Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,477
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 16 ; Malam berinai

BAB 15

Majlis Berinai

3 hari sebelum majlis persandingan, rumah Dato malek mulai penuh dengan saudara maranya dan juga Datin yang datang dari Selangor. Dato Malek menyewa 2 buah rumah homestay yang terletak berhampiran untuk menempatkan mereka selama 3 hari berada di rumahnya. Maklumlah adik-beradik Dato ramai, 9 orang kesemuanya... 3 lelaki dan 6 perempuan. Dato anak kelima. Di sebelah Datin pula seramai 5 orang.... 2 lelaki dan 3 orang perempuan. Datin anak yang kedua. Khemah telah dipasang oleh pihak katering, 10 buah kesemuanya. Maklumlah bapa mertua Sim ini memegang jawatan penting di peringkat negeri..... mesti ramai tetamu terutama orang-orang Polis yang akan datang. Katering pun Dato memesan makanan untuk 2,000 orang tetamu. Pelamin pun sudah siap dipasang pagi tadi oleh auntie Su dan orang-orangnya. Barang hantaran akan disiapkan oleh orang perempuan malam ni. Begitu juga dengan cenderahati yang akan dibungkus dan diberi kepada tetamu sudah mula dibungkus sejak semalam secara gotong-royong oleh anak buah dan sepupu Ani.

Malam itu diadakan majlis berinai, Sim dan Ani bakal diinaikan oleh makcik-makcik dari keluarga bapa dan emak mertua Sim. Usik-mengusik dan senda gurau sentiasa berlaku semasa majlis ini berlangsung. Sim mengusik mak ngah sebelah bapa mertua yang melatah, suasana menjadi bertambah gamat apabila makcik tersebut naik syeikh dan terus melekapkan inai ke mukanya. Semuanyatertawa terbahak-bahak. Selepas acara berinai, Sim masuk bilik pada pukul 12.00 tengah malam. Jari Sim masih disaluti inai dan berbungkus plastik di hujungnya. Sim melihat Ani duduk di kerusi malas sambil berbaring.

“Taknak tidur kat atas katil ke?” tanya Sim.

“Nak tidur macamana? Benda alah ni ada kat jari aku. Besok pagi baru boleh bukak... tak selesa aku nak tidur.... kenapalah tak pakai inai segera. Kan cepat kering... ini pakai inai kampung. Melekit-lekit pulak tu” komen Ani.

“Inai kampunglah tahan lama... dekat 2-3 bulan tahan. Inai segera tu seminggu dah pudar. Bolehlah aku tidur kat katil ni” Sim sengaja mengusik Ani.

“Kau jangan nak mengada... nanti lekat bau kau kat katil tu. Inai lagi.”

“La...besok kan dah nak tukar cadar baru. Cadar pengantin yang beli kat siam tu” kata Sim sambil terus berbaring di atas katil.

“Oi! Kau ni tak paham bahasa ker? Adoyai. Kau ni.. suka hati mak bapak kau saja” marah Ani.

“Alah.... dah 3 minggu aku tidur bawah. Bagila aku can tido atas katil pulak. Kau tak kesian ke tengok suami kau ni tido bawah. Bengkok pinggang aku tahu tak. Dengan tangan macamni lagi... besok pagi masa sanding kepala aku teleng macamana? Kau jugak yang malu nanti.”

“Padan dengan muka kau. Nak sangat kahwin dengan akukan... kepala teleng makan leher ayam la... mana ada teleng tidur bawah lantai” Ani meningkah.

“Kalau aku bongkok masa bersanding macamana. Ala, macam cerita P Ramlee si bongkok tu. Nanti orang tengok kata siapalah si bongkok tu... Dato manalah si Ani kahwin ni... sian laki Ani ni... muda-muda dah bongkok. Ha! Siapa malu? Kau jugak?.”

“ Ada jelah alasan kau ni.. apa yang aku cakap semua kau nak pangkas.”

“Malam ni buatnya aku nak berak macamana yek? Dengan tangan macamni. Susahlah nak cebok.”

“Pengotorla kau ni. Basuhla sendiri.”

“Dengan tangan berbalut plastik macamni? Takkan nak bukak? Nanti tak lawa la inai ni. Sebelah gelap... sebelah tak gelap.”

“Ahhhh. Peduli apa aku. Takkan aku nak cebok kot... kau tahan je kalau nak berak...besok baru boleh berak lepas buka pembalut tu” sambil membuka skafnya.

“Oi! Janganlah buka skaf... lawala ko pakai skaf. Macam perempuan, bila kau buka skarf aku tengok macam lelaki la ko ni.”

“Panasla.. kau nak pakai sangat. Nah kau pakai” sambil mencampakkan skafnya kepada Sim. Sim mengambilnya dan memakai di kepala.

“Abang Ari... marilah ke sini. Nak peluk..... Tutuplah lampu. marilah muah” Sim membuat aksi perempuan.

“Eeeeeeee... tak selera aku. Pervert ke apa kau ni?.”

“Ala... ringan-ringan pun tak boleh ke abang Ari... abang Ari ni seksila.... hahahahahaha” Ani lantas membaling bantal ke arah Sim.

“Kau ungkit lagi saiz barang aku... siap kau. Aku belasah kau cukup-cukup Dah pi tidolah” marah Ani.

“Hahahahahahahahahaha... aku pun tak boleh tidur jugak dalam keadaan macamni. Tak selesa. Aku tutup lampu putih ni ye. Terangla yang. Aku bukak lampu tidur.. tapi bukak besar. Aku nak layan facebook kejap.”

“Ok... ada ke kawan FB kau ni?.”

“Eh! Tengok kakila oi... ramai awek-awek yang nak kenal dengan aku ni. Aku kadang-kadang tak terlayan. Siap nak jumpa lagi... maklumlah hensem” kata sim sambil membuka lampu tidur dan menutup lampu kalimantang.

“Yo yo oooo je ko ni. Tah-tah bapok je layan kau. Macam Auntie Su... hahahahahahahaha. Aku rasa Anutie su tu minat kat engkaulah... pila jadi anak ikan dia. Engkau dia kata hensem.. hahahahahahahahahaha.”

“Wah... sedapnya mengata aku... Yang kau tu kawan sama lelaki aja kenapa... lagi tak normal” kata Sim sambil membuka laptop.

“Sukahati aku la... nak kawan dengan siapapun. Kau apa susah. Kau kawan dengan awek pun aku tak kisah. Siap mengayat lak tu dalam FB. Ada aku marah ko? Takdekan.. so jangan nak menyibuk yer Encik Kassim.”

“Aku mengayat sebab kau dah tak layan aku..... buat tak tahu jer aku ni. Aku ni suami kau. Kau layan aku pun sebab terpaksakan? Kemain kau yer... depan keluarga panggil aku abang... ye abang... nak apa. Nanti Ani ambilkan. Dalam bilik ni aku dan engkau jer ada... perghhh.... macam Anjing dengan Kucing. Nak gaduh jer kerja kau kan.”

“Tahu takpe... kau lak bila aku layan sikit mulalah mengada nak manja-manja lebih. Ikutkan hati aku nak je aku curah air kat kepala kau. Lepas keluar dari rumah ni, sorilah aku nak layan kau lebih-lebih. Aku buat hal sendiri jer... kau buat hal engkau.”

“Oi! Kang aku suruh kau delete gambar tomboi kau ni! Asal tak delete?” Sim menjadi marah apabila melihat profil Ani. Masih lagi terdapat gambar tomboinya sebagai gambar profil. Sudahla rambut pendek.. bercermin mata hita dan berseluar Jeans,, nama profil pun masih lagi Ari. Gambar nikah haram nak letak.

“Malas aku” pendek jawabnya.

“Baik kau delete sekarang... sebelum aku mengamuk. Delete sekarang!” Sim meninggikan suara.

“Tak payahla tinggikan suara.. nanti keluarga aku dengarlah.”

“Kalau taknak keluarga kau dengar, baik kau delete sekarang... tukar nama kau sekarang! Apa ni nama Ari lagi ni?” Sim menghulurkan laptopnya kepada Ani. Nak taknak Ani terpaksa membuang gambar-gambar tomboinya dan gambar dengan kawan perempuan. Namanya pun sudah ditukar kepada Ariani Suzana,

“Dah... aku dah delete. Apa kau nak lagi?.”

“Kau letak gambar nikah kita... sekarang” arah Sim.

“EEEEEEEEEeeeeee. Geramnya aku. Mana kau letak gambar nikah kita?.”

“Ada dalam fail D.... profil gambar... kahwin aku” Sim menerangkan tempat di menyimpan gambar pernikahan mereka. Seketika kemudian Ani mula memuat turun gambar yang dimaksudkan.. setelah 20 minit semuanya selesai. Ani turut memuat turun gambar percutian mereka di Pulau Pinang.

“Dah! Kau puas hati?” sambil mengembalikan semula laptop kepada Sim.

“Ha... macam nilah. Sedap apa nama kau ariani Suzana ni. Ni Ari.... Ari.. cam nama indon. Dah kahwin buat cara dah kahwin yer cik adik. Letak gambar gedik kau tu buat apa. Oklah aku nak tidor ni... gud nite sayang” kata Sim sambil menutup laptop dan berbaring di atas katil. Ani tidak menghalang Sim tidur di atas katilnya... mungkin bengang dengan Sim.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.