Terkejut Rayyan apabila membuka pintu bilik
hotel dan melihat Hannah sedang berteluku di atas tikar sejadah.
“ Ah, sampai bila dia boleh berpura-pura.
Penat nanti akan tunjuklah belangnya,” kata Rayyan di dalam hatinya dan terus
merebahkan badannya di atas katil.
Selesai bersolat, Hannah sangkutkan
telekungnya di penyidai kayu yang tersedia.
“ Aku ada beli makanan. Pergi hidangkan! Aku
lapar!” Arah Rayyan seraya membuka baju T-shirtnya.
Hannah hanya berlalu ke ruang makan yang
disediakan oleh pihak hotel tanpa membalas kata-kata Rayyan. Malah dia berasa
sakit hati dengan arahan Rayyan itu.
Hannah menghidangkan makanan yang dibeli oleh
Rayyan di atas meja. Dia hanya duduk termanggu di situ sementara menunggu
Rayyan datang. Janggal pula dia rasakan apabila terpaksa berdua-duan dengan
lelaki itu. Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.
Tidak tahu bagaimana dia mahu meneruskan
kehidupannya. Dapatkah dia menaruh setitis harapan kepada perkahwinan yang
tidak dirancang ini?
“ Mana makanan aku?” Tanya Rayyan kasar yang
sudah berada di belakangnya.
“
Makanlah Tuan Rayyan,” kata Hannah lembut.
Berdegup kencang jantung Rayyan mendengarkan
bicara lembut Hannah itu. Terasa debaran dadanya meningkat dua kali ganda.
Mengapa harus ada getar jika hatinya membenci? Mengapa dia harus berdebar jika
hatinya itu tidak sudi?
“ Nak ambil hati akulah konon,” desis Rayyan
sendirian. Cuba menipis kuat perasaan yang sedang bertandang di hatinya tatkala
ini.
Dia pantas duduk sambil menjamah makanan.
Entah apa perasaan yang baru bertandang itu dia tidak tahu. Tetapi yang dia
pasti, dia tidak mahu hanyut dengan Hannah. Bekas pelacur seperti Hannah tidak
layak menjadi isterinya!
“ Siapa yang upah kau?”
“ Mana ada. Saya diperangkap,” terang Hannah
sambil menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang Rayyan.
Rayyan mengeluh geram. Cuba menyabarkan
hatinya.
“ Berapa Hanif bayar dekat kau?” Rayyan masih
mahu menyelidiki.
Hannah mendiamkan diri sambil menunduk.
Rayyan begang. Dia mengambil gelas yang penuh berisi air. Kononnya mahu
membaling ke muka Hannah. Sengaja mahu menakutkan wanita di hadapannya ini.
“ Mana ada. Saya diperangkap,” kata Hannah
takut-takut. Takut Rayyan membaling air ke mukanya.
“ Kau cakap kepada aku, berapa Hanif bayar
kepada kau. Aku akan bayar kepada kau dua kali ganda asalkan kau beritahu
kepada atuk yang aku diperangkap,” kata Rayyan. Tulang rahang Rayyan sudah
kelihatan di pipi, membayangkan kemarahannya.
“ Aku di perangkap. Berapa kali aku nak cakap
aku juga diperangkap seperti kau!” Kata Hannah.
Rayyan pantas menumbuk meja. Terjatuh gelas
yang ada di atas meja akibat tumbukan yang maha kuat itu. Marah yang tidak
dapat dikawal. Rayyan mengetap bibirnya.
“ Kau jangan cabar aku, Hannah!” tengking
Rayyan kuat sekali.
Hannah nyata begitu takut sekali.
Terkulat-kulat dia di situ dengan debaran di dada. Wajah Rayyan yang menyinga
tidak berani untuk di pandangnya. Namun Hannah bersyukur apabila telefon bimbit
Rayyan bernyanyi nyaring.
“ Hello ibu,” Rayyan menjawab panggilan
telefon.