Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,038
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 22

“Cik Qina?” terkejut Fatin melihat penampilan baru ketuanya. Berbaju kurung, bertudung. Rasanya baru empat hari dia tidak berjumpa dengan Qarina. Cepat benar ketuanya ini berubah. Sudahlah tadi dia terkejut melihat Qarina keluar kereta bersama-sama dengan Fareez.

“Borang untuk LHDN dah siap?” tanya Qarina, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Ni pakai sekejap aje ke atau untuk selama-lamanya?” tanya Fatin. Lain ditanya lain dijawabnya.

“Macam ni lah Fatin. Jangan hairanlah dengan penampilan baru saya ni. Artis pun dah ramai pakai tudung sekarang ni,” jawab Qarina.

“Iyalah, syukur pada ALLAH, terbuka juga hati Cik Qarina nak bertudung. Tapi kenapa datang dengan Encik Fareez? Skandal ke?”

“Kereta dia rosak, dia tumpang kereta saya. Puas hati. Dah pergi buat kerja. Jangan lupa nanti telefon LHDN, tanya dia orang tentang seminar akan datang,” arah Qarina.

“Baik bos. Cik Qina,” panggil Fatin.

“Em, ada apa?” tanya Qarina endah tak endah.

“Cantiklah,” puji Fatin. Qarina menjeling, namun hatinya berbunga-bunga mendengar pujian dari Fatin.

“Cantik awak hari ni,” tegur Firhad. Hari ini dia berbesar hati mengajak Qarina dan dua tiga orang pelajar praktikal termasuk dengan Fareez dan juga Fatin untuk menikmati makan tengah hari.

‘Terima kasih,” jawab Qarina. Tersipu-sipu dia menahan malu. Maklumlah di puji oleh bos sendiri. Hensem pulak tu.

“Muka pun berseri macam pengantin baru aje,” sampuk Fareez. Muka Qarina yang merah kerana malu kini berubah merah kerana geram.

“Encik Fareez, siapa lah yang beruntung dapat Cik Qina ni kan? Encik Fareez tak nak cuba ke?” usik Fatin.

“Kau jangan nak caras aku Fareez. Aku dah lama tunggu ni,” kata Firhad. Dia kemudiannya mengeyitkan mata kepada Qarina. Fareez sekadar menjeling. Ada yang makan sup penampar juga selepas ini.

“Eh, eh. Bos. Isteri bos nak letak kat mana?” tanya Fatin. Pelajar praktikal yang ada hanya tersenyum.

“Lelaki boleh kahwin empat, betul tak Fareez?”

“Betul tu bos, saya kalau dapat isteri yang tak serupa isteri. Harus tambah lagi bos,” ucap Fareez.

“Ada ke isteri yang tak serupa isteri Abang Fareez?” tanya salah seorang pelajar praktikal itu. Nelinda namanya, tetapi semua memanggilnya Nelly.

“Ada. Kenapa pulak tak ada,” ujara Fareez.

“Hish, abang Fareez ni. Ada-ada sahaja tau,” gelak Nelly. Entah kenapa, macam naik senak sahaja Qarina mendengar gelak tawa mereka. Abang Fareez konon. Qarina terus menyuapkan makanan ke mulutnya sambil menjeling ke arah Fareez.

“Masam aje, kenapa?” Fareez bertanya kepada isterinya yang dari tadi tidak bersuara, mukanya asyik mencuka sahaja.

“Mana ada,” dalih Qarina. Padahal dia naik menyampah melihat sikap gedik Nelly, sempat lagi main usik-usik manja dengan Fareez. Yang Fareez pula melayan aje.

“Muka macam tempoyak basi. Macamlah saya tak tahu muka macam ni.”

“Tak ada apa lah. Malam ni nak makan apa?” Qarina bertanya dengan kasar. Sengaja dia menjeling. Marah dan geram.

“Naik angin aje lah dia ni. Mesti awak ikut perangai ayah awak kan?”

Marah Qarina semakin jelas. Kenapalah Fareez suka bercakap ikut sedap mulut sahaja. Namun Qarina mendiamkan diri. Dia turut merasakan hal yang sama. Sejak akhir-akhir ini kerap benar dia naik angin tidak tentu fasal. Mungkin disebabkan genetik kot. Tidak, dia tidak mahu menjadi seperti ayahnya. Qarina menarik nafas yang panjang, cuba menahan sabarnya. “Kita singgah Tesco, saya masak, awak tak rasa lagi masakan saya. Sedap tau,” Fareez cuba memujuk isterinya. Dia sedar dia sudah terlajak dalam berkata-kata. Sudahlah hubungan Qarina dengan ayahnya tidak baik.

“Tak payahlah, nanti awak letak ubat guna-guna pulak. Kita oder pizza aje lah,” putus Qarina.

“Saya tak bolehlah tak makan nasi. Tak apa lah kita makan kat luar aje lah. Apa kata kita makan di Seri Pantai, dekat Queensbay, nak?”

“Ikut sukalah,” Qarrina menjawab dengan acuh tak acuh. Entah kenapa, dia terasa macam menyampah sangat dengan Fareez petang ini. Segala tingkah gedik Nelly dan ramah Fareez terhadap Nelly bermain-main di mindanya. Cembura kah dia? Tidak, dia tidak mahu ada apa-apa perasaan terhadap Fareez. Itu nekadnya, tapi rasanya kalau dia cemburu pun tak salah, Fareez kan suaminya. Aduh, kini hatinya mula berbelah bahagi. Qarina mengaru keningnya.

Fatimah masih lagi di talian, sudah satu jam lebih dia menggunakan telefon. Kesemua adik-beradik sebelah Hussain dan dirinya sendiri dikhabarkan dengan berita perkahwinan Fareez. Nekadnya, biarlah apa yang hendak dikatakan orang, dia kenal Fareez macam mana. Kalau hendak diikutkan cakap orang memang terlingkuplah rumah tangganya. Dia sedar, kemungkinan besar ahli keluarganya yang lain pasti menganggap ada perkara buruk yang telah dilakukan oleh Fareez hingga menyebabkan dia menikahi Qarina dalam keadaan yang begitu. Biarlah apa yang di anggap mereka. Hanya dia dan Hussain yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Yang paling terkejut besar dengan perkahwinan itu pastilah Mariam. Dari nada Mariam, Fatimah dapat merasa kekesalannya.

“Tak habis lagi bergayut ke Cikgu Timah?” tegur Hussain, naik rimas dia melihat isteri bergayut dengan telefon sejak dari tadi.

“Dah habis dah.”

“Macam mana? Dah semua orang awak beritahu fasal anak awak tu?”

“Dah, hish abang ni. Macam perli saya aje. Saya cuma nak khabarkan berita itu aje. Tak adalah yang salah faham bila tengok Fareez keluar berdua dengan Qarina. Tak lah Si Iqram tu sakitkan hati Qarina lagi.”

“Baguslah, awak pun redhalah sama. Ialah hajat awak nak buat kenduri ala-ala mak datin tu tak kesampaian,” usik Hussain sambil tersenyum kambing.

“Suka sangatlah tu. Tak apa lah, jimat sikit duit saya. Tapi kenduri tetap nak buat jugak, tapi tak besar mana pun. Ingat nak buat tahlil dengan doa selamat sahajalah,” ujar Fatimah.

“Alhamdullillah, itu yang paling baik. Nampaknya perkahwinan antara Fareez dengan Qarina ada hikmahnya. Dapat elakkan dari awak buat pembaziran. Mengelakkan dari timbul sikap riak, ialah dah majlis grand, naik banggalah awak nanti Cikgu Timah.”

“Memang dah nasib saya, dapat suami yang jenis suka perli-perli. Nak buat macam manakan redha aje lah,” jawab Fatimah sambil menjeling.

“Marah? Awak ni kalau marah bertambah-tambah manislah Cikgu Timah. Itu yang saya sayang kat awak.”

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.