Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,859
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
smbgn bab 6 ; Asal usul Sim

Pintu diketuk, Sim yang tengah termenung terkejut. Lantas bangun dan membuka pintu.

“Oh Dato.. ya Dato... ada apa boleh saya bantu Dato” tanya Sim apabila melihat Dato Malek muncul di depan pintu.

“Ini dia baju Melayu untuk nikah kamu petang ini. Ambillah” Dato Malek menghulurkan baju Melayu tersebut kepada bakal menantunya, Sim mengambilnya. Baju Melayu warna krim.

“Boleh saya masuk bilik sebentar? Ada perkara yang hendak dibincangkan” tanya Dato Malek kepada Sim.

“Silakanlah Dato... jemput” Sim mempersilakan Dato Malek masuk ke dalam bilik Sim. lantas duduk di atas kerusi yang terdapat di dalam bilik tetamu tersebut.

“Kassim... kamu ini bakal menantu aku. Aku nak kamu berterus-terang dengan aku” Dato Kassim memulakan bicara.

“Berterus terang pasal apa tu Dato?”.

“Asal usul kamu, kerja kamu sebelum ini dan sebagainya tentang diri kamu. Tolong jangan menipu saya. Saya ini bakal bapa mertua kamu. Tadi saya sudah selidik dengan pegawai saya tentang kamu. Betullah kamu ini anak yatim, yang lari dari rumah kebajikan 7 tahun dahulu. Dan tolong jangan panggil saya Dato. Panggil saya bapak.. dan panggil mak mertua kamu mak Adah” Sim menelan air liur. Rahsia hitam Sim selama ini akan tersingkap. Tetapi nak tak nak beliau perlu menceritakan perkara yang sebenarnya.

“Ceritalah walaupun pahit untuk didengar” Dato Malek duduk di kerusi malas yang terdapat di bilik tersebut.. Sim duduk di birai katil.

“Baiklah bapak... saya akan menceritakan dari awal sehingga akhir siapkah diri saya yang sebenar” Sim memulakan cerita.

Saya dilahirkan pada tahun 1989 oleh seorang ibu yang tak pernah kenal dan lihat wajahnya. Selepas beberapa hari saya dilahirkan saya terus dibuang di hadapan pintu pagar rumah anak yatim milik JKM di Gombak. Pegawai JKM yang menjaga saya menamakan saya Kassim Bin Abdullah sempena nota yang ditinggalkan bersama saya.... dalam nota tersebut penulisnya meminta saya dinamakan dengan nama itu. Mulai hari itulah saya membesar bersama-sama anak yatim yang senasib dengan saya di situ. Tetapi saya tidak disukai di sana kerana jiwa saya sering memberontak, bergaduh dengan kawan-kawan yang lain samada yang besar atau kecil, mencuri, melawan cakap warden dan beberapa kali cuba melarikan diri. Ini mungkin kerana saya tidak mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah.... maka saya memberontak.

Masuk sekolah rendah saya mula menunjukkan sikap saya yang sebenar. Kawan-kawan saya mengejek saya dengan panggilan anak haram! Anak pelacur! Ayah penagih. Mula-mula saya diamkan diri. Akhirnya pada darjah 4 saya tidak tahan lagi diejek. Saya menumbuk kawan-kawan yang mengejek saya. Akhirnya saya digantung sekolah, pihak JKM menyarankan saya menghadiri sesi kaunseling. Kemudian saya ditukarkan di sekolah lain. Pegawai JKM bernama Puan Melah yang memungut dan menamakan saya menghantar saya pergi dan pulang dari sekolah. Di sekolah baru disebabkan kerana saya bukan dihantar oleh bas JKM maka saya diterima sebaiknya di situ. Saya mula berasa gembira bersekolah dan belajar di situ.

Puan Melah juga banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada saya sepanjang beliau menjaga saya. Beliau menganggap saya sebagai anaknya. Saya patuh dan menerima nasihatnya dengan senang hati. Ini kerana saya menganggapnya seperti ibu saya sendiri. Saya juga mula belajar rajin-rajin kerana ingin menghadiahkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR sebagai tanda kasih sayang saya kepadanya. Keputusan UPSR yang diumumkan menunjukkan saya mendapat 3A 2B. Saya sangat gembira, Puan Melah apabila ditunjukkan keputusan tersebut juga mengalirkan air mata kegembiraan. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Tapi saya tolak dan memilih sekolah agama berhampiran asrama JKM. Saya rasa , saya tidak boleh berjauhan dengan ibu Melah.

Sampai tingkatan 1 hingga 3 saya terus mendapat prestasi yang membanggakan. Ibu Melah terus menjaga saya sebagai anak kandungnya. Hinggalah tiba satu hari apabila saya pulang setelah selesai menduduki kertas terakhir PMR, Ibu Melah berjumpa dengan saya: ;

“Ibu sebenarnya ada perkara yang hendak ibu beritahu Kassim” Ibu Melah memulakan bicara

“Ada apa Ibu?” tanya saya.

“Hujung bulan ini ibu dah tak kerja dekat sini lagi. Ibu akan berpindah ke Sarawak mengikut suami Ibu” jelas ibu Melah.

“Apa? Ibu nak ke Sarawak? Kenapa?” berita itu benar-benar mengejutkan saya, saya tidak sanggup berpisah dengan ibu.

“Ibu mengikut suami ibu yang dinaikkan pangkat ke sana. Permohonan ibu dah diluluskan. Maafkan ibu Kassim” ibu memelukku dan mengeluarkan air mata. Begitu juga saya... menangisi perpisahan yang akan terjadi.

“Pergilah Ibu... pergilah. Janganlah disebabkan Kassim ibu tidak ke sana. Kassim boleh berdikari... lagipun Kassim dah besar” aku mengesat air mata ibu Melah.

“Ibu janganlah menangis. Nanti berat Kassim nak berpisah dengan ibu”

“Betul Kassim takde apa ni?.”

“Betul ibu... ibu jom makan... Kassim laparlah.”

“Marilah... ibu pun lapar ni” kami berdua berlalu pergi ke kantin asrama JKM. Saya berlakon seolah-olah tiada apa.

Tapi malam hari tersebut saya menangis semahu-mahunya. Orang yang saya anggap ibu akan pergi jauh dari saya. Malah dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengenangkan kepermergian ibu Melah ke Sarawak. Akhirnya seminggu selepas itu tibalah hari terakhir ibu Melah ke Sarawak, di pintu pagar keluar sayalah orang terakhir yang memeluk dan mencium ibu melah sepuas-puasnya. Saya melambai-lambai ibu melah di dalam kereta. Itulah kali terakhir saya melihat ibu Melah yang saya kasihi dan cintai.

Pengganti ibu Melah yang menjaga saya dan kawan-kawan lain namanya ibu Zaitun. Kami disuruh memanggilnya kak Tun. Kak Tun baru berusia awal 30an. Kak Tun ni lain sikit perangainya dengan ibu Melah. Suka menjerit-jerit memberi arahan, selalu curi tulang dan tidak mempedulikan kebajikan kami. Masa ini saya rapat dengan kawan saya, namanya Hamid... saya panggil Mid jer. Anak yatim yang baru kehilangan ibu dan bapa. Kami menjadi kawan rapat sejak setahun lalu apabila Hamid cuba dibuli oleh kawan asrama kami dan saya membelanya. Sejak itulah kami berdua tidak pernah berpisah. Hamid pun di bawah jagaan kak Tun. Memang kami membenci Kak Tun ni. Ada sekali tu bila seluar saya koyak, Kak Tun kata ;

“Kau ingat aku ni kuli kau ker? Jahit sendiri la” lantas kak Tun menyambung semula membaca majalah kesukaannya. Hamid pun pernah kehilangan cadarmya yang dibasuh oleh kontraktor pembersihan. Apabila ditanya kepada kak Tun ini jawabnya ;

“Hello. Aku ni bukan orang gaji kau ok? Kau pergilah tanya sendiri makcik yang basuh. Aku takde masa nak layan perkara remeh temeh ini” sejak itulah kami hanya membuat hal kami sendiri. Tidak meminta bantuan ataupun nasihat kak Tun. Lantaklah kami dah besar, tapi yang kesiannya anak-anak yatim yang kecil bawah jagaan kak Tun. Kadang-kadang lampin pun tak bertukar, terpaksalah saya dan Hamid mengambil alih tugas kak Tun. Kami kesiankan budak-budak ini... bukan nak tolong kak Tun pun.

Akhirnya keputusan PMR diumumkan, saya mendapat 5A 1B 2C di dalam keputusan tersebut. Saya hanya berkongsi keptusan tersebut dengan Hamid. Saya menitiskan air mata terharu... kalau ibu Melah berada di sini, tentulah dia orang pertama yang aku tunjukkan keputusan ini. Saya terus menyambung pelajaran di sini. Hamid juga bersekolah di tempat yang sama denganku. Tapi makin hari saya makin bosan dengan kehidupanku di sini, perangai kak Tun makin menjadi-jadi. Mentang-mentang kami tolong jaga adik-adik kecil di bawah jagaannya. Saya dah mula terjejas dalam pelajaran, yelah asyik saya jer yang jaga budak-budak kecik. Satu hari tu, sebab dah tak tahan sangat, saya mengajak Hamid berbincang ;

“Macamana Mid? Aku tensen giler dok asrama ni. Macam kita pulak jadi pegawai JKM kat sini. Aku ingat aku nak blah la” saya meluahkan perancangan saya.

“Kau nak blah? Kau hendak pergi mana?” tanya Hamid.

“Aku nak keluar, pergi KL, cari kerja... janji kerja yang halal... kumpulkan duit. Aku nak pergi Sarawak” tekadku. Pergi Sarawak berjumpa ibu Melah seterusnya tinggal di sana.

“Betul ke kau nak lari ni? Habis pelajaran macamana?” tanya Hamid mengenai masa depan kami.

“Kau tengokla keadaan kita sekarang ni? Macamana nak belajar? Asyik tengok budak-budak tu saja. Kak Tun hilang tah kemana. Kalau waktu makan siap tapau. Kau tengok ujian bulanan kita baru-baru ni. Jatuh mendadak beb...... kita dalam keadaan tertekan”.

“Habis kau dah nekad betulla ni?.”

“A ah yer” jawab saya tegas.

“Nampaknya aku terpaksa ikut kau la” Hamid ingin mengikut saya.

“Asal pulak? Aku takdepun ajak kau? Aku Cuma meluahkan perancangan aku ni jer. Kau jangan nak mengada ikut aku” saya membantah.

“Kalau kau takde... siapa nak defend aku kalau orang buli aku. Lagipun kau perlukan temankan. Takkanla kau sorang-sorang kat luar. Kalau kau pergi... nanti aku seorang pulak yang kena jaga budak-budak tu. Kak Tun lepas tangan... nak harapkan bebudak lain pun yang ado. Taknak aku der... teruklah aku” saya berfikir sejenak. Betul juga tu, saya tak berani keluar sorang-sorang.... lagipun ada jugak peneman.. aku sendiri pun tak berani jugak.

“Ok... bolelah. Kemas apa yang patut. Lusa pukul 3 pagi kita gerak” saya menyatakan persetujuan saya.

“Set” kami membuat janji menggunakan jari.

Lusa kami sudah bersiap untuk keluar. Hanya barang yang penting dibawa di dalam beg sekolah. Baju, seluar dan selimut. Saya juga telah siapkan surat layang kepada Pengetua di bawah bantalku. Biar Pengetua tahu tabiat Kak Tun dan kenapa kami lari. Pada malam itu saya mencuri duit Kak Tun dalam seratus ringgit. Tambah duit tabung aku dan Hamid adalah dalam RM200. Cukuplah seminggu atau lebih sikit. Di Kuala Lumpur nanti kami perlu bekerja. Tak kisahla kerja apapun janji halal. Pukul 3 pagi kami mula keluar dari asrama, pagar asrama kami panjat lalu berlari ke belukar berhampiran ke arah jalan besar. Kami hanya menyelusuri tepi jalan besar menuju Gombak Setia. Dari Gombak Setia kami akan menaiki LRT ke Kuala Lumpur. Semua itu telah saya rancangkan dari awal dengan menelaah peta di perpustakaan. Kami sampai di stesen LRT Gombak Setia pukul 4.00 pagi. Memandangkan LRT beroperasi pukul 6.00 pagi, kami mengambil keputusan untuk tidur di surau berhampiran. Tepat pukul 6.00 pagi kami terjaga. Kami berwuduk dan terus sembahyang, pukul 6.15 pagi kami bergerak ke stesyen dan menaiki tren pukul 6.20 pagi. Terus menuju Titiwangsa.

Kenapa Titiwangsa? Sebab di situ banyak kedai mencuci kereta. Maka saya berharap ada kedai mencuci kereta memerlukan pekerja. Memang nasib kami baik, kami telah diterima bekerja di sebuah syarikat mencuci kereta. Gaji kami hanyalah RM 600 sebulan. Kerja dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang setiap selasa hingga ahad. Kami juga diberi sebuah kabin oleh tauke tempat saya bekerja. Nama tauke ni Ah Tai, cina tua yang berumur 60an. Kabin ini cukuplah saya berdua dengan Hamid. Kami bekerja bersungguh-sungguh. 2 tahun juga kami berdua bekerja dengan Ah Tai. Ah Tai sangat baik. Dia selalu belikan kami makanan atau minuman. Katanya dia untung dapat pekerja yang rajin seperti kami, malah jujur pula tu. Gaji kami naik ke RM 700 pada tahun kedua. Tapi tahun kedua kami diberhentikan. Tauke Ah Tai nak bersara, tempat tu dia jual pada orang India. Kami tidak dapat bekerja dengan tauke baru kerana dia ada pekerja dari India. Kami keluar dari kabin dan menuju ke Chow Kit.

Di Chow Kit kami dapat kerja sebagai pembantu di pasar. Gaji RM 800, tapi kerja berat. Pukul 5 pagi dah punggah ikan. Pastu meniaga dari pukul 7.00 pagi sampai petang, Bos kami melayu, namanya haji Daud...... punya kedekut nak belanja atau bayar OT. Akhirnya kami berhenti selepas 6 bulan. Di chow Kit ni kami tinggal di sebuah bilik rumah kedai. Sewa RM 200, akhirnya kami bekerja sebagai penjual VCD cetak rompak setelah ditawarkan oleh rakan serumah kami. Kami mengedarkan CD cetak rompak di sekitar Masjid Jamek atau masjid India. Pendapatan pun lumayan, dalam RM 1,000 sebulan. Tapi disebabkan asyik kena rush kami berhenti. Kami bekerja tauke yang sama... kali ini mengedar barang-barang tiruan di sekitar Kuala Lumpur. Tauke inilah yang membawa kami ke Kedah bagi menjadi ejean skim cepat kaya. Akhirnya skim tersebut bungkus, tauke kami tinggalkan kami dengan wang pelabur tanpa memberitahu kami. Kami pulak yang dikejar oleh pelabur yang marah apabila duit pelaburan mereka hangus.

“Itu yang engkau kena belasah semalam tu yer?” tanya Dato Malek

“Begitulah Dato, Eih bapak” Sim mengiyakan.

“Kenapa kau tak berterus terang?” tanya Dato Malek.

“Saya takut Dato tangkap saya.... pastu masuk dalam jel.”

“Kau bukan bersalah pun. Kau pun cuma pembantu peribadi Dato tu... yang makan duit pelabur Dato tu... siapa nama Dato tu?”

“Dato Fazzul. Selepas bapak dengar cerita saya ini. Saya tidak kisah jika bapak tidak menerima saya sebagai menantu. Saya ni bukan budak baik pun” kata Sim jujur.

“Tapi kau berterus terang. Kau buat semua itu sebab terdesakkan? Nak hidup manusia sanggup melakukan apa sahaja. Membunuh pun sanggup. Keadaan sekeliling membuatkan kau begitu. Lari dari rumah anak yatim. Bapak tidak kisah, selepas kau jadi menantu aku... aku akan bimbing kau ke jalan yang benar. Carilah kerja untuk rezeki halal. Jadi kuli pun takpe. Janji halal... nanti bapak carikan kerja sekitar Bangi. Dekat sikit dengan tempat belajar Ani” Dato Malek menyatakan kesanggupan untuk membantuku.

“Baik pak... yang terbaik untuk bapak dan Ani saya turutkan” ku lihat jam dinding. Sudah pukul 1.00 petang.

“Nanti anak-anak bapak datang. Kau layan seperti biasa, diorang semua dah tahu pasal kes tangkap basah ni. Kalau diorang tanya kau kerja apa kau kerja pembantu peribadi. Kau dah berhenti kerja. Tak lama lagi nak berpindah ke Selangor... cari kerja di sana. Ok?.”

“Baik bapak.”

“Lagi satu... tentang mak Adah. Kau janganlah ambik hati. Biasalah perempuan, bila berlaku perkara mendadak sikit mulalah tak keruan. Lama-lama okla tu. Baju tu pun mak Adah kau gosokkan. Nanti jap lagi aku panggil makan” lantas Dato Malek bangun dan keluar dari bilik. Sim memandang baju yang diberikan oleh Dato Malek... hatinya sayu melihat kesediaan bakal mertuanya menerima dirinya sebagai menantu......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.