MP 65

BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama.

"Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.

Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba.

"Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.

Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah mengucup pipiku sambil tersenyum. Aku turut tersenyum seraya membalas kucupan pada pipi kanan dan kirinya.

"So, honey. Ni namanya Dataran St. Mark Dan Piazza San Marco," beritahu Rery.

"Ohh... apa yang menarik dekat sini, biy?" Pinggangnya aku rangkul dari sisi sambil memerhatikan suasana sekeliling dataran yang dikatakan oleh Rery. Ryana, Ryan dan Eusoff sudah pun berdiri di hadapan kami sambil bergurau-senda sesama sendiri.

"Sama juga macam dataran dekat Malaysia. Ramai orang melepak dekat sini. Makan dan minum. Tapi bagi pelancong luar, dataran ni wajib masuk dalam senarai tempat mereka nak datang. Sebab... dataran ni dibina dengan bangunan yang penuh dengan kesenian. Seperti yang honey nampak sekarang ni.

Aku menganggukkan kepala. Memang patut pun ramai pelancong dari luar datang ke sini. Memang banyak kesenian yang terukir pada setiap bangunan. Bermacam-macam gambar dan corak.

"Papa, lepas ni kita nak pergi mana?" soal Ryana sambil memeluk kaki Rery. Kepalanya didongakkan ke atas. Manja sungguh anak perempuan Rery yang seorang ini. Satu-satunya puteri tunggal dalam keluarga kami.

Rery senyum. Kepala Ryana diusap lembut. "Lepas ni, kita pergi Rialto Bridge dengan Canale Grand."

Ryana mengerutkan dahinya. "Tempat apa tu, papa? Susahlah Ana nak sebut."

Aku melepaskan tawa kecil seraya kepala digeleng sekali. Begitu juga dengan Rery.

"Nanti Ana akan tahu sendiri, okey? Sekarang ni jom, papa nak bawa korang makan dekat restoran halal milik kawan papa."

Ryana mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia berpimpinan tangan bersama Ryan dan Eusoff. Dah serupa bodyguard dia dah aku lihatnya. Tertawa aku melihat gelagat mereka bertiga.

"Papa, Noah nak turun. Nak pegang tangan macam dia orang juga," pinta Noah.

Rery senyum lalu menurunkan tubuh Noah ke lantai. Terhincut-hincut Noah mendekati mereka. Eusoff sudah mematikan langkah mereka bertiga kerana menunggu Noah. Tangannya dihulur ke arah Noah. Aku hanya tersenyum. Mujur ada Eusoff. Seorang abang yang memahami keadaan adiknya. Mereka tetap sedarah walaupun berlainan ibu. Dari kecil, sudah rapat. Ke mana saja mereka, pasti berdua. Sudah seperti belangkas.

"Biy bersyukur anak-anak kita yang lain memahami keadaan Noah. Terutamanya Eusoff. Dia memang seorang abang yang baik," bisik Rery pada telingaku. Bahuku dipeluknya rapat.

Aku menganggukkan kepala. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Rery sebentar tadi. Aku pun rasa bersyukur. Tak adalah Noah terasa asing walaupun dalam keadaan dia tempang sebegitu.

MALAM ini, aku dan Rery akan keluar berdua saja. Anak-anak kami tinggalkan bersama Julian, Melina dan Rae serta anak-anak buah Rery dan Julian yang lain. Apa yang mengejutkan malam ini, Chen datang ke rumah kami. Terkejut aku sewaktu membuka pintu. Chen baru saja balik dari China. Tempat asal kelahirannya kerana berkahwin atas aturan keluarganya. Tak sangka Chen di hadapan aku sekarang ni dah berkahwin.

Eusoff dengan Noah suka sangat bila nampak Chen. Yalah, masa kecil dia orang rapat juga. Bukan main manja dengan Chen tu.

"Honey...," panggil Rery dengan nada berbisik. Dari muka pintu perlahan dia menapak ke arah aku yang sedang berdiri di hadapan meja solek sambil menyikat rambutku.

"Ya, biy?" Aku tersenyum.

Rery membalas senyumanku. Tangan kekarnya merangkul pinggangku dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahuku. Mata dipejamkan seketika. Terasa deru nafas hangatnya menampar-nampar lembut kulit leherku.

"Sei così bella... (You're so beautiful.)" bisiknya perlahan. Betul-betul pada telingaku. Ketika itu juga, jantung aku berdegup kencang. Malu.

"Biasa ajelah. Mana ada cantik pun. Cantik ni pun sebab dress yang biy beli pagi tadi."

Rery menggelengkan kepalanya. "La tua bellezza è naturale, amore... (Kecantikan honey semulajadi.)"

Aku tersenyum malu. Perlahan aku memusingkan tubuh menghadapnya. Aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas bahunya. Jari-jemari saling bertaut sesama sendiri.

"Mi manchi tanto tesoro... (I miss you so much, honey.)" ucap Rery.

"Mi manchi più di te... (I miss you than you do.)" balas aku dengan senyuman manis.

Rery merapatkan bibirnya pada bibirku dalam beberapa saat sebelum dilepaskan lembut. Agak terkejut aku dengan tindakannya. Main kiss aje aku. Mentang-mentanglah sekarang ni tengah berdua dalam bilik. Pintu aku tak pasti dia kunci atau tidak. Kalau anak-anak masuk, malu aku dibuatnya.

"Don't worry. I already locked the door, honey."

Rery sepertinya dapat membaca isi hati aku. Mungkin dia perasan mata aku mengerling ke arah pintu bilik. Aku hanya tersengih.

"Are you ready, honey?"

"Biy nak bawa honey pergi mana?"

"Segreta. (Rahsia.)"

Aku tertawa kecil apabila Rery mengucup pipiku. Kami meleraikan pelukan sebelum sama-sama melangkah keluar dari dalam bilik. Rery menarik tanganku lalu dibelitkan pada lengannya.

"Shall we?" soalnya sambil tersenyum.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Haihlah... jantungku. Kenapa tak beri kerjasama? Naik sesak dada aku dari tadi. Angkara Rery punya tindakan romantis malam ini.

"È come una coppia di sposini novelli. (Macam pasangan baru berkahwin je.)" tegur Rae sebaik saja kami berdua memijak anak tangga yang terakhir.

Bibir Rery tersungging sebuah senyuman. Kelihatan seperti mengejek. Ada saja yang nak dicari gaduh dengan adik kesayangannya itu. Aku sekadar tersenyum kecil saja.

"Carilah pasangan cepat. Aku nak merasa jugak ada adik ipar. Anak buah, kan?"

Rae mencebikkan bibirnya. Tangan naik bersilang ke dada. Tubuh disandarkan pada dinding ruang tamu. "Kau memangkan. Suka perli aku bab-bab kahwin. Nanti aku cari perempuan lebih lawa daripada kakak ipar aku sendiri." Rae tidak mahu mengalah. Bibir turut tersenyum. Sinis.

"Dipersilakan. Aku nak tengok. Aku cabar kau." Rery tertawa kecil.

Aku hanya menggelengkan kepala. Ada-ada saja dua beradik ini. Tak sah kalau tak bergaduh. Sudah menjadi kewajipan mereka.

"Okey." Rae angguk sekali.

"Ian, aku dengan Ju gerak dulu. Apa-apa call."

Julian menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Mereka sedang bermain permainan Monopoly bersama dengan anak-anak. Melina pun turut main sama.

"Uncle Rae, cepatlah. Giliran uncle jalan!" seru Eusoff. Noah di sebelah mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Hah? Lajunya. Ya, ya." Kalut Rae melabuhkan punggung di sisi Eusoff lalu mengambil dua biji dadu yang berada di atas kadbod permainan sebelum dibaling.

Aku tertawa kecil. Tangan naik melambai ke arah mereka. Kemudian, aku dan Rery keluar dari rumah menuju ke sebuah vespa berwarna putih. Aku tak tahulah sejak bila Rery beli vespa ni. Tahu-tahu aje petang tadi dah terpacak dekat depan rumah. Tak nampak pula siapa yang menghantarnya.

"Biybiy beli ke vespa ni?" soal aku.

Rery memakaikan helmet pada kepalaku sambil tersenyum. Dia menggelengkan kepala. "Taklah. Biy sewa aje. Nak beli bukannya guna selalu pun nanti. Untuk hari ini saja. Biy tahu yang honey lupa hari ini hari apa. Tak apa. Sampai satu tempat ni nanti, honey akan tahu sendiri."

Aku mengerutkan dahi. Kejutan apalah yang Rery nak buat dekat aku ni. Berdebar-debar pula rasanya. Gayanya macam pertama kali kami berkahwin. Dulu pun tak ada sangat dia buat kejutan macam ni. Yalah, sibuk menguruskan syarikat.

"Jom. Baik-baik naik tu," ujar Rery yang sudah pun duduk di atas vespa. Enjin pun sudah dihidupkan.

Aku angguk sekali lalu perlahan memegang kedua-dua belah bahu Rery dan melabuhkan punggung di belakangnya. Wah... terasa romantis sekali malam ini. Lagi-lagi pada waktu malam seperti ini.

"Here we go..." Rery mula mengawal hendal vespa untuk menuju ke destinasi yang dikatakan rahsia itu.

Sepanjang perjalanan, aku mengamati suasana sekeliling dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku.

VESPA diparkir di dalam kotak parkir yang disediakan. Kini, kami berada di Canale Grand. Lokasi pagi tadi yang kami pergi bersama dengan anak-anak. Rery sekali lagi membawa aku ke sini.

"Come, honey."

Tangannya dihulur ke arah aku. Perlahan aku menyambut tangannya dan turun dari vespa. Helmet pada kepalaku ditanggalkan olehnya. Aku memerhatikan saja gerak-geri Rery. Bibir masih lagi tersenyum. Hati ketika ini terasa bahagia bila dapat menatap wajah suami sendiri di hadapan mata.

"Honey?"

Aku tersedar semula ke alam realiti. Itulah padahnya, terlalu leka dengan angan-angan ciptaan sendiri.

"Jom..." Dia mengenggam tanganku lalu kami berjalan bersama. Dibawanya aku ke sebuah dataran kecil yang berdekatan dengan Canale Grand.

"Buon 5th anniversario, tesoro," ucap Rery sebaik saja kami berhenti di tengah-tengah dataran itu. Boleh dikatakan agak ramai juga pengunjung pada malam ini.

Aku terdiam seketika. Cuba mencerna ucapan yang lahir dari mulut Rery tadi. Anniversary? Serius... macam mana aku boleh lupa? Hampir setiap tahun, akulah biasanya yang paling ingat sekali. Pasti aku akan buat kejutan untuk suami aku bila dia dah balik dari kerja. Cuma setahun yang lepas, kami hanya ucap dalam panggilan video saja. Tapi, hari ini. Aku langsung tak ingat. Mungkin kerana banyak sangat yang terjadi pada tahun ini sampaikan aku tak sedar.

"I am sorry, biy. Honey boleh terlepas."

Rery menggelengkan kepalanya. "No need to sorry, honey. I am so glad that you forgot our anniversary date. Boleh biy buat kejutan macam ni." Dia tertawa kecil. Pinggangku dirangkul erat sehingga tubuh kami berlaga.

Aku tersenyum. Kepala diangguk sekali. "Thank you, biy. Happy 5th anniversary to you too." Bibir aku menyentuh lembut pipinya. Entah kenapa rasa sebak pula hati ini. Tidak sangka sudah lima tahun aku dan Rery membina mahligai perkahwinan kami ini. Dikurniakan dengan sepasang anak kembar. Ditambah lagi dengan kehadiran Eusoff dan Noah dalam hidup kami.

"Don't cry, tesoro. I just want to see your beautiful smile appear on your lips," ujar Rery sambil mengelus lembut pipiku.

Aku menganggukkan kepalaku. Bibirku kembali tersenyum seperti tadi. Perlahan aku memeluk tubuh Rery sekali gus menyandarkan kepalaku pada dadanya.

"What if we rewrite the stars? Say you were made to be mine. Nothing could keep us apart. You'd be the one I was meant to find...."

Aku terdengar Rery menyanyikan sebuah lagu romantis dengan nada suara yang perlahan. Betul-betul pada telingaku. Semakin lebar senyumanku ketika ini. Terasa kebahagiaan semakin memekar di dalam hatiku.

"All I want is to fly with you. All I want is to fall with you. So just give me all of you..."

Aku menyambung lirik lagu yang dinyanyikan oleh Rery sekali gus kepala diangkat perlahan. Daguku diletakkan di atas dadanya. Dan ketika itu juga, Rery sedang menatap wajahku dengan sepasang anak mata coklatnya itu. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman lebar. Perlahan dia melekapkan dahinya pada dahiku.

Suasana sekeliling berlalu dengan pantas. Tetapi, bagi kami. Masa seakan-akan mengikut rentak kami. Slow motion. Tidak peduli akan orang sekitar kami. Bagaikan hanya kami berdua saja yang berada di dataran ini.

"Ti amo tutta la mia vita. Nessuno potrebbe sostituirti. La mia anima solo per te. Grazie di tutto. (I love you all my life. Nobody could replace you. My soul only for you. Thanks for everything.)" ucap Rery dengan nada perlahan.

Aku tersenyum lebar. Wajah kami sangat dekat ketika ini sehingga terasa deru nafas hangat masing-masing. Pada masa yang sama, aku berharap tiada siapa lagi yang menganggu kebahagiaan kami ini.

Selamanya...

Dengan bersaksikan rembulan yang berada di dada langit. Menghasilkan cahaya yang terang. Seakan-akan menyuluh ke arah kami yang sedang mengadakan sesi luahan kasih sayang sesama sendiri.

"I love you more, biy. Only you and no man can replace my husband. And thank you for accepting me into your life," balas aku dengan senyuman lebar.

Rery turut tersenyum. Dia memejamkan matanya lalu bibirnya menyentuh lembut bibirku. Dan secara automatik mata aku turut terpejam.


Previous: MP 64
Next: MP 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.