Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,921
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 3

Hanita keluar dari bilik dengan membawa beg besar sambil diperhatikan oleh Kamal dengan seribu persoalan di dada.

“ KAU nak ke mana dengan beg besar ini?” Tanya Kamal.

“ Aku nak keluar,” kata Hanita langsung tidak memandang kepada Kamal.

Kamal begitu terkejut dengan bicara Hanita itu. Terus sahaja dia memegang bahu Hanita supaya menghadapnya.

“ Nita nak ke mana?” Tanya Kamal lembut.

“ Nita nak keluar dari rumah ini!” Kata Hanita masih tidak sudi memandang ke arah suaminya.

“ Nita nak keluar ke mana? Inikan rumah kita,” kata Kamal masih mahu memujuk. Dia tidak pernah menyangka yang Hanita akan membuat keputusan begini. Sangkanya Hanita amat mencintainya dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuknya.

“ Nita nak keluar dari rumah ini. Nita nak tinggal bersama Robert,” kata Hanita tanpa ada riak bersalah. Kemudian dia menolak dengan lembut tangan Kamal yang berada di bahunya.

Mulut Kamal terngaga dengan bicara Hanita itu. Matanya terus memandang tajam ke arah Hanita. Dadanya sudah terbakar hangus.

“ Apa yang kau cakapkan ini hah? Kenapa kau nak ikut lelaki lain pula? Aku ni suami kau. Tu Hannah tu, baru dua bulan tak kan kau nak tinggalkannya begitu sahaja,” kata Kamal dengan kasar.

Hanita hanya menjuihkan bibirnya. Dia sudah bosan untuk tinggal bersama Kamal lagi. Kamal hanya tahu menggunakan dirinya untuk kesenangan Kamal sahaja.

“ Bukankah selama ini kau yang galakkan aku ikut lelaki lain demi untuk memenuhkan poket kau? Tolonglah Kamal aku dah feed up dengan permainan kau. Daripada aku bekerja untuk kau, lebih baik aku bekerja untuk diri aku sendiri. Sekurang-kurangnya duit itu dapat untuk aku seorang sahaja dan aku bukannya bodoh untuk memperhambakan diri aku kepada kau!” Kata Hanita. Keputusan yang dibuatnya sudah nekad. Apatah lagi Robert menyokong penuh keputusannya ini. Robert sudah membeli sebuah rumah untuknya dan dia akan tinggal di situ sebagai perempuan simpanan Robert. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya ini. Walaupun suatu masa dahulu dia melakukan semua ini atas paksaan Kamal namun akhirnya dia sudah terbiasa dengan kehidupan yang penuh dengan noda ini.

“ Sayang, apa yang sayang cakapkan ini?” Tanya Kamal sambil memegang bahu Hanita. Dia tidak boleh membiarkan lubuk emasnya pergi sedangkan kesenangan yang dimilikinya ini semuanya berpunca daripada Hanita.

Hanita hanya menjuihkan bibir dengan perkataan sayang yang diucapkan oleh Kamal. Dia sudah muak dengan bicara manis yang sebenarnya untuk mempergunakan dirinya sahaja.

Kamal pegang kedua-dua pipi Hanita supaya memandang dirinya.

“ Tengok abang ni sayang. Tak kan Nita tak sayangkan abang lagi? Di mana janji-janji Nita dulu untuk sehidup semati dengan abang? Tu anak kita yang lahir daripada kasih sayang kita, tak kan Nita sanggup tinggalkannya begitu sahaja?”

Hanita menolak kedua-dua tangan Kamal yang berada di pipinya dengan kasar. Kemudian dia menjarakkan dirinya daripada suaminya itu.

“ Sayang? Kau tahukah apa maknanya sayang? Sedangkan perkataan sayang itu bagi kau hanyalah untuk mempergunakan aku demi manfaat kau. Aku bukannya bodoh Kamal dan aku tidak akan membiarkan diri aku terus diperbodohkan oleh kau.”

Hanita terus membawa beg pakaiannya tanpa memperdulikan Kamal yang kelihatan begitu kecewa dengan tindakan Hanita itu.

“ Bagaimana dengan Hannah? Kau tak sayangkan Hannah? Kau sanggup tinggalkan dia?” Kamal masih setia memujuk.

Hanita hanya ketawa apabila mendengarkan bicara Kamal itu. Malah ketawanya terbahak-bahak membuatkan Kamal semakin pelik dengan sikap Hanita itu.

“ Sayang? Aku tak pernah sayangkan dia. Melihat dia seperti aku melihat dosa dan noda yang telah aku lakukan. Aku pergi dulu. Robert dah lama tunggu aku di luar,” kata Hanita.

Kamal menggeleng tidak percaya. Hatinya sakit dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Hanita itu. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja di belasah Hanita sesuka hati namun dia takut kerana Robert berada di luar rumah.

“ Aku tak akan ceraikan kau dan aku tak akan biarkan kau bersama dengan Robert,” kata Kamal dengan kasar.

Hanita yang sedang melangkah memberhentikan langkahnya. Dipandang Kamal dengan senyuman mengejek.

“ Siapa yang nak minta cerai dengan kau? Aku tak kisahlah kalau kau nak ikat aku seumur hidup pun. Aku hanya menjadi perempuan simpanan Robert bukannya isterinya sokita tak perlu bercerai pun!” Kata Hanita. Kemudian dia meneruskan langkahnya. Sampai sahaja di muka pintu, Hanita berpaling menghadap Kamal.

“ Kau jagalah anak itu dengan baik ye walaupun aku sendiri tak pasti siapakah bapa dia yang sebenar,” kata Hanita sebelum melangkah keluar dari rumah Kamal.

Kamal nyata terkejut dengan bicara Hanita itu. Dadanya berombak kencang. Dia semakin mendendami Hanita.

“ Sialll!!!!” Jerit Kamal kuat.

Previous: bab 2
Next: bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.