DADA Hannah berdebar laju
selaju kereta proton wira yang dinaikinya. Lebuh raya yang dilalui sunyi tanpa
ada kereta yang lalu lalang. Mulutnya pula tidak pernah berhenti dari menyebut
nama Allah yang agung dan terus mengharapkan pertolongan daripada Allah yang
Esa.
” Sekejap lagi tahulah
nasib kau melayan lelaki inggeris. Ganas!!” Usik lelaki sasa yang berada di
sebelah Hannah.
” Allah..Allah..Allah,”
kata Hannah kuat sekali. Dia tidak mahu mendengar apa-apa selain nama Allah
yang agung.
Empat orang lelaki yang
berada di dalam kereta tersebut ketawa kuat mendengarkan bicara Hannah itu.
Mereka tahu tatkala ini Hannah ketakutan. Malah semua wanita yang pertama kali
menjadi pelacur akan bersikap seperti Hannah tetapi apabila sudah membiasakan
diri dengan pekerjaan ini akan mula bersikap ceria apatah lagi gaji yang
didapati cukup lumayan.
” Apa yang kau sebut tu?
Kau nak jampi kami ke?” Tanya lelaki yang sedang memandu kereta. Keempat-empat
lelaki itu berbangsa cina dan sudah pastinya mereka tidak tahu tentang kalimah
Allah.
”
Allah...Allah...Allah...” kata Hannah kalut. Debaran di dadanya semakin kuat.
Dia hanya memejamkan mata dan tidak sedikit pun menghiraukan pertanyaan lelaki
itu.
” Itu nama tuhan dia la.
Tak kan lu tak tahu isu kalimah Allah yang heboh di media masa,” kata salah
seorang lelaki di situ.
” Oh mau minta tolong
dari tuhan you lah. Ok aku nak tengok
setakat mana tuhan you boleh tolong,
ma,” kata pemandu itu.
” Boleh, mesti tuhan dia
boleh tolong. Tolong hantar ke hotel.”
Mereka tertawa besar.
Masing-masing berasa geli hati dengan lawak antarabangsa yang dibuat oleh salah
seorang rakan mereka. Manakala Hannah terus dengan kalimah Allah yang
dituturkannya tanpa memperdulikan sendaan lelaki-lelaki jahat tersebut. Dia
yakin dengan Allah yang esa. Allah sentiasa bersama dengannya dan Allah akan
membantunya keluar dari lembah hina ini. Tunjukkanlah Allah kekuasaanMu.
Tunjukkan mukjizatMu kepada mereka yang sedang mempersendakanMu ini. Bantulah
aku keluar dari lembah hina ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup menjual
maruahku sendiri.
Tiba-tiba dengan kuasa
Allah, motorsikal yang sedang memotong kenderaan yang dinaiki Hannah
tergelincir lalu jatuh betul-betul di hadapan kereta membuatkan pemandu kereta
membrek secara mengejut. Namun gagal menyebabkan kereta yang dinaiki Hannah
membelah motosikal tersebut. Pembonceng
motosikal bersama motosikalnya terseret bersama kereta yang dinaiki Hannah
sebelum kereta tersebut berhenti akibat terlanggar dengan pembahagi jalan.
Akibat hentakan yang kuat keempat-kempat lelaki tersebut mengalami kecederaan
dan pengsan di situ.
Sesungguhnya Allah akan
memperkenankan doa hamba-hambaNya. Hannah begitu bersyukur kerana dia hanya
mengalami kecederaan ringan. Melihatkan keempat-empat lelaki yang berada di
dalam kereta sudah cedera dan pengsan, Hannah segera keluar dari kereta dan
berlari menyelamatkan diri.
Hampir sepuluh meter
Hannah berjalan kaki, namun dia tidak menemui sesiapa. Hannah semakin bimbang,
kalau-kalau lelaki-lelaki jahat itu sudah sedarkan diri dan sedang mencarinya.
Lagipun mudah sangat dirinya ditangkap di jalan yang lengang begini.
Tiba-tiba Hannah ternampak
ada sebuah kereta yang rosak di bahu jalan. Segera Hannah masuk lalu
bersembunyi di tempat duduk belakang.