KRING!!!!Bunyi
jam loceng memecah kedamaian . Fareez membuka matanya dengan perlahan.
Tangannya dengan laju terus menekan butan untuk mematikan bunyi jam loceng itu.
Bimbang bunyi itu akan mengejutkan isterinya yang sedang tidur lena. Fareez
bangun dengan perlahan.
“Dah pukul 2:50. Huh mengantuknya,”
Fareez bersuara sendiri. Sejak bermulanya musim bola sepak piala dunia rasanya
dia adalah diantara mereka yang sanggup berjaga di subuh hari semata-mata
menyaksikan perlawanan itu.
“Pukul berapa dah bang?” tiba-tiba
Qarina bersuara. Bunyi jam loceng itu tadi bukan hanya mengejutkan Fareez malah
juga mengejutkan dirinya. Sejak ada piala dunia tidurnya pun turut sama
tergugat.
“Er,, 2:50 pagi. Tidur lah dulu.”
“Abang bangun nak buat qiyamulai
ke?” Qarina kemudiannya memejam kembali matanya sambil tersenyum. Rasakan.
Bangun subuh hari nak tengok bola laju sahaja dia bangun. Kot kalau nak buat
amal ibadat tak apa lah jugak. Ini tidak bangun semata-mata nak tengok
perlawanan bola sepak. Buang masa.
“Hish, dalam mamai pun sempat lagi
kenen kat aku,” getus Fareez sendiri.
“Alamak.
Dah siang.!” Qarina terjaga apabila sinar mentari mula menerjah masuh melalui
celah-celah tingkap. Dia melihat ke sebelah kirinya. Fareez tiada di katil. Dia
bangun tergesa-gesa. Bilik air kosong. Dan apabila dia melihat ke ruang tamu
kelihatan Fareez yang sedang terlena di atas sofa.
“Abang. Bangun. Dah pukul 8 dah ni,”
Qarina mengerakkan badan Fareez.
“Ngantuk,” jawab Fareez perlahan.
“Abang. Subuh dah lama dah habis
ni.”
“Abang
dah solat tadi.”
“Kenapa
tak kejutkan orang? Hish abang ni. Lain kali kunci lah balik jam loceng tu.
Menyusahkan orang je lah.”
“Dah
pergi solat dulu. Bising apa kat sini. Abang dah kejut tadi. Ingatkan awak
bangun,” jawab Fareez sambil matanya masih lagi terpejam rapat. Hanya mulut
sahaja yang berbunyi.
“Cepat
lah wei, pagi ni abang kena pergi site. Bangun lah. Abang pakai bilik air kat
dapur.” Kata Qarina sambil meletakkan tuala di atas perut Fareez.
“Emm.”
Qarina
terus masuk ke bilik. Sejak musim piala dunia ni sudah 2 hari berturut-turut
dia dan Fareez lambat ke tempat kerja. Mereka berdua masih lagi bekerja di
Setia Holdings.
“Abang,
bangun lah. Pergi kerja.”
Fareez
masih lagi atas sofa. Masih lagi terlena.
“Itu
lah, tengok lagi bola.Bangun pagi-pagi
bukan nak buat solat tahajud ke, solat hajat ke, Qiyamulai ke. Bangun tengok
bola yang tak ada faedah. Lepas tu mengantuk. Dah dua hari tau kita lambat
pergi kerja. Hari ni abang kena pergi site. Bangun lah cepat,” leter Qarina.
“Alah,
abang cuti je lah.”
“Sedapnya.
Bangun!” kali ini suara Qarina sudah semakin meninggi. Dia menarik tangan
suaminya.
“Sayang
approvekan cuti abang yer. Abang mengantuklah. Tak larat nak pergi kerja.”
“Tengok
bola pukul 3 pagi larat pulak? Bangun!”
“Ala
masa ni lah gunanya kalau bini kerja kat bahagian admin. Abang cuti ek.”
“Nak
cuti? Hari ni ada staff baru masuk. Janda anak dua. Rugi lah kalau abang cuti
hari ni.”
“Janda
anak dua? Kenapa tak bagi tau awal.” Laju je tangan Fareez mencapai tuala mandi.
“Sebut
janda je laju.”
“Abang
tak boleh janda-janda ni. Ada pengalaman kawin dengan janda.” Qarina menjeling
mendengar kata-kata suaminya. Kenen kat dia lah tu.
“Mak
Nah, ini Fareez. Jurutera kat sini. Merangkap suami saya,” Qarina memperkenal
tea lady yang baru kepada Fareez.
“Mak
Nah,” tegur Fareez. Mak Nah hanya memberikan senyuman. Qarina menghampiri
suaminya sambil bercakap perlahan.
“Inilah
janda anak dua,” Fareez hanya menjeling. Hampeh.