Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,042
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 24

Ya ALLAH, aku tidak menolak bila dia dijodohkan untuk ku. Aku yakin dengan apa yang KAU tuliskan buat ku. Perkahwinan antara aku dengan dia tanpa di duga sebenarnya menunjukkan betapa Kau menyayangi aku. Sekurang-kurang aku dengan dia sudah dalam keadaan yang halal. Aku bersyukur pada mu YA ALLAH. Aku memohon pada Mu, berkatilah rumahtangga yang baru di bina. Wujudkanlah rasa kasih dan sayang antara kami. Semaikanlah cinta dalam hati kami. Jauhkan kami dari semua dengki dan khianat. Amin, Ya rabbal alamin.”

Qarina mendengar satu- persatu doa yang di sebut Fareez. Air matanya mengalir, dia sedar Fareez bangun awal untuk solat subuh. Dia terjaga apabila lampu bilik tidur di buka perlahan. Sejak dari detik itu dia hanya melihat Fareez menunaikan solat subuh. Suasana yang hening, subuh yang damai dengan doa dari Fareez benar-benar membuatkan jiwa Qarina merasa sebak. Hingga kini dia tidak melihat hikmah di sebalik apa yang berlaku kepada dirinya. Sebelum ini dia tidak menunaikan solat dengan sempurna, dia hanya mengadap Penciptanya di kala dia resah. Tetapi sejak dia bergelar isteri Fareez solatnya terjaga. Fareez mungkin muda dari segi usia, mungkin agak poyo, agak gila-gila orangnya tapi Fareez matang dalam membuat keputusan, tidak seperti dirinya.

Qarina tidak sedar bila dia turun dari katil dan mengadap Fareez. Sedar-sedar dia sudah pun berada di hadapan Fareez, di atas sejadah.

“Kenapa pulak ni? Pagi-pagi menangis?” pertanyaan Fareez, seolah-olah baru membuatkan Qarina sedar. Panik seketika Fareez melihat keadaan Qarina.

“Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Saya tahu banyak perbezaan antara kita. Saya sedar saya bukanlah isteri yang sempurna buat awak Fareez. Tapi awak tetap terima saya setelah apa yang keluarga saya lakukan. Saya bukanlah perempuan yang baik, tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk awak,” kata Qarina dalam sendu. Dia mencapai tangan Fareez, dia mengucup tangan suaminya. Di saat ini dia berjanji pada diri sendiri, dia akan lupakan Iqram. Dia akan belajar untuk menerima Fareez, akan belajar untuk menyintai Fareez sepenuh hatinya. Dia sudah tidak mahu memikirkan apa yang dikatakan orang, dia hanya mahu Fareez.

“Qarina, kita belajar untuk bercinta. Saya tahu awak cintakan Iqram. Tapi sediakan sedikit ruang di hati awak untuk cinta saya. Awak tahu kenapa ALLAH cepatkan jodoh kita, kerana ALLAH mahu kita berada di dalam nikmat cinta yang diredhai-Nya.”

“Saya ingat awak poyo aje selama ni,” akui Qarina.

“Poyo bukan sebarang poyo tau. Tapi saya nak minta tiga perkara dari awak.”

“Apa dia?”

“Pertama, saya nak semua orang tahu fasal kita. Saya tak tahan tengok Firhad tu. Nanti tak fasal-fasal antara kami ada yang masuk ICU. Yang kedua, saya nak awak panggil saya abang, barulah saya rasa lebih tua dari awak dan yang ketiga,” Fareez berhenti seketika.

“Apa dia?” tidak sabar Qarina untuk mendengar permintaan suaminya yang ketiga.

“Yang ketiga, bangun pagi tu. Mandi dengan gosok gigi dulu baru bercakap. Busuk lah bau mulut tu,” kata Fareez. Qarina yang mendengar secara spontan terus memukul bahu suaminya.

“Poyo,” marah Qarina. Terus sahaja dia bangun dan melangkah pergi dengan muka yang masam. Mana dia tidak marah, baru sahaja hendak beromantis Fareez sudah hilangkan moodnya. Fareez hanya ketawa melihat langkah isteri yang laju sahaja mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Pasti Qarina akan menarik muka 14 lagi.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.