Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,056
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

Mata Balqis sudah naik bengkak kerana asyik menangis. Mungkin ini pembalasan untuknya kerana pernah menyakiti hati Qarina. Dia menangis lagi, tapi Qarina yang bersalah. Qarina bukan ikhlas menyintai Iqram. Qarina hanya mempergunakan Iqram, lelaki sebaik Iqram tidak boleh bersama dengan Qarina. Tetapi dia. Dia menyintai Iqram setulus hati, melihat perhatian dan kasih yang Iqram curahkan kepada Qarina hatinya bertambah cemburu. Kasih dan cintanya pada Iqram semakin bertambah dari hari ke hari. Walaupun dia sedar, Iqram menerimanya hanya atas dasar simpati. Dia sedar Iqram memilihnya kerana Qarina. Dia tidak peduli asalkan dia berjaya mendapatkan Iqram. Dia yakin lama-kelamaan Iqram akan menyintai dirinya sebagai mana Iqram menyintai Qarina. Dia yakin suatu hari nanti hati Iqram akan menjadi miliknya sendiri. Tetapi 10 tahun telah berlalu, hati Iqram tetap pada Qarina, buktinya tengok lah apa yang berlaku kini. Iqram meninggalkannya semata-mata untuk bersama-sama dengan Qarina. Balqis menangis lagi. Tangisanya terhenti apabila kedengaran suara orang mengetuk pintu biliknya. Balqis menyapu air matanya, dia bangun dan menuju ke pintu. Di bukanya perlahan pintu itu. Iqram?

“Maaf,” hanya itu yang keluar dari mulut Iqram.

Maaf? Pasti Iqram kecewa sekarang ini. Wajahnya muram, mungkin Qarina mengecewakannya sekali lagi. Balqis melihat tepat ke wajah suaminya.

“Dia memang penipu,” luah Iqram. Hatinya menjadi sakit mengingatkan apa yang berlaku di hospital tadi.

“Saya dan beritahu. Tapi awak tak pernah percaya. Lupakan dia Iqram, lupakan dia,” Balqis memujuk. Melihat keadaan Iqram, hatinya menjadi sejuk. Dia tidak tegar melihat Iqram bersedih. Iqram mengelengkan kepalanya. Nampak jelas wajah kecewanya. Balqis terus memeluk suaminya. Sesekali dia tidak akan melepaskan Iqram. Iqram membalas pelukan dari isterinya walaupun di mindanya kini hanya ada Qarina.

Fareez melihat ke arah jam tangannya, sudah pun menghampiri jam 9 malam. Dia tidak menghubungi Qarina mahu pun Iqram. Otaknya masih ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh Iqram. Nak percaya? Entahlah sukar hatinya untuk menerima kata-kata dari Iqram. Andai benar, perghh, memang hebat gadis yang bernama Qarina. Namun dari gerak geri dan mata Qarina jelas menunjukkan bahawa dia masih lagi cintakan Iqram. Kemudian fikirannya melayang-layang pula kepada Qarina, tertanya-tanya di benaknya apa yang dilakukan oleh Qarina ketika ini. Mujur esok cuti umum di Pulau Pinang, dia mahu memberitahu teman sepejabat namun ditegah oleh Qarina. Pada ahli keluarganya pun dia melarang. Tidak mahu menyusahkan mereka. Bagaimana seorang gadis seperti itu sanggup melukakan hati seorang lelaki? Fareez termenung lagi, namun tidak lama. Matanya tidak sabar untuk menatap wajah comel milik Qarina. Dia dengan segera mencapai beg sandangnya, dimasukkan keperluan peribadi, i pad dan juga PSP.

Bangku empuk itu di tarik perlahan lalu diletakkan di sebelah katil Qarina. Qarina yang sedang terlena langsung tidak terganggu. Mukanya sudah kelihatan biasa namun masih lagi kemerah-merahan. Mungkin kesan dari pembengkakan. Fareez mengeluarkan PSP, bunyi PSP itu diperlahankan agar tidak menganggu lena Qarina. Dia perlu memastikan Jin Kazama mencapai tahap Master pada malam ini.

Qarina membuka matanya dengan perlahan ketika jururawat mengerakkan badannya untuk mengambil suhu dan tekanan darahnya. Terperanjat dia apabila melihat seorang lelaki yang tidur di atas bangku di sebelah katilnya. Fareez? Tanyanya sendiri.

“Lama dah ke dia datang sini?” soal Qarina kepada jururawat yang bertugas. Dia melihat ke arah jam yang cantik terletak di dinding yang berwarna merah jambu. Sudah pun pukul 12 tengah malam.

“Lama dah kot. Maaf ye Cik Qarina kami kena ambil tekanan darah dan suhu. Lepas ni boleh tidur balik,” kata jururawat itu. Qarina menganggukkan kepala.

Usai menjalankan tugasnya, jururawat itu terus berlalu, lampu kamar peribadi itu di malapkan. Tetapi pintu tidak ditutup, bimbang kalau-kalau ada penghuninya yang memerlukan bantuan. Qarina menoleh ke arah Fareez yang sedang terlena. Dia tersenyum. Di amati wajah itu dalam-dalam. Kemudian baru dia perasaan ada iras Iqram di wajah itu. Ini kali pertama seorang lelaki mengambil berat tentang dirinya selepas Iqram. Hatinya mengeluh ketika nama Iqram terlintas di benaknya. Walau apa yang berlaku dia tidak akan bersama kembali dengan Iqram, dia nekad dengan apa yang dilafazkannya. Dalam asyik dia merenung wajah Fareez tiba-tiba Fareez bergerak. Dengan segera Qarina terus memejamkan matanya, dia tidak mahu Fareez tahu yang dia sedang merenung wajahnya.

“Buat-buat tidur pulak,” kata Fareez. Qarina mengerutkan dahinya. Matanya di buka perlahan. Berpura-pura seolah-olah baru tersedar dari lenanya.

“Fareez, bila sampai?”

“Tanya pulak ke, habis tadi yang main tenung-tenung tu apa?”

“Tenung? Tenung apanya?” Qarina mengelak.

“Elleh, nak tipu lah tu. Jatuh cinta dah kan?” usik Fareez.

“Dah lah nak tidur ni, pergilah balik. Menyibuk aje,” Qarina sudah menjadi tidak tentu arah.

“Menyibuk? Bukan rindu ke? Kita kan sedang bercinta sekarang ni?” Fareez mengingatkan Qarina.

“Cerita dah habis. Iqram pun dah blah, dia kan cakap nak lupakan saya. Jadi, cerita dah tamat. Cinta kita pun dah berakhir,” ucap Qarina.

“Masalah awak dah selesai, habis tu masalah saya macam mana?”

“Masalah apa lagi ni dik. Akak dah pening lah,” memang Qarina bertambah pening. Pening dengan dirinya, pening dengan sikap Fareez. Kenapa dia semakin menyenangi dengan kehadiran Fareez. Sepatutnya dia ketika ini harus terus makin hati kerana Iqram. Namun sekarang ini apa yang pasti, dia seolah-olah langsung tidak fikirkan Iqram jauh sekali untuk rasa simpati kepada lelaki itu. Adakah perasaan selama 10 tahun yang tersimpan terhadap Iqram hilang begitu sahaja. Hilang dengan sekelip mata. Baru dua hari dia main-main cinta dengan Fareez, tak kan pula cintanya pada Iqram terus pupus.

“Lagi sekali awak panggil saya adik, terus saya masuk meminang awak betul-betul, nak? Adik-adik,” marah Fareez.

“Janganlah masuk minang. Kita tak serasilah, saya ni kan dah tua, awak juga yang cakap. Sekarang nak masuk meminang pulak. Tak malu kahwin dengan orang tua,” sengaja Qarina memulangkan paku buah kerasa kepada Fareez. Bukan salahnya pun memang Fareez selalu berkata begitu.

“Itu masa belum bercinta, sekarang ni kan tengah bercinta. Kalau hati dah sayang, racun pun dikata coklat.” Qarina mengerutkan dahinya, memang pandai betul Fareez menyusun kata-kata, mungkin dia ni penulis sambilan.

“Banyaklah kau punya cinta. Dah lah pergi lah balik, malam dah ni. Ingat sehari dua nak ambil M.C. Awak jangan gatal-gatal mulut sampaikan berita tentang saya kat pejabat tu,” pesan Qarina.

“Awak ni memang tak tetap pendirianlah, sekejap saya, sekejap awak, sekejap aku, kau. Sekejap akak. Yang mana satu betul ni? Nak bercinta ke tak nak ni?”

“Dia ni kan, betul ke tak betul ni?”

“Ialah, bercinta aje lah. Hish, menyusahkan otaklah minta tolong dengan dia ni,” rungut Qarina. Aduhai, macam manalah dia boleh terfikir untuk kenalkan Fareez sebagai bakal tunangnya. Kalau dia tahu begini jadinya, sampai bila-bila pun dia sanggup di gelar andartu. Memeningkan kepala hendak melayan kerenah si poyo ni. Ini baru dua hari, kalau setahun, dua tahun mahu pusing kepalanya.

“Okey, kalau macam tu kita buat cara orang bercinta. Saya tak pernah bercinta tau,” Fareez mengaku.

“Hem,” jawab Qarina ringkas.

Memang dah tahu pun, perangai macam ni perempuan manalah yang nak, aku ni sebab terpaksa aje, nasib baik berlakun, kalau betul-betul dah lama kena reject. Cakap ikut sedap mulut sahaja.

“Jadi ajarlah cara bercinta,” selamba sahaja Qarina mendengar kata dari Fareez.

“Esok aje lah, Nak tidur lah ni. Awak pergi balik,” Qarina sekali lagi memberikan arahan kepada Fareez.

“Tak nak, saya tidur sini.”

“Apa hal pulak nak tidur sini,” marah Qarina.

“Saja, nak kira berapa gelen air liur basi awak keluar masa tidur,” mendengarkan hal itu terus sahaja Qarina memusingkan badannya.

“Pusing belah sana pula, jaga-jaga saya kat belakang ni. Nanti terkentut pulak,” selamba badak sahaja Fareez mengusik Qarina.

“Ya ALLAH kenapalah mamat poyo ni. Memang dah tak ada lelaki lain dalam dunia yang fana ni.”

“Fareez saya nak tidur, awak pergilah balik,” Qarina menjadi semakin marah. Memang sakit hatilah mendengar kata-kata Fareez.

“Tidurlah, bukan saya kacau pun. Saya cuma pesan. Pesan pun salah, dah pusing ke sana.”

“Sabar aje lah, sampai bila kita nak bercinta ni?” mati akal Qarina dibuatnya.

“Tengoklah nanti, tidurlah. Nak suruh nyanyi ke?”

“Suka hati lah, nak nyanyi ke, nak melalak ke,” Qarina mengalah, kalau di layan Si Fareez ni, empat hari empat malam pun belum tentu habis. Fareez terus tersenyum. Dia tahu Qarin pasti bengang dengannya.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.