Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,847
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 8 ; sambungan..... tidur di atas lantai

“Alhamdullilah Kassim. Bapak hendak cerita sikit latar belakang Ani... mungkin berguna untuk Kassim nanti.”

“Ceritalah bapak. Saya mendengarnya.”

Ani dilahirkan pada tahun 1988... sekarang ini berumur 22 tahun, muda setahun dari kamu Kassim. Sekarang ini belajar di tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusun kejuruteraan binaan. Macamana Ani boleh jadi tomboi? Sejak kecil lagi Ani bermain dengan abang-abangnya dan kawan-kawan yang kesemuanya lelaki. Kalau kanak-kanak perempuan sebayanya lebih suka bermain bermain anak patung, masak-masak, kahwin-kahwin dan sebagainya, Ani lebih suka bermain tembak-tembak, bolasepak ataupun kejar-kejar polis dengan lelaki. Malah mengikut abang-abangnya pergi memancing atau mandi sungai.

Ani kami manjakan dengan sepenuhnya, maklumlah Ani seorang sahaja anak perempuan kami. Mak Adah tidak boleh beranak lagi selepas melahirkan Ani kerana mempunyai masalah dengan rahimnya. Kami belikan mainan permainan lelaki yang dia mahukan. Malah kami turuti kemahuannya di dalam berpakaian. Kami belikan seluar jeans atau seluar dan baju t-shirt yang dia inginkan. Kalau kami belikan gaun atau baju perempuan... dia akan menangis atau tidak memakai baju yang dibeli tersebut. Hanya di sekolah sahaja Ani memakai baju kurung tapi tidak memakai tudung... itupun kerana terpaksa.

Apabila Ani menginjak ke sekolah menengah, ketomboiannya makin jelas. Ani mula berambut pendek dan terus tidak memakai tudung. Maklumlah sekolah di Kuala Lumpur, undang-undangnya agak longgar dari segi pemakaian. Kalau buat studi group mesti buat dengan pelajar-pelajar lelaki. Malah kalau bersukan pun atau bermain di taman juga bermain dengan lelaki. Ani amat suka bermain skateboard dan futsal dengan geng-geng lelakinya. Kalau hendak tahu masa di sekolah menengah, Ani adalah pemain utama futsal mewakili sekolah. Malah pada tingkatan 2, Ani terpilih menjadi wakil Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan. Ani juga mula dilantik sebagai Kapten pasukan futsal Wilayah Persekutuan dan Sekolah dalam tingkatan 4.

Ani ini keras kepala sikit, degil, pendapatnya sahaja yang selalu betul dan suka membantah cakap kami. Kalau dia nak buat sesuatu tu dia akan buat,,,,,. Cakap kami pun tidak mampu untuk menghalang perbuatannya. Jadi kamu janganlah lawan dia seperti api bertemu api... kamulah menjadi airnya. Kalau api bertemu api... kamu tahulah kesannya nanti. Kami selalu memanjakan dirinya dan menuruti apa sahaja kehendaknya. Apa yang Ani hendak semua dia kan dapat... nak basikal, kereta, nak mainan PS3 atau apa sahaja kami belikan.

Tapi Ani sangat sayang emaknya, dia akan menuruti arahan maknya. Malah dia menuruti arahan maknya supaya tidak menghadiri diri sesi pengambilan skuad futsal remaja kebangsaan. Maknya tidak sanggup berpisah dengan anak dia yang sorang ni. Selain itu dia ni sayang dengan budak-budak dan haiwan. Kalau tidak kerana saya ini alergi kepada bulu haiwan,,, mahu jadi mini Zoo rumah saya ni. Selain itu Ani amat gemar menonton tayangan bolasepak dan menonton DVD perang ataupun yang bercorak aksi. Filem romantik ni langsung di tidak minat.. geli katanya.

Selain itu Ani amat gemar bermain permainan PS3... kadang-kadang 3 jam pun boleh bermain tanpa henti terutama permainan video bola. Ani ini pemalas sedikit buat kerja orang perempuan... terutama memasak atau mengemas rumah. Memang dari kecil, maknya tidak jangan menyuruh Ani membuat kerja rumah. Tapi kalau kerja-kerja lelaki seperti mengecat atau berkebun memang dia rajin.

“Eih! sudah pukul 11.40 malam ni.... pergilah kamu tidur... tentu kamu penatkan. Semalam sudahlah kamu tak cukup tidur.”

“Baik bapak... saya masuk tidur dulu... assalaimualaikum” Dato Malek menjawab salam menantunya. Sim mencium tangan bapa mertuanya lalu menuju ke bilik tidur. Sampai di depan pintu bilik, Sim mengetuk dan membuka pintu bilik, kelihatan Ani sudahpun tidur di katil... penat agaknya pasal majlis petang tadi. Sim terus menutup pintu lantas tidur di sebelah Ani. Tiba-tiba secara automatik Ani bingkas bangun dari pembaringan ;

“Oi! Jangan hendak mengada tidur sebelah aku yer..... gatal!!!! tu! pi tidur kat bawah” Ani menunjukkan tangannya ke arah lantai  sebelah katil.

“Asal pulak? Kau isteri aku.... kenalah aku tidur sebelah kau. Dah halal!!!”

“Arghhhh.... peduli apa aku... sekarang ni baik kau tidur bawah... kalau tak... kalau kau degil jugak, aku tidur di ruang tamu... biar keluarga aku hairan. biar semua orang tau!!” Ani menakutkan Sim.

“Yela... yela. Aku tidur bawah” Sim akur... malas aku bertekak dengan tomboi ni. Bak kata Ayah mertuanya... Sim perlu menjadi air. Api tidak boleh melawan dengan api. Tidak tahu sampai bila Sim dapat bertahan dengan sikap Ani ni... sabar je lah. Sim mengambil bantal dan selimut. Nasib baik lantai dipasang karpet, kalau tidak kesejukanlah beliau tidur bawah lantai ini.... maklumlah bilik ini dipasang penghawa dingin.

“Ha... bagus. Takdelah aku bau badan kau yang macam longkang ni... lena sikit aku tidur” wah! Ini sudah lebih.

“Aku pun tidak mahu tidur sebelah jantan....tak ingin aku tidur sebelah jantan. Gelilah oi” kata Sim selamba.

“Kau” Ani bengang.

“Nite sayang” aku menutup pergaduhan kami pada malam pertama.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.