu pula, kau datang tiba-tiba nak selamatkan dia. Memang double terkejutlah jadinya. 

"Awak selesa ke baring dekat sini? Tak nak baring dalam bilik?"

Rery diam. Langsung tak jawab. Dia hanya memejamkan mata. Okeylah, aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah. Kalau tanya pun, bukan dia respons. Kali terakhir aku dengar suara dia pun masa dia tanya siapa dengan dia sebut nama aku aje. Ni sampai aje rumah, terus jadi bisu. Tak tahulah apa sebabnya.

"Mama... mama... tu shiapa?" Noah berdiri di hadapan aku sambil menuding jari ke arah Rery yang sudah tidur. Mungkin.

"Tu uncle. Uncle Rery." 

"Uncle Berry." 

"Pfft..." Hampir saja aku mahu meletuskan tawa. Tahan Adra...

"No, sayang. Uncle Rery. Not Berry." 

"Uncle Berry..." Noah memandang aku dengan mata bulatnya tanpa ada rasa bersalah langsung. Elok-elok nama orang tu Rery jadi Berry. Anak aku seorang ni memanglah...

"Rery, sayang... Uncle Rery..."

Noah terus melarikan diri, kembali bermain bersama Eusoff. Aku hanya menggelengkan kepala. Berry pun berry la. Nama buah aje pun. Bukan perkataan yang tak baik. Buah berry manis-manis masam. Kenalah dengan Rery.

"Adra, biarkan tuan rehat sendirian. Dia masih dalam fasa trauma tu. Saya ada benda nak cakap sikit dengan Adra. Saya baru aje terima maklumat tentang penculikan tuan dan Adamo."

Laju saja aku mengangkat punggung kala telinga aku mendengar nama Adamo. Aku memang anti sangat dengan jantan tu. Orang tua tak sedar diri!




Previous: MP 26
Next: MP 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.