Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,044
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
EDISI WORLD CUP

KRING!!!!Bunyi jam loceng memecah kedamaian . Fareez membuka matanya dengan perlahan. Tangannya dengan laju terus menekan butan untuk mematikan bunyi jam loceng itu. Bimbang bunyi itu akan mengejutkan isterinya yang sedang tidur lena. Fareez bangun dengan perlahan.

“Dah pukul 2:50. Huh mengantuknya,” Fareez bersuara sendiri. Sejak bermulanya musim bola sepak piala dunia rasanya dia adalah diantara mereka yang sanggup berjaga di subuh hari semata-mata menyaksikan perlawanan itu.

“Pukul berapa dah bang?” tiba-tiba Qarina bersuara. Bunyi jam loceng itu tadi bukan hanya mengejutkan Fareez malah juga mengejutkan dirinya. Sejak ada piala dunia tidurnya pun turut sama tergugat.

“Er,, 2:50 pagi. Tidur lah dulu.”

“Abang bangun nak buat qiyamulai ke?” Qarina kemudiannya memejam kembali matanya sambil tersenyum. Rasakan. Bangun subuh hari nak tengok bola laju sahaja dia bangun. Kot kalau nak buat amal ibadat tak apa lah jugak. Ini tidak bangun semata-mata nak tengok perlawanan bola sepak. Buang masa.

“Hish, dalam mamai pun sempat lagi kenen kat aku,” getus Fareez sendiri.

“Alamak. Dah siang.!” Qarina terjaga apabila sinar mentari mula menerjah masuh melalui celah-celah tingkap. Dia melihat ke sebelah kirinya. Fareez tiada di katil. Dia bangun tergesa-gesa. Bilik air kosong. Dan apabila dia melihat ke ruang tamu kelihatan Fareez yang sedang terlena di atas sofa.

“Abang. Bangun. Dah pukul 8 dah ni,” Qarina mengerakkan badan Fareez.

“Ngantuk,” jawab Fareez perlahan.

“Abang. Subuh dah lama dah habis ni.”

“Abang dah solat tadi.”

“Kenapa tak kejutkan orang? Hish abang ni. Lain kali kunci lah balik jam loceng tu. Menyusahkan orang je lah.”

“Dah pergi solat dulu. Bising apa kat sini. Abang dah kejut tadi. Ingatkan awak bangun,” jawab Fareez sambil matanya masih lagi terpejam rapat. Hanya mulut sahaja yang berbunyi.

“Cepat lah wei, pagi ni abang kena pergi site. Bangun lah. Abang pakai bilik air kat dapur.” Kata Qarina sambil meletakkan tuala di atas perut Fareez.

“Emm.”

Qarina terus masuk ke bilik. Sejak musim piala dunia ni sudah 2 hari berturut-turut dia dan Fareez lambat ke tempat kerja. Mereka berdua masih lagi bekerja di Setia Holdings.

“Abang, bangun lah. Pergi kerja.”

Fareez masih lagi atas sofa. Masih lagi terlena.

“Itu lah, tengok lagi bola.Bangun pagi-pagi bukan nak buat solat tahajud ke, solat hajat ke, Qiyamulai ke. Bangun tengok bola yang tak ada faedah. Lepas tu mengantuk. Dah dua hari tau kita lambat pergi kerja. Hari ni abang kena pergi site. Bangun lah cepat,” leter Qarina.

“Alah, abang cuti je lah.”

“Sedapnya. Bangun!” kali ini suara Qarina sudah semakin meninggi. Dia menarik tangan suaminya.

“Sayang approvekan cuti abang yer. Abang mengantuklah. Tak larat nak pergi kerja.”

“Tengok bola pukul 3 pagi larat pulak? Bangun!”

“Ala masa ni lah gunanya kalau bini kerja kat bahagian admin. Abang cuti ek.”

“Nak cuti? Hari ni ada staff baru masuk. Janda anak dua. Rugi lah kalau abang cuti hari ni.”

“Janda anak dua? Kenapa tak bagi tau awal.” Laju je tangan Fareez mencapai tuala mandi.

“Sebut janda je laju.”

“Abang tak boleh janda-janda ni. Ada pengalaman kawin dengan janda.” Qarina menjeling mendengar kata-kata suaminya. Kenen kat dia lah tu.

“Mak Nah, ini Fareez. Jurutera kat sini. Merangkap suami saya,” Qarina memperkenal tea lady yang baru kepada Fareez.

“Mak Nah,” tegur Fareez. Mak Nah hanya memberikan senyuman. Qarina menghampiri suaminya sambil bercakap perlahan.

“Inilah janda anak dua,” Fareez hanya menjeling. Hampeh.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.