Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,044
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

Terlopongmulut Fatin mendengar cerita dari bosnya. Macam tidak percaya pun ada, Qarina dan Fareez mempunyai skandal.

“Habis tu sampai bila Cik Qina nak teruskan hubungan sulit tu?” tanya Fatin.

“Janganlah cakap hubungan sulit. Awak ni Fatin, seramlah dengar perkataan hubungan sulit tu. Ini hanya hubungan main-main,” jawab Qarina.

“Tak kira hubungan apa pun, tapi biar betul Cik Qina nak teruskan. Makan hati bos besar kita tu, dah lah sekarang ni asyik nak mengayat Cik Qina.”

“Iya ke?” Qarina seolah-olah mahukan kepastian dari Fatin sedangkan dia juga perasan dengan perhatian dari majikannya.

“Alahai tak kan Cik Qina tak perasan kot, dua hari Cik Qina m.c macam kucing hilang anak dia,” provok Fatin.

“Ada-ada aja lah awak ni Fatin. Saya ni kan pekerja dia, haruslah dia prihatin.”

“Iyalah prihatin sangat lah tu. Encik Fareez macam mana?”

“Adoi, saya terpaksa aje lah dengan mamat poyo tu. Nak buat macam mana, huh,” keluh Qarina. Fareez pula sejak ‘bercinta’ dengannya romantisnya semacam, naik seram Qarina di buatnya.

“Macam-macamlah Cik Qina ni. Jangan sampai jatuh hati terus dah lah,” pesan Fatin.

“Simpang jauh-jauh, tak kuasa saya nak layan dia,” kata Qarina.

Fareez menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar minggu hadapan. Sejak dari pagi lagi dia terperuk di dalam biliknya. Firhad seolah-olah membebankan semua kerja di bahunya. Dia juga terpaksa ke tapak pembinaan untuk melihat perkembangan projek syarikat.

“Assalamualaikum,” Qarina memberi salam sambil mengetuk pintu bilik Fareez.

“Waalaikumussalam,” jawab Fareez namun perhatiannya tetap kepada kerjanya.

“Nah, slip gaji,” Qarina kemudiannya meletakkan sekeping sampul surat di atas meja.

“Aik, mana perginya Fatin sampai awak sendiri yang serahkan slip gaji ni?” tanya Fareez selalunya hanya Fatin yang akan menghantar slip gaji kepada semua pekerja di syarikat ini.

“Boring, tak banyak kerja. Sebab itulah saya tolong hantarkan,” jawab Qarina.

“Iya ke? Atau rindu nak tengok saya, maklumlah dari pagi tak nampak saya kan?” Fareez mengusik.

Qarina mengelengkan kepalanya. Dahinya dikerutkan, memang perasan betul mamat di hadapannya.

“Banyaklah awak punya rindu,” Qarina berpura-pura marah.

“Malam ini kita keluar makan nak, awak belanja,” ajak Fareez.

“Aduh, tak gentlemen langsunglah mamat ini, Macam ni nak jadi buah hati aku, kirim salam aje lah.”

“Boleh jugak, sebab saya nak putuskan perhubungan kita. Bosanlah bercinta macam ni, tak ada thrill,” balas Qarina, kenapalah ayat ini yang keluar dari mulutnya.

“Tak boleh, awak kena buktikan pada mama saya yang kita ni tengah hangat bercinta. Gila ke nak putus sekarang, awak tahu tak, mama saya siap nak cari jodoh tau, jangan buat hal. Nanti dah reda kisah mencari jodoh baru kita putus,” kata Fareez, memang dia terpaksa menipu sedangkan mamanya tidak pernah mengungkitkan hal itu lagi. Hanya itu sahaja alasan yang tinggal agar Qarina terus kekal dengannya. Entah kenapa, hatinya semakin hari semakin terpaut pada Qarina. Sikapnya yang kadang-kadang manja dan kadang-kadang mencuit hati benar-benar menggegarkan jiwa lelakinya. Kali pertama di dalam hidupnya tidurnya asyik termimpikan Qarina.

“Sampai bila. Susahlah macam ni, lama-lama tak kahwin pula saya,” jawab Qarina.

“Saya kan ada, kita kahwin aje lah,” selamba sahaja kata-kata dari Fareez.

“Eloklah benar cadangan tuan hamba. Cadangan memcekik jiwa hamba. Sudahlah, saya malas nak keluar. Awak ajak lah siapa-siapa yang desperado temankan awak. Saya ni bukanlah tahap desperado.”

“A’ah. Tapi tahap dinosor, tahap nak pupus. Nasib baik bukan tahap monopos,” jawab Fareez.

Terpegun Qarina mendengarnya, memang dia kalah dengan lelaki ini. Ada sahaja jawabnya, dan jawapan selalu jawapan yang tidak terduga. Qarina keluar dari bilik Fareez dengan muka yang merah padam, sakit hati dengan Fareez. Namun sikap itu mengingatkan dia pada Iqram, kenapa dia semakin tidak merindui lelaki itu. Tidak seperti hari-hari sebelum ini, malamnya selalu mengenangkan Iqram. Kini malamnya tenang dan damai, dan kadang-kadang dia terlena kerana mengenangkan Fareez yang macam-macam perangai peliknya.

Balqis melihat Iqram yang berbeza setelah mereka pulang dari Pulau Pinang. Susah benar melihat Iqram ketawa sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini memang Iqram jarang ketawa tetapi sekali-sekala ada juga dia ternampak wajah ceria suaminya. Namun kini semuanya berubah Iqram bukan seperti dahulu, kini dia kurang bercakap dan kurang naik angin. Mukanya asyik masam mencuka. Kadang-kadang naik rimas pula Balqis dengan Iqram yang sebegini sikapnya. Segala kata-kata Balqis dituruti tanpa banyak soal tidak seperti dahulu.

“Kenapa dengan Iqram tu Balqis?” tanya Mariam kepada menantunya. Selalunya Iqram bukan begitu sikapnya.

“Entahlah mak,” jawab Balqis. Dia kemudiannya mengeluh.

“Balik-balik terus sahaja masuk ke stor tu, dia buat apa?”

“Saya tak tahulah mak, apa kena dengan anak mak tu,” jawab Balqis tanpa memikirkan perasan ibu mertuanya.

Mariam mengelengkan kepalanya, memang dari dahulu lagi dia memang kurang merestui Balqis sebagai menantunya. Balqis agak sinis orangnya, tutur bahasanya kadang-kadang agak melampau bagi orang tua sepertinya.

Tidak lama kemudian, keluar Iqram dari bilik stor dengan membawa sebuah kotak yang berwarna merah. Mariam melihat tingkah laku anaknya, dia kenal kotak itu. Itu adalah kotak yang berisi surat-surat milik Iqram. Surat dan pemberian dari Qarina.

“Dia terjumpa dengan Qarina ke?” soal Mariam kepada menantunya. Hanya dua orang sahaja perempuan di dalam hidup anaknya, Qarina dan Balqis. Namun sebagai ibu, Mariam tahu anaknya lebih menyintai Qarina berbanding Balqis. Sebelum perkahwinan antara Balqis dan Iqram, Mariam pernah menasihati Iqram agar jangan tersilap membuat perhitungan. Namun Iqram tidak mahu mendengarnya, ketika itu dia hanya berkata yang dia tidak boleh terima apa yang Qarina buat padanya. Hingga kini dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Terkejut juga apabila Iqram menberitahu yang dia bercinta dengan Balqis, teman baik Qarina. Sejak dia tahu peristiwa itu, langsung dia tidak mendengar khabar berita dari Qarina. Kalau dulu Qarina sering sahaja menelefonnya bertanya khabar. Kadang-kadang Qarina akan ke rumahnya, memang dia senang dengan anak gadis itu walaupun ketika itu usianya hanyalah baru menjangkau 17 tahun.

“Kami ke Pulau Pinang bulan lepas, terserempak dengan Qarina,” cerita Balqis.

“Iya ke? Dia dah kahwin? Sihat ke dia?”

“Orang tua ni, macam yang tu pulak menantu dia. Lebih-lebih pulak.”Balqis hanya mampu berkata di dalam hati, dia tahu ibu mertuanya sering sahaja membandingkan dia dengan Qarina sejak dari 10 tahun yang dahulu.

“Dia sihat mak. Tak kahwin lagi. Tapi dah nak bertunang. Itu yang anak mak makan hati tu,” sindir Balqis.

“Iya ke?” jeling Mariam.

“Kalau mak nak tahu bakal tunang Qarina tu ialah Fareez.”

“Fareez? Fareez mana pulak ni?”

“Fareez, anak saudara mak. Anak Mak Lang Timah,” beritahu Balqis. Biar ibu mertuanya pulak makan hati, dia tersenyum sumbing melihat wajah terkejut ibu mertuanya.

Dengan segera Mariam mendapatkan Iqram yang kini berada di bahagian belakang rumahnya.

“Kau buat apa ni Iqram?” tanya Mariam, bila dilihatnya Iqram sedang mencangkung dengan di sebelahnya ada minyak tanah dan mancis.

“Nak bakar semua benda jahanam ni,” jawab Iqram dengan kasar.

“Kenapa? Selama ini tak pernah pulak kau nak bakar, bila mak suruh buang kau marah. Hari ni kau nak bakar pulak kenapa?”

“Mak, biarlah dia nak bakar semua barang-barang tu, lagi pun itu semua dah tak ada kena mengena dengan dia,” sampuk Balqis. Gembira rasa hari, akhirnya Iqram sudah nekad untuk melupakan Qarina.

“Bukan tak boleh tapi,” Mariam terhenti di situ, bimbang kata-katanya akan mengguris hati dan perasaan menantunya.

“Mak, ini barang saya. Memang saya nak bakar, dia dah tak ada kena mengena dalam hidup saya. Lagipun saya dah ada Balqis,” jawab Iqram. Balqis semakin bangga mendengarnya.

“Baguslah kalau macam tu, tapi jangan sebab kau cemburu yang dia nak bertunang dengan Fareez, baru kau nak bakar semua ni,” Mariam menyindir. Iqram sekadar mendiamkan diri, ini pasti Balqis yang memberitahu emaknya. Memanglah mulut perempuan langsung tidak boleh menyimpan rahsia.

“Balqis bawa mak masuk dalam boleh tak?” arah Iqram.

“Kenapa? Mak tak tahu masuk sendiri ke?” marah Mariam. Kakinya laju sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan Iqram dan isterinya.

“Awak pun masuk,” kali ini Iqram menyuruh Balqis.

“Balqis nak teman.”

“Masuk,” arah Iqram dengan tegas. Balqis merengus namun dia mengalah. Asalkan Iqram sudah mahu membakar kenangan dari Qarina itu sudah cukup baginya.

Iqram mengambil satu-persatu surat itu lalu dicampakkan ke dalam api yang sedang marak. Semarak hatinya ketika ini, tergamak Qarina menolak dia di saat dia benar-benar yakin yang dia tidak mampu hidup bahagia tanpa Qarina di sisi. Kemudian dia mengambil gambar Qarina yang berbaju kurung. Manis di atas batu di tepi air terjun. Dia menatap lagi wajah itu. Itu cinta pertamanya, dia tidak pernah menyintai wanita lain sebegitu rupa selepas Qarina. Sayangnya ketika Qarina berjauhan darinya, hatinya yang rindukan Qarina mula beralih arah kepada Balqis yang sentiasa ada di sampingnya. Pada awalnya dia sekadar ingin menyakiti hati Qarina malangnya dia terpaksa terus bersama dengan Balqis setelah Qarina membuat keputusan untuk melupakannya. Sangkanya dengan Balqis dia akan bahagia seperti bersama dengan Qarina malangnya lain pula yang berlaku.

“Qina, memang kau sudah lupakan aku. Sekarang aku akan lupakan kau. Kau jangan harap kau akan bahagia dengan Fareez. Cinta aku pada kau telah kau jadikan dendam,” Iqram meronyokkan gambar itu lalu dilemparkan ke dalam api. Api sedia marak itu bertambah-tambah maraknya. Semarak dendamnya kepada Qarina ketika ini. Balqis hanya melihat dari jauh, namun dia tidak pasti apa yang dirasakan sekarang ini. Memang itu yang dia mahukan, dia mahu Iqram lupakan Qarina, dia mahu singkirkan Qarina dari hati suaminya. Namun dia yakin Qarina masih lagi di hati Iqram . Dan kini hati Iqram seolah-olah telah mati dengan cinta.

Iqram melangkah masuk dengan muka yang merah padam. Mariam tidak menegur begitu juga dengan Balqis. Iqram mengambil segelas air sejuk, diteguknya dengan rakus. Kemudian dia menuang lagi, seolah-olah segelas air tadi belum cukup untuk meredakan marak di dalam hatinya. Kemudian dengan tidak semena-mena Iqram membaling gelas yang diminumnya ke atas lantai. Berderai kaca gelas itu, dia hanya merenung. Deraian kaca itu seumpama mewakili hatinya ketika ini. Terkejut Mariam dan Balqis.

“Kau ni kenapa Iqram? Dah gila?” tengking Mariam, puncak kesabarannya sudah hilang dengan sikap Iqram. Balqis hanya memandang dengan pandangan yang kosong.

Iqram tidak menjawab sebalik dia terus masuk ke dalam biliknya meninggalkan kaca-kaca yang berderai itu begitu sahaja.

“Kau kutip Balqis, dah laki kau yang campak, ingat rumah aku ni apa, tempat pembuangan kaca ke apa?” leter Mariam. Dia turut masuk ke dalam biliknya.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.