Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
207,842
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 8

Qarina berjalan dengan malas, butang lif ditekan. Beg sandang yang mengandungi komputer riba di galas.

“Awal balik, saya cari akak kat pejabat tadi. Rupanya akak dah balik,” kata Fareez.

“Sakit kepala,” jawab Qarina. Pintu lif terbuka, dia melangkah masuk ke dalam lif. Langkahnya dituruti oleh Fareez yang setia di belakangnya.

“Masih fikir hal tadi ke?” tanya Fareez. Sejak dari tadi dia hanya melihat Qarina termenung sendiri.

“Kau dah beritahu mak kau?”

“Belum,” jawab Fareez. Berat hatinya untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada Fatimah. Bukan apa, sekurang-kurangnya selamat dia dari dicarikan jodoh dikalangan anak-anak teman mamanya.

“Kau tak takut ke kalau-kalau mama kau dah tempah pelamin ke, tempah mak andam ke?” ugut Qarina. Susah betullah bercakap dengan budak yang kurang matang macam Fareez ni.

“Biarlah dia tempah, bukan saya yang nak keluar duit pun,” bersahaja ayat yang keluar dari mulut Fareez. Qarina mengelengkan kepalanya berkali-kali.

Qarina terus sahaja melangkah keluar sejurus pintu lif terbuka.

“Sekejaplah Kak Qarina, saya dapat mesej dari Balqis,” Fareez memberikan telefonnya kepada Qarina.

Fareez, boleh berikan nombor telefon Qarina? Aku lupa nak minta dari dia tadi. Aku nak ajak kau dengan Qarina keluar makan. Korang ambil kami di Vistana, boleh? Iqram bukan tahu sangat tempat makan yang best kat sini.

“Macam mana?” tanya Fareez.

“Akak sakit kepala. Kau aje lah yang pergi,” jawab Qarina dengan kasar. Dia pasti kalau dia menurut kehendak Baqis hatinya juga yang sakit.

“Akak masih sayangkan Iqram ke?” duga Fareez. Kalau tidak masakan sebegini tingkah Qarina setelah berjumpa dengan Iqram.

“Akak tengah sakit kepala tau, kau jangan sakitkan hati aku boleh tak? Kau dengan sepupu kau sama aje tau,” marah Qarina. Terkebil-kebil sahaja Fareez melihat langkah Qarina. Sakit betul hatinya melihat wajah selamba Fareez. Tak ada perasaan langsung!

Qarina serba-salah. Tidak sepatutnya dia memarahi Fareez kerana Iqram. Qarina melihat jam di dinding, sudah pun melepasi jam lapan malam. Dia gelisah, fikiranya hanya teringat kepada Iqram. Bertahun-tahun lamanya dia cuba menyingkirkan perasaan rindu namun tatkala mata bertentang mata, segala ingatan dan kenangan terus bermain satu-persatu di mindanya. Kenapa terlalu sukar untuk dia melupakan kenangan itu. Bukan setahun malah bertahun-tahun telah berlalu, tetapi sakit yang ditinggalkan oleh Iqram hingga ke detik ini masih lagi terasa sakitnya.

Kemudian fikirannya melayang-layang pula kepada Fareez. Rasanya tidak patut pula dia meletakkan kesalahan Iqram di bahu Fareez. Dia sedar dia bersikap tidak adil terhadap Fareez. Kalau benar hatinya sakit kenapa harus Fareez yang terpaksa menanggung kesannya. Akhirnya dia mengalah, rasanya dia oerlu meminta maaf dengan Fareez.

Tangan Qarina terus menekan loceng di rumah Fareez. Tidak sampai dua minit pintu kayu itu di buka oleh Fareez.

“Ada apa?” tanya Fareez kasar.

“Maaf,” kata Qarina.

“Maaf? Rasanya tak ada salah apa, nak minta maaf kenapa pulak.”

"Akak nak minta maaf sebab marah pada Fareez, sebab tipu pada Balqis fasal kita.”

“Akak ni kenapa sebenarnya?” Fareez bertanya, dia ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku antara Qarina, Iqram dan Balqis.

“Balqis teman baik akak, Iqram bekas kekasih akak Itu aje. Akak aje yang lebih-lebih tak boleh nak terima hubungan mereka. Apa yang mereka lakukan benar-benar meninggalkan kesan pada diri akak. Bukan setahun, malah sudah 10 tahun ia berlaku, namun luka yang mereka tinggalkan masih ada. Akak tak nak Iqram tahu yang akan masih terluka dengan kasihnya. Dan akak tak sangka Fareez ni sepupu dia. Akak sekadar nak gunakan Fareez untuk tunjukkan pada mereka yang akak dah lupakan Iqram. Maafkan akak,” terang Qarina.

Fareez hanya merenung ke wajah Qarina. Wajah itu langsung tidak melambangkan usianya. Dia tidak menyangka Qarina begitu kecewa. Dia mengenali Qarina sebagai seorang wanita yang ceria, matang dan kadang-kadang sinis. Ada sahaja sikapnya yang membuatkan Fareez terus rasa terikat.

“Sekarang ni akak nak Fareez beritahu pada mama Fareez dan Balqis hal ini. Maafkan akak kerana melibatkan Fareez.”

“Kalau saya tak nak?”

Qarina tersenyum, memang pelik dengan Fareez.

“Saya pun nak gunakan akak. Sekurang-kurangnya kalau mama saya tahu yang kita bercinta tak lah dia selalu desak saya kahwin dengan anak kawan-kawan dia. Setiap bulan dia akan bawa perempuan ke rumah untuk dikenalkan pada saya. Sebab itu lah saya minta kerja jauh dari dia.”

Qarina mengecilkan matanya.

“Macam ni lah, kita berlakon aje jadi kekasih sekurang-kurangnya di hadapan Balqis dan Iqram. Mungkin Balqis percaya, mesti dia beritahu mama. Selamatlah saya, lepas tu. Kita buat-buat lah cerita yang kita dah berpisah. Macam mana?” cadang Fareez.

“Boleh ke macam tu?” Qarina menjadi ragu.

“Apa pulak tak bolehnya, asalkan kita setuju.” Qarina tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Kenapa tak percaya?” Fareez bersungguh-sungguh. Tidak sanggup untuk dia melihat wajah luka Qarina.

“Serius?” Qarina masih lagi tidak yakin, lain yang di duga lain pula yang berlaku.

“Pergi bersiap, kita keluar makan dengan mereka,” ucap Fareez. Qarina seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Namun dia sempat tersenyum.

Qarina hanya mengenakan sehelai T-Shirt berlengan pendek. Seluar jeans yang berwarna biru tua itu menyebabkan dia kelihatan seperti budak sekolah. Sehelai cardigan yang berwarna coklat gelap disarungkan untuk menutup lengannya dari disengat angin malam. Rambutnya dibiarkan. Dia hanya menggunakan cekak rambut yang dihiasi batu berkilau. Wajahnya hanya dioles dengan solekan yang nipis. Fareez sudah dua kali menekan loceng rumahnya. Di capainya tas tangan yang berwarna sedondon dengan t-shirt merahnya. Qarina memang mempunyai koleksi tas tangan yang pelbagai, memang dia pantang melihat tas tangan. Cepat sahaja tanganya mencapai andai dia melihat tas tangan yang cantik-cantik.

“Comelnya, macam budak sekolah,” usik Fareez. Qarina menjeling, dia mengambil sepasang kasut jenis ‘flat’ yang turut berwarna merah.

“Serius ni, memang comel,” puji Fareez ikhlas. Kalau orang yang tidak mengenali Qarina pasti mereka mengandaikan umur Qarina awal 20-an.

Qarina berpura-pura tidak mendengarnya, tetapi hatinya menjadi kembang mendengar pujian dari Fareez. Fareez menekan butang lif, mereka beriringan masuk ke dalam lif. Keluar dari lif, Fareez cuba untuk memegang tangan Qarina, namun gadis itu cepat sahaja menepis.

“Gatal kau ni ek,” marah Qarina.

“Nama pun kekasih, kenalah pegang-pegang tangan,” kata Fareez. Dia sekadar ingin menguji Qarina.

“Banyaklah kau punya kekasih,” Qarina menekan ‘alarm’ keretanya.

“Malam ini guna kereta saya.”

“Tak habis ke minyak kereta kau? Selalu berkira sangat,” perli Qarina.

“Selalu keluar untuk urusan kerja, malam ini keluar dengan awek comel kenalah bawak kereta sendiri,” jawab Fareez.

Fareez dan Qarina menunggu di dalam kereta. Menunggu kehadiran Iqram dan Balqis.

“Malam ni saya tak panggil akak. Saya akan panggil sayang, boleh?”

“Kau ni Fareez, memang lebih-lebih lah tau,” jawab Qarina namun dia masih mampu ketawa. Entah apa-apalah budak poyo ni.

“Habis tu nak bagi nampak real kan. Nak pegang tangan pun tak boleh, nak panggil sayang pun tak boleh,” rungut Fareez.

“Panggil Qarina aje.”

“Okey, Qarina panggil saya abang.”

“Kau ni kan, kau sedar tak. Iqram tu sepupu kau, sah-sah lah dia tahu yang aku ni tua dari kau. Apa kes aku nak panggil kau abang,” marah Qarina. Ini sudah lebih.

“Kes cinta lah, awak ni. Panggil abang ek, baru lah saya rasa macam tua sikit dari awak,” selamba badak sahaja Fareez berkata.

“Fareez,” Qarina separuh menjerit. Cepat sahaja tangannya mencepuk bahu Fareez dengan tas tangannya.

“Serba guna lah tas tangan ni. Boleh buat simpan bedak, gincu. Boleh buat pukul orang lagi. Panggilah abang,” pujuk Fareez.

“Tolonglah, kau jangan nak buat muka romatik kat sini.”

“Tu, dia orang dah sampai,” Fareez memuncungkan mulutnya.

“Panggil abang, kalau tak saya tak jawab,” ugut Fareez. Qarina mengecilkan matanya. Memang peninglah dengan Fareez. Fareez dan Qarina keluar dari kereta.

Iqram melihat Qarina, memang dia terlalu rindukan gadis itu. Qarina manja dan lembut. Yang paling dia ingat, Qarina suka buat lawak. Selalu membuatkan dia tersenyum. Ada sahaja kata-kata Qarina yang mencuit hatinya. Dia terfikir, kenapa dia tegar untuk melepaskan gadis yang berada di hadapannya. Melihat Qarina di sisi Fareez, jiwanya seakan-akan mahu lari. Lari menarik Qarina kepangkuannya.

Iqram bersalaman dengan Fareez. Pada Qarina dia sekadar memberikan senyuman. Balqis memeluk erat Qarina.

“Kita nak ke mana ni?” tanya Balqis, tangannya segera memaut lengan sasa milik suaminya.

“Kita makan dekat-dekat sini dah lah, malas nak pergi jauh-jauh,” Iqram yang menjawab, memang dia malas hendak keluar bersama-sama dengan Fareez dan Qarina. Sakit matanya.

“Apa kata kita pergi makan di Soeul Garden. Makan stimboat aje lah. Lagipun, lama Qarina tak makan stimboat ni,” Fareez memberikan cadangan.

“Elok juga tu, aku pun lama tak makan. Fareez macam tahu-tahu aje stimboat tu makanan kegemaran Iqram,” kata Balqis.

“Iya ke? Kebetulan pulak. Jom lah kita.”

Fareez memandu perlahan menuju ke Persiaran Gurney. Hanya dia dan Balqis sahaja yang banyak bercerita, sedangkan Iqram dan Qarina lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah di tanya, sepatah yang dijawab. Macam orang yang baru berkenalan. Fareez menjeling ke arah Qarina yang lebih banyak merenung ke luar tingkap. Begitu juga dengan Iqram. Hampir setengah jam barulah mereka berempat sampai ke Persiaran Gurney. Orang ramai memenuhi perkarangan tempat istirehat yang terkenal di Pulau Pinang. Angin malam yang bertiup kencang di samping bau laut menjadi salah satu tarikan di situ. Fareez mencari petak parkir. Memang agak susah untuk mendapatkan tempat parkir di waktu ini. Maklumlah esok hari cuti, maka ramai lah yang berkunjung ke sini.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.