Kereta yang dipandu Irene
berhenti di belakang kereta Audi A6 yang sedang diparkir di tepi lebuh raya.
”
Thanks Irene, nasib baik you ada,” kata
Rayyan yang keluar dari kereta Irene Natasya. Kemudian matanya tertumpu kepada
petugas penyelamat yang sedang menyelamat mangsa kemalangan jalan raya yang
berada hampir sepuluh meter daripada keretanya. Daripada agakan Rayyan, mangsa
kemalangan itu mengalami kecederaan serius apabila melihat dari keadaan kereta
yang remuk teruk.
” Lain kali bawa kereta
tengok meter minyak. You ni memang
cuailah. Nasib baik kita konvoi sama-sama tadi. Bolehlah I bawa you pergi ke stesen minyak,” tegur Irene
Natasya yang tidak memperdulikan keadaan kecoh di tempat kemalangan.
” Baiklah tuan puteri ku
sayang,” kata Rayyan sambil menekan remote keretanya. Dia menarik pintu kereta
tetapi berkunci. Dia tekan lagi sekali remote keretanya dan sekali lagi membuka
pintu kereta.
Irene Natasya yang
melihat hanya menggelengkan kepalanya.
” You tak kunci kereta tadi? Nasib baik kereta you tak hilang. Rayyan..Rayyan...kenapalah hari ini you careless sangat?”
Rayyan hanya ketawa
mendengarkan rungutan kekasih hatinya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia
begitu cuai pada hari ini.
” Entahlah, I gabra kot
jumpa you,” kata Rayyan sambil
ketawa.
DARI dalam kereta Hannah
meninjau ke luar. Dia sekarang berada di halaman rumah pemilik kereta yang
ditumpanginya ini. Hannah cukup bersyukur kerana pemilik kereta ini langsung
tidak menyedari kehadiran Hannah di dalam keretanya.
Hannah membuka pintu
kereta. Dia mahu keluar dan pulang ke rumah Mak Cik Norsiah. Dia yakin dia
sudah selamat dari sidiket pelacuran itu.
Tanpa di duga, sebaik
sahaja pintu di buka penggera kereta berbunyi nyaring membuatkan Hannah
mengelabah tidak menentu. Hannah segera berlari sebelum dirinya dijumpai oleh
sesiapa.
” Woi!!! Kau nak curi
kereta aku ke?” Jerit Rayyan.
Hannah semakin kalut.
Tanpa memperdulikan jeritan Rayyan, dia terus mempercepatkan lariannya. Rayyan
semakin tercabar. Apatah lagi pencuri tersebut adalah perempuan. Segera Rayyan
mengejar. Dengan kepantasan Rayyan berlari, akhirnya pencuri keretanya dapat
juga ditangkap dengan mudah.
” Lepaskan aku! Lepaskan
aku!” Jerit Hannah sambil meronta.
” Jangan haraplah. Aku
akan bawa kau ke balai polis. Tak sangka aku zaman sekarang ini, perempuan pun
dah tahu buat kerja jahat,” kata Rayyan berang.
” Aku tak mencuri kereta
kaulah. Aku tumpang sahaja,” kata Hannah cuba memberi penerangan.
” Tumpang? Oh pandai betul
kau nak kelentong.”
” Aku tak kelentong.
Betul aku tumpang kereta kau tadi,” kata Hannah cuba menyakinkan Rayyan.
Rayyan mendenggus kuat.
Dia tahu Hannah berbuat begitu untuk melepaskan dirinya. Dia tidak akan mudah
percaya dengan tipu daya Hannah itu.
” Aku tak nak dengar explaination kau. Kalau kau nak terang
juga, kau teranglah kepada polis kejap lagi,” kata Rayyan. Dia terus menolak
tubuh Hannah ke dalam kereta. Hannah meronta-ronta tidak mahu masuk. Mulutnya
pula tidak henti-henti menjerit agar Rayyan melepaskan dirinya.
” Apa yang kecoh-kecoh
ni?” Tanya Puan Hajjah Salamah yang keluar dari dalam rumah. Perempuan yang
berada bersama Rayyan di pandangnya dengan pelik.
” Mak cik, tolong saya
mak cik. Saya tak mencuri. Tolong percayakan saya,” kata Hannah cuba meraih
simpati kepada Puan Hajjah Salamah.
” Eh kan aku dah cakap,
kalau kau nak explain, explain kat
polis nanti. Dah sekarang masuk dalam kereta. Kita ke balai polis,” kata Rayyan
sambil membuntangkan matanya.
Hannah menggeleng panik. Kenapalah
dia sentiasa ditimpa nasib malang?
” Betul mak cik, saya tak
bohong. Percayalah saya. Saya hanya menumpang kereta ini,” kata Hannah yang
sudah mengalirkan airmatanya.
” Ah..sudahlah,” tengking
Rayyan sambil memaksa Hannah masuk ke dalam kereta.
” Allah...Allah..” kata
Hannah tatkala tubuhnya ditolak oleh Rayyan. Hanya Dia pengharapan yang satu
untuk menyelamatkannya dari segala malapetaka yang datang.
Mendengarkan kalimah
agung tersebut membuatkan hati Puan Hajjah Salamah berdetik. Entah kenapa
timbul pula rasa kasihan di hatinya.
” Rayyan, bawa perempuan
itu masuk ke dalam rumah,” kata Puan Hajjah Salamah.
Nyata Rayyan begitu
terkejut dengan bicara ibunya itu. Dia mengerutkan dahinya sambil matanya tepat
memandang kepada Puan Hajjah Salamah.
” Ibu, tak kan ibu nak
bawa masuk pencuri ke dalam rumah kita,” kata Rayyan.
” Ibu suruh masuk,
masuklah,” kata Puan Hajjah Salamah sebelum berlalu.
Dengan perasaan berdebar,
Hannah melabuhkan punggungnya di sofa.
” ANAK ni siapa nama?”
Tanya Puan Hajjah Salamah.
Rayyan berdehem panjang apabila melihatkan
layanan mesra ibunya kepada pencuri di hadapannya. Daripada pemerhatian Rayyan
wanita di hadapannya adalah wanita yang tidak baik. Lihat sahaja daripada
pemakaiannya yang tidak ubah seperti seorang pelacur kelas atasan. Jadi tidak
hairanlah jika wanita ini ditangkap kerana mahu mencuri keretanya.
” Hannah, Hannah Sofia,”
kata Hannah sambil bermain dengan jari jemarinya. Dadanya berdebar. Janganlah
dirinya diperapakan oleh keluarga ini.
” Nama mak cik, Hajjah
Salamah dan ini anak tunggal mak cik, Rayyan. Mak cik dan Rayyan tinggal di
sini bersama dengan datuk Rayyan, Tan Sri Ghazali dan sepupu Rayyan, Hanif.
Suami mak cik iaitu bapa Rayyan sudah lama meninggal dunia,” terang Puan Hajjah
Salamah panjang lebar.
” Ibu, apa yang ibu buat
ni? Ini pencurilah ibu, kenapa ibu nak menceritakan salah silah keluarga kita
kepada pencuri yang mahu mencuri kereta Rayyan?” Tanya Rayyan yang cukup tidak
berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan oleh Puan Hajjah Salamah kepada
Hannah.
Puan Hajjah Salamah
memandang dengan wajah yang serius kepada anak tunggalnya itu.
” Rayyan, jaga mulut
Rayyan tu. Selagi tidak terbukti yang Hannah mencuri selagi itulah Rayyan tidak
boleh menuduhnya mencuri. Itu adalah hukum agama. Rayyan kena faham semua itu!”
Nasihat Puan Hajjah Salamah kepada Rayyan.
Hannah menarik nafas lega
dengan bicara Puan Hajjah Salamah itu. Dia amat berharap yang Puan Hajjah
Salamah dapat membantunya menyelesaikan masalah yang baru timbul ini kerana dia
yakin Puan Hajjah Salamah mempunyai hati nurani yang bersih. Ya, Allah sedang
membantunya tatkala ini, bisik Hannah yakin sekali.
” Ya Allah, ibu, bukti
dah ada di depan mata. Rayyan yang nampak dia keluar dari kereta Rayyan. Nak
cari bukti apa lagi?”
Puan Hajjah Salamah hanya
menjeling dengan bicara anaknya itu. Kemudian dia memandang kepada Hannah
dengan senyuman manis.
” Hannah, mak cik tak
tahu apa niat sebenar Hannah datang ke rumah mak cik. Kalaulah niat sebenar
Hannah datang ke sini untuk mencuri kereta anak mak cik, mak cik rasa sungguh
kecewa sekali,” kata Puan Hajjah Salamah.
Hannah menggeleng dengan
panik. Dia tidak mahu Puan Hajjah Salamah mahu pun Rayyan tersalah anggap
dengan dirinya.
” Sumpah mak cik, Hannah
tak pernah ada niat nak mencuri kereta anak mak cik,” kata Hannah sambil
mengangkat sumpah.
” Habis tu apa? Kau saja
nak datang tengok kereta aku?” Cepat sahaja Rayyan menuduh.
” Rayyan...” tegur Puan
Hajjah Salamah dengan tegas.
Rayyan hanya mendengus
kasar. Dia berasa geram dengan Puan Hajjah Salamah yang tidak mahu
menyebelahinya.
” Habis tu kenapa Hannah
datang ke sini?” Tanya Puan Hajjah Salamah.
Hannah di rundung sebak
dengan tiba-tiba. Perasaannya menjadi sayu. Namun dia tetap bersyukur kerana
terselamat daripada kemelut yang cukup memilukan ini.
” Panjang ceritanya,”
kata Hannah lemah. Wajahnya tertunduk. Tidak mahu sama ada Rayyan mahupun ibunya
membaca gejolak hatinya tatkala ini.
” Ceritalah. Mak cik
sedia mendengarnya,” kata Puan Hajjah Salamah.
Dengan tersedu-sedu
Hannah bercerita diselang-seli dengan esak tangisnya.Dia tahu dia perlu
berkata benar, kalau tidak dia akan terus-terusan di tuduh sebagai pencuri oleh
keluarga Rayyan.
” Sejak dari kecil lagi
hidup Hannah penuh dengan derita. Ibu yang melahirkan Hannah tidak pernah
menerima Hannah sebagai anaknya. Malah Hannah ditinggalkan ibu ketika Hannah
masih bayi lagi. Papa yang menjaga Hannah pula membenci Hannah. Hannah sendiri
tidak tahu kenapa kedua ibu bapa Hannah tidak mahu menerima Hannah. Hannah
sering di dera sehinggalah pada suatu hari polis datang ke rumah Hannah.
Tatkala itu papa sedang mendera Hannah. Rupa-rupanya ibu telah datang bersama
polis tersebut kerana menuduh papa telah mencederakan ibu. Apabila melihat muka
Hannah yang lebam akibat pukulan papa, ibu menambah tuduhan mendera ke atas
papa. Hannah ingat selepas papa masuk penjara, ibu akan menjaga Hannah
sebaliknya ibu sedikit pun tidak mahu memandang Hannah yang ketika itu
kesakitan akibat di dera oleh papa. Sakit hati ini hanya Allah sahaja yang
tahu. Hingga kini Hannah tertanya-tertanya kenapa kedua-dua orang tua Hannah
tidak mahu menerima Hannah sebagai anaknya,” cerita Hannah panjang lebar.
Rayyan mendengus kasar.
” Ha ha sebiji macam
sinetron Indonesia. Kau ingat kami akan simpati dengan sinetron kau ini?” Tanya
Rayyan sinis sekali.
” Rayyan...” tegur Puan
Hajjah Salamah sambil membuntangkan mata kepada Rayyan. Kemudian dia memandang
Hannah yang tertunduk sambil bermain dengan jemarinya. Sesekali dia menyeka
airmata yang mengalir di pipinya.
” Habis tu Hannah tinggal
dengan siapa selepas papa Hannah di penjara?” Tanya Puan Hajjah Salamah yang
masih berminat dengan cerita Hannah.
” Hannah tinggal dengan
jiran Hannah. Dialah yang membela Hannah dan semenjak papa dipenjarakan, Hannah
tidak pernah berjumpa dengan papa Hannah lagi. Sehinggalah pada minggu lepas
papa datang ke rumah mak dan membawa Hannah ke sini. Rupa-rupanya papa sudah
ada rancangan sendiri,” kata Hannah. Dia sudah menggogoi kesedihan. Walaupun
perkara itu sudah pun berlalu namun hatinya masih lagi pilu.
” Sinetron..sinetron...”
perli Rayyan sambil memicit dahinya.
” Apa rancangan papa
Hannah?” Puan Hajjah Salamah bertanya.
” Rupa-rupanya ibu sudah
meninggal dan mewariskan harta-hartanya kepada Hannah dan papa membawa Hannah
berjumpa lawyer ibu supaya ke semua
harta-harta yang diwasiatkan kepada Hannah diberikan kepadanya.”
” Dan Hannah beri?”
Hannah mengangguk.
” Hannah sebenarnya tidak
pernah inginkan harta-harta tersebut. Harta itu semua berpunca dari sumber
haram yang ibu lakukan. Ibu adalah seorang pelacur dan sebab itu Hannah
memberikan ke semua harta ibu kepada papa,” kata Hannah. Dia sungguh malu untuk
memberitahu pekerjaan ibunya itu.
” Jadi bagaimana pula
Hannah boleh berada di sini?”
” Selepas segala urusan
permindahan harta selesai, papa telah menjual Hannah kepada sindiket
pelacuran.”
” Masyaalah..” kata Puan
Hajjah Salamah sambil mengurut dada. Manakala Rayyan mencebik. Dari pakaiannya
sahaja Rayyan sudah dapat menduga apakah pekerjaan sebenar wanita di hadapannya
ini. Oleh sebab itu Rayyan tidak terkejut dengan pengakuan yang diberikan oleh
Hannah.
” Dan baru Hannah tahu
kenapa ibu dan papa tidak mahukan Hannah. Rupa-rupanya ibu sendiri tidak tahu
siapakah bapa sebenar Hannah. Hannah ini anak haram. Hannah ini anak
harammmm... dan tujuan papa menjual Hannah supaya Hannah mewarisi pekerjaan
ibu. Dengan cara itu barulah dendamnya terbalas,” kata Hannah dengan tangisan
yang menggila. Hannah menekup mukanya. Hatinya berasa sakit dengan tiba-tiba.
Puan Hajjah Salamah yang
bersimpati terus sahaja mendapatkan Hannah lalu memeluknya dengan erat.
” Ibu, tak kan ibu
percaya cakap dia. Ibu ni memang mudah simpatilah!” Bangkang Rayyan yang tidak
bersetuju dengan sikap ibunya itu.
Puan Hajjah Salamah
sedikit pun tidak memperdulikan bicara Rayyan itu. Dia terus mendakap dan
menenangkan Hannah yang jauh melayan perasaan laranya.
” Hannah takut mak cik.
Hannah takut sangat berada di situ. Hannah takut maruah Hannah tergadai di
situ. Hannah tak sanggup. Aghhh..Hannah ngeri untuk membayangkan semua itu,”
tangis Hannah dalam pelukan Puan Hajjah Salamah.
”Bagaimana Hannah boleh
berada di sini?” Tanya Puan Hajjah Salamah buat kali ke dua.
” Hari ini adalah tugasan
pertama Hannah sebagai seorang pelacur. Hannah di bawa ke hotel kerana ada
seorang lelaki inggeris yang melanggan Hannah selama sebulan. Hannah begitu
takut sekali. Di sepanjang perjalanan hanya nama Allah sahaja yang meniti di
bibir Hannah. Hannah mengharapkan Allah dapat menyelamatkan maruah Hannah dan
alhamdulilah ianya termakbul apabila kereta yang Hannah naiki mengalami kemalangan.
Hannah terselamat dan Hannah segera keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri
ketika orang yang membawa Hannah itu pengsan. Hannah terjumpa sebuah kereta
yang tersadai di tepi highway. Tanpa
berfikir panjang Hannah terus masuk ke dalam kereta tersebut dan bersembunyi di
situ. Dan akhirnya Hannah berada di sini.”
Puan Hajjah Salamah
memandang Rayyan.
” Kau tak perasan yang
dia ada di dalam kereta kau tadi?” Tanya Puan Hajjah Salamah kepada Rayyan
pula.
Rayyan mengaru dahinya.
Dia cukup tidak menyangka kecuaiannya itu telah mengundang tragedi yang cukup
tidak di sangkanya.
” Tah, Rayyan tak perasan
langsung pun. Sampailah Rayyan jumpa dia tadi. Kau sengaja nak mereka cerita
ke?” Tanya Rayyan.
” Terpulanglah sama ada
abang nak percaya atau tak. Tetapi apa gunanya untuk saya berbohong ketika
ini,” kata Hannah yang sudah melepaskan pelukannya.
” Habis tu apa rancangan
Hannah selepas ini?” Tanya Puan Hajjah Salamah sambil memandang penuh simpati
kepada Hannah.
Hannah hanya menjungkit
bahu.
” Entahlah mak cik.
Hannah buntu,” kata Hannah melepaskan nafas sesaknya.
Puan Hajjah Salamah
memegang telapak tangan Hannah. Dia yang mudah simpati tidak akan berasa sedap
hati jika dia tidak menghulurkan bantuan kepada gadis malang ini. Lagi pun
keselamatan gadis malang ini masih di ancam. Pastinya sindiket pelacuran sedang
mencarinya.
” Buat masa ini Hannah
tinggal di sini dahulu. Hah di sini memerlukan pembantu rumah. Apa kata Hannah
bekerja di sini dahulu dan selepas semuanya kembali reda, Hannah bolehlah
keluar mencari pekerjaan di luar,” cadang Puan Hajjah Salamah.
Buntang biji mata Rayyan
mendengarkan cadangan yang tidak di duganya itu.
” Ibu...Rayyan tak
setuju,” kata Rayyan keras sekali.
” Kejap lagi mak cik bawa
Hannah buat laporan polis,” kata Puan Hajjah Salamah tanpa memperdulikan
bangkangan anaknya itu.
” Ibu...”
” Dan demi keselamatan
Hannah, hanya kita bertiga sahaja yang tahu perkara ini.”
” Ibu..”