Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,921
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 12

Rayyan memandang penuh kaget kepada Hannah yang memakai baju kurung dengan tudung yang sedondon warnanya. Wajahnya kelihatan ayu sekali. Persis seorang perempuan melayu terakhir. Namun khayalan Rayyan terhenti apabila dia teringatkan siapa Hannah yang sebenarnya.

” Hei..Hannah! Mari sini sekejap,” panggil Rayyan apabila Hannah melintasinya. Mungkin gadis itu ingin ke dapur menyediakan juadah makan malam.

” Ada apa abang?” Tanya Hannah mesra sekali.

” Abang? Sejak bila mak aku lahirkan kau?” Marah Rayyan geram sekali. Nyata Hannah tidak sedar kedudukannya di rumah keluarganya ini.

Hannah tertunduk malu. Hatinya cukup terguris dengan sikap kasar Rayyan terhadapnya.

” Maafkan saya encik Rayyan,” kata Hannah lemah.

Rayyan mendengus. Matanya terus dibuntangkan kepada Hannah.

” Tuan Rayyan. Kau sedar sedikit kau tu hanya khadam aku je di sini!”

” Baik tuan Rayyan,” kata Hannah dengan lemah. Ternyata lelaki di hadapannya begitu angkuh dan bongkak.

” Kau jangan ingat dengan penampilan kau yang bertudung ini aku akan ubah persepsi aku terhadap kau. Aku tahulah pencuri dan pelacur seperti kau ini cukup licik untuk mengaburi mata orang tetapi malangnya aku tidak akan pernah tertipu dengan kau. Aku bukannya bodoh. Mak aku bolehlah kau tipu!” Kata Rayyan. Sengaja dia menunjukkan wajah bengisnya supaya Hannah ada perasaan takut terhadapnya.

Hannah hanya menunduk. Makan hatinya dengan bicara yang cukup berbisa daripada Rayyan itu.

” Kau kena bersyukur kerana aku dah selamatkan kau! Jadi aku tak nak kerana kau hidup aku susah pula!” Sinis sekali kata-kata Rayyan kali ini. Rayyan terus memandang penuh geram kepada gadis jelita yang begitu berat untuk menuturkan bicaranya.

Pantas sekali Hannah mengangguk.

” Kalau ada barang kat rumah ini hilang, aku tak akan teragak-agak untuk mengheret kau terus ke balai polis. Kau faham?” Ugut Rayyan lagi.

” Baiklah.” Kata Hannah yang sudah bergenang airmatanya. Hatinya begitu tersentuh dengan persepsi buruk Rayyan terhadapnya. Bagaimana untuk dibuktikan kepada lelaki bengis di hadapannya ini yang dia bukannya seperti apa yang difikirkan oleh Rayyan? Dia adalah perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah dan Rasul.

” Bagus.” Rayyan sudah tinggi egonya. Dia tidak pernah peduli akan perasaan Hannah yang sering tercalar setiap kali dia menuturkan bicaranya itu.

Hannah melepaskan nafas sesak apabila mendengarkan bicara Rayyan itu. Dia tersandar layu dan pandangan semakin kelam diselaputi airmata. Satu per satu airmatanya jatuh membasahi bumi.

Previous: bab 11
Next: bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.