Entah berapa lama Hannah terkurung di dalam bilik apabila pintu
biliknya dibuka. Hannah pantas merapatkan dirinya ke dinding sambil menekup
mukanya. Dia tidak tahu apakah yang akan terjadi kepadanya kelak.
” Allah..Allah..Allah..”
ucap Hannah di dalam hatinya.
Dia begitu takut sekali.
Takut tentang masa hadapannya yang dirasakan akan gelap. Nasib yang
dipertaruhkan di tangan lelaki-lelaki jahat itu. Debaran di dada semakin kuat
apabila bunyi tapak kaki masuk ke dalam biliknya.
Hannah memejamkan matanya
rapat-rapat. Sedikit pun dia tidak berani membuka mukanya untuk melihat wajah
tetamu dihadapannya. Dia tidak tahu apakah tujuan lelaki tersebut datang
kepadanya. Adakah ingin mencederakannya atau ingin mendapat layanan
daripadanya. Dia tidak peduli dan dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Semuanya
diserahkan kepada Allah.
” Hei! Pakai baju ini!
Sekejap lagi kau akan dibawa ke hotel. Ada Mat Salleh yang nak langgan kau.”
Kata lelaki itu.
Jatung Hannah yang cergas
bergerak rasa terhenti tiba-tiba. Dia jadi kaku. Apakah suratan takdir yang
telah terlukis dalam hidupnya ini adalah benar-benar nyata atau ingauan mimpinya
semata-mata.
Hannah langsung tidak
menjawab. Malah dia tidak peduli kepada sehelai baju yang telah dilemparkan ke
mukanya sebentar tadi. Dia berasa jijik untuk memakainya. Malah dia berasa
jijik dengan penghidupan barunya ini. Dia terasa mahu meraung. Meraung agar
segala-galanya ini akan berubah menjadi lebih baik lagi.
” Allah..Allah...Allah..”
Lidah Hannah basah dengan kalimah agung itu. Hanya Dia sebaik-baik sandaran
yang perlu dihamparkan.
” Hei kau dengar tak?”
Tanya lelaki itu yang menolak tubuh Hannah dengan kakinya.
Hannah tetap membisu.
Badannya sudah mengeletar hebat. Sedikit pun dia tidak berani memandang kepada
lelaki tersebut. Dia takut separuh mati.
Tanpa diduga lelaki itu
terus merentap tubuh Hannah. Disuakan pistol ke kepala Hannah menyebabkan jantung
Hannah terus mati. Hannah yang ketakutan terus menangis. Badannya menggigil
ketakutan. Sedikit pun dia tidak membuka matanya.
” Kau pakai baju itu sekarang.
Kalau tidak kepala kau akan berderai disini juga,” ugut lelaki itu.
Hannah terus mencapai
baju tersebut. Matanya masih tidak lepas memandang kepada pistol yang disuakan
kepadanya. Hatinya sudah dirasuk histeria.
Dalam keterpaksaan dia
menurut jua.
Allah....Allah...Allah...kalimah
agung itu masih setia meniti di bibirnya.
” Kalau kau buat hal di
sana, aku akan mengamuk macam orang gila dan aku akan buat kau sampai gila!”
Ugut lelaki itu lagi.