Sudahtiga
bulan Fareez bergelar jurutera di Setia
Holdings. Dia senang diterima oleh kakitangan syrikat itu, mungkin dek kerana
keramahan mulutnya dan dia juga seorang yang sering boleh dibawa bergurau.
Hanya Qarina yang kadangkala makan hati dengan gurauan Fareez yang sering kala
mencalar hati. Namun dia seboleh-bolehnya bersikap profesional. Tidak mahu
menunjukkan kepada semua yang dia memang berbulu dengan mamat poyo itu.
Langsung tidak tahu menghargai hati wanita andartu sepertinya. Biasalah
budak-budak, hanya itu sahaja yang tinggal untuk Qarina fikirkan tatkala mendengar
gurauan ‘kejam’ oleh Fareez.
Qarina membelek kalender kalau
diikutkan, minggu ini mungkin Balqis dan suaminya akan sampai ke Pulau Pinang.
Dia tidak berani membaca e-mail, malah e-mailnya sudah lama tidak di buka.
Biarlah ia bersawang dia laman web, nama pun laman sesawang.
“Kak, bos suruh akak temankan saya
pergi site,” Fareez memberitahunya.
“Apa barang pulak aku kena ikut kau pergi tapak? Tak pernah pun
aku ikut jurutera ke tapak pembinaan,” marah Qarina. Sudahlah hatinya gundah .
Di saat-saat hendak melayan lara jiwanya, mamat poyo ini pula yang datang
membawa berita.
“Entah, mana saya tahu kak. Bos
suruh bawak akak. Dia tunggu kat site
.”
Qarina menghempaskan pensilnya.
“Bila?” akhirnya Qarina mengalah,
mungkin ada perkara yang perlu dibincangkan oleh Firhad. Dia cuba berfikiran
positif.
“Sekaranglah, tak kan malam nanti
kot. Kalau malam-malam sah orang cakap kita pergi bercinta. Betul tak?”
“Kau ni kan ada sahaja jawapan kau
kan. Semuanya nyakitkan hati aku,” marah Qarina, namun dia hanya mampu
meluahkannya sendirian. Tidak berani diluahkan di hadapan Fareez. Bimbang andai
ada sahaja jawapan yang bakal diberikan oleh Fareez. Hubungannya dengan Fareez
memang berlainan jika hendak dibandingkan dengan hubungannya dengan Fatimah,
mama Fareez. Nampaknya memang Fareez mengikut tingkah mamanya, main cakap ikut
suka mulut sahaja. Antara kategori ibu mertua yang bukan pilihan hatinya.
“Kita pergi dengan kereta akak lah.
Kereta saya tak ada minyak,” sambung Fareez lagi.
“Kau ni memang suka pekena akak lah
Fareez. Nasib baik kau muda dari akak tau, kalau kau sama umur dengan akak, tak
pun tua dari akak. Memang dah lama akak ‘reject’ kau. Langsung tak ada dalam
senarai,” Qarina yang sudah tidak menahan sabarnya mula menyembur.
“Kenapa pula kak, Nabi Muhammad pun
jadi pilihan Khatijah untuk dijadikan suami. Umur kita bukan beza sangat pun.
Akak kalau nak jadi awek saya pun boleh. Nanti saya bagi borang, tapi nama akak
ke belakang sikit lah kalau nak dibandingkan dengan awek-awek yang kat luar
tu.”
“Nabi Muhammad lelaki pilihan. Bukan
macam kau. Kau yang ado.”
“Hish, kak. Akak tak kenal lagi saya
ni macam mana. Jejaka idaman Malaya. Kot kalau akak kenal, makan hati akak
kalau saya yang ‘reject’ akak,” selamba sahaja kata-kata yang diberikan oleh
Fareez.
“Sekarang ni pun aku dah makan hati
dengan kau,” bisik Qarina perlahan.
“Saya suka tengok akak marah. Akak
ni marah, tapi suka tunjuk-tunjuk tak marah. Itu yang saya suka tu. Naib baik
akak ni berumur dari saya, kalau tak dah lama saya ambik akak jadi kekasih hati
saya,” usik Fareez lagi.
“Malas akak nak layan kau. Jom kita
pergi. Nanti mengamuk pula bos tu. Dah lah kau tu belum disahkan jawatan lagi,”
Qarina mengalah, makin lama dilayan bertambah merana jiwa nuraninya.
“Macam
mana Qarina, awak rasa kita perlu tambah tak kerani untuk site tu. Banyak
sangat pekerja kat situ. Saya rasa Mahdi tak boleh nak buat lah kalau
sendirian,” Firhad menyatakan pendapatnya.
“Ikut suka bos lah,” jawab Qarina
bersahaja. Ingatkan ada kes besar yang memerlukan perhatian dari dia. Tidak
sampai lima minit dia sampai di tapak pembinaan itu, Firhad mengajak dia dan
Fareez untuk makan di Vistana Hotel. Puas dia memberikan alasan, tetapi Firhad
tetap mendesak. Tambahan pula Si Fareez dengan muka tidak malunya terus
memujuk. Dia akhirnya mengalah. Dia memandu sendirian, Fareez menumpang Firhad.
“Kalau setakat ikut suka hati bos,
tak payahlah susah payah bawa Kak Qarina,” sampuk Fareez.
“Kau makan aje lah, cakap banyak
pula,” jeling Qarina. Firhad tersenyum, aduhai senyumannya memang kalah Aaron
Aziz. Mahu naik lumpuh jantung Qarina. Sedang enak mereka membalas senyuman,
telefon Firhad berdering. Air muka Firhad segera berubah tatkala dia membaca
sesuatu di skrin telefon pintar miliknya.
“Saya minta diri dulu. Qarina makan
dengam Fareez aje. Orang rumah saya ada hal,” akui Firhad, sempat dia melihat
ke arah Qarina. Qarina berpura-pura tidak mendengar. Berat rasanya untuk
melihat Firhad pergi menemui isterinya.
“Tak apa bos, saya tak kisah.
Lagipun kalau saya tak makan, nanti rugi pula
duit bos,” jawab Fareez. Qarina mengelengkan kepalanya. Nampaknya lama
lagilah dia kena melayan kerenah mamat poyo yang sedang melahap. Entah
berapa minggu dia tidak makan, dia pun
tak pasti.
“Akak tak makan ke?” tegur Fareez,
bila dilihatnya Qarina tidak bangun untuk mengambil makanan.
“Tengok kau makan pun akak kenyang
Fareez.”
“Rugi kak, memang bestlah makan kat
sini,” puji Fareez.
“Mana tak best, makan free,” jawab Qarina.
“Tahu tak apa.”
Qarina terasa lapar pula apabila dia
melihat Fareez makan dengan bersunguh-sungguh. Dia bangun.
“Akak nak pergi mana tu?” tanya
Fareez.
“Nak ambil popia. Terliur pulak
tengok kau makan,” jawab Qarina.
“Duduklah, saya pergi ambil,” Fareez
bangun.
“Akak nak apa lagi?”
“Popia aje, nak tunjuk ‘gentleman’
lah tu,” tuduh Qarina.
“Nak layan princess,” jawab Fareez. Qarina
tergelak. Pandai juga budak ni ambik hati aku.
“Qarina?” Balqis menegur. Dari tadi matanya tertumpu pada pasangan
yang berada di hadapannya. Dia yakin itu Qarina. Sudah banyak kali dia
menghantar e-mail kepada Qarina, tetapi tidak di balas. Dia tahu Qarina pasti
makan hati mendengar khabar berita darinya.
“Balqis?” Qarina terpaku. Kecilnya
Pulau Pinang. Betulah macam kata orang, Pi mai pi mai tang tu juga.
“La, banyak kali aku hantar e-mail
kat kau. Kenapa tak jawab? Aku rindu sangat nak jumpa dengan kau,” kata Balqis.
Mereka kemudiannya berpelukkan.
“Aku terlupa password. Sebab tu tak
boleh bukak e-mail tu,” tipu Qarina. Huh, kenapa kat sini juga aku jumpa dengan
kau, bisik hati Qarina.
“Iqram ada kat sana. Kau dengan
suami ke?” Balqis bertanya.
“Er, tak lah aku tak kahwin lagi,”
jawab Qarina. Jawapan yang menjerat lehernya.
“Iya ke? Bahaya tu,” Balqis
bergurau. Maksudnya begitu dalam. Qarina tahu apa yang dimaksudkan oleh Balqis.
“Tak apa, aku tak kacau hak orang,”
sindir Qarina.
“Banyak ni sahaja yang ada,”
tiba-tiba Fareez menjelma. Qarina langsung tidak berfikir panjang. Ini
peluangnya. Untuk menunjukkan kepada Balqis yang dia sudah berpunya. Bukan
hanya kepada Balqis malah kepada Iqram juga.
“Em, tak apa lah. Ni pun dah cukup.
Fareez kenalkan, kawan saya, Balqis,” Qarina segera menarik baju Fareez.
“Balqis, ini bakal tunang aku.
Fareez Aiman,” Qarina memperkenalkan. Fareez terkejut. Mujur tiada sebarang
makanan di dalam mulut jika tidak harus semuanya tersembur keluar setelah
mendengar pengakuan maut dari Qarina.
“Fareez?”
“Balqis?”
“Balqis?” kali ini Qarina yang
terkejut maut.
“Qarina, alahai kecilnya dunia ni.
Kalau ini bakal tunang kau, maknanya kita akan jadi satu keluarga lah.”
“A’ hanya itu yang mampu keluar dari
mulut Qarina.
“Macam
mana boleh jadi macam ni?”
“Qarina,”
hati Qarina bertambah rawan setelah mendengar suara yang dirinduinya selama
ini. Suara itu sama seperti dulu. Suara yang pernah memanggil namanya dengan
manja dan penuh dengan kasih sayang.
“Iqram,” jawab Qarina. Air matanya
cuba ditahan. Walau bertahun masa berlalu, bertahun dia cuba merawat luka yang
ditinggalkan Iqram. Akhirnya dia akur, hatinya masih mendambakan lelaki itu.
Dia tidak berani menoleh, tidak mahu untuk terus menatap wajah Iqram.
“Iqram, kan saya dah cakap, kita
pasti jumpa dengan Qarina. Awak aje yang tak percaya. Bukan Qarina sahaja, kita
juga jumpa dengan bakal tunang Qarina, teka siapa?” ujar Balqis. Dia tahu
perasaan suaminya dan Qarina tetapi berpura tidak faham. Sengaja dia ingin
perkenalkan siapa bakal tunang Qarina kepada suaminya. Biar suaminya makan
hati.
“Iqram,” Fareez bersuara.
“Fareez? Kau buat apa kat sini?”
tanya Iqram. Dia ingin melihat siapa yang berjaya mengantikan tempatnya di hati
Qarina.
“Iqram, inilah bakal tunang Qarina.
Fareez, anak Mak Lang Timah. Sepupu kita,” Balqis memberitahu hal itu kepada Iqram.
“Fareez?” Iqram seolah-olah tidak
percaya dengan apa yang didengarinya. Setahunya sepupunya itu lebih muda dari
mereka. Lebih kurang empat tahun.
“Kau buat apa kat sini? Kau kenal..”
belum sempat Fareez bertanya Qarina mengambil tas tangannya. Dia pergi. Hatinya
sakit. Dia ingin menyakiti hati Iqram dengan mengaku Fareez bakal tunangnya,
tetapi perkara yang lain pula berlaku. Fareez sepupu Iqram? Memang padan pun,
patutlah perangai Fareez lain macam. Patutlah sikap Fareez mengingatkan dia
pada Iqram, rupanya mereka ada pertalian darah.
“Qarina? Dia bekas buah hati Iqram,”
kata Balqis.
“Balqis!”
“Aku tak ada apa dengan dia. Kawan
sekolah aje. Kau buat apa kat sini, Fareez?”
“Aku kerja kat sini. Kerja dengan Qarina.”
“Kawan kerja ke? Kenapa dia mengaku
bakal tunang?” sinis suara Balqis.
“Err, going to be,” jawab Fareez.
“Alahai
kenapa pulak dah aku yang nak kena menipu ni.”Bisik hati Fareez. Dia
seperti hendak menghantukkan kepalanya.
“Aku tak tahu pun kau kerja kat
sini,” ujar Iqram. Namun nampak jelas matanya melilau mencari sesuatu. Mungkin
mencari kelibat Qarina.
“Okeylah, Iqram. Aku gerak dulu.
Nanti dia tunggu aku pulak,” Fareez meminta diri. Dia mengambil telefon
bimbitnya, didailnya nombor Qarina.
Qarina
mengesat saki baki air mata yang telah mengalir membasahi pipi gebunya. Fareez
berada di sebelah hanya diam seribu bahasa. Qarina memandu laju menyusuri jalan
menuju ke Taman Belia. Fareez tidak membantah walaupun hatinya melonjak-lonjak
ingin mengetahui kenapa Qarina mengaku dia sebagai bakal tunangnya.
Lima belas minit mereka hanya
membisu.
“Maaf,” akhirnya Qarina memecahkan
kebisuan antara mereka.
“Sebab?”
“Sebab tinggalkan kau tadi. Akak tak
nak buat apa”
“Kalau saya tak telefon akak tadi,
naya aje kena naik bas rapid,” Fareez cuba berseloroh. Qarina cuba ketawa,
tetapi nampak sangat janggal. Kemudian Qarina melepaskan ikatan rambutnya,
Fareez melihat. Hari ini dia melihat Qarina dari sudut yang lain. Melihat air
mata Qarina, melihat cara Qarina mengesat air matanya membuatkan hatinya
tersentak, betapa lembutnya hati gadis itu.
“Kenapa mengaku saya sebagai
tunang?” Fareez terus bertanya.
“Akak minta maaf. Akak
sebenarnya...” kata-kata Qarina mati di situ.
“Akak tak tahu Fareez sepupu Iqram.
Akak minta maaf. Tak guna nak cakap apa. Dia pun dah tahu siapa kita kan.”
“Akak memang ada hubungan dengan Iqram?
Balqis tahu?”
“Cerita lama Dik, cerita dah basi.”
“Jangan panggil adik lah, naik geli
saya,” ujar Fareez. Dari gerak geri Qarina, Iqram dan Balqis dia tahu ada kisah
antara mereka bertiga. Qarina menarik nafas yang panjang. Nampaknya terpaksa
juga dia berhadapan dengan situasi ini. Mesej telefon bimbit Fareez berbunyi.
“Qarina okey ke Fareez?” Fareez
membaca mesej dari sepupunya. Sengaja dia membaca dengan kuat.
“Nak suruh saya jawab apa?” tanya
Fareez.
“Jawab aje, dia okey. Lepas tu suruh
dia pergi mampus,” kata Qarina.
“Tak kan saya nak cakap macam tu
kot. Tahu tak mulut Balqis tu macam mana? Lepas ni kecoh lah satu famili, saya
bercinta dengan bekas awek Iqram,” kata Fareez.
“Akak minta maaf Fareez. Akak tak
bermaksud macam tu. Fareez beritahu kat dia, yang akak tipu sahaja. Kenapa lah
akak ni bodoh sangat tadi,” marah Qarina pada dirinya sendiri.
“Masalahnya saya termengaku tadi.
Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Naib baik akak ni kira
cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dah lah makan tak
kenyang,” luah Fareez.
“Yang kau mengaku kenapa? Sakitlah
dengan kau ni,” Qarina mula naik angin. Fareez tidak menjawab dia pun hairan
kenapa dia mengakui dengan apa yang disampaikan oleh Qarina kepada Balqis dan Iqram.
Belum sempat dia menyambung
kata-kata Qarina, telefonnya berbunyi.
“Alamak kak, mama saya telefon.
Jangan-jangan Balqis dah beritahu pada orang tua tu tak?” Fareez semakin
mengelabah, bukan boleh dikira sangat mulut tempayan milik Balqis.
“Habis tu nak buat apa?” Qarina
turut tidak menentu. Inilah yang dikatakan orang, lari dari mulut harimau masuk
ke mulut buaya.
Fareez terpaksa menjawab setelah dua
kali panggilan dari mamanya dibiarkan begitu sahaja.
“Assalamualaikum mama,” Fareez
memberi salam.
“Kau ada hubungan dengan Qarina ke?”
Fatimah terus menyerbu. Sebentar tadi Balqis menelefonnya memberitahu yang dia
terserempak dengan Fareez dan bakal tunangnya. Terkejut juga dia apabila
mendengar hal itu, setahunya anaknya hingga kini langsung tidak maklumkan
apa-apa pada dia. Dan bila Balqis menyebut nama Qarina, hatinya sedikit lega.
Entah kenapa, dia memang senang dengan Qarina. Sikapnya matang, suka tersenyum
dan yang paling penting sanggup melayan kerenahnya, sanggup mendengar keluhan
hati tuanya.
“Hubungan apa pulak ni mama,” Fareez
cuba berselindung.
“Tadi Reez ada jumpa dengan Balqis
dengan Iqram ke? Balqis telefon mama, katanya dia terserempak dengan Reez.
Katanya Reez dengan bakal tunang. Terkejut mama, nak,” cerita Fatimah.
“Bila dia sebut nama Qarina, mama
pun mengaku aje lah. Mama pun berkenan dengan Qarina tu. Ada pendidikan, pandai
ambil hati mama,” sambung Fatimah lagi.
“Mama ni, mana ada. Balqis tu
main-main aje lah. Lagipun dia tu kan tua dari saya,” Fareez memperlahankan
suaranya, bimbang jika-jika Qarina terdengar. Qarina menjeling.
“Hish,
okey lah tu, Rita Rudaini dengan bekas suami dia tu pun lagi banyak beza.
Lagipun mama rasa Mak Teh kamu dah tahu. Mesti Balqis beritahu dia, bila nak
balik bincang?”
“Ya
ALLAH mama ni. Sampai ke situ fikirnya. Okeylah, Reez ada kerja. Assalamualaikum,”
dengar segera Fareez mematikan talian. Dia kemudiannya berpaling ke arah Qarina.
“Mampus,”
kata Fareez.
“Mama
kau dah tahu?” tanya Qarina.
“Ha,
dia dah telefon. Hampehlah Balqis ni. Silap hari bulan pada mak mertua dia pun
dia cerita. Huh,” marah Fareez.
“Habis
tu mama kau cakap apa?”
“Cakap
apa? Seronok dia nak dapat menantu,” jawab Fareez bersahaja.
“Seronok?”
Qarina kehairanan. Aik, macam ni pun boleh seronok, fikirnya sendiri. Kemudian
dia tersenyum.
“Ni
sengih-sengih laksana kerang ni apa hal?” tegur Fareez.
“Kalau
dah mama setuju, kita apa lagi, on aje lah,” kali ini Qarina mengusik Fareez.
Selama ini dia selalu makan hati dengan lawak mamat poyo di hadapannya. Kali
ini rasakan lawak maut darinya.
“Gila,
tua tu. Tak nak lah saya kahwin dengan orang tua,” Fareez berkata tanpa
mempedulikan perasaan Qarina.
“Kau
cakap aku tua, kurang asam jawa punya budak,” Qarina terus memukul Fareez
dengan tas tangannya.
“30
tahun, tua lah tu,” Fareez mempertahankan dirinya. Qarina menarik muka masam.
Tidak pernah ada lelaki yang memanggilnya dengan gelaran tua.
“Iyalah,
akak dah tua. Akak pun tak nak kahwinlah dengan kau, dah lah poyo, perangai
macam budak-budak. Nama aje jurutera tapi tak matang langsung. Kau tengok kau
punya pakaian. Ni budak-budak kolej aje pakai macam ni,” kata Qarina.
“Okeylah
ni, orang muda pakai macam ni. Nak bandingkan saya dengan bos, mestilah macam
langit dengan bumi. Dia tu dah senja, saya ni muda belia,” Fareez
mempertahankan dirinya lagi.
“Dah,
aku tak nak dengar benda-benda tu semua. Sekarang kau telefon mak kau, beritahu
dia yang aku main-main aje tadi. Silap hari bulan mak kau dah tempah pelamin.
Jangan-jangan siap dengan mak andam lagi. Maklumlah bukan senang nak dapat
menantu macam akak ni tau.”
“Iyalah,
tadi menangis bagai, sekarang ni garang. Memang perangai macam ek, suka tukar
karektor?”
“Tadi
tsunami. Sekarang dah reda. Kau selalu dengar taufan Katrina kan, jangan sampai
taufan Qarina pula yang melanda.”
Qarina
menghidupkan kembali enjin keretanya. Kalau tadi marahnya pada Balqis dan Iqram
kini melarat pada Fareez pula yang secara terang-terangan suka mempermainkan
hatinya.